Support My Blog

Wednesday, September 6, 2023

BURUNG NOKTURNAL DAN KEPENTINGANNYA

HAIWAN NOKTRUNAL
merupakan sejenis haiwan yang mana ia 
kelakuan haiwan yang aktif pada waktu malam dan tidur pada waktu siang. Lawan kepada nokturnal adalah 'Diurnal' yang aktif di sianghari dan tidur pada malam hari.   
Dalam pada itu terdapat juga haiwan jenis haiwan 'Krepuskul' iaitu ia hanya aktif pada waktu senja. Penulis yang dulu tinggal di kampong memang sering kenal beberapa jenis haiwan nokturnal yang ada di kawasan kampong seperti musang, burung hanti dan beberapa jenis lagi. Dalam pada itu mengenai spesis burung dimana ia merupakan haiwan jenis vertebrata bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan juga bertelur dalam kelas Aves yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia. Direkodkan ada terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenal pasti yang dibahagikan kepada 27 order. Walaupun kebanyakan burung mampu terbang dilaporkan terdapat beberapa spesies yang tidak mampu seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung boleh mengeluarkan telur dimana lazimnya burung betina akan mengeram telur atau kadangkala kedua-dua pasangan akan bergilir dimana dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan yang akan lakukannya. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat. Merujuk kepada perkataan 'Nokturnal' yang merupakan satu kelakuan haiwan yang aktif pada waktu malam dan tidur pada waktu siang. Keaktifan haiwan ini pada waktu malam boleh dikatakan sebagai satu kelainan yang mana haiwan tersebut tidak diasingkan mengikut jenisnya akan tetapi ia merupakan kelainan cara hidup atau ekologi mengikut waktu. Keadaan ini berkait untuk haiwan jenis ini sebagai suatu kaedah semula jadi ataupun adaptasi untuk menghindari pemangsa dan juga kukuhkan sifat sebagai pemangsa. Ada juga haiwan yang berjaga malam semata-mata untuk mengelakkan diri daripada keadaan panas waktu siang terutamanya di kawasan gurun pasir dimana lazimnya haiwan nokturnal akan cuba bagi mengelakkannya daripada kehilangan air dalam badan yang berharga pada waktu siang yang terik. Inilah satu daripada cara adaptasi yang meningkatkan ketahanan hidup haiwan ini. Terdapat juga sesetengah haiwan yang biasanya berjaga siang juga kadang-kadang berjaga malam seperti burung laut dan penyu yang bertelur pada waktu malam untuk haiwan ini mengelakkan ancaman pemangsa (kepada diri atau ancaman anaknya). Apa yang penulis blog ingin kongsikan dimana haiwan nokturnal selalunya mempunyai deria pendengaran dan pembauan yang kuat serta deria penglihatan yang sangat tajam. Di dalam zoo haiwan nokturnal biasanya disimpan dalam kurungan bercahaya malam khas untuk tujuan ianya terbalikan kitaran 'tidur-jaga' kebiasaan haiwan tersebut supaya ia berjaga pada waktu kedatangan pelawat. Ada juga dimana terdapat jenis haiwan mempunyai deria mata yang boleh disesuaikan dengan kecahayaan waktu malam dan siang seperti kucing. Ada juga haiwan nokturnal yang lain hanya bermata melihat pada waktu malam sahaja seperti kelawar. Artikel pada subuh ini dalam kedinginan di Negeri Melaka saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai haiwan nokturnal dan kepentingannya untuk bahan rujukkan dan bacaan semua pembaca blog ini.


Kalangan pembaca blog ini mungkin tahu dimana ada jenis burung yang aktif pada waktu malam s
eperti Burung Hantu, Burung Tukang dan Burung Segan  dimana ia spesis burung yang selalu sukar dijumpai dan dikenalpasti dan oleh manusia dan ia masih kekal menjadi misteri. Tabiat sebagai haiwan nokturnal masih menjadi rahsia dimana haiwan ini yang dilengkapi dengan bulu tersembunyi yang membuatkan cara mereka bekerja mejadi sangat sukar diketahui. Haiwan jenis ini bergantung kepada penyamaran untuk melepaskan diri dari dikesan sama ada semasa pagi atau malam oleh manusia dan pemangsa lain. Pengalaman penulis blog semasa tinggal di kampong di Gersik, Muar dahulu mendapati dimana petanda pertama yang boleh di ketahui jika ada kehadiran haiwan ini melalui 'bunyi' daripada suaranya yang selalu akan didengar ketika senja, menjelang pagi atau di waktu malam hari (yang mana ramai orang sudah tidur). Dalam beberapa keadaan lain penulis blog perasan memang ada kelibat atau situasi haiwan ini terbang sepintas lalu dan ia dirasai di masa tertentu. Selalaunya hasil bunyi setiap jenis haiwan nokturnal ini semasa bergerak aktif mempunyai ciri suara atau bunyi tertentu ysng berbeza-beza. Ada jenis haiwan nokturnal yang aktif berkumpulan akan tetapi beberapa kajian menyatakan kebanyakan haiwan nokturnal ini akan bersendirian sahaja. Bunyi atau suara ini pula seakan mereka berkomunikasi diantara satu sama lain dimalam hari ketika bulan terang seperti burung tukang. Apa pun ada beberapa spesies termasuk Burung Tukang dan Burung Segan bersarang sendirian di dalam wilayahnya dengan baik. Kebanyakan burung dan haiwan nokturnak tidak diburu untuk dijadikan makanan oleh manusia. Ini kerana bukan sahaja sukar hendak memburu haiwan ini seperti burung dimana ia juga akan mengelakan kehadiran manusia yang cuba untuk ia dapat membunuhnya. Ia sama ada haiwan pemgsa atau di mangsa akan cuba sedaya upaya untuk survive dalam habitatnya. Paling teratas dri spesis burung nokturnak pada penulis blog adalah BURUNG HANTU. Burung Hantu adalah dari order Strigiformes yang merupakan burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (Saya ada menulis puluhan artikel iaitu mengenai burung hantu dalam blog ini untuk di baca. Order Strigiformes terbahagi kepada dua keluarga burung hantu iaitu Tytonidae dan Strigidae. Tytonidae yang merupakan burung hantu jelapang yang memiliki wajah berbentuk hati, kaki panjang berbulu penuh dan sisir bergerigi di cakar tengah. Mereka menggunakan sisir ini untuk merapikan pelepah yang membentuk cakera. Pelepah yang membentuk cakera ini terdengar langsung ke telinga mereka yang membantu mereka mengesan mangsa. Ciri ini terdapat di semua burung hantu jelapang . Sarang burung hantu jelapang terdapat di pokok dan bangunan. Burung hantu jelapang padi (BJP) ini sangat biasa digunakan sebagai kawalan biologi di sawah padi dan di ladang kelapa sawit di Malaysia untuk mengawal tikus. Seiring meningkatnya ladang kelapa sawit, kewujudan burung hantu jelapang akan menyebar dengan cepat dan sudah pun diperkenalkan sebagai pemangsa utama bagi tikus.


Mengenali Burung Tukang dari order 
Caprimulgiformes dimana ia adalah burung bersaiz sederhana dengan sayap runcing panjang, kaki pendek dengan kaki kecil, paruh yang sangat pendek dan bulu lembut yang menyerupai kulit kayu atau daun. Mata burung ini dilihat ia mempunyai lapisan pantulan di bahagian belakang retina mereka yang dikenali sebagai tapetum yang memantulkan cahaya buatan pada waktu malam dan muncul sebagai mata bercahaya. Banyak spesies daripada Burung Tukang mempunyai tanda putih yang menonjol di kerongkong, sayap dan ekornya yang mereka gunakan untuk isyarat visual, tetapi tanda itu tidak dapat dilihat ketika ia sedang berehat. Dari beberapa sumber rujukkan dilaporkan ada lebih daripada 80 spesies burung tukang dimana terdapat sebanyak enam (6) spesies burung tukang yang dijumpai di Malaysia. Dilaporkan yang terdapat di Malaysia terdiri dari jenis iaitu Caprimulgus concretus, C. jotaka, C. macrurus, C. affinis, Lyncornis macrotis dan L. temminckii. Apa pun di antara enam spesies burung tukang yang dikenali tersebut dimana hanya Caprimulgus concretus dianggap spesies terjejas oleh pertubuhan International Union for Conservation of Nature (IUCN). Burung Tukang mempunyai bulu tersembunyi yang membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri dengan keadaannya di persekitaran sama ada burung ini berada dalam keadaan rehat atau bersarang di dalam postur seperti mendatar. Mereka tidak membina sarang dan ia sebaliknya suka bertelur di sarang di atas tanah yang kosong atau di atas pasir, batu, dedaun atau tumbuhan lain dikawasan sesuai. Apa pun selalunya sering berterlu di tapak sarang burung lain yang sudah menetas dimana burung ini tidak mahu ianya diperhatikan. Burung ini seakan rasa terancam daripada penceroboh diman ia akan menutup matanya, meratakan postur mereka dan menekan bulu mereka. Sifat burung tukang juga boleh melakukan menunjukan pertahanan yang termasuk melebarkan sayap dan ekornya atau menunjukkan amaran dengan mengepak-ngepakkan sayapnya kepada pemangsa atau penceroboh. Burung tukang juga akan cuba untuk mengalihkan perhatian pemangsa dengan mematahkan sayap sama ada sepanjang di tanah, terbang atau hinggap di tempat terbuka serta mampu menghasilkan bunyi yang garau. Musuhnya akan terasa terancam dengan perbuatan ini diman ajika kesemuanya gagal akhirnya ia akan berangkat terbang dari sana dan 'cabut lari'. Burung tukang adalah jenis 'burung insektivo' iaitu ia akan menggunakan penglihatan yang luar biasa untuk memburu sebahagian besar pemangsa semasa penerbangan melalui tangkapan terbang sama ada dari tanah, atau hinggap didahan. Beberapa spesies burung tukang boleh berlegar dan mengambil serangga dari tumbuh-tumbuhan dan juga di tanah. Sebilangan besar jenis mangsa yang mereka gemari adalah serangga yang tertarik dengan cahaya buatan atau serangga bermusim seperti kemunculan anai-anai. Mereka minum ketika mereka terbang dengan mendekati permukaan air dengan sayap mereka dan ekornya terangkat, membuka paruh mereka dan mencedok air.


Ramai kalangan pembaca blog yang tidak pernah melihat 
Burung Segan      jjuga dari order Caprimulgiformes. Ia juga jarang dapat dilihat pada siang hari kerana mungkin 'segan' kepada manusia dan haiwan lain. Spesies burung ini adalah terbatas hanya dilaporkan berada di Asia dan Australasia. Burung Segan ini dimana ia juga dibahagikan kepada tiga genera iaitu Batrachostomus, Podargus dan Rigidipenna. Di laporkan dimana di antara 14 spesies yang dikenali iaitu hanya enam spesies sahaja yang telah dijumpai dan direkodkan di Malaysia iaitu spesis  Batrachostomus affinis, B. harterti, B. stellatus, B. auratus, B. poliolophus dan B. cornutus. Penulis blog juga hanya ada beberapa kali melihat burung ini di zoo suatu masa dahulu tetapi tidak pernah dapat menyentuhnya. Selain daripada jenis B.cornutus yang dianggap sebagai kurang membimbangkan dimana dilaporkan ada lima spesies Burung Segan yang lain dianggap sebagai hampir terancam atau pupus. Burung Segan lazimnya akan memakan pelbagai jenis diet dari invertebrata kecil seperti cacing dan serangga, hingga vertebrata kecil seperti burung dan tikus. Burung ini biasanya mampu mengimbas (scan) mangsa sasaran mereka dari sarangnya dan ia kemudian turun ke arah mangsa dan menangkapnya dari udara kemudian ia akan membawanya menggunakan paruh mereka yang besar ke permukaan tanah, dahan atau tumbuh-tumbuhan lain. Kadang-kadang ada juga mangsa yang besar akan dipukul dahulu dengan kuat oleh burung tukang dengan berkali-kali di permukaan sebelum ditelan. Kebanyakan spesies Burung Segan di wilayah ini menggunakan tumbuh-tumbuhan, kulit kayu, sarang labah-labah dan serat tumbuh-tumbuhan untuk membuat sarangnya di pokok. Bagi beberapa spesies burung tukang dilaporkan bagi burung jantan ianya memerlukan sebahagian besar dari hari untuk mengeram telurnya. Apabila cuaca panas dimana burung tukang selalunya akan dapat mengawal suhu badan mereka dengan terengah-engah daripada gular-fluttering.


Teknologi terkini kawalan biologi tikus menggunakan haiwan nokturnal semakin popular di Malaysia terutama di kawasan tanaman sawit dan di sawah padi. Burung burung pungguk dari k
eluarga Strigidae adalah lebih besar daripada dua keluarga burung hantu dimana kalanga umum tahu ia juga dikenali sebagai burung hantu biasa yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 190 spesies di seluruh dunia. Burung hantu ini mempunyai wajah yang bulat dengan mata yang besar dengan kaki yang tebal dan pendek tanpa sisir. Mereka memburu dengan menggunakan penglihatan dan juga bunyi. Mereka bersarang di pokok, tepi tebing, dan di lubang tanah. Makanan mereka berkisar dari tikus, kadal, ular, kelelawar, katak, ikan dan serangga. Purata diet mereka dari tikus, cicak, ular, kelawar, katak, ikan dan serangga. Secara umumnya, burung hantu menyesuaikan diri untuk terbang dengan senyap oleh kelembutan bulu pelepah dan bulu pelepah yang berbulu. Burung hantu melebarkan sayap mereka ketika mereka mencari mangsa. Burung hantu memiliki mata besar menghala kehadapan disesuaikan untuk memburu. Mata mereka memiliki penglihatan binokular yang memberi pemandagan yang lebar untuk menilai jarak magsa mereka. Burung hantu juga mempunyai leher yang fleksibel yang membolehkan mereka memutarkan kepala mereka dalam pusingan lengkap tanpa mengerakkan badan bagi melihat sekeliling mereka. Vokalisasi burung hantu adalah cara berkomunikasi, panggilan wilayah dan gandingan untuk pengawanan Burung hantu betina mempunyai panggilan frekuensi yang lebih tinggi daripada burung hantu jantan. Terdapat sekurang-kurangnya 17 spesies burung hantu yang dikenali di Malaysia dimana Otus sagittatusis dianggap sebagai spesies terjejas, Otus rufescens dan jenis Otus mantananensis disenaraikan sebagai hampir terancam. Sementara itu spesis Asio flammeus pula dianggap sebagai jarang dijumpai sementara 13 spesies burung hantu yang lain dianggap sebagai kurang membimbangkan oleh IUCN. Ada juga kemungkinan banyak lagi spesies burung hantu berisiko, kerana mereka tinggal di hutan adalah lebih terjejas terhadap kemusnahan habitat. Kepentingan haiwan termasuk burung waktu malam mengikuti corak aktiviti yang sama sebagai burung harian. Mereka memburu mangsa, membersihkan bulu, membina sarang dan mengawan pada waktu malam sementara tidur pada waktu siang. Burung waktu malam bila terlihat semasa waktu siang, akan menunjukkan pertahanan secara naluri dan menjadi kaku dan tidak bergerak jika mereka diganggu. Apabila mereka membuka mata, ini menunjukkan bahawa mereka merasa terancam. Oleh kerana pemerhatian terhadap burung waktu malam agak sukar, terdapat maklumat yang jarang ditemui mengenai tingkah laku atau sejarah semula jadi burung ini. Selalunya, faktor penurunan bilangan spesies burung waktu malam tertentu tidak diketahui disebabkan maklumat yang sangat sedikit mengenai sejarah semula jadi burung. Oleh itu, adalah penting untuk belajar dan memahami tentang burung waktu malam agar dapat melindungi spesies ini atau mengekalkan populasi mereka. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN NOKTRUNAL... MALAM AKTIFNYA...
IA DI MANGSA.. JENIS PEMBURU JUGA...
BURUNG HANTU.. PENTING DIPELIHARA...
DILADANG SAWIT.. SAWAH PADI JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(19 Safar 1445H).
Posted from:
Room 518, Grand Daira Hotel,
Kota Palembang, Sumatra
Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...