Support My Blog

Monday, September 4, 2023

GEGAT - SERANGGA APA?

GEGAT
(
Lepisma saccharina) merupakan serangga kecil daripada keluarga Lepismatidae tanpa sayap dimana ia biasanya berukuran antara setengah hingga satu inci. Ia juga didapati biasanya berwarna putih, mutiara kelabu atau pun berwarna kecoklatan bergantung kepada habitan dan spesisnya. Gegat ini akan bergerak seperti ikan dima berkait dengan nama saintifiknya ia seakan menunjukkan ia akan memakan sumber karbohidrat seperti gula atau kanji. Ia juga tergolong ke dalam serangga asas susunan Thysanura dan spesies ini dipercayai wujud selama 300 juta tahun dahulu atau ia bermula semenjak zaman Palaeozoic Era lagi. Apa pun mungkin ramai tidak pernah melihatnya kerana spesies gegat adalah ia tanpa matadimana paling awak ia dijumpai pada Januari 2006 di dalam gua di Taman Negara Sequoia, California. Di Malaysia apa yang penulis blog tahu ramai yang akan kenal dengan 'Ubat Gegat' berbanding dengan serangga gegat ini. Apa pun mungkin apabila menyebut saja gegat mesti ramai teringat ubat gegat yang selalu digunakan diletak dalam almari baju atau didalam laci. Dulu pun penulis blog ingat yang ia adalah sama dengan ubat gegat kerana nama keduanya adalah sama. Serangga ini merupakan seejenis serangga kecil tanpa sayap biasanya berukuran kecil. Ia juga dilihat mempunyai sepasang sesungut atau antena panjang dan tiga filamen memanjang lebar dari hujung perut. Serangga gegat ni juga dipanggil juga sebagai 'Kutu Buku' dikalangan penduduk tempatam sebab ianya memang dilihat amat suka memakan kertas. Bagi mereka yang suka menyimpan buku-buku atau surat khabar di tempat yang tidak pernah di jaga pastinya ia merupakan habitat yang digemari oleh serangga gegat ini. Penulis blog ingatkan dimana kepada mereka yang suka membaca buku dimana tiba-tiba buku-buku tersebut ada mukasurat kertas yang berlubang-lubang maka itu bermakna buku tersebut perlu diperiksa cepat takut ada gegat dah bersarang didalamnya. Artikel pada tengahari Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka menulis mengenai serangga gegat dan fakta menarik serta bagaimana cara-cara untuk mengawalnya di rumah sebagai bahan bacaan dan rujukkan semua.


Salah satu ciri unik mengenai serangga gegat ini dimana ia 
biasanya bewarna abu-abu keperakan dimana selalu akan bergerak seperti  pergerakan ikan dan ini sesuai dengan gelaran lainnya sebagai 'Silverfish'. Serangga gegat ini tergolong ke dalam serangga asas didalam sistem susunan Thysanura dimana spesies ini dipercayai wujud selama 300 juta tahun dulu. Gegat juga dianggap serangga perosak kerana ia memakan hampir semua benda termasuk daging kering, tepung, kertas, kapas, linen, sutera, gula, dan bijirin. Memang serangga gegat ini boleh merosakkan banyak jenis barang simpanan dirumah dan dimana sahaja. Keunikan lain dimana kebanyakan spesies gegat sebenarnya tidak berbahaya pun bagi manusia. Apa pun ia mengancam juga apabila populasinya sudah ada banyak dengan kadar pembiakan yang cepat di rumah. Ini kerana kesannya ia bukan sahaja boleh mencemari makanan malahan dilaporkan ia juga merosakkan kertas dan tekstil ysng merugikan. Dalam habitat sesuai dimana populasi gegat ini pun boleh menjadi banyak jumlahnya disebabkan jantina gegat betina dewasa mampu menghasilkan sehingga 50 butir telur pada satu-satu masa membiak. Gegat betina biasanya akan bertelur di celah-celah dan retakan habitat kertas atau bahan lain yang ada. Ini bermakna ia akan bersarang dan bertelur dimana jika ada 10 ekor gegat betik di lokasi maka pembaca blog boleh kira jumlah telur dalam satu masa (10 x 50 = 500 ekor) dalam satu keadaan dan pemilik rumah akan terganggu dengan teruk jika jumlah populasi ini meningkat dan tidak dikawal. Sebaiknya pemeriksaan dan pembersihan di tempat penyimpanan buku-buku dan bahan yang disukai oleh gegat di lakukan mengikut jadual. Ini kerana jika dijumpai gegat dari peringkat awal maka kawalan boleh dilakukan dan kerosakan dapat dikawal.


Beberapa petua atau amalan perlu dilakukan bertujuan untuk mengawal dan seterusnya menghapuskan serangga gegat di rumah. Perlu di fahami agar pertama sekali perlu dib
uang tempat persembunyian gegat. Ini kerana gegat ini memang tersangat kecil dimana ia sampai kadang-kadang tidak akan disedari atau sesiapa perasaan yang ia sudah bermastautin di celah buku, baju, barang dapur dan perabot rumah pembaca blog semua. Oleh itu salah satu cara terbaik untuk menghindari kehadiran serangga gegat ini ialah dengan membuang longgokan kertas, bekas dan kotak, dan jangan biarkan pakaian melonggok untuk masa yang lama (Sila lihat foto disebelah). Kadang kala ada membuat longgokkan baju untuk dibasuh dalam suatu jangkamasa agak lama yang mana semua ni berpotensi menjadi tempat sesuai bagi persembunyian serangga gegat. Cara keberadaanya dimana ia mula-mula gegat ini bersembunyi dulu diman selapas itu habis semua baju atau buku simpanan akan jadi berlubang-lubang kena makan selepas ia tinggal beberapa lama kemudian. Kawalan yang paling mudah dilakukan apabila terjumpa gegat adalah dengan menggunakan racun serangga dan disemburkan terus. Apa pun sama saja macam serangga lain dimana serangga gegat memang akan terus mati kalau terkena racun serangga seperti racun serangga aerosol. Disebebkan oleh saiznya yang kecil maka dengan cepat sahaja akan dilihat gegat yang disembur racu ini akan mati. Bagaimana pun cara menyembur racu tersebut perlu waspada kerana jika ada Buku atau Makanan yang berdekatan mala seelok-eloknya jangan digunakan racun serangga.  Kaedah kawalan ke tiga yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan alat penyahlembap atau pun alat 'Dehumidifier didalam rumah. Ini kerana alat khas iaitu dehumidifier merupakan alat yang mampu untuk mengawal dan mengurangkan tahap kelembapan udara. Alat ini memang ada dijual di kedai letrik dimana carian di Lazada secara online harga satu uni alat ini diantara RM160 - RM700 bergantung kepada model dan spesifikasinya. Lazimnya serangga jenis gegat ini sangat sukakan persekitaran dan ruang yang lembap untuk tinggal dan membiak. Jika alat dehumidifier ini dipasang ia akan menjadikan udara kering dan ini akan menghindarkan gegat dari tinggal di rumah.  Selain digunakan untuk gegat dilaporkan alat dehumidifier ini pun bagus digunkan untuk membasmi bau hapak, habut terbang (floating dust) dan mencegah pertumbuhan kulat (fungus) dimana ini akan menjadikan seluruh rumah akan berasa segar dan lebih selesa.


Sesuai dengan namanya dimana cara  penggunaan Ubat Gegat untuk mengawal serangga gegat adalah sangat praktikal dan disyorkan. Kaedah ini merupakan cara yang murah, mudah dan efektif dalam mengawal serangga gegat di rumah. Dalam talian shopee contohnya penulis blog boleh membeli secara on-line sahaja dengan harga RM2.50 satu bungkus yang lebih dari mencukupi untuk diletakkan tempat yang berpotensi kehadiran gegat (Sila lihat foto disebelah). Apa ia amat mudah digunakan iaitu dengan meletakkan beberapa biji
 ubat gegat dimana pastinya semua serangga gaget ini akan pergi jauh meninggalkan rumah kediaman. Sebagai amalan jika dilihat semasa membuka buka atau almari ada tanda atau terlihat gegat maka dengan segera terus meletakkan akan biji bola ubat gegat ini. Pastikan agar ubat gegat ini selamat daripada di ambil oleh kanak-kanak atau baby kerana mereka ingatkan 'gula-gula' dan akan dimasukkan kedalam mulut. Kesannya maka mereka akan perlu dibawa ke klinik swasta atau kehospital jika tertelan ubat gegat yang mengandungi bahan kinia Nafthaline. Ubat gegat merupakan sejenis bahan racun perosak dan deodoran yang digunakan dalam penyimpanan pakaian untuk menghalau rama-rama yang boleh merosakkan fabrik (gegat) seperti Tineola bisselliellaUbat gegat lama biasanya diperbuat daripada naftalena tetapi ubat-ubat gegat pada masa kini diperbuat daripada 1,4-diklorobenzena disebabkan oleh sifat naftalena yang mudah terbakar. Kedua-duanya mengalami proses pemejalwapan di mana bahan-bahan kimia tersebut meruwap ke udara menjadi gas yang beracun terhadap rama-rama dan gegat. Kedua-dua bahan kimia tidak digalakkan untuk digunakan secara bersama-sama kerana boleh merosakkan barangan yang ingin dilindungi. Dalam kes lain kadangkala, bahan-bahan seperti kapur barus digunakan untuk menggantikan kedua-dua bahan kimia disebabkan oleh sifat-sifatnya yang berbahaya. Dalam kes lain sebenarnya ramai akan gunakan ubat gegat untuk memghalau lipas, lalat, cicak, pepijat dan kebanyakan jenis serangga lain. Selain itu juga apa yang penulis blog tahu dimana ada yang menggunakan ubat gegat dengan wangian citrus dan sebagainya untuk menyegarkan bau dalam almari atau laci. Cara terbalik melindungi makanan dari serangan serangga gegat adalah dengan menutup rapat bekas makanan. Bekas-bekas simpanan makanan sebaiknya ditutup ketat dengan penutupnya (sebaiknya kedap udara) dalam mengelakkan gegat masuk kedalamnya dan mencemarkan makanan tersebut. Berkemungkinan jika ada gegat dalam garam atau gula dan perisa lain maka semasa memasak kelak hasilnya makanan akan berbau gegat yang busuk dan membahayakan juga. Penyimpanan makanan dalam bekas kedap udara pada penulis blog bukan sahaja ia mengelakkan serangan serangga lain tetapi juga akan menjadikan makanan tersebut akan lebih tahan lama. Terkini ada petua agak uni mengawal gegat iaitu dengan cara  menggunakan hirisan timun. Timun dilaporkan ia boleh membantu untuk menghalau gegat disebabkan gegat emang tidak suka dengan sayur timun. Sebaiknya boleh dipotongkan bahagian hujung timun dan letakkan di laluan gegat. Dilaporkan apabila timun tersebut dusah agak kering maka ia perlu digantikan dengan yang baru. Disyorkan cara ini dibuat denga konsisten dan serangga gegat akan mula melarikan diri ketempat lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA GEGAT...SEJENIS SERANGGA...
BERUKURAN KECIL... SUKAR MELIHATNYA...
MEMAKAN KERTAS BUKU... BAJU JUGA...
PERLU DIKAWAL... ADA PELBAGAI CARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Safar 1445H).
Posted from
Taman Cendana, Bandar Melaka, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...