Support My Blog

Sunday, September 3, 2023

RACUN SERANGGA ORGANIK DAN FAKTANYA

RACUN SERANGGA ORGANIK
(Organic pesticide) adalah ialah racun makhluk perosak tanaman yang dihasilkan daripada sumber yang organik dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Ramuan atau bahan yang digunakan dalam racun organik biasanya berunsurkan tanaman dan herb. Apa pun selalunya penggunaan racun serangga organik dapat mengurangkan risiko penyakit kepada manusia yang kritikal seperti kanser yang biasanya ia diaktifkan oleh bahan kimia (baja dan racun) dalam penghasilan pertanian. Kuman kanser memang sentiasa ada dalam tubuh manusia dimana sel-sel ini akan lebih aktif jika ada sel-sel lain yang rosak atau mati. Insiden ini pula yag akan menyebabkan sel kanser membiak dan menyerang tubuh manusia. Dilaporkan dimana kaedah penggunaan racun organik dapat mengurangkan risiko penyakit yang kritikal seperti kanser yang berpunca dari bahan kimia. Sebaiknya sukatan dan ramuan dalam racun organik ini adalah berbeza mengikut serangga dan tanaman. Penggunaan racun organik bagi jenis serangga pemakan dau seperti ulat beluncas dan sebagainya diperlukan bahan cili api yang lebih banyak (lebih pedas) untuk keberkesanan yang maksima. Pada penulis blog yang banyak kali membuet kursus dan aktiviti pemindahan teknologi mengenai bahan digunakan untuk membuat racun organik ada tiga jenis iaitu Minyak Daun Semambu (30 ml), Bawang Putih (5 ulas) dan juga cili padi (2-3 biji). Asasnya cara membuat racun organik ini mudah dilakukan iaitu pertama dengan bawang putih dan cili padi dikisar halus dengan sedikit air bersih. Kemudian hasil kisaran ditapis untuk asingkan hampas. Air tapisan tersebut atau pati kemudian dicampurkan dengan satu (1) liter air biasa dan dimasukkan kedalam botol penyembur. Seterusnya ditambahkan 30 ml minyak daun semambu dan di goncang sehingga sebati. Bagaimana pun bagi mendapatkan kesan efektif sebaiknya ia disimpan selama 24 jam sebelum disemburkan kepada bahagian daun atau pucuk yang sering di serang serangga. Periksa akan keberkesanannya setelah beberapa jam semburan sama ada serangga perosak masih berada pada tanaman. Sebaiknya menyembur tanaman pada petang hari bagi mengelakkan tindakbalas minyak semambu pada daun. Sebenarnya ada b
erbagai jenis racun serangga lain seperti Racun Serangga Inorganik yang dikilangkan dengan logam dan termasuk bahan seperti arsenate, sebatian tembaga dan sebatian fluorine, yang kini jarang digunakan dan juga bahan seperti belerang (Sulfur) yang biasa ianya digunakan. Sementara itu ada jenis Racun Serangga Organik merupakan bahan kimia buatan sintesis yang membentuk sebahagian besar racun serangga yang terdapat masa kini. Bahan membuat racun serangga organik ada yang juga menggunakan bahan tumbuhan seperti bawang putih, daun pokok neem dan sebagainya. Kaedah tindakan racun serangga bagaimana rpun akan membunuh atau nyahaktif serangga perosak dalam kawasant tanaman agar tidak merosakkan pokok dan kualiti hasil adalah satu lagi cara mengkelaskan racun serangga. Artikel petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai racun organik dan faktanya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Fakta dalam hmetro.com bertajuk '
Racun serangga organik' sesuai dikongsikan dimana pati atau racun serangga itu boleh disimpan selama enam bulan dan lebih lama disimpan ia lebih berkesan. Kini konsep pertanian lestari yang mementingkan penjagaan alam sekitar kian mendapat perhatian masyarakat termasuk membabitkan tanaman organik menggunakan baja dan racun perosak yang dibuat secara organik tanpa bahan kimia berbahaya. Penerapan konsep berkenaan bukan saja diterima petani atau peladang yang mengusahakan tanaman untuk tujuan komersial, tetapi juga isi rumah yang menanamnya sebagai hobi bagi kegunaan sendiri. Apa yang lebih menarik, kaedah yang digunakan juga dapat mengurangkan kos apabila bahan digunakan boleh diperoleh dengan mudah membabitkan barangan harian dari dapur setiap rumah. Contoh paling mudah adalah dengan cara menghasilkan racun serangga organik yang hanya menggunakan campuran beberapa bahan terutama sayuran. Dilaporkan Pensyarah Kanan (Penilaian Risiko) Jabatan Teknologi Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Norida Mazlan laporkan kajian dibuat pihaknya menemui dua kaedah untuk menghasilkan racun serangga organik atau lebih tepat penghalau serangga. Kaedah itu sudah lama ditemui namun tidak ramai yang menggunakannya walaupun racun serangga buatan sendiri itu ternyata berkesan. Kaedah pertama adalah menggunakan bahan A iaitu lima ulas bawang putih, enam biji cili api, seulas halia dan 300 mililiter (ml) air. Bahan B iaitu satu sudu minyak masak dan satu sudu cecair pencuci pinggan,” katanya pada Program Klinik Pertanian Daerah Batang Padang di Arena Merdeka, Tapah, Perak. Bahan A iaitu lima ulas bawang putih, enam biji cili api, seulas halia dan 300 mililiter (ml) air. Alatan yang diperlukan adalah pengisar, penapis, bekas simpanan (botol) dan penyembur. Kisar bahan A kemudian tapis dan ambil patinya sebelum dicampurkan bersama bahan B dan kacau hingga sebati serta kemudian disimpan dalam bekas selama 24 jam. Untuk penggunaan, pati campuran itu kemudian dicampur dengan nisbah satu bahagian bersama empat bahagian air sebelum disembur pada tanaman. Pati atau racun serangga itu boleh disimpan selama enam bulan dan lebih lama disimpan ia lebih berkesan. Kaedah kedua adalah lebih mudah dengan hanya menggunakan daun semambu dan air. Gunakan 250 gram daun semambu dengan 1.5 liter air dan kemudian ramas daun semambu sebelum masukkan ke dalam bekas berisi air berkenaan. Campurkan  bersama bahan B dan kacau hingga sebati serta kemudian disimpan dalam bekas selama 24 jam. Rendam daun semambu selama 12 jam atau tidak lebih 24 jam dan tapis airnya. Masukkan air dalam bekas penyembur berisi air dengan nisbah 1:50 dan perlu digunakan semuanya kerana tidak boleh disimpan melebihi 24 jam. Untuk penggunaan, pati campuran itu kemudian dicampur dengan nisbah satu bahagian bersama empat bahagian air. Semua kaedah penghasilan penghalau serangga organik berkenaan hanya menggunakan kos yang rendah atau boleh dikatakan tanpa sebarang kos, namun untuk keberkesanan ia perlu kerap disembur pada tanaman.


Pihak UTM pula keluarkan hasil kajian dengan tajuk '
Ilmu Mahal Buat Racun Organik Buatan Sendiri Cuma Ianya Menggunakan Cili dan Bawang Putih' yang sesuai dikongsikan. Memang pening kepala dibuatnya jika tanaman kita di serang seranga seperti Lalat putih, ulat bulu dan Mealy bug. Mahu gunakan Racun Kimia mahal, lagi satu asbab tak suka guna racun kimia sebab akan mencemarkan alam sekitar dan merosakkan ekosistem semula jadi alam. Kini untuk kendalikan racun kimia itu sendiri sudah perlu berhati-hati. Apatah lagi apabila kita sembur pada tanaman yang akan masuk perut kita dimana bukankah merbahaya?. Tahu tak bahawa racun organik wujud dalam pasaran yang mana pembaca boleh beli racun organik sendiri atau jika inginkan cabaran, boleh buat sendiri iaitu sangat mudah sahaja. Sebaiknya gunakan bahan A iaitu dari Bawang putih (1 labu), Cili padi (6 biji), Air Bersih (500 mL) atau sekitar satu botol minuman biasa. Kemudian setelah kisar semua bahan A maka ia diperam selama 24 jam. bagi menyediakan bahan B diambil minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh atau sekitar 1 sudu makan) dan juga sabun pencuci pinggan (tidak kisah jenama apa pun) sebanyak 1 sudu teh. Peralatan diperlukan adalah alat penapis dan botol penyembur  (isipadu 1.5 Liter). Cara untuk membuatnya dengan mengisar semua bahan A dalam pengisar (blender). Seterusnya tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja. Simpan pati di dalam bekas dan elok dimasukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama. Panduan cara menggunanya dengan memasukan 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur dan kemudian diisi air penuh botol penyembur (1.5 L). Goncang botol penyembur sehingga semua bahan sebati. Sembur sampai basah kepada bahagian daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah. Sebaiknya jika pokok tiada masalah serangga sesuai di sembur seminggu sekali sebagai kawalan. Peringatan dimana penggunaan bahan racun kimia memberi kesan sampingan terhadap badan manusia. Penggunaan bahan organik dapat membantu manusia daripada bahaya.


Dalam portal berita mstar.com dilaporkan fakta bagaimana '
Petua mudah buat sendiri racun organik untuk tanaman sayur dan buah-buahan, guna 2 bahan sahaja' sesuai dikongsikan juga. Agak unik apabila dinyatakan yang cili padi boleh digunakan sebagai racun serangga perosak. Apa pun semasa bercucuk tanam secara kecil-kecilan di rumah di antara masalah utama yang sering timbul adalah serangan makhluk perosak seperti kumbang dan juga ulat. Jadi ramai yang menggunakan racun untuk menghapuskan atau menghalang kehadiran makhluk perosak tersebut. Namun begitu cara penggunaan racun yang dibeli dalam pasaran ada kalanya mempunyai kandungan bahan kimia yang tidak dikawal selia dan mungkin berbahaya kepada kesihatan manusia. Cabaran utama dalam bertani adalah kehadiran serangga perosak. Selalunya kos untuk membeli racun tanaman juga diakui mahal dan mungkin akan membuatkan poket anda makin menipis. Maka boleh hasilkan racun organik sendiri di rumah dengan mudah sahaja tekniknya. Bahan perlu ada hanya memerlukan cili dan bawang putih untuk menghasilkan racun ini. Bahan-bahan ini adalah 1 labu bawang putih, 6 biji cili padi dan 300 mililiter (ml) air. Cara penyediaan dengan mengisarkan semua bahan di atas dan diperam bahan yang dikisar selama 24 jam. Tutup dengan kain untuk elak serangga masuk. kemudian selepas 24 jam maka perlu ditapis bahan tadi dan ambil patinya sahaja. Hampas kisaran boleh ditabur pada tanaman. Petua untuk cecair ini lebih tahan lama dimana lebihan pati boleh simpan dalam peti ais. Pastikan letak label dahulu, takut terminum pula nanti. Penggunaan racun organik ini boleh menghalang serangan serangga perosak. Semasa menyembur racun organik ini pastikan tambah satu liter air ke dalam 60 ml pati, 1 sudu makan minyak masak, 1 sudu teh pencuci tangan dan dicampurkan dan kini sedia untuk digunakan. Sebagai tip untuk semburan sebaiknya disembur pada waktu lewat petang. Dalam pukul 6 petang ke atas sebab sifat semula jadi serangga perosak aktif pada waktu malam. Jadi sembur waktu lewat petang adalah paling sesuai. Fokus sembur pada bahagian bawah daun sebab dekat situ tempat ‘mereka’ (makhluk perosak) berhimpun. Gunakan nozzle semburan yang paling halus ataupun yang berkabus adalah lebih baik. Boleh juga disembur seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, sembur selang dua hari sehingga serangga hilang. Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, sembur lebih kerap sebanyak tiga kali seminggu kerana pada peringkat ini, pokok akan lebih senang diserang perosak. Cara ini memang berkesan untuk menghalau serangga perosak. Perkara yang penting adalah kena rajin dan konsisten sembur. Selamat mencuba!. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
RACUN SERANGGA ORGANIK... APA DIA...
MUDAH DISEDIAKAN... 3 BAHAN SAHAJA...
DIPERAM 24 JAM... LEBIH BERKESAN DIA...
LEBIH SELAMAT... ELAKKAN RACUN KIMIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Safar 1445H).
Posted from:
Taman Cendana, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...