Support My Blog

Sunday, September 17, 2023

GEDUNG MAKANAN NEGARA FELDA - APA STATUSNYA?

PENDEKATAN GEDUNG MAKANAN NEGARA
 atau GMN pernah ia ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia semasa ia dibawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu tahun pada 2009 yang melibatkan peranan FELDA (Program ini sudah 14 tahun berlalu). Apa yang penulis blog ingat masa itu (semasa bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Segamat) dimana kerajaan Malaysia telaah mengarahkan penanman Cili Kulai (MC10), Pisang Berangan, Ternakan Lembu Pedaging dan ternakan Ikan Talapia diusahakan oleh penduduk Felda serta melibatkan pihak Felda Holdings Berhad. Projek yang libatkan aktiviti dalam perusahaan makanan berskala besar ini diusahakan di tanah rancangan Felda melibatkan peruntukan RM750 juta. Antara pendekatan dilaukan adalah dimana tanah terbiar di kawasan FELDA akan disewa daripada penduduk kampung untuk diusahakan. Kawasan lapang akan disewa oleh Felda daripada orang kampung dimana sesuai dengan melibatkan beberapa jabatan dan agensi tempatan termasuk Jabatan Pertanian, Pejabat Daerah, PPK dan sebagainya. Salah satu projek paling tersohor seingat penulis blog adalah aktiviti penanaman Cili Kulai yang disasarkan mampu untuk mengeluarkan 48,000 metrik tan atau 18 % dari segi jumlah keperluan negara dan pisang berangan 14 % ataupun 45,000 metrik tan. Pelncaran program mega ini telah dilakukan semasa Hari Peneroka FELDA pada 7 Julai 2009 bertempat di Felda Maokil, Segamat, Johor (Felda ini dalam Daerah Segamat dan Muar). Disarankan PM semasa pelancaran dimana ditekankan agar Felda dijadikan sebagai gedung makanan negara yang efektif. Potensi Felda untuk muncul sebagai pusat pengeluaran makanan berskala besar untuk menampung keperluan negara adalah disebabkan negara masih mengimport bahan makanan yang begitu besar daripada luar negara. Penulis blog merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 13 Julai 2023 dimana beliau nyatakan terkini k
ebergantungan negara kepada import barangan makanan terus meningkat saban tahun dengan nilainya mencecah RM75.5 bilion pada 2022. Artikel petang hari khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai apa status program Gedung Makanan Negara yang pernah dilaksanakan lama dahulu untuk dijadikan bahan renungan dan penilaian semua.


Merujuk kepada lamanweb lama di FELDA dimana ada dijelaskan akan visi GMN iaitu bagi menjadi pemain uama dalam pengeluaran dan pengedaran produk makanan negara pada masa itu. DInyatakan misi yang hendak dicapai oleh GMN ialah (a) Memaksimumkan penggunaan tanah dengan aktiviti pertanian. (b) Mewujudkan usahawantani baru dan menambah pendapatan usahawan sedia ada. (c) Pembangunan Industri Asas tani terutama pengeluaran produk makanan. (d) Mengadaptasi amalan pertanian baik dalam semua rantaian pengeluaran. e) GMN sebagai entiti berasaskan perniagaan dengan menjalankan 'GMN Fresh Market'. Konsep yang digunakan ialah 'contract farming' di mana modal permulaan dan infrastruktur akan disediakan oleh Felda dan akan dilaksanakan oleh pengusaha. Pendahuluan modal yang didahulukan oleh Felda tersebut diperoleh semula apabila potongan dibuat dari hasil yang dihantar ke Felda dan lebihan hasil akan dikembalikan kepada para pengusaha. Felda memasarkan hasil tersebut kepada pasaran terbuka. apa pun perlaksanaan produk bernilai tinggi (high value product) dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran serta mampu menjana peluang mempelbagaikan pendapatan kepada warga penerokadiberi tumpuan seperti produk pisang berangan, ikan tilapia, cili kulai dan lembu pedaging dilaporkan ia bermula sejak tahun 2010 dan pisang montel (cavendish), rock melon, nenas serta ternakan bebiri telah bermula sjak tahun 2011. Semasa pelancaran di
tekankan satu lagi hasrat kerajaan supaya FELDA dijadikan sebagai Gedung Makanan Negara dimana FELDA akan muncul sebagai pusat pengeluaran makanan berskala besar unutk menampung keperluan negara sebab negara masih mengimport bahan makanan yang begitu besar daripada luar negara. Ia adalah melalui memaksimumkan penggunaan tanah ideal dengan aktiviti pertanian berimpak tinggi serta mewujudkan sistem pengurusan rangkaian bekalan yang bersepadu dengan lebih komprehensif. Dilaksanakan jga aktiviti pengukuhan jenama di peringkat tempatan dan antarabangsa serta mampu untuk menawarkan perkhidmatan perundingan secara professional kepada pelanggan.


Dilaporkan dalam portal tempatan berita sinarharian.com status GMN bertajuk '
Jadikan kawasan Felda gedung makanan negara' yang juga menarik dikongsikan. Di laporkan dimana terdapat kawasan di bawah kelolaan oleh pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) seharusnya dijadikan sebagai antara gedung pengeluaran makanan utama negara seperti ternakan ayam dan lembu. Cadangan bagi wilayah tersebut dibangunkan terutama dalam kawasan luar bandar itu memiliki potensi baik untuk dikembangkan bagi tujuan tersebut dan seterusnya memenuhi keperluan makanan di Malaysia. Apa pun dengan mengambil kira masalah sering dihadapi negara dalam isu contohnya harga ayam dan ternakan yang mahal menjadi persoalan kenapa pihak Felda tidak menganjurkan ternakan ayam secara komersial. Ini kerana dilihat Felda mampu mewujudkan sumber makanan untuk ternakan tadi (melalui hasil kelapa sawit). Dalam Felda sendiri banyak tanah kosong dan terbiar yang boleh dijadikan sebagai kawasan industri untuk produk ternakan atau tanaman tertentu.  Dalam usaha untuk menjayakan idea tersebut, Felda perlu bekerjasama dengan Pejabat Daerah, Jabatan Pertanian, PPK dan pemimpin tempatan dalam usaha menjadikan program ini berterusan. DInyatakan langkah tersebut sekiranya berjaya dilaksanakan bukan sahaja dapat membantu negara menghasilkan makanan sendiri tetapi juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada generasi Felda di seluruh negara. Pihak Felda seharusnya mengambil inisiatif melatih generasi baharu yang berada di dalam kawasan pembangunan tersebut untuk menceburi bidang perniagaan ekonomi hiliran desa termasuk makanan yang menurutnya mempunyai nilai mencecah jutaan ringgit. Anak-anak Felda dipercayai masih menunggu dan akan menerima apa sahaja cadangan diaturkan yang boleh membantu mereka untuk membentuk ekonomi baharu dalam suasana pembangunan yg kita lihat hari ini. Walau pun dilaporkan ekonomi merudum masa ini tetapi dalam soal potensi penghasilan makanan oleh industri kecil dan sederhana (IKS) ini ia sudah jadi keperluan utama rakyat Malaysia.


Berhubung dengan Program Gedung Makanan Negara (GMN) penulis merujuk kepada satu laporan berita bertajuk '
Felda mampu jadi peneraju industri makanan berskala besar' sesuai juga dirujuk. Berita ini dikeluarkan pada Julai 2020 dimanaPM masa itu Muhyiddin yang berucap pada sambutan Hari Peneroka Felda 2020 peringkat kebangsaan di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda, Sungkai, Perak. Dakwanya sektor pertanian pintar merupakan salah satu cabang yang mampu dikuasai Felda. Peneroka Felda perlu memanfaatkan tanah pertanian yang luas bertujuan bagi membangunkan potensi itu. Dinyatakan potensi ini jika ia dapat dibangunkan sepenuhnya maka Felda akan menjadi antara pengeluar makanan utama negara dan mewujudkan jaminan bekalan makanan yang stabil. Di samping menjadi pengeluar komoditi utama negara dipercayai Felda mampu untuk bangkit sebagai pemangkin dan peneraju industri makanan berskala besar dengan menggerakkan aktiviti perladangan berteraskan pertanian pintar dan aktiviti hiliran yang inovatif. Dalam majlis itu, Perdana Menteri juga turut mengumumkan beberapa bantuan dan peruntukan sebagai penghargaan kepada peneroka, antaranya naik taraf jalan pertanian kebun dan bantuan pendidikan anak-anak peneroka. Dakwanya kerajaan bersetuju untuk memberikan bajet RM200 juta bagi menaik taraf dan menyelenggara jalan pertanian kebun peneroka di tanah-tanah rancangan Felda seluruh negara. Bajet ini dijangka akan meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran hasil peneroka dan lebih penting akan mengurangkan beban hutang peneroka. Bagi tujuan memelihara kebajikan pendidikan anak-anak peneroka, Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM45 juta bagi menaik taraf Asrama Semai Bakti Felda di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuantan di Pahang. Sambutan 2020 juga bertemakan 'Peneroka Perintis, Berani dan Suka Cabaran', diadakan dalam kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dihadiri 250 tetamu, termasuk 110 peneroka dari 11 wilayah Felda.


Menyentuh mengenai ststua GMN sesuai dirujuk laporan bharian.com bertajuk '
FELDA bantu tambah bekalan makanan negara' pada tahun 2023 sesuai dirujuk. Ada dilaporkan FELDA sudah pun mereka mempergiatkan Program Pembangunan Peneroka bagi menyokong dasar sekuriti makanan negara dengan meningkatkan kadar sara diri. Apa pun inisiatif tersebut dapat mengurangkan kebergantungan import makanan negara.  Program Pembangunan Peneroka (pada penulis blog seakan sama dengan Program GMN) dilaksanakan sebagai satu kaedah mempelbagai dan boleh meningkatkan pendapatan peneroka melalui aktiviti bukan berteraskan komoditi sawit dan getah. DIlaporkan sebanyak 8,543 Program Pembangunan Peneroka diluluskan untuk dijalankan secara individu dan juga melalui pembabitan koperasi serta badan peneroka. Projek ini memberi manfaat kepada 56,959 peneroka dan generasi baharu FELDA dimana sebanyak 57% daripada Program Pembangunan Peneroka membabitkan penternakan ayam dan ruminan, manakala 41 peratus pertanian seperti tanaman cili dan timun secara fertigasi serta cendawan. Kini ada beberapa kawasan tanah FELDA yang luas berpotensi untuk menjadi hab lembu pedaging seperti dilaksanakan di FELDA Sahabat, Sabah. Ternakan lembu secara integrasi ini akan membabitkan penggunaan tanah seluas 32,000 hektar (Sila lihat foto disebelah). Kemudian bagi ternakan ruminan ini pula pihak FELDA dijangka dapat menyumbang sebanyak 2.5 peratus daripada kadar sara diri kebangsaan dimasa akan datang. FELDA akan membantu menyelesaikan isu kenaikan mendadak harga bekalan makanan ternakan dan juga FELDA merancang melaksanakan tanaman jagung bijian di tanah seluas 3,700 hektar dengan kerjasama FGV Holdings Berhad. Apa pun projek ini dijangka dapat menyumbang sebanyak l5% daripada sasaran kerajaan untuk usaha mengurangkan import jagung bijian negara dan menstabilkan harga. FELDA juga akan merancakkan industri ternakan ayam melalui kerjasama ladang kontrak dengan Ayamas Food Corporation Sdn Bhd berjumlah RM23 juta dan mensasarkan penghasilan 640,000 ekor ayam setiap pusingan di lapan unit reban dua tingkat. Apa pun projek yang dilaksanakan melalui Koperasi Permodalan Felda akan dijalankan di kawasan seluas 20 ekar di FELDA Tun Ghaffar Bukit Senggeh, Melaka. Semuga peranan FELDA didalam usaha pengeluaran makanan negara akan diperhebatkan dimasa akan datang dengan insentif yang lebih sesuai. Diharap artikel ini mampu memberi penjelasan mengenai status gedung makanan negara dalam blog anim agro technology kali ini. Wasallam !!..
GEDUNGA MAKANAN NEGARA...GMN NAMANYA...
DILANCARKAN 2009...SUDAH 13 TAHUN LAMANYA...
PERLU DI PERHEBATKAN... ASASNYA SUDAH ADA...
KURANGKAN IMPPORT... PERBANYAKKAN USAHA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Safar 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...