Support My Blog

Showing posts with label ISU PETANI TUA DI MALAYSIA - SATU ANALISA. Show all posts
Showing posts with label ISU PETANI TUA DI MALAYSIA - SATU ANALISA. Show all posts

Wednesday, September 27, 2023

ISU PETANI TUA DI MALAYSIA - SATU ANALISA (Part 2)

ISU PETANI TUA
di Malaysia merupakan satu isu nasional yang terus di bincangkan di pelbagai forum yang relevan. Penulis blog merujuk kepada beberapa laporan daripada pihak kementerian serta jabatan berkaitan serta dari beberapa media yang menyatakan dimana 70 peratus petani sedia ada di Malaysia sudah berusia lebih 60 tahun!. Bagaimanakah trend ini boleh berlaku dimana ada kemungkinan disebabkan oleh banyak faktur termasuk kekurangan (jumlah amat kecil) golongan orang muda yang mahu menjadi petani. Ia amat berkait dengan isu kekurangan tenaga buruh di Malaysia dimana ia merupakan antara cabaran utama yang dihadapi negara dalam usaha membangunkan sektor pertanian negara. Merujuk kepada stu kenyataan oleh Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi dalam kertas dibentangkan di satu forum, penulis blog dimaklumkan dimana kini sekitar 70% daripada petani negara ketika ini merupakan individu yang sudah berusia lebih 60 tahun. Ia disebabkan kadar penyertaan golongan belia negara yang menyertai sektor tersebut juga didapati tidak lebih lima peratus (kurang 5%) daripada jumlah keseluruhan individu di bawah usia berkenaan. Ini bermakna kebanyakan yang terlibat dalam sektor pertanian pun sudah sampai usia bersara. Situasi ini akan memberi masalah kepada sektor pertanian dan pengeluaran makanan di Malaysia. Pada penulis blog ada banyak inisiatif yng telah, sedang dan sesuai dijalankan oleh kerajaan dan pihak swasta didalam menarik golongan muda menjadi petani moden yang menarik. Pernah dengar program Agropreneur Muda, Program TKPM, Program Pinjaman Untuk Orang Muda dan pelbagai insentif latihan untuk sektor pertanian dilakukan. Terkini sebagai contoh sudah ada dijalankan penyelidikan untuk boleh mempertingkatkan penggunaan automasi dan 'Internet of Things' (IoT) dalam pengurusan pertanian. Pihak tertentu juga dilaporkan terus memastikan jaminan terhadap aspek keselamatan bekalan makanan negara dengan memberikan tumpuan untuk menghasilkan varieti baharu dalam usaha penghasilan sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil pertanian lain, ternakan serta perikanan dan dalam industri asas tani. Dilaporkan pada tahun 2022 terdapat seramai 466,12 orang petani yang telah didaftarkan di Malaysia dimana jumlah paling tinggi berada di Sarawak (76,732 orang) diikuti dengan Kedah (67,091 orang) dan Johor (64,712 orang) dimana laporan tersebut menyatakan jumlah di Semenanjung Malaysia seramai 346,372 orang dan bakinya berada di Sabah (Sumber: Booklet Statistik Laporan Keluasan Tanaman Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Pada tahun sama terdapat seluas 103,563 hektar tanah terbiar dilaporkan di seluruh Malaysia dengan paling luas di laporkan di Pahang (29,392 hektar) diikuti Selangor (20,058 hektar) dan di Negeri Sembilan (11,324 hektar). Pada penulis blog, memang ada kaitan signifikan diantara isu petani yang semakin tua di Malaysia dengan jumlah keluasan tanah terbiar di Malaysia. Artikel petang Isnin sambil melihat aliran Sungai Perak dari Aras 2 Hotel Casuarina, Kuala Kangsar, Perak saya kupas dan menganalisa dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai isu ramai petani berumur atau tua di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam pada itu perlu dilakukan segera perubahan persepsi terhadap sektor pertanian di Malaysia secara berterusan. Selama ini masih kuat persepsi dalam kalangan belia bahawa bidang pertanian tidak memberi jaminan kehidupan berkualiti serta dikelaskan sebagai 3D menyebabkan sektor pertanian terus bergantung kepada buruh asing. Ia disebabkan wujudnya situasi persepsi bahawa sektor pertanian dianggap sebagai pekerjaan pilihan terakhir dan pekerjaan untuk pelajar tercicir atau untuk orang tidak bersekolah sahaja, khususnya bagi mereka yang tinggal di luar bandar. Justeru dilaporkan dimana hampir 40% pekerja dalam industri pertanian ini dipelopori oleh tenaga kerja asing. Antara faktor lain yang menyebabkan generasi muda perlu melibatkan diri dalam industri pertanian moden adalah supaya industri berkenaan tidak hanya terhad dalam kalangan generasi tua sahaja. Kesemua halangan ini boleh diatasi dengan penggunaan teknologi digital menerusi pertanian pintar, kecekapan serta produktiviti agar pendapatan petani dapat dipertingkatkan selain ‘meremajakan’ sektor ini dengan penyertaan lebih ramai golongan belia. Walau pun sudah ada beberapa langkah berkaitan termasuk dengan pemerkasaan program pendidikan melalui program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) pertanian tetapi ia masih dilihat sangat signifikan bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara dan pembentukan budaya pertanian dalam kalangan masyarakat. Pembelajaran secara 'peer-to-peer' juga boleh dilakukan untuk mengubah pemikiran belia tentang kebaikan sektor pertanian dengan menunjukkan dan juga menceritakan kejayaan petani muda sebagai sumber inspirasi dan pengajaran untuk golongan muda. Dalam pada itu kempen kesedaran berterusan kepada ibu bapa juga perlu dilakukan yang membolehkan mereka menyemai sikap cintakan pertanian dalam diri anak-anak dengan melibatkan mereka secara langsung mempraktikkan pertanian skala kecil di sekitar rumah untuk menyemai minat awal terhadap sektor pertanian. Para ibu bapa juga boleh membawa mereka ke pameran pertanian seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) dan HPPNK Negeri yang dijalankan setiap dua tahun untuk memdedahkan anak-anak dalam dunia pertanian yang menguntungkan. MAHA dilihat ia berupaya menjadi medan membekalkan pengetahuan kepada anak-anak kecil mengenai sektor pertanian, kepelbagaian tanaman dan makanan negara, satu unsur yang amat penting dalam memupuk kesedaran berhubung kepentingan pertanian di masa kini dan masa depan dalam usaha mengubah persepsi masyarakat bahawa bidang pertanian ini amat menguntungkan dan bukannya sektor terkesamping.


Menarik laporan dalam portal berita  bharian.com bertajuk '
Belia digalak ceburi pertanian moden' seperti bagaimana penggunaan teknologi dan inovasi moden mampu tingkat hasil bidang pertanian. Belia kini di antara golongan terkesan pasca pandemik COVID-19 kerana majoritinya belum memiliki tahap kewangan stabil kerana baru menceburi alam pekerjaan, kehilangan pekerjaan dan kesukaran mendapatkan pekerjaan hingga menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran. Pernah dilaporkan dimana menurut Laporan Tenaga Buruh dimana kadar pengangguran belia bagi umur 15 - 24 tahun meningkat sebanyak 0.4 mata peratus iaitu 13.9% pada Februari 2022 lalu berbanding bulan sebelumnya.  Bilangan belia didakwa pernah mereka menganggur dilapor meningkat sebanyak 52,400 ribu orang kepada 347,600 orang berbanding bulan sebelumnya (295,300 orang). Bagi tujuan untuk mengatasi isu kadar pengangguran tinggi dilihat sektor pertanian menjadi gerbang paling ideal diterokai belia. Pilihan kerjaya golongan itu pada masa kini lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sektor pertanian sudah menjadi tulang belakang ekonomi negara sejak sekian lama dan ia malah ia terus relevan dengan perkembangan semasa kerana dapat memenuhi keperluan negara dan masyarakat kerana dapat membekalkan sumber makanan, menyediakan bahan mentah untuk keperluan serta kegunaan industri asas tani. Ia juga mampu meningkatkan taraf hidup, menawarkan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan, mempromosikan pembangunan kemanusiaan serta menjaga hak kemanusiaan dan membasmi kemiskinan. Sumbangan sektor pertanian di negara ini amat besar dan ditambah kadar pengangguran meningkat dalam kalangan belia terutama golongan mereka berpendidikan tinggi, pembabitan belia amat diperlukan. Apa pun golongan belia perlu terarah kepada memodenkan dunia pertanian. Memang sehingga kini pembabitan golongan belia berusia antara 18 - 40 tahun masih pada tahap rendah. Dilaporkan dimana purata umur petani di negara ini melebihi 55 tahun dengan petani lebih tua dikatakan sukar atau enggan menerima perubahan dan kurang cenderung mempromosikan aktiviti diversifikasi atau mempelbagaikan pengeluaran serta kurang berupaya mengguna teknologi baharu. Malaysia kini memerlukan komuniti pertanian sandaran daripada belia untuk menyokong kumpulan petani semasa kerana generasi muda ialah aset penting bagi pembangunan ekonomi sesebuah negara. Senario ini menggambarkan betapa sektor pertanian perlu segera dibanjiri agropreneur muda dan dapat ianya untuk ditransformasikan ke arah lebih efisien serta efektif bagi meningkatkan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara seiring sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sektor ini amat memerlukan agropreneur muda memiliki ciri sesuai seperti sanggup menanggung risiko, berinovasi, mampu mengaplikasikan teknologi dalam perusahaan pertanian dan juga generasi digital pertama dapat melihat keusahawanan pertanian sebagai bidang kerjaya menarik dan dilaporkan akan menguntungkan. Kaedah bagi merancakkan semula sektor pertanian dengan kehadiran agropreneur muda memiliki lensa penggunaan teknologi dan inovasi adalah keperluan agar sektor ini dapat memberi lebih impak positif. Dilaporkan dengan pembabitan agropreneur muda perlu terus dipertingkatkan untuk menjamin matlamat tersebut.


Memang s
ektor pertanian di Malaysia berfungsi sebagai pembekal sumber makanan kepada seluruh penduduk negara. Pengeluaran padi dan beras sebagai makanan ruji misalnya berupaya memenuhi 70 peratus keperluan negara. Selain itu, sektor seperti kelapa sawit merupakan antara sektor yang menjadi penyumbang terbesar pertanian kepada Malaysia dengan nilai billion ringgit. Sudah lama tarikh 6 Ogos setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) sebagai tanda pengiktirafan dan penghormatan kepada mereka. Pengiktirafan itu juga telah membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap usaha mereka memainkan peranan dlam memacu pelbagai aktiviti demi pengeluaran bahan makanan serta memudahkan sektor pertanian. Ia berkait dengan sektor pertanian harus lebih moden dan kompetetif dimana ada banyak isu perlu dilihat semula termasuk kekurangan tanah, pengurusan tanah, kualiti benih dan baja, serangan penyakit, kekurangan sumber air, dan umur majoriti pesawah. Selain itu, isu dalam pelaksanaan subsidi dan insentif kerajaan, masalah kekurangan data serta isu lain pada peringkat rantaian pengeluaran. Oleh itu, sektor pertanian harus dibangunkan sebagai sektor moden, berdaya saing dan komersial. Justeru, imej sektor pertanian harus diubah dengan menjadikannya sebagai sektor moden dan kompetitif sehingga memberi pulangan lumayan kepada pengusaha tanaman, ternakan dan perikanan. Kemajuan sesebuah negara kini dinilai dari segi kecukupan dan keselamatan makanan sebagai asas kepada negara maju. Maka, kerajaan melalui agensi berkaitan sewajarnya melihat keperluan untuk menerajui industri makanan secara keseluruhan, bukan sahaja daripada konteks pengeluaran atau pembekal makanan, tetapi keseluruhan rantaian nilai makanan. Sudah tentu ini perlu dilakukan melalui pendekatan baharu dan luar kebiasaan bagi memastikan kementerian dapat menghadapi cabaran sekuriti makanan. Inisiatif ini dapat dilihat ketika pembentangan seperti semasa Belanjawan 2020 apabila RM43 juta diperuntukkan ke arah pembangunan Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka berkualiti dan berproduktiviti tinggi, seterusnya memacu ekonomi negara melalui sektor agromakanan. Malah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sentiasa ke hadapan bagi memastikan sektor pertanian menjadi sektor yang lebih dinamik, inovatif serta kompetitif dan menyumbang secara positif kepada ekonomi negara.


Dalam 
dunia pertanian dimana berlaku perkembangan teknologi pertanian dalam membantu tingkatkan pengeluaran makanan. Ini kerana pada ketika ini dilihat sektor pertanian dipacu oleh Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030) serta Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)  (2021-2025) dengan tumpuan khusus diberi kepada transformasi sektor ini melalui Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0). Di bawah RMK12 dimana kerajaan berusaha mempersiapkan negara ke arah pembangunan sektor pertanian lebih maju, moden dan mampan selaras Agenda Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030). Apa pun sasarannya adalah untuk memberi suntikan lebih moden. Antaranya dengan menumpukan kepada teknologi seperti penggunaan dron, sistem pertanian pintar, kecerdasan buatan (AI) dan data raya dengan dibantu peningkatan penggunaan mekanisasi. Selain itu, benih bermutu yang rintang penyakit serta berdaya tahan tinggi daripada kesan perubahan iklim serta amalan agronomik lestari, akan dapat mengubah landskap sektor agromakanan negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Apa pun sebaiknya dalam penggunaan teknologi menjadikan pertanian lebih mudah, meningkatkan kecekapan dan seterusnya dapat meningkatkan hasil. Malah, penggunaan teknologi juga menjadikan bidang pertanian bukan lagi pekerjaan yang dikategorikan sebagai sukar, berbahaya, kotor (3D). Perubahan daripada pertanian konvensional kepada kaedah pertanian berteknologi tinggi amat perlu bagi menampung bekalan makanan sejajar dengan pertambahan penduduk negara yang dijangka mencecah 50 juta orang pada 2050. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SUDAH LAMA... ISU PETANI TUA DI MALAYSIA...
GOLONGAN MUDA... KURANG MENCEBURINYA...
PERLU ADAKAN.. STRATEGI MENGATASINYA...
JAMINAN MAKANAN...IA AMAT PENTINGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 113, Casuarina Hotel,
Kuala Kangsar, Perak,
Malaysia.
3 RabiulAwal 1445H).

Tuesday, September 26, 2023

ISU PETANI TUA DI MALAYSIA - SATU ANALISA (Part 1)

ISU PETANI TUA
di Malaysia merupakan satu isu nasional yang terus di bincangkan di pelbagai forum yang relevan. Penulis blog merujuk kepada beberapa laporan daripada pihak kementerian serta jabatan berkaitan serta dari beberapa media yang menyatakan dimana 70 peratus petani sedia ada di Malaysia sudah berusia lebih 60 tahun!. Bagaimanakah trend ini boleh berlaku dimana ada kemungkinan disebabkan oleh banyak faktur termasuk kekurangan (jumlah amat kecil) golongan orang muda yang mahu menjadi petani. Ia amat berkait dengan i
su kekurangan tenaga buruh di Malaysia dimana ia merupakan antara cabaran utama yang dihadapi negara dalam usaha membangunkan sektor pertanian negara. Merujuk kepada stu kenyataan oleh Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi dalam kertas dibentangkan di satu forum, penulis blog dimaklumkan dimana kini sekitar 70% daripada petani negara ketika ini merupakan individu yang sudah berusia lebih 60 tahun. Ia disebabkan kadar penyertaan golongan belia negara yang menyertai sektor tersebut juga didapati tidak lebih lima peratus (kurang 5%) daripada jumlah keseluruhan individu di bawah usia berkenaan. Ini bermakna kebanyakan yang terlibat dalam sektor pertanian pun sudah sampai usia bersara. Situasi ini akan memberi masalah kepada sektor pertanian dan pengeluaran makanan di Malaysia. Pada penulis blog ada banyak inisiatif yng telah, sedang dan sesuai dijalankan oleh kerajaan dan pihak swasta didalam menarik golongan muda menjadi petani moden yang menarik. Pernah dengar program Agropreneur Muda, Program TKPM, Program Pinjaman Untuk Orang Muda dan pelbagai insentif latihan untuk sektor pertanian dilakukan. Terkini sebagai contoh sudah ada dijalankan penyelidikan untuk boleh mempertingkatkan penggunaan automasi dan 'Internet of Things' (IoT) dalam pengurusan pertanian. Pihak tertentu juga dilaporkan terus memastikan jaminan terhadap aspek keselamatan bekalan makanan negara dengan memberikan tumpuan untuk menghasilkan varieti baharu dalam usaha penghasilan sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil pertanian lain, ternakan serta perikanan dan dalam industri asas tani. Dilaporkan pada tahun 2022 terdapat seramai 466,12 orang petani yang telah didaftarkan di Malaysia dimana jumlah paling tinggi berada di Sarawak (76,732 orang) diikuti dengan Kedah (67,091 orang) dan Johor (64,712 orang) dimana laporan tersebut menyatakan jumlah di Semenanjung Malaysia seramai 346,372 orang dan bakinya berada di Sabah (Sumber:  Booklet Statistik Laporan Keluasan Tanaman Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Pada tahun sama terdapat seluas 103,563 hektar tanah terbiar dilaporkan di seluruh Malaysia dengan paling luas di laporkan di Pahang (29,392 hektar) diikuti Selangor (20,058 hektar) dan di Negeri Sembilan (11,324 hektar). Pada penulis blog, memang ada kaitan signifikan diantara isu petani yang semakin tua di Malaysia dengan jumlah keluasan tanah terbiar di Malaysia. Artikel petang Isnin sambil melihat aliran Sungai Perak dari Aras 2 Hotel Casuarina, Kuala Kangsar, Perak saya kupas dan menganalisa dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai isu ramai petani berumur atau tua di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Merujuk kepada laporan hmetro.com yang menyatakan dimana '
60% pesawah tua dah tak larat' amat sesuai di kongsikan.Ada foto yang menunjukkan seorang pesawah yang berada disawah padi untuk aktiviti kawalan rumpai secara manual (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana kawasan yang masih bertanam padi di seluruh negara kini adalah seluas kira-kira 700,000 hektar sahaja. Dikaitkan juga bagaimana ada isu petani warga Bangladesh 'takluk' sawah di Sekinchan, Selangor. DIlaporkan dimana ada sejumlah 12 hektar tanah diusahakan bukan sedikit sekarang tetapi tidak mustahil jika saiznya akan 'membesar' jika perkara ini terus dibiarkan. Persoalan isu mengapa ia begitu mudah ia berlaku dan apa punca tanah itu diberi kepada mereka untuk dapat diusahakan  di mana perlu ada pihak berkaitan yang mana ia sepatutnya melindungi kedaulatan tanah ini serta petani. Persoalan bagaimana pula dengan nasib petani tempatan boleh di kongsikan ianya dalam satu wawancara wartawan hmetro dengan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan tidak lama dulu. Dilaporkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) iaitu sebelum di tukar kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan - KPKM) yang sudah mendapat makluman dan mengenalpasti kawasan-kawasan sawah yang telah bertukar menjadi kebun sayur-sayuran oleh warga asing seperti Bangladesh dan Rohingya. Kementerian juga laporkan dan mendapati terdapat beberapa kawasan sawah dimana ada penanaman kelapa sawit telah melepasi sempadan tanah sawah. Keadaan ini akan menyebabkan tanaman padi terkena serangan penyakit seperti ulat batang. Kawasan bertanam padi seluruh negara adalah seluas kira-kira 700,000 hektar sahaja jika dibandingkan dengan keluasan tanaman padi di Thailand dan Vietnam yang mana masing-masing adalah seluas 10 juta hektar dan 7.5 juta hektar. Warga Bangladesh telah merantau ribuan kilometer untuk bekerja dan kini jadi 'tauke' di bumi Malaysia. Apa isu dan masalahnya?. Kalau sebelum ini ada laporan yang pembabitan ramai warga asing terutamanya warga Bangladesh dalam sektor pertanian hanya membabitkan pekerja bagi industri tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di Cameron Highlands. Kini dengan isu kenaikan harga baja dan racun ddimana pekerja asing dari Cameroon Highland  ini berhijrah ke negeri-negeri lain dan mengusahakan tanaman sayur di tanah sawah. Dalam satu kajian dilaporkan ketika ini ada hampir 60 peratus pesawah yang terdiri daripada warga tempatan sudah berusia dan tidak larat untuk mengusahakan sawah padiGenerasi muda pula tidak berminat dan lebih cenderung untuk bekerja dalam sektor lain selain pertanian. Secara umumnya ada dilaporkan dimana rakyat Malaysia tidak berminat bekerja dalam pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar) mengakibatkan sektor tertentu dimonopoli pekerja asing.


Laporan lanjut menyatakan dimana ada sebagai contoh
 ada 12 hektar tanah sawah yang sudah di kerjakan warga asing ini di Sekinchan, Selangor. Adakah keluasan ini akan bertambah luas lagi jika isu pesawah tempatan sudah tidak mahu mengusahakan sawah mereka dan bagaimana kaedah mahu mengatasi isu kedaulatan tanah ini?. Walau pun ada sedikit pemantauan diantara pihak kementerian dengan Pejabat Tanah dan Galian terutamanya di peringkat negeri serta sentiasa menyarankan agar kawasan tanah sawah dikekalkan tetapi isu ini masih belum menjamin kawasan sawah padi akan dikekalkan. Isu bagaimana proses pertukaran tanaman selain padi di atas tanah-tanah sawah sebaiknya sama sekali tidak dibenarkan kerana ia akan mengancam pengeluaran padi dan beras negara sekali gus membabitkan sekuriti bekalan makanan negara. Perlu ada tindakan tegas sesuai diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menukarkan tanah sawah kepada tanaman lain tanpa kebenaran daripada kerajaan. Apa pun kalangan petani atau pemilik tanah tempatan yang tiada modal mencukupi untuk mengusahakan tanah mereka boleh mendapatkan modal melalui pelagai sumber. Mereka mungkin boleh ditubuhkan koperasi untuk atasi masalah ini seterusnya membolehkan penanaman dijalankan secara besar-besaran serta sistematik. tetapi isunya jika mereka ingin meminjam dengan ihak institusi kewangan dengan umurnya yang sudah tua juga menjadi isu. Pihak institusi kewangan agak 'cuak' jika ingin meluluskan pinjaman kepada petani yang 'sudah tua' walau pun kertas kerjanya meyakinkan. Dalam pada itu dicadangkan dengan cara penubuhan satu koperasi dengan memerlukan sekurang-kurangnya 50 ahli untuk menghadiri mesyuarat agung untuk atasi isu ini. Apa pun jika jumlah ahli koperasi dapat dikurangkan kepada sekurang-kurangnya 20 orang maka ia akan lebih memudahkan proses penubuhan koperasi dan sistematik. Dilaporkan skim bantuan kredit turut disediakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang mana ia merupakan satu pembiayaan untuk meringankan beban pesawah tetapi berapa ramai 'petani tua' yang dapat manafaatnya. Skim bantuan kredit ini diberikan kepada ahli-ahli yang mengusahakan Mini Estet Padi di uruskan di bawah pengurusan PPK. Kadar pemberian bantuan kredit oleh PPK ini bergantung kepada kos pengurusan ladang tanaman padi dan kedudukan kewangan sesebuah PPK. Pihak Agrobank juga ada menyediakan perkhidmatan pinjaman mudah kepada pesawah yang layak untuk mengusahakan sawah mereka.


Pada penulis blog perlu di remajakan sektor pertanian negara dengan cara meningkatkan penyertaan golongan muda. Memang selama ini tidak dinafikan jika terdapat segelintir masyarakat masih tidak peduli tentang sektor pertanian walau pun sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Golongan muda seperti golongan belia misalnya kurang berminat untuk mempelajari dan menceburi bidang pertanian ini kerana mereka dilihat lebih mementingkan ruang lingkup kerja yang selesa dan lebih berminat untuk kerja makan gaji. Sektor pertanian masih terus dianggap sumber pekerjaan terakhir dan terpaksa dimana isu ini termasuk kalangan graduan berkaitan pertanian yang seharusnya secara sukarela menceburkan diri secara aktif dalam aktiviti asas sektor pertanian tetapi beralih arah lain. Pada penulis blog sebagai pendekatan jangka panjang sebaiknya aktiviti pertanian sara diri intensif wajar diterokai dan dijuarai generasi muda supaya industri tersebut bergerak seiring dengan kemajuan dan pertambahan penduduk dalam negara. Salah satunya adalah dengan sistem tanaman fertigasi (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu dilaporkan pada 2021, hanya sekitar 15% sahaja daripada 1.4 juta belia di negara ini terlibat dalam bidang pertanian dan hanya sekitar 4% sahaja pelajar di universiti yang akan mempertimbangkan kerjaya mereka dalam bidang pertanian. Ini memberi gambaran seolah-olah golongan muda masih kurang berminat dalam sektor tersebut. Pihak kerajaan melalui pelbagai kementerian pada penulis blog perlu harus berusaha lebih giat lagi bagi meremajakan sektor pertanian dan menggalakkan penglibatan lebih ramai golongan belia dalam bidang berkenaan. Persepsi golongan belia terhadap bidang pertanian perlu terus diperbaiki bagi meningkatkan lagi penglibatan mereka dalam bidang itu, sekali gus berupaya untuk 'meremajakan' sektor berkenaan. Penglibatan belia dalam bidang pertanian juga boleh ianya mengurangkan pengangguran, mengatasi kemiskinan, serta meningkatkan bekalan makanan dalam negara sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada import makanan di masa akan datang. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dan perlu dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SUDAH LAMA... ISU PETANI TUA DI MALAYSIA...
GOLONGAN MUDA... KURANG MENCEBURINYA...
PERLU ADAKAN.. STRATEGI MENGATASINYA...
JAMINAN MAKANAN...IA AMAT PENTINGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 113, Casuarina Hotel,
Kuala Kangsar, Perak,
Malaysia.
3 RabiulAwal 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...