Negeri Melaka memang sebuah negeri pelancongan di peringkat antarabangsa dan domestik yang menjanjikan tempat-tempat bersejarah dan makanannya. Ramai pelancong akan berkunjung kebeberapa port menari seperti di Bandar Hilir, Pantai Klebang, Air Keroh dan sebagainya sambil membeli belah di banyak hypermarket bersama keluarga. Dalam aspek kuliner makanan Maleka memang terkenal dengan Makanan Asam Pedas, Roti Canai Arang, Kuih Keria Gula Melaka, Roti Canai Asam Pedas, Cendol Banda Hilir, Kuih Tradisional Cina dan pelbagai makanan menarik lain. Bagi penulis blog yang selalu ke Melaka akan mencari destinasi untuk makanan unik di Melaka. Ada banyak sebenarnya tempat makan menarik di Melaka sampai ramai pelancong tidak tahu kemana hendak di tuju akan tetapi paling mudah di akses adalah satu destinasi pilihan iaitu premis Kuih Keria Antarabangsa yang terletak di Limbongan Melaka. Kuih Keria ini sangat istimewa sehingga pelancong datang dari luar Melaka pun datang untuk beli disini. Kedai Kuih Keria Antarabangsa di Limbongan ini terletak di sebelah Masjid Limbongan, Bandar Melaka. Kedainya betul-betul terletak berhadapan dengan jalan utama dan memang ia tidak susah hendak cari dengan menggunakan google map atau waze sahaja memang akan jumpa. Waktu perniagaan adalah jam 1 tengahari sehingga petang. Selalunya waktu untuk perniagaan Kuih Keria Antarabangsa ini yang sudah berusia lebih 40 tahun iaitu ia bermula dari gerai kecil di tepi jalan sehinggalah sudah ada kedai sendiri dengan ramai para pengunjung terutaa di hari minggu. Dilaporkan ada orang yang panggil Kuih Keria dan ada juga orang panggil Kuih Gelang dimana yang uniknya kuih keria di kedai ini adalah dimana mereka menggunakan sira dari gula melaka dimana sebab itu lah Kuih Kerianya nampak merah-merah dan berkilat-kilat. Gula Melaka adalah sejenis gula di perbuat dari nira atau manisan pokok kelapa yang di mask sehingga pekat dan membeku apabila sejuk dengan aroma dan citarasa yang unik. Anda boleh membeca tulisan saya mengenai gula mekala dengan pautan (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Gula Melaka apa pun merupakan satu daripada produk daripada tanaman kelapa (Cocos nucifera) yang banyak tumbuh diseluruh dunia. Indonesia, India dan banyak kepulauan di Asia Pasifik dan Kawasan Tropika yang lain banyak menanam kelapa. Dikawasan Asia gula melaka juga digelar dengan pelbagai nama seperti Gula Aren ; Gula Jawa ; Gula Merah ;Gula Semut (Indonesia), Nam taan pep (Thailand), Duong thot not (Vietnam), Pol Pani ; Kitol Pol Puru (Sinhalese Sri Lanka), Pakaskas (Filipina), Karrrupati (Tamil), Num taan (Laos) dan Skot tnot (Kemboja). Indonesia dilapor sebagai pengeluar paling banyak gula melaka didunia. Rekod pengeluaran gula melaka tidak ada dicatit secara rasmi kerana ianya termasuk dalam rekod pengeluaran gula didunia sekitar 60 -65 juta metrik tan setahun. Kuih keria disini dijual dengan harga 50sen seketul dan kebanyakkan orang yang datang bukan beli seketul dua ketul. Tapi ada yang sampai beli lebih dari 50 ketul. Kuih Keria ni mempunyai rasa yang sangat sedap sebab ianya kaya dengan rasa keledek disamping rasa gula melaka yang pekat. Tak hairanlah ramai orang datang beli kuih keria di sini kerana rupa dan rasanya sangat berbeza dengan kuih keria di kedai-kedai yang lain. Sesiapa yang hendak datang ke sini hanya perlu waze ke Majid Limbongan dan pasti akan jumpa. Lokasi kedai ini pula memang ia sangat berhampiran dengan Klebang dan selalunya selepas makan Kuih Keria bolehlah minum coconut shake pula.
Dilaporkan yang didalam dunia kuih-muih tradisional Melayu ada satu nama yang kekal relevan dan sentiasa menjadi asas kegemaran ramai ialah Kuih Keria Gula Melaka. Kuih ini bukan sahaja menggamit kenangan zaman dahulu, malah kini kembali popular dan menjadi pilihan utama di media sosial, bazar Ramadan, dan gerai kuih moden. Dengan gabungan keledek yang dilenyek halus, digoreng rangup, dan disalut pula dengan sira gula Melaka yang pekat dan berkilat, kuih ini memang tidak pernah gagal memikat selera. Menariknya, resepi ini sangat mudah disediakan di rumah dan hanya menggunakan bahan asas yang ada di dapur. Jom kita pelajari cara menyediakan Kuih Keria Gula Melaka yang gebu,dan manis lemak. Menyentuh tentang latar belakang Kuih Keria Gula Melaka sebagai salah satu jenis kuih tradisional Melayu yang sangat digemari sejak dulu hingga kini. Ia terkenal dengan rasa manis semula jadi daripada keledek yang dilenyek, dibentuk seperti gelang, digoreng keemasan dan kemudian disalut dengan sira gula Melaka yang pekat dan berkilat. Berbeza dengan kuih keria biasa yang menggunakan gula pasir putih, versi sira gula Melaka ini berasal dari negeri Melaka dan semakin popular di seluruh negara kerana rasa lemak manisnya yang unik, aroma wangi gula Melaka, dan rupa kuih yang tampak eksklusif dengan kilauan semula jadi. Ia bukan sekadar enak dimana kuih ini juga membawa kenangan zaman dulu iaitu sering disediakan ketika minum petang bersama keluarga, atau dijual di pasar pagi dan bazar Ramadan. Kini, dengan pelbagai versi moden dan jualan secara ‘viral’ di media sosial, kuih ini terus mendapat tempat di hati pencinta kuih tradisional dan juga generasi muda. Di kongsikan akan resepi Kuih Keria Gula Melaka dimana bahan-bahan untuk kuih adalah 2 kg keledek putih (kupas kulit dan potong kecil), 1 ½ cawan tepung gandum, 1 sudu kecil serbuk penaik (double action baking powder) diayak bersama tepung, sedikit garam, air bersih secukupnya (untuk merebus keledek) dan juga minyak masak (untuk menggoreng). Cara-cara membuat kuih adalah dimulakan dengan mengupas kulit keledek dan potong kecil.
Rebus keledek bersama sedikit garam sehingga empuk. Toskan air dan ia kemudian dilenyek keledek hingga hancur semasa masih panas dan dibiarkan sejuk. Bila dah sejuk maka boleh dimasukkan tepung dan uli sehingga jadi doh. Bentuk doh jadi gelang ikut saiz yang anda suka. Diatas kuali dipanaskan minyak untuk menggoreng kuih keria guna api sederhana hingga keemasan. Angkat dan toskan minyak. Biarkan kuih sejuk sebelum disira dengan gula Melaka. Selalu ia disira dengan bahan-bahan untuk sira gula Melaka iaitu terdiri dari 1 ketul (block) gula Melaka, sedikit gula batu, 1 sudu besar gula pasir dan juga 5 sudu besar air. Cara-cara membuat sira dengan memotong kecil gula Melaka dan gula batu supaya cepat cair. Masukkan semua jenis gula dan air ke dalam kuali. Masak hingga gula larut, berbuih, dan agak pekat. Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi. Gaul rata agar atau supaya semua kuih bersalut dengan gula. Kemudian ditutup api dan dengan guna lidi atau chopstick untuk asingkan kuih agar tidak melekat antara satu sama lain semasa sejuk. Kuih keria sedia dihidang dan sebagai tips Tambahan dimana di galakkan untuk gunakan keledek putih dan kurangkan jumlah air dan tidak terlalu manis yang sesuai untuk kuih. Apa pun pastikan jangan terlalu banyak tepung sebab nanti kuih jadi keras. mencampurkan bahan gula batu dalam sira adalah ia bertujuan untuk hasil akhir yang berkilat bila sejuk.
Dalan satu laporan Mingguan Wanita ada kisah 'Ibu Tunggal Ini Kongsi Rahsia Jualan Kuih Keria Gula Melaka Viral Witus' yang berkaitan dengan artikel ini.
Produk Kuih Keria Gula Melaka Viral Witus hebat sehingga mampu mengubah kehidupan satu keluarga. Perjalanan kehidupan berumah tangga ada yang tidak semuanya indah dimana ada kes mereka yang tidak pernah putus berdoa agar perkahwinan kekal hingga ke jannah namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Ada kisah dimana walaupun bercerai namun wanita ini tidak bermasam muka sebaliknya menjalin hubungan baik dengan bekas suami demi anak-anak. Bagi Noorzaifam Jasmin (32) tahun dimana keindahan kehidupan rumah tangganya hanya mampu bertahan lapan tahun sahaja. Akibat gurauan dan sekadar mahu menggertak dalam satu perselisihan faham maka suami melafazkan talak dan ternyata kisah cinta mereka berakhir kerana tidak boleh merujuk kembali buat selama-lamanya. Dia yang berkelahiran Kuala Lumpur ini baru lapan bulan membesarkan anak secara sendirian. Kata orang tipu jika tidak sedih ditambah lagi setiap perkahwinan itu ada memorinya tetapi alah bisa tegal biasa, perjalanan kehidupan perlu diteruskan tanpa menoleh ke belakang. Pertemuan dirinya bersama Pengerusi Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Nur Iman Kuala Lumpur & Selangor (WITUS) iaitu Shiela amat bermakna. Semasa dia berbual dengan rakan senasib yang lebih memahami antara satu sama lain. Bila saya mengikuti bengkel dan kursus-kursus yang dianjurkan dan dia boleh melupakan masalah-masalah yang menghantui. Dia akui jadi lebih bersemangat kerana hidup harus diteruskan. Tak perlu menoleh ke belakang kerana masa saya lebih panjang dengan anak-anak yang membantu kak Shiela di NGO Witus dengan jualan Keria Gula Melaka Viral Witus. Biasany dia akan datang ke persatuan jam 10 pagi hingga ke petang. Hari-hari biasa, ubi keledek yang digunakan mencecah 100 kg untuk jualan. Manakala Sabtu Ahad, ia mencecah 150 ke 180 kg kerana permintaannya cukup tinggi. Apa pun boleh dikatakan kuih keria viral Witus ini mendapat permintaan tinggi dari penduduk setempat di Batu Caves, Selangor. Isinya lembut dan gebu sebab itu ramai yang suka. Kalau hari biasa ada pekerja yang membantu lima orang tetapi hari Sabtu dan Ahad jumlahnya menjadi lapan orang. Dia akui kak Shiela banyak memberi kata-kata motivasi malah dia juga menjaga kebajikan setiap ahli berdaftar. Anak-anak juga rapat dengannya malah memanggil dirinya sebagai Ibu. Hujung minggu mereka tak sabar untuk bertemu. Bagi Noorzaifam Jasmin atau mesra disapa Jasmin dimana dia tidak lagi mahu menoleh ke belakang lagi apabila seperti kalau mahu hidup perlu untuk diteruskan dan berkat sokongan ahli keluarga dan persatuan dia lebih kuat. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

ASASNYA KELEDEK... DI LENYEK ADUNANNYA...
DI GORENG DI SIRA...SEHINGGA MANIS RASA...
BOLEH BUAT SENDIRI...ATAU MEMBELI SAHAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Rabiulawal 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.