Support My Blog

Monday, September 22, 2025

SEMBANG KEHEBATAN BUNGA CENGKIH

BUNGA CENGKIH
(Eugenia aromaticum synonim Syzygium aromaticum) merupakan sejenis herba atau rempahratus dari keluarga Myrtaceae yang terkenal semanjak zaman dulu kala sehinggakan orang-orang Eropah datang menjejaki kawasan Asia Tenggara bagi tujuan untuk mendapatkannya. Bunga Cengkih di percayai berasal atau natif dari Mollucas, Indonesia dan kini masih terus ditanam secara komersil di Brazil, West Indies, Zanzibar, Tanzania, Madagascar, India dan Sri Lanka. Cengkih juga di panggil sebagai Cloves (Inggeris), Grampoo; lavangam ; Lavang ; Lavangalu ; Krabu (India), dinh hurong (Vietnam), ding heung (China), ley-nyin-bwing (Myanmar), Gahn plu (Thailand), Clou de girofle (Perancis), Gewuzenelke (German) dan Chiodo di garofano (Itali). Pokok Cengkih memerlukan hujan yang banyak melebihi 3,500 mm setahun dan persekitaran yang lembab dimana selalu juga perlukan ada musim kering untuk aktiviti penuaian hasil. Penanaman cengkih di Malaysia pernah direkodkan pada zaman kolonial dahulu tetapi ia kini ditanam dengan skala tidak komersil dan tiada maklumat rasmi keluasan tanaman cengkih di Malaysia. Dulu Jabatan Pertanian pernah menjalankan beberapa projek penanaman cengkih pada awal tahun 1960-1980'an terutama dikawasan pulau-pulau tropika di sekitar Semenanjung dan beberapa kawasan pendlaman. Penulis yang pernah tinjau dan menjejakki Pulau Aur, Pulau Tinggi dan Pulau Tioman serta Pulau Besar di Melaka bagi mencari kesan-kesan tinggalan tanaman pokok cengkih dan mendapati cengkih pernah ditanam disini sebagai komoditi rempah sudah hampir lupus. Bagaimana pun projek penanaman cengkih ini didapati kurang berjaya disebabkan petani tidak berminat dengan tanaman ini yang memberikan pendapatan sedikit serta proses yang agak rumit. Mereka yang berada dipulau lebih berminat mengusahakan chalat dan beberapa aktiviti pelancongan. Pokok cengkih kini ada ditanam dalam plot beberapa stesyen pertanian dan juga dijadikan tanaman ri keornamental. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka untuk sembang dengan menulis mengenai tanaman pokok bunga cengkih untuk di jadikan bahan rujukkan dan bacaan oleh pembaca blog semua.


Sudah ada banyak kajian atau sudah pun dibuat  dimana di laporkan ada 
12 hhasiat bunga cengkih untuk kesihatan yang perlu orang awam mengetahuinya akan di sembangkan. Cengkih merupakan antara herba yang sering digunakan dalam masakan. Tetapi, adakah anda tahu apakah khasiat bunga cengkih untuk kesihatan secara keseluruhan. Apa pun dilaporkan dimana bunga cengkih atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum adalah terhasil di bahagian pucuk ranting dimana ia di petik dan kemudian bunga ini di keringkan yang merupakan antara rempah-ratus popular. Banyak bunganya ketika musim puncak dan selelunya di petik secara mnual (Sila lihat foto disebelah). Bagi penulis blog mendapti dimana bunga cengkih sering digunakan dalam masakan dan sebagai salah satu bahan untuk perubatan tradisional selama bertahun-tahun. Menurut kajian yang di buat oleh pihak United States Department of Agriculture (USDA) dimana setiap unit berat, 2.1 gram (g) atau 1 sudu teh cengkih mengandungi nutrisi sebanyak 6 kilokalori  (kcal) tenaga, 0.13 g protein, 0.27 g lemak, 1.38 g karbohidrat dan juga 0.7 g serat. Jumlah yang sama juga membekalkan 1.263 miligram (mg) manganese atau kadar 63% daripada nilai keperluan harian untuk mineral ini. Herba bunga cengkih terkenal sebagai rempah yang manis dan beraroma akan tetapi ia juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan. Khasiat pertama dilaporkan ia berfungsi sebagai bahan Antibakteria dimana didakwa cara penggunaan putik, esktrak atau minyak cengkih dipercayai cukup mujarab untuk membunuh patogen di dalam badan manusia. Antaranya adalah jenis patogen yang menjadi punca wabak taun yang akan musnah apabila jens dengan bahan bunga cengkih. hasiat ke dua adalah dimana ia sangat sesuai di gunakan untuk Kesihatan Oral setelah bunga ini di proses dan dijadikan minyak yang amat berfungsi sebagai antiseptik dan penahan sakit berkesan untuk masalah mulut dan pergigian. Ia boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis. KAlau zaan oden ini mungkin petua mengigit bunga cengkih kurang di ketahui atau di amalkan kerana banyak pesakit menggunakan perubatan moden sahaja. Khasit kehebatan bunga cengkih ke tiga adalah ia adalah amat bagus untuk hati berlemak. Didakwa dimana kehadiran antioksidan yang tinggi dalam cengkih amat ideal untuk menjaga organ badan khususnya hati. Cengkih dengan sifat hepatoprotektifnya boleh mengatasi kesan disebabkan oleh aktiviti metabolik bebas seperti peningkatan profil lipid dan pengeluaran radikal yang mengakibatkan penurunan tahap oksidan dalam hati. Apa pun khasiat ke empat adalah bunga cengkin sesuai dalam atasi masalah mulut berbau sebab aroma cengkih sangat berkesan dalam menghilangkan bau mulut. Selain digunakan secara meluas sebagai bahan utama dalam penghasilan ubat gigi, cengkih boleh dimasukkan dalam minuman atau banyak jenis makanan setiap hari, untuk mengatasi masalah nafas berbau. Seterunya ke lima adalah ia baik bagi pesakit Kencing Manis atau Diabetes. Pesakit diabetes biasanya akan berdepan keadaan di mana insulin yang dihasilkan badan tidak mencukupi dengan tahap diperlukan. Kajian ada dapati jika penggunaan cengkih membawa kepada penjanaan insulin dalam badan dan mengekalkan paras glukosa darah.


Ramai kurang tahu atau jarang mendengar jika bunga cengkin mempunyai Sifat Antiradang sebagai salah satu bahan atau ubat penahan sakit yang sangat baik kerana ia merangsang reseptor kesakitan badan dalam proses untuk melegakan kesakitan. Dilaporkan kehadiran eugenol dalam jumlah tinggi dipercayai dapat mengurangkan kesakitan berkaitan dengan edema iaitu kes seperti bengkak yang disebabkan cecair berlebihan dalam badan yang terperangkap dalam tisu badan. Bunga cengkih di kaitkan dengan kemampuannya untuk Masaalah Kanser. Ini kerana bahan antioksidan adalah bahan kimia yang selalu memainkan peranan dalam mengurangkan kerosakan sel penyebab kanser. Hasil kajian di laporkan jika bunga cengkih mungkin mempunyai peranan penting dalam rawatan kanser masa hadapan kerana ia menyebabkan kematian sela dan penggandaan sel yang perlahan. Khasiat ke 8 dimana bunga cengkin adlah Bagus untuk sistem pencernaan. Minyak cengkih amat bagus dalam memastikan kelancaran pengeluaran dan rembesan enzim pencernaan bertujuan iaitu untuk memastikan proses penghadaman tidak tersekat. Ia juga sangat berkesan dalam membantu didalam menghilangkan ketidakselesaan perut seperti cirit-birit, kembung perut, loya, muntah, senak, perut berangin, sembelit dan sebagainya. Apa pun ke 9 dimana bunga cengkih adalah bahan Penggalak imuniti. Kajian mendapati jika putik cengkih turut berperanan dalam meningkatkan kiraan sel darah putih, sekali gus meningkatkan sifat imun yang hadir bersamanya. Ia didakwa mengurangkan hipersensitiviti badan kepada agen asing punca kepada kemudaratan dan ketidakselesaan kepada fungsi tubuh. Khasiat ke 10 dimana cengkih mampu untuk Mengtasi masalah obesiti apabila ekstrak rempah cengkih juga dipercayai berpotensi dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan. Cengkin juga mampu Meningkatkan kekuatan tulang dimana cengkih menghasilkan esktrak hidroalkohol sebatian fenolik seperti eugenol, flavonoid dan isoflavon. Sebatian ini dipercayai membolehkan tubuh mengekalkan ketumpatan tulang dan meningkatkan kandungan mineral tulang. Akhir sekali di laporkan dimana cengh serang digunakan adalah Untuk rawat sakit kepala. Apa pun herba cengkih dipercayai sebagai afrodisiak ringan dalam bidang perubatan Unani yang berkesan untuk mengurangkan sakit kepala. Kes pengambilan teh berperisa cengkih dapat menghilangkan masalah tersebut dengan mudah sambil menyegarkan mood.


Apa pun perlu ketahui jika pembaca blog anim agro technology perlu berhati-hati dengan kesan sampingannya. Ini kerana walaupun terdapat banyak khasiat bunga cengkih namun penggunaannya haruslah secara berhati-hati. Ini kerana didakwa penggunaan cengkih berlebihan pada bayi boleh menyebabkan sawan. Dos yang banyak juga tidak digalakkan untuk wanita hamil dan ibu menyusu kerana ia boleh menyebabkan iritasi. Oleh sebab komposisi kimia yang kuat, penggunaan minyak cengkih secara berterusan untuk tempoh lama pada gusi dipercayai akan melemahkan membran mukus dan gusi. Apa pun perlu diketahui jika lebih kajian diperlukan untuk mengesahkan khasiat cengkih dan tidak dinafikan potensi bunga cengkih dalam aspek kesihatan secara keseluruhan. Namun lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengesahkannya. Seperti kebanyakan makanan sihat, ia paling berkesan apabila dimasukkan sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Di sembangkan juga aan tips menikmati khasiat bung cengkih. Caranya dengan mereneh bunga cengkih dalam air selama 5-10 minit untuk mendapatkan secawan teh yang menenangkan. Sebaiknya sama seperti kebanyakan produk herba, amat disarankan untuk anda mendapatkan nasihat dan rundingan doktor untuk memastikan kesesuaian diri sebelum mengamalkannya.


Disembangkan juga akan 
7 keburukan bunga cengkih yang perlu di kongsikan dengan pembaca semua.Walaupun ia lebih sinonim sebagai bahan masakan, namun bunga cengkih turut digunakan dengan meluas dalam dunia perubatan moden dan tradisional. Akan tetapi dimana seperti kebanyakan bahan semula jadi lain, penggunaan cengkih atau minyak cengkih juga boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan. Kesan sampingan ini boleh berlaku apabila ia tidak digunakan dengan betul atau secara berlebihan. Keburukan pertama adalah minyak cengkin akan beri kesan Iritasi pada bahagian seksual manusia. Penggunaan cengkih atau minyak cengkih pada bahagian sensitif seperti organ seksual boleh juga ia menyebabkan iritasi sebab cengkih mengandungi sebatian dikenali sebagai eugenol yang boleh menyebabkan kes-kes kerengsaan kulit. Adalah disarankan agar untuk tidak sesiapa menggunakannya pada bahagian sensitif tubuh anda tanpa nasihat perubatan. Beberapa kajian ada menunjukkan bahawa, eugenol boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan mukosa dan ia memerlukan lebih banyak penjagaan jika digunakan pada anggota badan yang sensitif. Keburukan kedua adalah ia menyebabkan Reaksi alergi atau kesan alahan pada kulit. Sesetengah orang juga mungkin akan mengalami reaksi alergi terhadap cengkih atau minyak cengkih. Tanda-tanda reaksi alergi boleh merangkumi gatal-gatal, kemerahan dan bengkak. Malah, dalam kes yang jarang berlaku, ia juga boleh menyebabkan kesukaran bernafasJika anda mengalami tanda-tanda ini selepas penggunaan cengkih, hentikan penggunaannya dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Alergi terhadap cengkih mungkin jarang berlaku, namun ianya boleh menjadi serius jika tidak ditangani dengan betul. Keburukan ke 3 dimana ia beri kesan kepada kes Penurunan drastik tahap gula darah. Cengkih juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk membantu mengawal tahap gula darah. Namun, jika digunakan bersama dengan ubat-ubatan antidiabetik, ia boleh menyebabkan penurunan yang drastik dalam paras gula darah lalu mengakibatkan hipoglisemiaOleh itu sesiapa yang cuba mengambil ubat-ubatan diabetes perlu berhati-hati semasa menggunakan cengkih. Sebaiknya, berbincanglah dengan doktor sebelum menggunakan cengkih dalam diet anda.


Keburukan bunga cengkih ke 4 adalah dimana ia boleh juga M
eningkatkan pendarahan sebab bunga cengkih memang ia mengandungi sebatian eugenol yang boleh bertindak sebagai agen pencair darah. Ini boleh meningkatkan risiko pendarahan, terutamanya bagi individu yang mengambil ubat antikoagulan atau yang akan menjalani pembedahan. Perlu dimaklumkan kepada doktor jika sesiapa sedang menggunakan cengkih sebelum sebarang prosedur pembedahan. Cengkih juga keburukannya adalah kes  Keracunan dimana Keracunan makanan sebabkan sakit perut. Kes pengambilan cengkih atau minyak cengkih dalam jumlah besar juga berpotensi menyebabkan kes keracunan.  Antara gejala keracunan cengkih adalah seperti sakit perut, muntah, cirit-birit, lemah badan, denyutan jantung yang cepat, kejang dan juga koma. Sesiapa kemudian ada mengalami gejala-gejala ini selepas penggunaan cengkih maka dengan segera perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Mengenai bahaya bunga cengkih yang boleh menyebabkan Masalah jantung dimana hasil kajian mendapati jika penggunaan cengkih dalam jumlah besar boleh menyebabkan peningkatan denyutan jantung. Ini kemudiannya menyebabkan aritmia atau gangguan pada irama jantung dimana diantara punca-punca aritmia perlu di ketahui. Apa pun dilaporkan ada lebih banyak penyelidikan masih diperlukan untuk mengesahkan perkaitan dan keburukan bunga cengkih ini, namun adalah penting untuk menggunakan cengkih dengan berhati-hati, terutamanya jika anda mempunyai sebarang masalah jantung sedia ada. keburukkan ke 7 dimana jika bunga cengkih menyebabkan akan kes Gangguan fungsi hati dimana penggunaan cengkih dalam jangka panjang dan dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan gangguan pada fungsi hati. Cengkih boleh mempengaruhi enzim hati yang kemudiannya boleh mengakibatkan kerosakan pada hati.  Kajian ada menunjukkan, penggunaan cengkih dalam dos yang tinggi boleh mengganggu fungsi hati, walaupun mekanismenya secara tepat masih belum jelas. Semuga artikel ini memberi info bermanafaat kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUNGA CENGKIH... SEJENIS HERBA...
KURANG DI TANAM... DI MALAYSIA...
BANYAK KHASIAT... APAKAH DIANYA...
MEMBACA ARTIKEL... RASA GEMBIRA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Safar 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...