Penulis blog yang memang suka makan pelbagai resepi berasaskan telut kini tahu dimana memang ada banyak jenis telur di pasaran untuk di nikmati. Sesiapa yang suka berbelanja dapur mungkin hanya kenal beberapa jenis telur dipasaran mengikut warna, saiz, bentuk dan faktur harganya. Rupanya memang ada banyak jenis telur ayam dijual di premis termasuk di dalam pasaraya atau on-line. Ada jenis telur organik sehingga jenis telur yang diperkaya dengan omega-3. Telur adalah makanan yang kaya dengan sumber protein iaitu menyamai kualiti daging lembu. Apa pun dikatakan ada beberapa jenis telur ayam seperti Telur Ayam Konvensional, Telur Ayam Telur Tanpa Kandang (Bebas bertelur dimana sahaja) dan beberapa lagi. Jenis pertama adalah Telur Konvensional dimana ia adalah paling premium dan paling murah dipasaran dan mudah didapati sepanjang masa. Apa pun dilaporkan dimana proses untuk mendapatkan Telur Jenis Konvensional kurang baik bagi ayam kerana biasanya ayam-ayam ditempatkan di dalam kandang yang penuh dan sering kali hidup tanpa melihat cahaya matahari. Kedua adalah jenis Cage-Free Eggs (Telur Tanpa Kandang) dihasilkan dari ayam-ayam yang tetap hidup di kandang cuma kelainannya adalah semua ayam penelur ini dibiarkan hidup di dalam kandang terbuka. kelebihannya dimana ayam masih memiliki ruang untuk berkeliaran dan bertenggek dimana ia juga selalu disediakan kotak sarang untuk bertelur. Jenis ke tiga adalah Jenis Free-Range Eggs (Telur Ayam Bebas) dimana berbeza dengan dua jenis telur ayam di atas iaitu telur free-range ini dihasilkan dari ayam yang tidak hidup di kandang iaitu ayam ini akan dibiarkan berkeliaran bebas dan umumnya berteduh di bawah kanopi saja. Ayam ini bebas bergerak, mendapat udara segar dan makan biji-bijian atau serangga untuk ia dimakan oleh ayam dipercayai ia boleh menyebabkan kualiti telur ayam ini lebih baik. Ke empat paling sering idengar adalah Jenis Telur Organik dimana telur ayam organik ini didapatkan dari ayam yang diberikan bahan makanan jenis organik dan tidak disuntik atau diberi vaksin atau antibiotik. Selalunya jenis ayam-ayam ini dipelihara tanpa kandang atau bebas. Aspek lain dimana biji-bijian yang mereka makan harus ditanam di kebun yang tidak mengunakan bahan kimia dan racun serangga selama tiga tahun. Terdapat juga Jenis Telur Vegetarian iaitu telur yang berasal dari ayam yang diberikan makanan vegetarian. Ayam betina akan dipelihara di dalam ruangan dan dilarang ia dapat mematuk cacing atau serangga di tanah. Jenis ke enam pula adalah Jenis Telur Yang Dipasteurisasikan dimana jenis telur yang satu ini selalunya dipanaskan 60 Celcius selama 3.5 minit sehingga proses ini akan membunuh bakteria apa pun tanpa dimasak dulu. Telur ini adalah ideal untuk ibu hamil, golongan kanak-anak dan mereka yang memiliki sistem kekebalan atau imuniti lemah. Biasanya proses pasteurisasi amat signifikan sebagai satu cara mengurangkan risiko penyakit dari makanan yang mungkin terdapat termasuk patogen Salmonella. Akhir sekali jenis telur ke 7 adalaj Telur Yang Diperkaya Omega-3 dimana ia kini paling hebat di pasaran. Kaedah penghasilannya dengan memberikan makanan ayam dilengkapi dengan bahan Asid Lemak Omega-3 seperti biji rami (flaxseed). Apabila ayam ini mencerna biji rami maka kandungan alpha-lipoic acid (ALA) di dalam biji rami akan pecah menjadi docosahexaenoic acid (DHA) dan asam lemak yang dipindah kepada bahan isi dalam kuning telur. Sebiji telur omega-3 biasanya hasil kajian makmal ia mengandung 340 mg ALA dan 75-100 mg DHA. Merujuk kepada penyelidikan diantara telur organik, telur konvensional dan telur yang diperkaya omega-3 mendapati dimana telur organik memiliki kadar protein, kalium dan juga tembaga yang lebih tinggi. Telur konvensional mengandungi lebih banyak magnesium dan zat besi dan telur omega-3 pula mampu menyimpan manganese dan kalsium yang lebih tinggi. Apa pun lazimnya dengan mengubah makanan ayam ternyata dapat mengubah kandungan nutrisi dalam telur. Apa pun masih sukar untuk memilih telur yang paling sihat sebab kesemuanya mempunyai kelebihan nutrisi yang berbeza yang baik untuk kisehatan. Bagaimana pun harga ke tiga jenis telur berlainan dipasaran.
Dalam satu laporan media yang di rujuk dinyatakan dimana didakwa telur ayam kampung dipercayai ia lebih hebat dan bergizi dari telur ayam biasa kerana cara pemeliharaan ayamnya yang lebih bebas dan mesra alam. Ayam kampung hidup bebas tanpa kandang dan memakan pelbagai jenis makanan yang ada di kawasan ternakan dilokasi seperti cacing dan biji-bijian yang berikan kualiti terbaik bagi ayam dan telurnya. Dilaporkan dimana kandungan zat atau gizi telur ayam kampung merujuk kepada kajian di North Carolina University menunjukkan telur ayam kampung mengandungi tinggi lemak tidak tepu atau dipanggil sebagai 'monounsaturated fat' dan 'polyunsaturated fat' yang lebih banyak berbanding dengan telur ayam biasa (dari ayam penelur). Jumlah kolesterol, vitamin E, dan juga vitamin A pada kedua telur ini cenderung sama. mengenai zat lain dilaporkan dimana kandungan zat dilaporkan pada telur ayam kampung tidak jauh berbeza dengan telur ayam biasa sevara umumnya. Kajian mendapati dalam 100 gram (g) telur ayam kampung yang dimasak dilaporkan ia mempunyai nilai diet iaitu protein (16.3 gram), Tenaga (251 kcal), Karbohiderat (1.4 g), Lemak (19.4 g), Phosforan (250 miligram), Kalsium (62 mg), Zat Besi (2.5 mg), Vitamin A (36 microgram) dan juga zat Karoten (221 microgram). Selain sebagai sumber protein yang berkualitas, telur ayam kampung juga tersusun atas kandungan lain seperti vitamin B1, omega-3 dan antioksidan. Dari segi luaran dimana perbezaan diantara telur ayam kampung dan telur ayam biasa (ayam penelur) dimana pada warna kulit luar telur ayam kampung lebih putih sedangkan warna bagi telur ayam komersil berwarna kecoklatan. Dari segi ukuran telur ayam biasa ini ia lebih besar dan mempunyai kulit luar dengan tesktur yang kasar. Dalam pada itu selalunya di bahagian kuning telur ayam kampung berwarna lebih oren warnanya sedangkan telur ayam kbiasaimempunyai warna kuning telur yang lebih cerah. Apa pun kajian menganalisa kehebatan dalam aspek kesihatan dimana bagi telur ayam kampung mempunyai keperluan zat yang agak baik seperti bahan karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan unsur mineral. Dilaporkan dimana telur ayam kampong mampu menurunkan risiko penyakit jantung dimana ia dapat meningkatkan kadar HDL (high density lipoprotein) hingga 10% diaman HDL sendiri merupakan jenis kolesterol yang baik bagi tubuh. Keberadaan tahap HDL yang lebih tinggi di dalam tubuh dapat menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) sehingga mengurangi risiko serangan jantung atau stroke dan penyakit jantung jenis yang lainnya. Dalam telur ayam kampong terkandung 'kolin' yang memiliki fungsi penting dalam proses pemecahan Asid Amino homocysteine iaitu zat yang berpengaruh dalam menimbulkan gangguan pada jantung. Telur aya kampong di percayai mampu untuk mencegah masaalah Masaalah Katarak sebab ada kandungan vitamin A, lutein dan zeaxanthin yang terdapat pada kuning telur. Dilaporkan dimana vitamin A memang dikenali baik untuk mengoptimalkan kemampuan penglihatan dimana bahan lutein dan zeaxanthin merupakan antioksidan yang aktif bekerja pada retina mata. Apabila berlaku keadaan kekurangan lutein dan zeaxanthin dapat meningkatkan risiko penyakit katarak, degenerasi makula dan mempercepatkan berlakunya penuaan mata. Telur Ayam Kampong mampu untuk mengurangkan kadar kolesterol jahat iaitu kes sama dengan telur biasa dimana telur ayam kampung mengandungi kolesterol yang tinggi. Bagaimana pun kolesterol dalam telur ayam kampung tidak cepat dalam meningkatkan kadar kolesterol di dalam tubuh. Ini kerana tubuh manusia mampu menyeimbangkan jumlah kolesterol yang berasal daripada makanan. Dalam telur ayam kampung terdapat kandungan asam lemak omega-3 yang biasanya banyak terkandung pada minyak ikan. Bahan Omega-3 dapat menurunkan kadar trigliserida yaitu komponen kolesterol jahat yang berisiko menyebabkan penyakit jantung.
Kehebatan dan fakta nutrisi bagi Telur Omega-3 dan Telur Biasa (telur ayam penelur komersial) dimana dilihat iaitu telur ayam adalah sumber protein dari haiwan yang murah dan mudah untuk diperolehi. Jenis telur omega-3 yang didakwa ia jauh lebih bergizi daripada telur biasa sering isu ini di bincangkan. Telur ayam kampong didakwa mapu untuk mengoptimalkan fungsi otak kerana bahan Kolin baik untuk kisehatan jantung, kolin pada telur ayam kampung juga dapat membantu bagi menjaga kesehatan otak. Kolin berfungsi untuk dapat bantu mengoptimalkan pengeluaran bagi sel-sel otak serta dapat membangunkan organ membran sel yang berfungsi mengantarkan sinyal pada otak. Ini kerana dalam sebiji telur ayam kampung ada bahan lebih 100 gram kolin. Dalam pada itu ada beberapa vitamin dan mineral lain yang terdapat pada telur juga membantu otak dan sistem saraf bekerja dengan lebih efektif. Kehebatan telur ayam kampong mampu dalam membantu proses perkembangan sel kerana telur ayam merupakan salah satu sumber protein berkualiti tinggi. Protin adalah zat yang sangat penting dalam pembentukan sel tubuh sehingga bermanfaat untuk keberlangsungan kerja setiap organ. Dalam protin ada asid amino esensial yang memiliki fungsi penting untuk mengoptimakan pengembangan struktur sel sekaligus membantu sel agar boleh ianya menjalankan fungsinya dengan baik. Jumlah asid amino yang terdapat dalam telur ayam kampung juga sesuai dengan jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan dalam mendapatkan seluruh khasiat dari protin. Telur ayam kampong di kaitkan dengan kehebatanya dalam membina otat dan menguatkan otot berasaskan bahan protin didalamnya. Seperti yang sudah dijelaskan sebelumnya, protein mengandungi asid amino dan akan diserap seterusnya ia memperbaiki kerosakan otot yang diakibatkan selama beraktiviti atau bersukan. Jika athet tidak mendapat sumber protin yang mencukupi lazimnya akan berikan kesan kepada kerosakan otot yang menyakitkan kemudian. Apa pun agak unik dakwaan jika makan telur ayam kampong membantu menguruangkan berat badan. Ia berlaku kerana telur mengandungi protin yang tinggi dimana protin adala bahan merupakan makronutrien yang boleh memberikan kesan kenyang lebih lama setelah di makan. Perkara ini dibantu lagi dengan bekalan karbohiderat yang diambil daripada jenis makanan lain. Selepas makan telur ayam dan makanan lain maka menusia akan rasa kenyang dimana ini akan mengurangkan rasa hendak makan terutama makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. Telur boleh dijadikan sebagai pilihan sebagai 'Makanan Diet' yang baik.
Beberapa tulisan akademik menyatakan dimana tdoktor telah dedahkan akan kebaikan telur ayam kampung yang perlu diketahui. Di Malaysia telur merupakan makanan kegemaran ramai. dimana ia terbahagi kepada dua kategori aitu telur ayam kampung dan telur ayam bandar (telur dari ayam ppenelur komersial). Ramai dakwa suka makan telur ayam kampung walau pun agak mahal tetapi ia di percayai ia lebih berkhasiat. Dakwaan paling 'win' adalah jika makan telur ayam ia akan mampu menguatkan tenaga batin sejak lama dulu. Apa lagi jika dimakan dengan madu lebah asli yang akan memberikan tenaga ekstra. Apa pun yang penting telur ayam kampong tersebut datangnya dari ayam kampong asli yang berkeliaran dan bukan telur ayam kmpong yang moden. Telur ayam kampung ini jika dieramkan akan menghasilkan anak ayam bukan seperti terlu ayam karen yang tidk akan menjadi anak ayam kalau di eramkan. Dalam industri ternakan ayam penelur sebenarnya ia tidak melakukan persetubuhan normal diantara ayam jantan dengan ayam betina seperti ayam kampong sebaliknya menggunakan baka yang mana telurnya tidak fertile (tidak bersenyawa). Mungkin disebabkan baka dan makanan serta rawatan yang diberikan kepada ayam karen menyebabkan ia mampu bertelur setiap hari untuk satu jangkamasa yang lama sehingga penghasilan telur berkurangan atau tidak produktid dan di sembelih di jual sebagai 'Ayam Tua' atau 'Ayam Pencen'. Cara melihat telur ayam yang fertile adalah dengan melihat adanya tompok putih (blastoderm) di kuning telur serta terdapatnya lendir semacam tali (chalazae) dimana jenis telur ini adalah tersenyawa dimana ia mengandungi kekuatan tenaga batin jika dimakan. Juga dilaporkan menurut kajian tersebut sebaiknya telur itu dimakan dalam tempoh inkubasi samada inkubasi secara buatan ataupun semasa diram oleh si ibu ayam dan ada dakwaan pada tiga hari pertama telur dihasilkan adalah ia berada dalam tempoh yang terbaik. Selepas 3 hari dilaporkan dimana tompok putih itu akan bertukar kepada setompok darah dan akhirnya janin ayam terbentuk. IDilaporkan ada orang zaman dulu sanggup berkelahi dengan ibu ayam untuk mencuri telur dari sarang ayam bertelur. Khasiat hebat kedua dari ayam kampong adalah ia mempunyai kelebihan zat vitamin A, E, Omega-3 dan beta karotin. Dalam pada itu dilaporkan kandungan kolesterol dan lemak tepu juga jauh berkurang berbanding telur biasa. Memang telur ayam kampong mampu untuk menstabilkan kolesterol sebab kandungan bahan omega-3 yang boleh membantu dalam mengurangkan tahap trigliserida. Trigliserida sendiri adalah komponen kolesterol jahat dalam tubuh manusia, dengan pengambilannya secara teratur dapat mengatasi masalah kolesterol. Dilaporkan juga dimana telur ayam kampung akan menjaga kesihatan mata sebab ia mengandungi antioksidan, seperti lutein dan zeaxanthin, manfaat ayam kampung sangat membantu dalam menjaga kesihatan mata. Antioksidan ini boleh mengurangkan risiko katarak dan penyakit degeneratif lain. Seterusnya ia mampu mencegah kanser kerana bahagian kuning telur mengandungi asid amino tryptophan dan trypsin. Kedua-dua bahan ini boleh membantu mencegah risiko kanser dan mengekalkan sistem imun yang kuat. Ia juga akan menambah jisim otot dimana telur ayam kampung dapat menambah jisim otot. Oleh itu, orang yang ingin membina otot-otot mereka akan mengambilnya secara teratur. Bukan itu sahaja, telur ini juga boleh digunakan untuk diet. Apa pun hebatnya telur ayam kampung dikaitan juga dengan mencegah risiko penyakit jantung, Makan telur jenis ini boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung kerana ia membantu mengubah struktur kolesterol jahat dalam badan. Tahap kolesterol jahat yang rendah dalam badan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kronik yang lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PERKAPITA 280 BIJI...UNTUK SETAHUN...
PELBAGAI JENIS... KHASIAT BERLAINAN...
MEMBACA ARTIKEL... MUDAH FAHAMKAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 805, Tingkat 8,
Hotel Tenera, Persiaran Pembangunan,
Bandar Baru Bangi,
Selangor,
Malaysia.
(13 Zulkaedah 1445H).
Posted from
Taman Desaru, Kota Tinggi, Johor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.