Support My Blog

Monday, September 15, 2025

AYOH TANAM PISANG!

TANAMAN PISANG
 
(Musa spp) adalah tumbuhan daripada keluarga Musaceae yang lazimnya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan produk lain. Pokok pisang juga ada spesis yang sesuai dijadikan tanaman hiasan atau tanaman landskap. Kebanyakan pisang yang kita makan hari ini merupakan keturunan daripada Musa acuminata dan Musa balbisiana. Daripada buku rujukkkan menyatakan Genom yang disumbangkan jenis Musa acuminata diberi simbol 'A', manakala genom sumbangan jenis Musa balbisiana diberi simbol 'B'. Proses kacukan bersilang semulajadi diantara kedua jenis spesies ini menyebabkan pada masa ini terdapat pelbagai jenis subspesies pisang yang ujud diseluruh dunia. Penulis membuat rujukkan dengan Jabatan Pertanian dimana pada tahun 2024 terdapat seluas 24,895 hektar tanaman pisang di Malaysia dengan anggaran jumlah pengeluaran sebanyak 355,902 metrik tan (Sumber rujukan: Booklet Luas Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Apa pun di Malaysia lokasi kawasan tanaman pisang paling luas di Negeri Johor (6,976 ha) diikuti dengan Sabah (4,223) dan ketiga adalah Pahang (4,108) pada tahun 2024. Ada yang menanam pisang di kwasan tanah gambut dan ada yang menenam di kawasan tanah mineral. Di Johor dimana ada tnaman pisang bisa ditanam di tanah daratan dan ada yang menanam di tanah gambut terutama ditanah gambut yang dangkal (< 1 meter) dan saprik dilihat ia juga lebih sesuai untuk tanaman kontan termasuk sayuran, kontan serta pisang kerana ia lebih mudah dan subur berkaitan ketersediaan air dan bahan organik. Walau pun tanah gambut yang dalam dan belum matang kurang sesuai di tanam pisang sebab jenis tanah ini jika ia digunakan untuk menanam pisang akan ia menyebabkan hasilnya tidak maksima bahkan terancam gagal untuk tumbuh jika sistem saliran tidak sempurna. Ciri tanah gambut yang sesuai untuk tanaman pisang sebaiknya ia adalah dari jenis tanah organik yang kaya dengan bahan-bahan organik tumbuhan yang tidak sepenuhnya reput dimana ia terbentuk di kawasan basah dan berasid seperti tanah paya. Tanah ini mempunyai kandungan serat dan berkeupayaan memegang air yang tinggi serta sifat seperti span dimana ini boleh menyebabkannya mudah terbakar dan berisiko jadi susut apabila kering. Tanah gambut penting untuk ekosistem dan juga mempunyai potensi untuk pertanian seperti juga untuk aktiviti penanaman kelapa sawit, nanas dan kontan. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka menulis kaedah menanam pisang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua. 


Perlu di ketahui jika tanaman pisang sesuai di kawasan yang mempunyai suhu optimum diantara 25 Celcius sehingga 28 Celcius dan tiupan angin pula tidak melebihi 15 km sejam. Tanaman pisang memerlukan air di antara 1,500 sehingga 2,500 mm/tahun. Penanaman pisang amat memerlukan air terutama pada peringkat ia berjantung. Walaupun begitu, ia tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 2 jam. Pokok pisang sesuai ditanam di tanah yang bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah yang peroi. Keadaan tanah pula hendaklah rata dan beralun kurang daripada 12%. Benih tanaman pisang diperoleh dengan menggunakan susur pedang, teknik belahan dan tisu didik. Bagi sistem tanaman tunggal, jarak tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan kepadatan 1,600 pokok/ha. Bagi sistem tanaman selingan pula, jarak tanaman yang sesuai adalah 3m x 3m dengan kepadatan 700 sehingga 900 pokok/ha dengan berubah mengikut jenis pisang, keadaan dan jenis tanah serta aspek pengurusan agronomi tanaman. Sebaiknya gunakan benih dari anak pokok dalam polibeg atau benih anak pokok yang diambil dari pokok induk pisang matang yang bebas perosak dan penyakit dari varieti yang disyorkan dipasaran. Proses pengurangan anak pisang dari pokok induk boleh memberikan hasil yang lebih baik pada setiap pokok berbanding jika sulur anak pokok di biarkan hidup secara bebas di sekeliling pokok induk yang berhasil disebebkan perebutan makanan, cahaya matahari dan ruang. Antara jenis pisang popular di tanam di Maalaysia termasik jenis Pisang Rastali, Pisang Nipah, Pisang Nangka, Pisang Tanduk, Pisang Emas, Pisang Lemak Manis dan beberapa lagi. Pisangg di tanam untuk kegunaan makan segar atau boleh di proses menjadi kuih-muih dan juga produk tahan lama seperti kerepek pisang, kek pisang, pes pisang dan sebagainya. Pendek kata keluasan penanaman pisang amat turun naik sepanjang tahun bergantung kepada harga, pemasaran, serangan penyakit (ancaman moko dan blood disease) serta faktur bencana alam.


Menanam pisnag perlu menggali lubang pada tanah dengan jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar. Pada jarak 3 m x 3 m kepadatan mencapai 1,100 pokok sehektar. Apa pun dengan  jarak 10 langkah setiap tanaman dilihat keadaan inni longgar tetapi ia dilihat lebih mudah untuk dikenadlikan penhuruesannya. Sebaiknya bole ikut atau disesuaikan jarak tanaman dan saiz lubang tanaman mengikut kesesuaian. Menanam dengan memasukkan benih pokok dengan tegak supaya tidak mudah tumbang ketika berbuah kelak dengan kemasi. Perlu menggali lubang sebesar 45 cm x 45 cm x 60 cm (1.5 x 1.5 x 2 kaki) dan kemudian perlu di gaul tanah lapis atas dengan 11-14 kg jenis baja organan dan 125 gm baja fostat. Petani digalakkan untuk menggunakan jenis baja organik bagi boleh ia membiakkan organisma mikrob yang membantu menyuburkan tanah ketahap maksima. Jarak tanaman ideal ialah antara 3 m x 3 m hingga 3.6 m x 3.6 m disesuailan semasa menanda pancang tanaman. Bilangan pokok per ekar sebanyak 600 pokok. Tanah sebaiknya sudah digemburkan dimana ia kemudian diletakkan sedikit di dasar lubang unsur baja bagi memastikan proses pengakaran cepat berlaku. Cara di galakkan adalah dengan memasukkan 1 kg baja bio-organik dalam lubang tanaman sebelum masukkan anak pokok. Anak pokok yang ditanam perlu diteliti pada bahagian akar utk mempastikan tidak ada jangkitan serangga perosak yang biasanya membuat sarang pada bahagian akar anak pokok. Semua benih pisang kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan juga bahan carbofuran. Amalan agronomi dengan membuang semua pelepah pisang yang tua dan berpenyakit perlu ianya dicantas dari peringkat awal penanaman. Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali. Selain itu adalah bagis jika pokok pisang diberikan sejumlahair sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik dari peringkay awal penanaman. Bagi penanaman pisang berskala komersial dimana amalan penggunaan sistem pengairan adalah perlu dalam mempastikan pertumbuhan baik dari awal penanaman.


Penting di lakukan aktiviti pembajaan dengan cara terbaik di peringkat vegetatif dan untuk membolehkan pokok pisang berbuah. bukan tunggu dekat pokok. Penjagaan pokok sangat penting untuk mempastikan hasil yang lumayan. Biasanya pokok pisang memang ia boleh mengeluarkan hasil antara 10 hingga 12 bulan. Bergantung juga kepada jenis pisang yang ditanam. Pokok pisang emas biasanya berbuah dalam tempoh 8 bulan sementara pisang berangan mengambil masa yang lebih lama. Aktiviti pembajaan sebaiknya dimulakan ketika anak pokok baru ditanam. Semasa mula menanam boleh meletakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam. Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15. Setelah berumur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2. Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok diberikan.
Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm. Aktiviti pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa digunakan. Membaja Secara Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan semeter daripada pangkal rumpun atau pokok pisang. Selalunya dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem kerana sistem ini sesuai bagi pekebun pisang yang mana ia mementingkan berat tandan dan kualiti buah khususnya untuk eksport. Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah (satu generasi sahaja). Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai. Apabila 60% keluasan kawasan telah dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang. Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (70-100 cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama. Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah seperti dihuraikan dalam pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem berbatang dua. Sistem ini bermaksud pada setiap masa serumpun pisang mempunyai dua batang pokok iaitu pokok yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam sistem ini sulur yang dipilih adalah ketika pokok induk mula mengeluarkan bunga iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang berangan dan 6-7 bulan bagi pisang mas.


Penanaman pisang perlu ada cara terbaik pengurusan air dijaga dimana pokok pisang memerlukan air sebanyak 8-12 liter sehari. Biasanya pisang tidak dibekalkan dengan pengairan tetapi ia mendapat bekalan air dari simpanan dalam tanah atau dari air hujan. Pemasangan sistem pengairan untuk tanaman pisang melibatkan kos yang tinggi. Sistem pengairan titis ia boleh dilaksanakan sekiranya permintaan pasaran pisang yang banyak dan pulangan yang boleh menguntungkan. Aktiviti iaitu Pemangkasan Sulur dengan mana pelepah pisang yang sudah kering perlu dibuang dari pokok untuk menjamin pertumbuhan pokok pisang yang baik. Aktiviti membuang sulur yang tidak dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian hasil dalam satu-satu rumpun serta memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam perebutan permakanan. Pemangkasan peringkat awal dilakukan dengan memilih dan membiarkan satu pokok induk dan satu sulur, di peringkat pokok berumur 3 bulan bagi pisang emas dan 4 bulan bagi pisang berangan. Seterusnya sulur-sulur lain dipangkas secara berjadual iaitu 3 - 4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi sulur pada umur 8 bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan. Cara melakukan pemangkasan yang mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada aras tanah. Aktiviti cantasan pelepah dimana daun pisang yang sudah tua perlu dibuang dari pokok. Biasanya proses pembuangan pelepah pisang dibuat setiap dua minggu sekali. Pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan pisau tajam dari peringkat awal penanaman. Pelepah tersebut perlu kemudian ia dikumpulkan di suatu lokasi yang ditentukan diantara barisan tanaman pisang. Aktiviti menyokong pokok pisang  yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung buah yang berat. Lazimnya berat setandan pokok pisang ialah 20kg/pokok. Terdapat jenis pisang seperti Berangan/Pisang Sabah/ nipah boleh mencapai 40kg/pokok. Pisang tanduk biasanya perlu disokong dengan kayu sekiranya berbuah lebih daripada 15 biji kerana dibimbangi pokoknya akan rebah sebelum buahnya mencapai tahap kematangan. Aktiviti pembungkusan Tandan Pisang adalah perlu awal untuk mengawal mutu buah pisang ialah dengan membungkus tandan pisang. Pembungkusan dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran dengan daun atau kayu penyokong. Juga dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan. Sebaiknya sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu. Tandan buah dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas. Pada penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa penebangan. Aktiviti kutipan hasil pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam. Bagi jenis pisang mas biasanya mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk berjantung dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian. Pisang Berangan pula berjantung anggaran sembilan bulan selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu kemudian. Bagi dapat iaitu mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah. Potong sedikit-sedikit, sementara sebelah tangan lagi memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas di tanah. Hasil per Ekar; RM15,600. jika tanah seluas 5 ekar hasil yg bakal diperolehi ialah RM78,000/ 5 ekar sahaja. Anggaran kasar sj. tp klu dpt rm10,000 sebulan pn syukur. Penjagaan dan penanaman yang mudah. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENANAM PISANG...ADA TEKNOLOGINYA...
NUKAN MUDAH... PETANI PERLU FAHAMNYA...
BENIH DI PILIH.... TANAMAN MESTI DI BAJA..
CUKUP UMUR... HASILNYA DAPAT DI JANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(20 Rabiulawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...