Support My Blog

Friday, September 12, 2025

KUIH KERIA GULA MELAKA (PART 1)

KUIH KERIA GULA MELAKA
adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada ubi keledek yang dilenyek dan kemudian ia akan dicampur dengan tepung gandum. Kuih unik ini kemudian dibentuk seperti donat berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya sebelum digoreng dan disalut dengan karamel gula melaka cair yang pekat dan berkilat. Kuih ini bagi penulis blog memang viral di beberapa outlet dan terkenal kerana teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam, serta rasanya yang manis dan aroma unik gula melaka. Apa pun jika memakan kuih ini dalam keadaan suam panas kelazatannya jauh lebih hebat daripada kuih keria gula melaka yang sudah sejuk. Kepada sesiapa yang belum pernah ujirasa akan kehebatan kuih ini dimana diantara ciri-ciri khas kuih ini adalah ia berwarna coklat setelah di sira dimana bahan-bahan utama membuatnya adalah ubi keledek dan gula melaka. Ia di buat berbentuk yang menyerupai donat atau gelang iaitu ia berlubang di tengah. Bila siap di goreng ia mempunyai tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam dengan rasa manis dan beraroma khas gula melaka. Asasnya ia di buat dengan cara merebus bahan keledek sehingga empuk dimana ia  kemudian dilenyek hingga halus. Kemudian di jadikan adunan atau di uli menjadi doh dengan mencampurkan keledek lenyek dengan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekit. Kerja paling seronol adalah fasa membentuk kuih keria yang dibentukkan doh menjadi bebola kecil dan lubangkan di tengah. Kemudian panaskan minyak masak dalam kuali dan kuih ini digoreng sehingga menjadi warna keemasan. Paling unik adalah fasa membuat salutan kuih ini dengan gula Melaka. Perlu disediakan sirap gula melaka dengan memanaskan gula melaka hingga cair dan pekat dan kemudian salutkan keria yang masih panas ke dalam sirap ini. Bagi penulis blog kini populariti kuih ini sudah di viraklan dalam sosmed di seluruh Malaysia. Apa plagi dimana di negeri Melaka ia sering dihidangkan sebagai snek minum petang atau pencuci mulut. Ia juga menjadi hidangan tradisi yang diwariskan secara turun-temurun dalam majlis-majlis keluarga. 
Kuih keria gula melaka adalah kuih tradisional moden dimana secara keseluruhannya tidak mempunyai khasiat kesihatan yang khusus tetapi ia lebih kepada makanan ringan yang lazat dan popular. Apa pun penggunaan gula melaka dalam kuih ini membawa beberapa khasiat yang berasal daripada gula melaka itu sendiri seperti kandungan zat besi yang boleh membantu mencegah anemia dan kandungan nutrien yang lain jika diambil secara sederhana. Dilaporkan dimana antara kehebatan khasiat kuih keria gula melaka adalah seperti ia menjadi sumber zat besi dimana gula melaka mengandungi zat besi yang lebih tinggi berbanding gula putih biasa, yang membantu dalam pembentukan sel darah merah dan mencegah penyakit kekurangan darah (anemia). Gula melaka mengandungi nutrien lain seperti vitamin dan mineral yang tidak ada dalam gula putih. Kuih ini membantu proses pencernaan apabila gula melaka dipercayai dapat membantu melancarkan sistem pencernaan, walaupun ini tidak secara langsung berlaku kepada kuih keria. Apa pun di nasihatkan semasa makan kuih ini perlu pengambilan secara sederhana sahaja dan jangan berlebihan pula. Ini kerana walaupun ia mempunyai khasiat tetapi pengambilan gula melaka secara berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif kepada aspek kesihatan. Ini termasuk kesan seperti kenaikan berat badan dan masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan banyaknya pengambilan gula berlebihan. Kuih keria juga mengandungi bahan-bahan lain seperti tepung dan minyak yang perlu diambil secara terkawal untuk menjaga keseimbangan dalam pemakanan. Bagi penulis blog kuih keria gula melaka adalah snek yang enak dan manis yang menggunakan gula melaka, yang secara tidak langsung menyumbang kepada manfaat kesihatan daripada gula melaka itu sendiri termasuk seperti pembekalan zat besi, jika dimakan dalam kuantiti yang lebih sederhana. Artikel tenghari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta dan kisah kuih keria gula melaka untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Dilaporkan memang ada banyak resepi membuat 
Kuih Keria Gula Melaka dimana diantara resepi yang sangat viral di media sosial gara-gara kehebatan kuih keria gula melaka antarabangsa Haji Jalil Limbongan di Melaka. Ada yang sanggup beratur sehinga berjam-jam semata-mata untuk membeli kuih keria yang dikatakan sangat istimewa dan sedap itu. Bagi yang teringin untuk cuba buat sendiri di rumah penulis blog kongsikan resepi  hebat ini sehingga jadi sedap dan menepati selera. Rahsianya adalah termasuk mesti gunakan untuk ubi keledek pula ia lebih sesuai digunakan keledek putih atau keledek kuning berbanding keledek oren kerana keledek putih lebih sedap dan tidak lembik apabila direbus. Doh keledek akan lebih senang untuk dibentuk dan tak perlu tambah tepung yang banyak. Apa pun penggunaan baking power pula adalah supaya kuih menjadi montok dan gebu. Keistimewaan kuih ini sudah pastinya terletak pada salutan gula yang terdiri dari 3 jenis gula iaitu sama ada gunakan Gula Melaka, Gula Batu dan paling simpel adalah gunakan Gula Putih. Pengalaman penulis blog mencuba buat sebanyak 20 biji kuih ini gunakan 800 gram keledek putih atau sekitar 2 biji keledek bersaiz besar iaitu bahan untuk Doh Keria, 1 1/4 cawan tepung gandum, 2 sudu kecil baking powder dan juga 1 sudu kecil garam. Kemudian disediakan bahan untuk Salutan Gula atau Menyira terdiri dari  1 ketul gula melaka, 1 sudu besar gula batu, 1 sudu besar gula putih dan 1/2 cawan air. Cara membuatnya bagi membuat kuih keria dengan merebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk maka ia perlu di tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan 'potato masher' untuk tujuan menghancurkan keledek. Perlu ditambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat. Kemudian doh dileperkan bebola doh dan buat lubang di tengah. Ulang proses sehingga habis dan kuih ini digoreng di dalam minyak panas dalam kuali sehingga warna keperangan. Proses seterusnya adalah menyalut kuih ini dalam air sirap gula dimana ia di gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata. Apa pun proses menyira ini perlu berhati-hati sebab kalau tidak betul ia tidak menjadi. Bagi menyira kuih ini atau menyalut gula sebaiknya di tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat. Masa memasak dan gula cari ini ia sedia untuk digaul kuih keria yang siap di goreng dan matikan api sehingga gula melakat pada kuih keria dan sedia dihidangkan.


Dalam utusan.com dilaporkan kisak '
Tidak menang tangan jual keria gula Melaka' yang menarik di kongsikan kisahnya. Kisah dari Geoorgetown, Pulau Pinang ini menyatakan pengusaha kuih ini iaitu NurAmalina Zaihari memilih untuk membuka perniagaan menjual kuih keria gula Melaka bagi menampung sumber pendapatan di gerai tepi Jalan Mahsuri, Bayan Baru, Pulau Pinang. Dilaporkan ada pasangan suami isteri yang mereka tidak menyangka 6,000 biji kuih keria gula Melaka yang dijual di gerai tepi Jalan Mahsuri, Bayan Baru semakin laris dalam tempoh kurang empat jam sejak mula beroperasi. Baginya dan suaminya Arief Rosli awalnya tidak menduga kuih warisan yang disaluti dengan cairan keras gula Melaka itu mendapat sambutan menggalakkan pelanggan pelbagai usia dan kaum. Apa pun idea membuka perniagaan secara kecil-kecilan timbul selepas mereka menikmati kemanisan juadah tradisional tersebut di gerai milik rakan yang juga pengasas produk makanan itu di Seberang Jaya dekat sini. Mereka awalnya tidak terlintas membuka bisnes ini pada bulan lalu dan telah memulakan peniagaan kuih keria yang semakin menjadi sebutan dalam kalangan penggemar di kawasan Bayan Baru. Dilaporkan sejak hari pertama ada sebanyak 1,000 biji laris dijual dalam tempoh tiga jam gerai dibuka pukul 11.30 pagi dan kemudiannya digandakan kepada 2,200 sehingga 3,000 biji pada hari kedua serta ketiga. Belum tiba pukul 5.30 petang dimana semua kuih habis dijual. Dakwanya kini mereka  sudah tidak menang tangan bila kurang tempoh lima minit sebanyak 50 biji kuih keria sudah dibeli pelanggan yang beratur lebih awal. Nur Amalina juga pernah bekerja sebagai jururawat di pusat dialisis swasta manakala suaminya pula juruteknik di sebuah kilang di Bayan Lepas. Kini perniagaan francais itu juga bagi membantu menambah serta menjana pendapatan mereka dan dibantu dua pekerja wanita. Kuih keria gula Melaka itu dipasarkan pada harga RM9.50 untuk 10 biji, RM15.20 (16 biji) dan RM19 (20 biji). Permintaan kuih keria gula melaka memang menjadi kesukaan pelanggan.


Dalam kes lain media  hmetro.com laporkan dimana '
Keria Pia Sentap laris tempias viral' di daerah Johor Bahru sesuai di kongsikan kisahnya. Apa pun busines Keria Gula Melaka ‘Pia Sentap’ mempopularkan gerai kuih tepi jalan diusahakan pasangan suami isteri di Kangkar Pulai apabila menjual sehingga 1,000 kuih itu setiap hari. Bagi pasangan Darwan Darmuzi (26) dan Safiah Tulisman (30) dimana mereka tidak menyangka formula pembuatan kuih tradisi diwarisi sejak turun-temurun itu sudah mendapat tempat di hati pelanggan. Ia bermula daripada tempahan menerusi Facebook (FB) dimana usaha dalam perniagaannya semakin berkembang maju hingga mereka dapat menghasilkan 700 hingga 1,000 kuih keria setiap hari. Apa pun ketika itu tular kuih keria gula Melaka di Melaka. Pada masa sama saya mengolah kembali resepi turun-temurun daripada nenek moyang kami dengan menerima tempahan pelanggan secara dalam talian. Mereka juga tidak sangka tempias keria viral itu menyebabkan kuih tradisi yang kami jual ini mendapat permintaan di luar jangka termasuk pelanggan dari Pasir Gudang dan Kota Tinggi serta seluruh negeri ini,” katanya di gerai itu di Jalan Pulai Bestari 1, Kangkar Pulai, Johor kali ini. Kalangan para pelanggannya akan membeli kuih keria yang dijual setiap hari. Menurutnya aspek keenakan keria dihasilkan tidak dinafikan bukan saja lembut, tetapi sedap dimakan kerana menggunakan 100 peratus keledek putih. Biasanya air rebusan keledek digantikan dua kali untuk mendapat kuih keria yang sempurna dimana ini sekali gus mengeluarkan getah terdapat padanya. Selain kawalan api, cara menyira gula juga perlu sempurna termasuk keadaannya sudah betul-betul pekat, dimana jika ada sebarang tempahan juga boleh dipesan menerusi Facebook (FB) Safiah Tulisman Bakery.


Paling menarik media laporkan kisah bagaimana '
Kuih keria 150km' seperti dalam portal hmetro untuk di kongsikan. Kisah dari Kuala Lumpur iaitu dengan menunggang motosikal sejauh 150 kilometer (km) dari rumah di Sentul ke Melaka kini menjadi rutin setiap hujung minggu bagi seorang jurugegas (runner) untuk memenuhi permintaan warga kota yang menggunakan khidmatnya membeli kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang cukup popular di negeri itu. Dilaporkan pada setiap Sabtu dan Ahad dimana pengusaha bernama Arif Efendi Muslik (25) atau dikenali sebagai 'Runner Roc ket' akan memastikan dia akan membawa pulang hampir 3,000 kuih keria ke ibu kota untuk pelanggannya. Dakwanya idea untuk menjadi 'runner kuih' keria itu bermula selepas dia membaca beberapa paparan yang dimuat naik di laman Facebook mengenai keenakan kuih itu selain terdapat komen daripada mereka yang hampa kerana tidak dapat membelinya. Dia yang tengok orang beratur panjang dan ada yang hampa terutama kepada ibu mengandung kerana kuih keria cepat habis. Media laporkan dimana bermula bulan Julai lepas dia mengmbil inisiatif mengumpul tempahan melalui akaun Facebooknya. Apapun kemudian bermula dengan tempahan daripada 30 orang dengan maksimum 20 kuih keria dan dia cuba menghubungi penjual di Melaka untuk memberitahu mereka mengenai hasratnya. Tempahan dibuatnya lama-kelamaan menjadikan permintaan kuih ini semakin meningkat dan kini jumlah pesanan maksimum yang saya terima adalah 150 orang bagi setiap slot. Dia cuma mengambil upah RM10 seorang untuk menampung kos minyak dan tol dan sejak jumlah permintaan semakin meningkat maka dia meminta bantuan rakan untuk membantunya ke Melaka menggunakan kereta. Pada biasannya, mereka bertolak ke Melaka seawal jam 8 pagi dan pada jam 11 pagi mulakan proses mengira tempahan mengikut kuantiiti diperlukan sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur dan berjumpa dengan pembeli ditempat yang sudah dijanjikan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MEMANG VIRAL...KUIH KERIA GULA MELAKA...
ASASNYA KELEDEK... DI LENYEK ADUNANNYA...
DI GORENG DI SIRA...SEHINGGA MANIS RASA...
BOLEH BUAT SENDIRI...ATAU MEMBELI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Me;aka,
Malaysia.
(18 Rabiulawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...