Fakta pertama terjumpa dalam media mengenai penanaman durian disini adalah isu 'Pekebun durian haram ceroboh 1,000 ekar tanah di Bentong' dimana media Malaysian Gazette laporkan terdapat ladang durian yang ditanam secara haram di atas tanah milik kerajaan negeri di kawasan Sungai Perdak, Sabai dekat Bentong sudah pun diserbu Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP). Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata dimana tindakan itu dibuat susulan penemuan aktiviti pencerobohan yang membabitkan kira-kira 1,000 ekar tanah kerajaan di kawasan terbabit. Kawasan ini terletak di kawasan tersorok dan tersepit di antara kawasan Hutan Simpan Kekal Lentang Tambahan dan betul-betul bersempadan dengan tanah Negeri Sembilan. Apa pun hasil siasatan mendapati kawasan tersebut telah ditanam dengan pokok durian seperti di maklumkan kepada media. Tindakan selain menyita rumah pekerja dan peralatan yang ditemui dimana pihak UPNP juga telah diarah memusnahkan pokok-pokok durian yang ditanam di atas tanah kerajaan itu bagi memastikan segala aktiviti pencerobohan tidak terus berlaku (Sila lihat foto disebelah). Kenyatan MB Pahang dimana aktiviti pencerobohan seperti itu bukan sahaja menyalahi undang-undang akan tetapi ia boleh memberi impak buruk kepada alam sekitar dan komuniti setempat. Justeru itu kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang tanah dan mencemarkan integriti sumber alam negeri ini. MB ingin ingin menegaskan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penerokaan tanah secara haram akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya. Menurut Wan Rosdy dimana tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di bawah Seksyen 426A (1) (c) Kanun Tanah Negara (Akta 828).
Perkara paling menarik adalah kisah bagaimana 'Tanaman Manggis Banyak Berhasil di Dusun Durian' untuk ia dapat di kongsikan faktanya dengan pembaca semua. Walau pun belum ada kajian rasmi mengenai dakwaan ini tetapi kisah dalam agrimag ini boleh di rujuk. Penulis blog yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pertanian Pahang serng membuat tinjauan teknologi ke kawasan dusun durian terutama di kawasan Pahang Barat dahulu. Fenomena penanaman manggis dalam dusun durian di Pahang dengan jumlah yang sedikit adalah lumrah sebab penanaman serentak mempunyai manfaat ekonomi masing-masing. Bagi seeorang pekebun durian Kelvin Chow yang juga menanam manggis secara serentak tahun ini dimana dia telah mendapat hasil yang melimpah. Kini dengan permintaan pembeli dari Thailand yang berdatangan untuk membeli dimana keadaan harga manggis pun menjadi lebih baik dan ini memberikan pulangan keuntungan yang lumayan. Pada awal November 2024 dia yang juga seorang pekebun durian di kawasan Bentong, Pahang amat berbesar hati kerana tanaman manggis didalam dusunnya menghasilkan hasil yang melimpah. Selain itu dengan adanya pembeli dari Thailand turut memperhatikan permintaan tinggi untuk manggis di kawasan tersebut, sehingga mereka berbondong-bondong datang ke Pahang untuk membeli dimana kesannya dia telah mencapai jumlah keuntungan yang cukup besar. Kelvin Chow bersyukur kepada ayahnya yang dahulu menanam manggis di antara dusun durian seluas 4 ekar dimana kini semua pokok-pokok manggis ini kini sudah tua dan menghasilkan hasil yang melimpah pada awal November. Kelvin sangat bersyukur kepada ayahnya yang dahulu menanam manggis di antara dusun durian seluas 4 ekar dimana ada lebih dari 20 pokok manggis di dalam dusun durian. Kini banyak pokok-pokok manggis tersebut sudah tua dan menghasilkan hasil yang melimpah dimana dia kini menyedari bahawa walaupun mendapat hasil yang melimpah akan tetapi masih diperlukan sokongan pasaran dari Thailand agar pekebun dapat menikmati harga yang baik bagi manggis tersebut. Sebenarnya, bagi pekebun durian di negeri Pahang diman amalan lama adalah menanam manggis di antara pokok durian. Namun terkini dengan pertumbuhan berterusan pokok durian dimana ookok manggis di sekeliling mungkin memberi kesan terhadap pertumbuhan pokok durian. Akhirnyadalam usaha untuk mengekalkan manfaat ekonomi durian digalakkan agar pekebun mungkin terpaksa menebang pokok manggis di sekeliling. Pada akhirnya akan ada manfaat ekonomi adalah faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh pekebun. Oleh sebab itu, jumlah pengeluaran buah segar manggis tempatan kini berkurang secara beransur-ansur. Walau bagaimanapun, bagi kawasan utama pengeluaran durian di Pahang dimana ada fenomena manggis sebagai tanaman selingan di dalam dusun durian masih merupakan perkara biasa. Fenomena ini serupa dengan menanam sedikit pokok pisang di antara dusun durian, kerana pada hakikatnya, menanam buah-buahan lain di antara kebun durian juga mempunyai manfaat ekonomi masing-masing. Berkenaan manggis sebagai tanaman selingan, Kelvin Chow berpendapat bahawa secara asasnya, manggis adalah tanaman yang relatif mudah dijaga sebab ia bukan sahaja kurang ancaman dan masalah serangga dan penyakitnya tetapi juga tanaman manggis dilihat mempunyai sifat semula jadi yang cukup kuat. Beliau menyatakan bahawa dari segi masalah serangga dan penyakit tanaman manggis biasanya hanya menghadapi masalah semut yang boleh merosakkan kulit dimana iani akan mempengaruhi penampilannya. Kini dilaporkan di pinggir Bandar Bentong ada opengusaha lokal bernama Cho Chee Ming dari kilang pemprosesan durian Johan Gigih Sdn Bhd menyatakan bahawa kawasan di sempadan Bentong dan Raub akan menghasilkan banyak manggis yang tumbuh secara semula jadi di alam liar semasa musim menuai pada bulan November. Pengumpul biasanya akan pergi ke kawasan tersebut dan mengguna lori untuk membeli buah manggis dari pekebun atau penduduk tempatan yang memiliki hasil buah manggis. Mereka juga akan mengarah pekerja untuk mereka membantu mereka memetik manggis dari pokok. Baagi Cho Chee Ming menyatakan bahawa buah manggis liar yang disebut-sebut sebenarnya adalah buah yang biasa dipetik oleh penduduk tempatan atau pekebun pada musim menuai manggis sebelum ini. Mereka sering memetik buah untuk penduduk tempatan mencuba. Selepas dicuba, penduduk biasanya akan menaburkan biji manggis di sekitar kawasan itu secara sembarangan, menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan manggis yang subur di bawah pengaruh alam sekitar. Selalynya dia sendiri yang memiliki kebun kelapa sawit seluas 7 ekar dan pada masa yang sama memetik buah manggis untu pasaran lokal dan Thailand. Fakta bagaimana yanaman manggis sebagai tanaman selingan di antara dusun durian di Bentong Pahang adalah amalan biasa di kalangan pekebun tempatan yang boleh meningkatkan keberkesanan tanah kebun dan menggandakan pendapatan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KALAU TANAH TIDAK SAH...ADA TINDAKAN...
DI CAMPUR MANGGIS... HASIL DI GANDAKAN...
POTENSI TANAM DURIAN...IA DI GALAKKAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rabiulawal 1477H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.