Support My Blog

Friday, September 5, 2025

POKOK DAN GULA KABUNG - FAKTA DI MEDIA

POKOK KABUNG
(Arengga pinnata) atau Pokok Aren (Gelaran di Indonesia) atau Pokok Enau merupakan sejenis pokok dalam keluarga Palma (dulu) atau kini sebagai famili  Arecaceae yang lazimnya tumbuh meliar dihutan. Apa pun ramai yang kurang tahu dimana pokok enau atau aren adalah tumbuhan yang terpenting setelah Kelapa Sawit dan Kelapa kerana ia merupakan tanaman serba guna. Tumbuhan ini dikenal dengan berbagai nama lain seperti Nau, Hanau, Peluluk, Biluluk, Kabung, Juk atau Ijuk, Kawung, Taren, Akol, Akel, Akere, Inru, Indu; Moka, Moke, Tuwa, Tuwak dan banyak lagi mengikut loghat tempatan di nusantara. Diperingkat dunia pula tumbuhan yang natif di nusantara ini di panggil sebagai Sugar Palm atau Gomuti (Inggeris), Arenpalm (Belanda), Zukerpalme (Jerman) dimana ada setengah negara mereka melindungi tumbuhan ini dibawah undang-undang agar tidak pupus. Apa pun pada penulis blog tumbuhan aren ini memang tidak asing lagi kerana beberapa kali ada membuat tinjauan teknologi kepada pengusaha gula aren atau gula kabung di Pahang, Melaka, Perak, Sarawak, Kelantan dan Kedah semasa bertugas dahulu. Memang penulis blog dapati dimana kalangan masyarakat kampong pada umumnya mereka sudah lama mengenal pokok aren sebagai pokok yang dapat menghasilkan bahan-bahan untuk industri IKS. Hampir semua bahagian atau produk tanaman dari pokok aren ini dapat dimanfaatkan dan mempunyai nilai ekonomi. Akan tetapi dilaporkan dimana tanaman ini kurang mendapat perhatian untuk dikembangkan atau diusahakan dengan secara komersil di Malaysia akan tetapi dijadikan satu industri di negara Indonesia. Beberapa kawasan seperti di Bangka Belitung, Maluku Utara, Sumatra, Sulawesi dilaporkan telah ada petani dan usahawan berjaya mengkomersilkan tanaman dan industri aren sehingga mampu mengeksport produk-produk berasaskan pokok aren. Penghasilan gula aren, gula semut, perabut dari kayu aren, nira, gula aren cair, tali ijuk, methanol dilaporkan mula dipasarkan dari aktiviti penanaman aren yang lebih sistematik. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka untuk berkongsi fakta di media mengenai pokok kabung dan gula aren sebagai satu lagi komoditi yang boleh dimajukan di Malaysia agar menjadi bahan rujukkan pembaca semua.


Menarik dalam hmetro.com melaporkan domana bertajuk 'Gula Kabong - 
Kini jualan makin kencang' mensrik di kongsikan. Foto sebelah menunjukkan dimana Abu Johar sedang memproses dan memasak gula kabung ketika ditemui di Kampung Peruang, Lipis, Pahang. Apa pun dilaporkan sejak puluhan tahun lalu, perniagaan gula kabung Pak Abu hanya terkenal dalam kalangan penduduk sekitar dan berhampiran Kampung Peruang di sini, kerana keenakan pemanis makanan itu yang dihasilkan secara tradisional menggunakan air nira pokok kabung. Kini perniagaan yang diusahakan sejak 45 tahun lepas sudah menambat hati pelanggan luar daripada daerah ini apabila ia mula rancak dipromosikan secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai platform media sosial selepas capaian internet di kawasan itu bertambah baik. Anaknya juga ada membantu perniagaan bapanya bersama abangnya dan mendakwa mereka kini aktif mempromosikan produk itu menerusi pelbagai aplikasi dan tidak menjangkakan akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Lazimnya perlu beberapa inisiatif yang perlu dilakukan selepas perkhidmatan 4G dilaksanakan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) fasa satu (2020-2022) sehingga mereka sekeluarga kini tidak menang tangan menyiapkan tempahan pelanggan yang diterima dari seluruh negara. Kalau sebelum ini aktiviti perniagaan dikenali hanya dari mulut ke mulut akan tetapi kini selepas capaian internet bertambah baik tahun lepas, kami memang banyak terima tempahan sehingga bahan mentah air nira tidak mencukupi, untuk menghasilkan gula kabung. Apa pun ada tempahan memang meningkat lebih sekali ganda, jika dahulu kami hasilkan 200 buku sebulan, sekarang hampir 500 buku (setiap satu buku mengandungi dua keping gula kabung. Mereka sekeluarga kini menggunakan platform e-dagang seperti Shopee selain Facebook, Instagram, Tiktok dan WhatApps untuk mengetengahkan gula kabung yang sering digunakan untuk menghasilkan hidangan pencuci mulut seperti cendol dan kuih-muih. Mereka kini mula berusaha bagi mengembangkan perniagaan keluarganya dengan menjual sambal hitam yang dikomersialkan dengan jenama Sambal Hitam Atun di platform berkenaan dengan harga bermula serendah RM5 hingga RM100. Abu Johar atau dikenali sebagai Pak Abu dakwa dia sudah mengusahakan perniagaan tersebut sejak berusia 20 tahun dengan pendapatan diperoleh digunakan untuk menyara persekolahan tujuh anaknya. Kini jumlah permintaan memang banyak sekarang terutama musiam hendak bulan puasa dan raya. Dia yang menjual sebuku gula kabung dengan harga RM7 dimana pernah juga dia dan beberapa penduduk kampung lain bergotong-royong membina sebuah pondok yang dijadikan 'pusat internet', di kawasan yang mendapat liputan lebih baik. 


Dalam media sama dilaporkan '
Gula anau kini semakin mendapat sambutan' iaitu kisah dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan dimana meskipun proses pembuatannya secara tradisional dan beroperasi di kawasan kampung, seorang lelaki berbangga kerana gula anau dihasilkannya mendapat sambutan sehingga ke Lembah Klang. Gula anau popular dalam kalangan masyarakat di Negeri Sembilan kerana ia digunakan untuk pembuatan kuih-muih, manisan, bubur dan pengat serta lauk di negeri ini berbanding negeri lain. Penghasilan yang rumit selain sumbernya daripada pokok anau atau pokok kabung yang kini semakin sukar ditemui, amat sesuai dengan hasilnya sehingga digemari orang dari luar Negeri Sembilan. Pembuat gula anau dari Kampung Juaseh Kapitan iaitu Jamhari Lasman (57) seawal jam tujuh pagi dia memanjat pokok anau untuk mengambil air nira yang ditadah di dalam bekas sejak petang dari hari sebelumnya.  Waktu pagi amat sesuai kerana cuaca masih sejuk. Ketika proses mengambil air nira, saya perlu mengetuk mayang pokok berkenaan, jika tidak diketuk airnya sukar untuk keluar. Dia turut mengamalkan petua orang terdahulu dengan menyanyi sambil membuai mayang pokok anau untuk melancarkan pengaliran keluar air nira. Tiada masalah jika tidak mahu menyanyi, saya hanya mengamalkan petua orang dahulu. Dia yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam pembuatan gula anau nyatakan dimana tidak semua air nira dikumpulnya boleh dijadikan gula anau kerana air yang tidak sesuai akan menghasilkan gula anau kurang enak. Apa pun proses membuat gula anau rumit ketika lakukan proses mengambil air nira kerana ia sensitif. Ini kerana air yang masam atau basi tidak boleh digunakan selain selepas diambil pada waktu pagi perlu direbus serta-merta. Perlu memilih dan mengenalpasti pokok yang sesuai juga sangat penting bagi memastikan air nira yang berkualiti. Mayang pokok yang pendek atau pokok muda, air niranya masam. Ada kala dia juga kan dan pernah terserempak dengan pelbagai reptilia dan serangga ketika memanjat pokok anau. Sebaik dibawa pulang kemuidan dia dan isterinya terus memasak air nira berkenaan dan apabila siap dimasak, maka dia perlu pula memasukkan ke dalam acuan buluh dengan segera bagi mengelakkan ia mengeras di dalam sabak. Selepas dimasak selama enam jam maka dia akan dimasukkan ke dalam acuan kira-kira lima minit sebelum gula anau perlu dikeluarkan dengan cepat bagi mengelak ia daripada melekat pada acuan. Selalunya jenis acuan diperbuat daripada buluh muda yang dipotong mengikut saiz dima didapati acuan buluh paling sesuai adalah jenis buluh lemang. Biasanya selain kuih-muih dimana gula anau turut diletakkan dalam sambal nasi lemak dan pelbagai masakan lain. Kalau 10 ke 15 tahun dahulu dia hanya menjualnya di kawasan kampung dan sekitar Kuala Pilah sahaja. Namun, sesuai dengan peredaran zaman dan teknologi, gula anau semakin dikenali dan permintaan semakin meningkat. Kini bukan sahaja kalangan pelanggan dari Seremban dan Port Dickson akan tetapi di jual sehingga ke Kuala Lumpur, Bangi, Shah Alam, Klang dan Pahang.


Menarik dalam akhbar saa dimana 'Pewaris gula kabung' menarik di kongsikan faktanya. Shaari dilihat telah menunjukkan tabung buluh yang digunakan untuk menadah air nira kabung. Juga kisah dari Kuala Lipis, Pahand dimana dia sudah belajar memanjat pokok kabung untuk mengumpul air nira bagi membantu keluarganya menghasilkan gula kabung pada usia 13 tahun. Bapanya yang meninggal dunia ketika dia masih kanak-kanak menyebabkan anak jati Kampung Peruang, Benta, di sini, itu perlu membantu ibunya yang bergantung kepada perusahaan gula kabung sebagai sumber pendapatan keluarga. Kini selepas lebih 20 tahun dimana lelaki ini masih meneruskan perusahaan yang menjadi warisan keluarganya sejak mereka menetap di kampung berkenaan. Suhairi (34) nyatakan pada awalnya dia secara suka-suka mengikut ahli keluarga dan melihat mereka memanjat pokok kabung pada sebelah petang. Dikatakan yang dia mula belajar teknik memanjat pokok berkenaan dan kaedah mengganti dan mengutip air nira setiap kali selepas waktu persekolahan. Kin dia tidak berasa janggal kerana hampir sebahagian besar ahli keluarga, saudara serta jirannya di kampung itu terbabit dengan aktiviti penghasilan gula kabung. Kalau dulu dimana ibu saudaranya pun ada pernah memanjat pokok kabung. Jadi, ia bukan masalah pada saya untuk memanjat pokok kabung walaupun ada yang mencapai ketinggian antara 12 hingga 15 meter (m). Dilaporkan dimana kalangan saudara lain banyak yang terb Kalau terbabit dalam kerja-kerja menghasilkan gula kabung. Kalau dulu mereka hanya memprosesnya di pondok usang beratapkan zink trtapi kin dengan bantuan kerajaan yang memberikan bantuan dengan membina bengkel kecil dengan kelengkapan moden berserta pengudaraan dan singki menjadi kerja lebih selesa dan produktif. Pada setiap pagi dan petang lazimnya dia akan mengutip air nira di pokok kabung yang tumbuh liar atau ditanam di kawasan kebun di kampung berkenaan. Kemudian dia akan membawa air nira itu ke bengkel di depan rumah sebelum ahli keluarganya yang lain membantu memprosesnya menjadi gula kabung. Dengan susuk tubuhnya yang tegap memudahkan kerja memanjat pokok kabung bagi tujuan dia menggantikan tabung buluh digunakan untuk mengumpul air nira di pokok berkenaan. Secara purata pada setiap hari dia dapat mengutip 25 liter air nira yang diproses menjadi 17 buku gula kabung. Dia yang pernah cuba ‘bertukar angin’ dan mencari pengalaman baru dengan bekerja makan gaji di Selangor selama lima tahun sejak 1995. Bagaimanapun kii dengan peningkatan kos sara hidup tidak sepadan dengan gajinya di sebuah kilang membuatkan dia nekad pulang ke kampung pada tahun 2000. Kini dia kembali memanjat pokok kabung. Bekerja makan gaji membuatkan seseorang perlu sentiasa mengikut telunjuk atau arahan orang lain. zDia tidak menyesal pulang ke kampung untuk meneruskan pekerjaan tradisi itu dan selalu menggunakan masa terluang untuk mengusahakan ladang sawit dan memelihara lembu yang diusahakan di kampung itu. Ada masanya dia enjoy keluar memancing bersama rakan sekampung. Dakwanya dimana kini ramai pengusaha dak mempunyai masalah untuk mencari pembeli kerana ramai peminat gula kabung akan ke kampung itu bagi membelinya secara terus daripada penduduk.


Menarik kisah dalam bharian.com bertajuk '
Manfaat enau di hutan' sesuai dikongsikan. Kisah dari Serdang, Selangor dakwa dimana  selepas 11 tahun menjalankan kajian ke atas pokok enau satu pasukan penyelidik tempatan berjaya menghasilkan 12 produk yang boleh dibangunkan menerusi tumbuhan liar berkenaan sekali gus menjana ekonomi penduduk luar bandar. Projek ini di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama JKKK Kampung Kuala Jempol, Bahau, Negeri Sembilan. Dakwa ketua Kumpulan Penyelidikan Komposit Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Ir Dr Mohd Sapuan yang bersaha untuk menggerakkan bersama dua pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM Prof Madya Dr Zulkiflle dan Dr Mohd Ridzwan serta dibantu penduduk seperti Mohamad Hafiz Adha yang sudah mengetuai penduduk tempatan.  Menurut Ketua Laboratori Teknologi Biokomposit Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) UPM dimana kejayaan itu suatu penemuan terbaharu yang mengangkat potensi pokok enau di Malaysia yang lazimnya diketahui hanya boleh dijadikan sebagai bahan pemanis minuman. Kalau di Sabah, pokok enau ditanam secara meluas untuk menghasilkan gula dan sirap minuman saja. Tetapi hasil kajian ini membuka lagi peluang semua bagi mengembangkan potensi enau kepada pembuatan produk lain. Kajian ini terbukti enau bukan saja boleh menghasilkan gula kabong dan gula pasir tetapi ada bahagian tertentu termasuk gentian atau serat (ijuk) boleh dijadikan bahan mentah untuk menghasilkan produk biokomposit. Walau un hanya ada kira-kira 12 produk boleh dikomersialkan seperti bulu penyapu, tali, berus, atap selain cuka dan kanji serta bahan pemanis dalam makanan dan minuman. Projek perintis ini juga menjadi model contoh kejayaan hasil usahasama penyelidik dan penduduk luar bandar dalam memanfaatkan hasil tumbuhan hutan yang terbiar. Dakwanya sejak 2008 dia mula membeli produk dihasilkan orang kampung seperti ijuk dan kanji dan ini memberikan pendapatan sampingan kepada mereka tetapi bermula 2015 sejak wujudnya projek NBOS peluang pekerjaan semakin terbuka kepada penduduk melalui pemberian mesin untuk menggerakkan projek ini. Selalunya mereka juga kami beri kepakaran melalui pendedahan ilmu serta teknik bersesuaian selain kami pantau dalam kerja menjayakan projek ini. Secara tidak langsung kerjasama seperti ini dapat menjana ekonomi dan pendapatan penduduk luar bandar apabila sebahagian daripada produk sudah dikomersialkan. Kalau di Malaysia pokok enau banyak tumbuh liar di daerah Kuala Pilah dan Bahau, Negeri Sembilan, adang Bukit Rimau, Balung, Tawau serta di kawasan Benta, Kuala Lipis, Pahang serta di Perak. Adalah dipercayai kalau dapat  menerokai pembuatan enau ini maka sudah pasti kita dapat menghasilkan lebih banyak produk selain tidak perlu lagi bergantung kepada sesuatu sumber bahan asli lain saja. Pasukan pengkaji kini sudah dan sedang membangunkan bot kecil dari bahan komposit gentian enau, komponen casis automotif dari gentian enau dan kaca serta bahan untuk kerja pembungkusan dari komposit biopolimer gentian enau. Sejak 22 tahun berkecimpung dalam bidang komposit beliau turut menerima pengiktirafan peringkat global dan kejayaan terbesar ialah satu-satunya rakyat Malaysia yang dipilih menerima Anugerah Felo Persatuan Jurutera Automotif (SAE) Antarabangsa, USA.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam !!!..
NAMANYA POKOK AREN... KABUNG SAMA...
DI KUTIP NIRA... DI MASAK DENGAN LAMA...
GULA KABUNG... TERBAIK KUALITI GULA...
PELBAGAI MAKANAN... ENAK JIKA ADA DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Syawal 1445H).
Kemaskini pada 10 Safar 1447H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...