Support My Blog

Friday, September 26, 2025

BICARA TANAMAN HIASAN

TANAMAN HIASAN
(Ornamental Plant) adalah tumbuhan yang ditanam secara khusus untuk tujuan menghiaskan dan mencantikkan sesuatu kawasan seperti disekeiing rumah, pejabat atau taman bunga awam dengan memberikan nilai estetika dan suasana yang indah dan tersendiri. Tumbuhan ini boleh ditanam dalam pasu atau terus di atas tanah dan asas tujuannya adalah untuk mewujudkan pemandangan yang menarik dan memberikan ketenangan sesiapa melihatnya. Bagi penulis blog perlu di kongsikan akan beberapa ciri-ciri dan tujuan menanam tanaman hiasan. Pertama adalah faktur seperti kesan Estetika dan Keindahan dimana tujuan utama tanaman hiasan adalah untuk mencantikkan dan seterusnya ia menyerlahkan keindahan sesuatu ruang atau tempat. Kedua adalah melibatkan suasana sekitar sehingga ia membantu mencipta suasana yang indah dan menarik di dalam dan luar bangunan. Ketiga aspek ketahanan apabila pilihan jenis tanaman hiasan ditanam untuk tempoh jangka masa yang lama atau secara kekal bagi mengekalkan keindahan kawasan tersebut. Paling unik dimana aspek kepelbagaian menanam tanaman hiasan sebab ada pelbagai jenis tanaman hiasan iaitu termasuk pokok berbunga, pokok naungan, pokok renek, dan pokok yang menjalar. Penulis blog kongsikan akan beberapa jenis pokok hiasan iaitu terdiri dari Jenis Pokok Bunga dimana ia sesuai ditanam kerana bunganya yang berwarna-warni seperti jenis pokok bunga raya atau pokok kekwa. Kedua adalah Jenis Pokok Naungan iaitu jenis pokok yang ditanam dan pokok ini akan tumbuh besar dan ia juga merendang untuk memberikan teduhan seperti pokok beringin. Ketiga adalah pokok hiasan Jenis Pokok Palma dimana jenis ini ia hanya mempunyai satu batang utama dengan jambak daun di atasnya, seperti pokok pinang raja. Keempat terdiri daripada Jenis Pokok Menjalar atau Pokok Memanjat dimana jenis ini ia terdiri dari spesis pokok yang memerlukan sokongan untuk memanjat atau menjalar seperti pokok bunga ros Jepun. Akhir sekali jenis pokok hiasan yang kelima adaah Jenis Pokok Rekek (dwarf Plant) dimana selalunya jenis pokok atau tumbuhan ini adakah tumbuh renek dengan banyak batang dan cabang seperti  pokok bunga siantan. Apa yang penulis blog perhatikan hobi setiap individu terhadap tanaman hiasan adalah pelbagai dimana mereka memilih jenis tanaman yang banya berbunga atau berdaun berwarna warni, memberikan aroma bau yang bagus, tidak menyebabkan susah jaga apabila daun gugur dan pastinya dapat di beli dengan harga musah tetapi berkualiti. Imlu sains landskap sangat relevan dengan tanaman hiasan sehingga ada kursus di peringkat asas sehingga Phd mengenai arkitek landskap. Di MAlaysia dilaporkan dimaan diantara jenis tanaman hiasan yang lazim di tanam atau pihak nurseri sediakan adalah seperti Pokok 
Keladi (ada beratus jenis dari yang murag sehingga sangat mahal), Pokok Aglaonema, Tanaman Bunga Anthurium, Pokok Bungor, Pokok Kemboja, Pokok Palma, Pokok Bunga Ros Jepun dan banyak jenis pokok renek lain. Secara umumnya dimana antara jenis pokok hiasan yang mudah adalah pilihan ideal untuk mencantikkan ruang tanpa memerlukan penjagaan yang rumit. Beberapa contoh pokok yang mudah dijaga termasuk jenis pokok Sansevieria (Lidah Jin), ZZ Plant, Pokok Pothos (Sirih Gading), Jenis Aloe Vera, dan Spider Plant (Pokok Lelabah). Pokok ini tahan dilaporkan yang ianya adalah jenis lasak serta ia tidak memerlukan banyak air dan cahaya dan selalunya ia boleh membantu membersihkan udara. Apa pun perlu juga bagi orang kebanyakan untuk tahu beberapa jenis pokok hiasan yang mudah dipelihara sebagai panduan. Pertama adalah jenis pokok Sansevieria (Lidah Jin) dimana pokok ini sangat tahan lasak, boleh hidup dalam pelbagai keadaan cahaya, dan memerlukan sedikit air sahaja. Kedua adalah Pokok ZZ Plant (Zamioculcas zamiifolia) yang dilaporkan ia sangat tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan yang kerap. Ia juga boleh tumbuh baik di bawah cahaya malap. Ketiga adalaj jenis Pokok Pothos (Sirih Gading) iaitu sejenis tanaman merambat ini mudah dijaga, tahan pelbagai jenis cahaya, dan hanya perlu disiram apabila tanahnya kering. Keempat adalah Aloe Vera (Lidah Buaya) dimana pokok ini memerlukan sedikit air dan boleh tumbuh di bawah cahaya matahari langsung atau separa teduh. Gel dari daunnya juga boleh digunakan untuk kulit. Akhir sekali pokok hiasan yang mudah ditanam dan di jaga adalah Pokok Spider Plant (Pokok Lelabah Kerinting) sebab pokok ini adalah tahan lasak, tidak memerlukan banyak air dan tumbuh dengan cepat. Ia boleh menghasilkan anak pokok kecil di hujung batangnya yang boleh ditanam untuk menghasilkan tanaman baru. Di kongsikan dimana ada beberapa petua penjagaan mudah tanaman hiasan. Pertama pastikan untuk memiih lokasi yang sesuai nenanam pokok hiasan seperti pokok hiasan inni mendapat cahaya yang mencukupi walaupun pokok-pokok ini boleh tahan cahaya malap. Petua kedua adlaah jangan terlalu kerap menyiram sebab asasnya pokok-pokok ini hanya memerlukan aktiviti penyiraman apabila tanahnya kering. Ketiga petua yang perlu dipatuhi adlah membiarkan tanah kering dimana periksa kondisi sebelum menyiram semula iaitu tanah di dalam pasu kering sedikit untuk mengelakkan akar rosak atau reput. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta tanaman hiasan untuk bahan rujukkan semua.


Bicara mengenai perkara ini penting dipastikana apakan dia asas tanaman hiasan ini menjadi tarikan di dalam atau di luar rumah. Ada orang yang suka meletakkan pokok hiasan dalam rumah atau dinding luar rumah yang hasilkan suasana t
ampak segar dengan adanya elemen pokok hidup yang menjalar. Apa pun premis kediaman rumah atau premis perniagaan yang dihiasi tanaman semula jadi sememangnya boleh menjadi penyeri dan mampu memberikan aura tersendiri kerana ia lebih nampak tenang serta mendamaikan. Bagi penulis bloh dimana kalau sebelum ini, tular apabila ada dalam kalangan semua pembaca blog yang mula menjadikan aktiviti menghias kediaman dengan tumbuhan hidup di dalam pasu bagi mengisi waktu santai kerana 'terperangkap' di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun dulu. Sebenarnya selain menanam pokok di dalam pasu dimana ada jenis tumbuhan jenis menjalar juga mempunyai daya tarikan tersendiri. terutama mereka yang tinggal iaitu di kediaman jenis teres. Memang ada terdapat pelbagai jenis pokok hiasan daripada kategori menjalar ataupun melekat pada dinding. Tanaman ini selain memberikan elemen yang menarik kepada ruangan dekorasi di kawasan kediaman dimana ia juga mampu memberikan kesan yang unik. Bagi penulis blog diman ada dua kategori pokok hiasan daripada jenis itu iaitu jenis memanjat di struktur yang disediakan khas seperti pergola ataupun gerbang dan juga jenis memanjat dan melekat di dinding. Bagi kategori pokok memanjat di struktur khas seperti pergola dan gerbang yang biasa digunakan di negara kita seperti Pokok Akar Dani (Quisqualis indica), Pokok Kesidang (Vallaris glabra), Pokok Bunga Kertas (Bougainvilla spp), Pokok Kerawit (Artabotrys hexapetalus), Pokok Cissus (Cissus sicyoides), Pokok Markisa (Passiflora edulis), Pokok Bauhina (Bauhinia kockiana) dan Pokok Bunga Telang (Clitoria ternatea). Apa pun bagi kategori pokok melekat di dinding mempunyai sistem akar perekat yang mampu melekat dan tidak memerlukan sokongan untuk melekat seperti Pokok Climbing Fig (Ficus pumila), Pokok Monstera (Monstera spp) dan Pokok Duit-duit (Epipremnum aureum) yang sesuai di tanam. Perlu di ketahui jika biarpun berada dalam dua kategori berbeza, namun penjagaannya sama seerti amalan agronomi untuk membuang daun yang kering dan berpenyakit, membuang dahan atau ranting yang patah dan kering, membuang atau pangkas pokok yang boleh mengganggu pemandangan. Sebaiknya lakukan pembajaan tiga hingga empat bulan sekali dan aktiviti penyiraman jika perlu sahaja dan aktiviti kawalan serangan penyakit dan serangga perosak dengan terkawal. Dalam masa yang sama orang ramai boleh mempraktikkan aktiviti penyelenggaraan tanaman hiasan dengan menggunakan peralatan perkebunan iaitu yang bersesuaian dan juga pakai sarung tangan selain pelitup muka sebagai langkah pencegahan kendiri. Jika menggunakan racun serangga untuk mengawal serangan perosak dan penyakit, pastikan menggunakan dos yang disyorkan dan tidak berlebihan. Pastikan untuk amalkan aktiviti membersihkan kawasan selepas melakukan aktiviti tersebut.


Tanaman hiasan adalah tumbuhan di tanam sebagai penyeri rumah sama ada berwarna hijau atau warna yang pelbagai. Apek krestiviti dalam menyusun atur pokok yang kemas menjadikan ruang yang terhad nampak luas dan lebih membahagiakan. Sebaiknya pokok hiasan yang ditanam di persekitaran rumah bukan sahaja memberi nilai estetika yang tinggi malah mampu menjadikan suasana persekitaran sejuk dan nyaman. Ada jenis tumbuhan hijau juga mampu membentuk landskap menarik di sesuatu kawasan dan pada masa sama menjadi terapi berkesan untuk kesihatan fizikal dan mental. Warna hijau selalunya akan mendorong semua yang menanam pelbagai pokok hiasan di sekitar kediamannya akan menjadi gembira. Apa pun perlu di pilih jenis pokok yang sesuai mengikut minat seperti jenis Frangipani, Calathea, Heliconia, Jeliti, Osmoxylon, Ophiogon, Loropetalum Chinense, Garcinia, Ruellia dan Podocarpus. Apa pun dalam ruang yang terhad perlu ada perancangan dimana kesemua pokok hiasan ini disusun atur dengan kemas dan teratur sehingga membentuk landskap yang unik serta menarik. Bahan seperti batu pijak, batu konkrit kecil dan rumput jenis Cow grass turut digunakan untuk menaikkan seri taman mini di rumah. Jika ada anak yang sedang membesar suka bermain di taman mini yang dibina sendiri memberi kegembiraan dan kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata oleh mereka yang terlibat membuatnya. Aspek mencantikkan kawasan tanaman hiasan ini bukan sekadar untuk mengindahkan kawasan malahan ia mampu memberi impak positif kepada penghuninya. Antara beberapa kelebihan pokok berwarna hijau adalah kediaman akan nampak lebih 'sejuk,' tenang dan lebih sedap mata memandang. Ramai kini sukakan kehijauan tumbuhan dan boleh dikatakan 98 peratus pokok di kediaman yang ada warna hijau lebih nyaman. Pokok yang mempunyai daun yang besar seperti Calathea dapat menyerlahkan warna hijau sekali gus menjadikan halaman nampak lebih segar dan tenang. Ada yang suka letakkan pokok Frangipani kerana mempunyai daun yang besar dan bunga berwarna merah dan amat seronok pada setiap kali melihat pokok ini bila ia mengeluarkan bunga selepas ia dijaga dengan baik. Pokok hiasan renej atau kecil seperti pokok Ophiogon, Osmoxylon dan Loropetalum Chinense yang ditanam sama ada di bawah naungan atau bersebelahan dengan pokok hiasan yang lebih besar lebih menyerikan pandangan. Mereka berminat akan membuat pengiraan bajet yang bersesuaian sebelum berurusan dengan kedai yang menjual pokok dimana boleh rujuk rakan atau dalam media sosial untuk menambah baik idea sedia ada sekali gus dapat membina landskap yang diperlukan. Apa pun perly di ketahui jika ciri-ciri pokok hiasan yang tahan lasak menjadikan penjagaannya lebih mudah dan ringkas dimana aktiviti seperti menyiram dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang sesuai di lakukan. Bagi memastikan pokok sentiasa sihat dan dapat membesar dengan baik disyorkan agar menggunakan baja penggalak akar pada setiap dua kali seminggu.


Penulis blog kongsikan petua bagaimana untuk menanam pokok hiasan terutama didalam rumah dengan mem
ilih pokok tanpa tanah sebagai panduan. Apa pun mereka yang sukakan akan keindahan, kedamaian dan ketenangan dalam rumah boleh membembina 'santuari' untuk diri sendiri dan keluarga menerusi penataan tanaman dalam kediaman antara konsep kian popular sejak kebelakangan ini. Bagi penulis blog dimana kalau tanaman hiasan dalam hanya mengisi satu atau dua sudut dalam kediaman akan tetapi zaman ini konsep itu sudah pun ianya dikembangkan menjadi latar utama dalam landskap untuk menata hias ruang. Apa pun konsep hiasan itu yang menumpukan kepada tanaman dalam rumah bagi tujuan untuk melengkapkan penataan untuk disesuaikan dengan konsep penggunaan perabot seperto kombinasi denga buluh dan kayu menghidupkan suasana alam semula jadi di ruang terbabit. Penting difahami jika tanaman dalaman atau 'indoor plant' sering menjadi pilihan peminat penataan landskap yang mana ada yang mahukan suasana semula jadi dalam kediaman mereka ada banyak pilihan. Berlaku banyak perubahan dan trend dimana semasa era pandemik Covid-19 ada ramai orang duduk rumah mula menceburkan diri dalam aktiviti menghias ruangan atau menanam tanaman hiasan. Asasnya dimana konsep menata hias ruang kediaman dengan tanaman hiasan bukanlah perkara asing apabila ramai melayari lamanweb atau sosial media untuk melihat hiasan sesuai. Kebanyakan dakwa jika tanaman hiasan yang di buat berikan impak baik untuk ekosistem dalam rumah dimana ramai mempercayai dengan kehadiran tanaman dalam boleh memperbaiki pengudaraan dan juga membersihkan udara. Apa pun sejauh mana akan keberkesanan amalan itu dimana ia setidak-tidaknya di fikir dari sudut lain ia pasti dapat mewujudkan persekitaran malar hijau yang menyegarkan mata sebab tanaman dalaman ini memiliki ciri-ciri tahan lasak dan mudah dijaga dimana ia akan menyebabkannya sesuai sebagai penyeri ruang dalam rumah kediaman. Bagi penulis blog dimana ciri dan sifat asli daripada tumbuhan hiasan dalaman ini selalunya dari spesis tumbuhan yang memerlukan kurang cahaya matahari. Tanaman ini juga aipilih berdasarkan habitat asal yang mana pokok hiasan dalaman ini selalunya pokok yang tumbuh di bawah pokok kanopi. Lebih menarik bila jenis pokok yang mempunyai ciri-ciri ini turut tahan lasak dan mempunyai pelbagai warna serta tekstur yang unik. Penulis blog akan memilih jenis pokok hiasan seperti Futura robusta, Begonia, Ficus lyrata, Petunia dan banyak lagi yang boleh hidup dalam rumah dengan baik. Selalunya apabila pokok hiasan seperti ini diletakkan dalam rumah dimana kemudian ia menyuntik beberapa elemen yang menyenangkan dan relaks. Apa pun memang tidak dinafikan fitrah manusia sukakan sesuatu yang semula jadi dimana dengan memasukkan elemen seperti menata hias dalam rumah dengan  menanam tumbuhan hiasan dilihat ia mampu menyuntik elemen 'therapeutik' dicari sebaik pulang ke rumah. Apa pun aspek susun atur dan pemilihan jenis tanaman  dalaman yang betul menjadikan rumah bukan hanya semakin cantik tetapi cukup selesa didiami. Kini variasi tanaman dalam rumah juga sudah dipelbagaikan dan bukan hanya dalam pasu semata-mata dimana kini ada tanaman dalam rumah boleh digantung. Antara ciri-ciri eksotik tanaman dalam rumah yang tidak memerlukan cahaya yang banyak menjadikan mudah diselenggara. Sebenarnya banyak tumbuhan hiasan dalam kediaman boleh dibeli dimana ada banyak spesies yang unik dan paling mudah cari pokok seperti Begonia, Lucky bamboo dan Spiderwort tidak memerlukan tanah dan boleh ditanam di dalam medium air. Kebanyakan medium untuk tanaman dalam rumah menggunakan konsep tanpa tanah iaitu dengab cara menggunakan sabut dan tanah liat yang sudah diproses. Aoa oub keadaan itu memberi kelebihan kepada pemilik kediaman yang mengimpikan tanaman dalam dan tidak mendatangkan kekotoran pada ruang terbabit. Kalangan peminat pokok hiasan ada yang mahu menata hias ruang dalam rumah dengan pokok hiasan berkonsepkan zero 'soil' atau pokok tanpa tanah dimana ia adalah satu inovasi dalam industri bagi merealisasikan konsep tanaman tanpa tanah apabila terdapat medium lain digunakan untuk tanaman terus hidup. bagi penulis blog dimana sesiapa gunakan konsep tanaman hiasan dalam rumah terutama pemilik kediaman lebih teruja dapat menghias rumah mereka tanpa perlu bimbang dengan keadaan tanah kotor dan sebagainya dimana selalunya banyak jenis tanaman hiasan dalam rumah tumbuh dengan perlahan. Boleh pilih jenis tanaman tidak perlukan cahaya banyak dimana proses pertumbuhan pokok dari jenis ini juga berlaku sangat perlahan. Aktiviti seperti kerja menyelenggara tidaklah rumit dan pertumbuhan pokok yang perlahan tidak membebankan pemilik kediaman untuk menguruskannya. Awasa dimana buasanya cuma pemilik masih perlu sekali-sekala didedahkan pada cahaya matahari bagi tanaman hiasan tersebut dilakukan secara sekurang-kurangnya seminggu sekali memastikan pokok hiasan dalam rumah terus sihat dan cantik. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN HIASAN.... BANYAK JENISNYA...
JENIS NAUNGAN... ADA YANG BERBUNGA...
DI LUAR RUMAH... DALAM RUMAH PUN ADA...
IA MENYAMANKAN... RASA LEBIH BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Desaru Utama,
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(3 RabiulAkhir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...