SAMBAL BELACAN (Shrimp paste sambal) merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya pedas, masin dan dimakan bersama nasi atau pun ulam-ulaman. Sambal Belacan memang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia kini telah pun diminati oleh bangsa lain seperti Cina, India, Iban dan lain-lain kaum. Pada masa ini sambal belacan telah dihidangkan di hotel-hotel antarabangsa, restoran-restoran terkenal malahan ia dihidangkan sebagai menu wajib di restoran tomyam ala-Thai. Sambal belacan mempunyai pelbagai jenis dan nama bergantung kepada lokaliti, kegunaan dan bahan asas yang digunakan. Saya dapati ada dipanggil Sambal Belacan Kelantan, Sambal Belacan Tomato, Sambal Belacan Ikan, Sambal Belacan Penang dan macam-macam lagi gelaran. Saya amat suka makan tomyam campur yang dihidangkan dengan sambal belacan dan ulam seperti kacang panjang dan timun direstoran ala-Thai yang terdapat dimerata lokasi. Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan bahan seperti tempoyak (durian paste) bagi menambah perasa dan kesedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, lazimnya kita tambahkan cili padi atau juga dikenali sebagai cili api atau cabai burung ketika menyediakan bersama dengan cili besar. Ramai juga yang menambah rasa masam dalam sambal belacan dengan memerah limau kasturi atau limau nipis semasa sambal belacan dihidangkan. Selalunya sambal belacan akan dihidangkan sengan ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, ulam raja, daun selom, pucuk gajus, pucuk tenggek burung, terung pipit, pegaga, jantung pisang rebus dan macam-macam lagi (Lihat foto sebelah). Sambal belacan memang enak dimakan dengan ulam bersama nasi panas bersama laun pauk yang lain. Umumnya bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat sambal belacan adalah seperti Cili Besar, Cili Padi, Buah Tomato, Bawang Kecil, Belacan, Asam Jawa, Garam, Gula dan Limau Nipis. Bahan-bahan tersebut perlulah ia disediakan secukupnya. Penyediaan sambal belacan secara tradisional adalah menggunakan lesung batu sementara teknik moden adalah dengan menggunakan pengisar eletrik (Blender). Pada saya sambal belacan yang dibuat dengan lesung batu adalah paling sedap rasanya kerana memang berbeza dibandingkan dengan sambal belacan dikisar dengan blender. Ini kerana cara cara dalam penyediaan belacan dalam lesung batu dapat melumatkan bahan-bahan asas tersebut dan rasanya asli kerana tidak dicampur dengan air seperti cara menggunakan blender. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa kisah menarik tentang sambal belacan untuk bahan bacaaan semua.
Bagi penulis blog dimana sambal belacan sedap merupakan pelengkap kepada lauk-pauk utama dimana dimakan selalunya adalah semasa waktu makan tengah hari. Ia boleh menaikkan selera walaupun dihidangkan bersama lauk yang mungkin semua orang digemari. Walaupun terdapat pelbagai resipi sambal belacan yang boleh di cuba bagi penulis blog dimana resepi sambal belacan tradisional merupakan antara yang paling sedap dan ia memang mengena di tekak ramai orang Melayu dan juga ada kaum lain yang meminatinya juga. Ada banyak jenis sambal belacan iaitu daripada jenis sambal belacan tradisional sehingga kepada sambal belacan moden dengan pelbagai penggunaan bahan yang berlainan. Apa pun didalam bahasa Inggeris makanan sambal belacan mungkin boleh dikategorikan sebagai bahan kondimen atau bahan perasa yang melengkapkan sesuatu hidangan utama. Selalunya sambal ini juga ia berfungsi menaikkan selera makan siang dengan cara menambahkan rasa pada hidangan dan juga sebagai bahan pencicah yang enak. Sambal belacan didakwa ia merupakan satu hidangan yang ringkas dan mudahuntuk disediakan di rumah akan tetapi ia tetap menjadi makanan ikonik kepada budaya orang Melayu. Dalam beberapa kajian mendapati jika fakta mengenai sambal belacan berkait dengan kewujudannya di kawasan kepulauan Nusantara yang begitu luas dimana ia terhasil pelbagai jenis versi dan juga resipi sambal belacan sedap mengikut budaya dan negeri masing-masing. Penulis blog yang sudah banyak mengembara di semua negara Asia Tenggara dan beberapa negara lain mendapati jika makanan seakan sambal belacang dengan ada banyak versi sambal belacan memang ia mempunyai keunikan dan rasa yang tersendiri. Di zaman ini kebanyakkan penyediaan sambal belacan sudah di permudahkan jika hendak di bandingkan dengan kaedah membuat sambal belacan secara tradisional menggunakan lesung batu atau alat Cobek kepada dengan menggunakan alat pengisar atau blender sahaja. Bagaimana pun memang banyak kelainan rasa di antara kedua kaedah menyediakan sambal balacan ini.
Memang jenis sambal belacan yang paling awal penulis blog tahu dan ada memakannya sejak kecil dulu adalah jenis SAMBAL BELACAN ALA-KAMPONG yang mudah di sediakan dan popular di mana sahaja. Walau pun namanya sambal belacan ala-kampong akan tetapi memang kini ia banyak di sediakan di kawasan bandar besar dan juga di banyak restoren dan juga hotel-hotel tertentu. Lazuimnya bagi membuat sambal jenis ini adalah ia merupakan jenis sambal belacan ini agak mudah dan menggunakan bahan yang lebih ringkas. Apa pun ssesuai dengan namanya dimana resepi ini dilaporkan ia adalah sambal bellacan yang lebih klasik dan boleh dikatakan sebagai resipi asas untuk sambal belacan apa lagi kalau di hidangkan didalam lesung batu bersama alunya (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penting dimana perlu ada alat membuatnya seperti Lesung BAtu atau Cobek Batu agar ia memberikan citarasa sambal beacan sebenar. Bagi membuatnya perlu di sediakan beberapa bahan penting termasuklah beberapa tangkai cili api kamppong (ada yang di campur dengan cili merah besar) dimana jumlah serta jenis cili yang di gunakan akan menentukan tahap kepedasan sambal tetapi boleh di sesuaikan mengikut citarasa. Mereka yang suka rasa lebih pedas boleh menambah lebih banyak cili padi dan mereka yang suka kurang pedas boleh guna cili api siam atau banyakann cili merah. Bahan lain yang mesti disediakan 1 inci belacan, setengah sudu pes asam jawa, 2 biji limau kasturi dan juga perlu ada 1 sudu besar gula pasir (boleh guna gula melaka dan sebagai jenis gula lain. Memang senang untuk membuat sambal belacan dimana awalnya mesti di bakar dahulu belacan untuk menaikkan rasa dan aromanya (Ada yang suka membeli dan menggunakan belacan siap bakar). Kemudian di dalam lesung batu atau cobel di tumbuk atau di lenyek semua jenis cili kampung sehingga agak hancur dan berlendir. Sebaiknya di syorkan agar jangan terlalu hancur kerana ia kurang enak hasilnya. Seterusnya dimasukkan belacan bakar dan teruskan menumbuk sehingga semua ketulan belacan hancur melumat. Kemudian di masukkan pes asam jawa ke dalam lesung dan seterusnya diperahkan jus limau kasturi dan di masukkan bersama ke dalam lesung. Langkah berikutnya adalah memasukkan gula. Kacau adunan menggunakan anak batu lesung dengan menggosok dan menenyeh sehinggalah kesemua bahan sebati dan gula menjadi larut. Dikalangan mereka yang suka lebih masin mama boleh juga di tambahkan sedikit garam jika mahu. Akhir sekali sambal belacan ini boleh di hidangkan bersama lesung batu di atas meja makan atau di pindahkan kedalam mangkok hidangan yang sesuai dan sedia di nikmati.
Dalam majlis atau kenduri di kampong memang sering makanan nasi bersama lauk akan disediakan juga sambal belacan di kenali sebagai SAMBAL BELACAN ALA-KENDURI yang selalu juga ianya di sediakan untuk pelajar di asrama. BAgi penulis blog percaya ia di berikan nama sebegini sebab sambal jenis ini paling selalu di buat dalam jamuan kenduri seperti untuk makanan para perewang yang bertugas di majlis perkahwinan di kampong-kampopng yang di makan dengan sayur masak lemak nangka muda, ikan kering buu ayam yang popular di Johor. Penulis blog juga ingat ketika duduk di asrama Sekolah Menengak Teknik Johor Bahru (SMTJB) sekitar tahun 1975-1978 dahulu memang setiap minggu akan ada hidangan sambal belacan di kantin asrama ketika jamuan makan tengahari dan makanan ini pasti mengimbau kenangan saya ketika menikmati hidangan makanan tersebut sehingga kini. Membuat sambal jenis ini dirumah juga mudah sahaja kalau mempunyai bahan dan alatan mencukupi (tahap kekedasan adalah mengikut citarasa), 4 ulas bawang putih, ada setengah labu bawang Holland, 1 inci belacan, sedikit air asam jawa, 3 sudu besar cuka makan, sedikit garam dan sedikit gula oasir. Cara penyediaannya dengan membakar bawang putih, bawang Holland dan juga belacan diatas api dan kemudian di kisarkan bahan yang telah dibakar tadi bersama-sama cuka dan juga air asam jawa. Seterusnya boleh di tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk. Langkah berikutnya adalah memasukkan sedikit garam dan gula dan di kacau sehingga sebati dimana ketika ini sudah boleh di ujirasa akan ia jika cukup rasa masin dan manisnya. Kemudian hidangan ini sedia untuk di hidangkan dan di nikmati dimakan dengan nasi putih, lauk pauk lain atau juga ulam-ulaman.
Setiap bulan memang penulis blog ada menikmati jamuan makan malam di Restorn Ala-Thai atau Restoren Tomyam diimana ada banyak menu disediakan termasuklah menu wajib iaitu SAMBAL BELACAN ALA-THAI atau ada yang memanggilnya sebagai 'Sambal Belacan Siam' yang menambah lagi akan selera memakannya. Dilaporkan di Malaysia dimana resipi sambal belacan sedap ini berinspirasikan daripada resipi Thailand dengan menggunakan bahan yang agak berlainan daripada sambal belacan klasik atau sambal belacan kampong. Apa pun menu yang biasa penulis blog order adalah Nasi Putih, Tomyam (berbagai jenis tomyam ikut selera), telur goreng, sayur kailan ikan masin, ikan siakap tiga rasa dan juga pastinya ada sambal belacan. Makanan Ala-Thai ini memang memberikan seua rasa seperti rasa manis, pedas, masam, lemak dan sebagainya. Bagi membuat sambal belacan Thai di rumah perlu disediakan bahan iaitu beberapa tangkai iaitu cili padi merah dan cili padi juga hijau Siam (tidak pedas), 2 inci belacan, setengah biji bawang besar, 1 labu bawang putih jeruk, ¼ keping gula nipah atau Gula Melaja dan juga 1 biji limau nipis. Bagu tujuan menyediaan boleh dibakar belacan terlebih dahulu. Kemudian boleh di masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar atau blender. Apa pun lebih enak jika semua bahan ini ditumbuk dalam lesung batu jika mahu. Petua penting sebelum dikisar adalah dengan memasukkan sedikit cuka makan dan juga garam. Masukkan juga sedikit air bertapis atau air masak untuk memudahkan proses mengisar. Kisar sehingga kesemua bahan lumat dan sebati. Kemudian boleh di tuangkan ke dalam mangkuk dan perahkan jus daripada beberapa hirisan seperti limau nipis. Sambal belacan Siam ini sudah siap untuk dicicah bersama ulam-ulaman dan di makan dengan nasi putih serta laun-lauk lain. Bagi penulis blog dimana sesiapa ingin untuk membuat sambal belacan sedap tidaklah sesukar mana dan memerlukan hanyalah cuma beberapa minit untuk menyediakannya. Bagi penulis blog dimana apa yang penting adalah mesti tahu bahan asas untuk membuat sambal belacan. Apa pun bila sudah mahir maka sambal ini boleh disesuaikan dengan bahan alternatif atau tambahan lain yang boleh membuatkan sambal anda lebih enak. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di naca kesemuanya. Semuga artikel ini mampu dijadikan bahan bacan berguna kepada pemmbaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENAMBAH SELERA... BERSAMA ULAMNYA...
MUDAH DI BUAT... BELACAN MESTI ADA...
MEMBACA ARTIKEL... KENALAH UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1447H).
SAMBAL BELACAN... POPULA DAH LAMA...
MENAMBAH SELERA... BERSAMA ULAMNYA...
MUDAH DI BUAT... BELACAN MESTI ADA...
MEMBACA ARTIKEL... KENALAH UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.