Showing posts with label
SAMBAL BELACAN DAN KISAH MENARIK.
Show all posts
Showing posts with label
SAMBAL BELACAN DAN KISAH MENARIK.
Show all posts

SAMBAL BELACAN (Shrimp paste sambal) merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya pedas, masin dan dimakan bersama nasi atau pun ulam-ulaman. Sambal Belacan memang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia kini telah pun diminati oleh bangsa lain seperti Cina, India, Iban dan lain-lain kaum. Pada masa ini sambal belacan telah dihidangkan di hotel-hotel antarabangsa, restoran-restoran terkenal malahan ia dihidangkan sebagai menu wajib di restoran tomyam ala-Thai. Sambal belacan mempunyai pelbagai jenis dan nama bergantung kepada lokaliti, kegunaan dan bahan asas yang digunakan. Saya dapati ada dipanggil Sambal Belacan Kelantan, Sambal Belacan Tomato, Sambal Belacan Ikan, Sambal Belacan Penang dan macam-macam lagi gelaran. Saya amat suka makan tomyam campur yang dihidangkan dengan sambal belacan dan ulam seperti kacang panjang dan timun direstoran ala-Thai yang terdapat dimerata lokasi. Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan bahan seperti tempoyak (durian paste) bagi menambah perasa dan kesedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, lazimnya kita tambahkan cili padi atau juga dikenali sebagai cili api atau cabai burung ketika menyediakan bersama dengan cili besar. Ramai juga yang menambah rasa masam dalam sambal belacan dengan memerah limau kasturi atau limau nipis semasa sambal belacan dihidangkan. Selalunya sambal belacan akan dihidangkan sengan ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, ulam raja, daun selom, pucuk gajus, pucuk tenggek burung, terung pipit, pegaga, jantung pisang rebus dan macam-macam lagi (Lihat foto sebelah). Sambal belacan memang enak dimakan dengan ulam bersama nasi panas bersama laun pauk yang lain. Umumnya bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat sambal belacan adalah seperti Cili Besar, Cili Padi, Buah Tomato, Bawang Kecil, Belacan, Asam Jawa, Garam, Gula dan Limau Nipis. Bahan-bahan tersebut perlulah ia disediakan secukupnya. Penyediaan sambal belacan secara tradisional adalah menggunakan lesung batu sementara teknik moden adalah dengan menggunakan pengisar eletrik (Blender). Pada saya sambal belacan yang dibuat dengan lesung batu adalah paling sedap rasanya kerana memang berbeza dibandingkan dengan sambal belacan dikisar dengan blender. Ini kerana cara cara dalam penyediaan belacan dalam lesung batu dapat melumatkan bahan-bahan asas tersebut dan rasanya asli kerana tidak dicampur dengan air seperti cara menggunakan blender. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa kisah menarik tentang sambal belacan untuk bahan bacaaan semua.
Artikel dalam hmetro.com agak panjang bertajuk 'Ligat promosi sambal belacan' yang wajar di kongsikan kisahnya. Apa pun di laporkan ketika ramai wanita seusianya sibuk menjual barangan kosmetik, minuman kurus, alat solek, busana indah mahupun tudung pelbagai rekaan, Ruzaimah Badron, 29, ligat mempromosikan sambal belacan. Agak janggal kerana wanita berasal daripada Kempas, Johor Bahru (JB) ini masih muda dan cantik orangnya. Jangan salah faham. Penulis bukan bermaksud orang yang menjual sambal belacan harus berumur dan berwajah ala kadar, tetapi realiti menunjukkan perniagaan sebegini lazimnya dimonopoli pengusaha berpengalaman dari kampung atau mereka yang sudah hampir ke pertengahan usia. Apabila persoalan ini ditujukan kepada Ruzaimah, dia hanya tersenyum manis. Baginya, usia tidak menjadi soal dalam memilih jenis perniagaan asalkan ada kebolehan, keyakinan dan kesungguhan untuk berjaya. Dia yang menyandang gelaran ibu tunggal sejak awal tahun ini mengakui memang minat berniaga sejak zaman persekolahan. Biarpun sekadar menjual gula-gula dan keropok, asalkan usahanya menguntungkan, dia sudah seronok. Sejak dulu kerja saya memang berniaga. Pernah juga saya cuba bekerja sambilan dengan orang selepas tamat sekolah, tetapi kebanyakan peluang yang datang tidak memberi kepuasan pada diri. Dia yang berkahwin pada umur 19 tahun dan membuat keputusan berniaga dengan lebih serius dan terus mencuba pelbagai jenis perniagaan dan mula sedar memang meminati bidang pemasaran. Dia beranikan diri menceburi beberapa perniagaan, termasuk menjadi stokis produk dan membuka kedai serbaneka untuk jenama pengeluar produk popular di Kuala Lumpur. Lima tahun berjauhan dengan suami dan keluarga, saya akhirnya mengambil keputusan menutup kedai dan kembali ke pangkuan keluarga dengan sediakan pelan perancangan perniagaan baru. Ruzaimah sebaliknya bersyukur kerana kepulangannya ke JB diiringi rezeki lebih besar dan bermakna. Sekian lama menanti zuriat, dia dikurniakan seorang anak angkat yang kini sudah pun berusia lima tahun. Pernah juga kena kejar dengan anggota majlis perbandaran, tetapi semangat berniaga tidak pernah hilang. Saya juga pernah tular kerana menjual roti pelangi. Ramai yang menempah dari seluruh negara, namun akhirnya saya terpaksa tutup kerana tempahan sukar dikendalikan, selain terdapat masalah tertentu. Bermulanya episod sambal belacan kata Ruzaimah, adalah dari hobinya yang suka memasak dan menjamu orang. Kebetulan dalam keluarga pula memang semua adik-beradiknya mempunyai perniagaan sendiri. Mereka sekeluarga bukanlah orang senang dimana dakwanya mungkin lebih tepat dikategorikan sebagai miskin bandar. Kakak menjual jamu buatannya sendiri, ada juga wangian dan banyak lagi. Semuanya berusaha gigih untuk membantu ekonomi keluarga. Jadi, saya mula mencari jalan untuk turut memiliki perniagaan sendiri. Pada satu hari dia dan rakan merancang majlis jamuan. Selain menu utama, saya juga bawa sambal belacan. Selepas kawan merasainya, mereka mula menempah. Mungkin kerana saya menggabungkan tiga gaya masakan dari Indonesia, Thailand dan Jawa, mereka kata rasa sambal belacan itu unik serta sedap. Dia menerima tempahan demi tempahan setiap minggu dinamakan resipi ini sebagai Sambal Belacan Tumbuk dan mula mengusahakan perniagaan dengan bantuan ibu. Sambal belacan dihasilkan memang unik kerana mempunyai tekstur dan rasa yang seimbang dimana selepas versi limau kasturi laris dijual, dia menghasilkan pula sambal belacan tempoyak dan pelam muda. Kini setelah hampir setahun dalam pasaran, saya begitu teruja kerana berjaya mendapat tempat di hati ramai pelanggan seluruh negara termasuk dari Singapura. Saya juga sudah mempunyai 200 ejen pesan hantar (drop ship) di seluruh negara. Dia anggap ini adalah rezeki selepas bangkit daripada masa lalu. Perceraian dengan bekas suami memberi tamparan buat diri, namun mustahil untuk terus mengalah dalam hidup. Apa yang berlaku sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk saya melakukan yang terbaik dalam hidup. Saya punya anak yang masih kecil dan ibu untuk ditanggung. Jadi, ada eloknya jika saya terus fokus kepada perniagaan.
Kisah bagaimana 'Sambal Belacan Goreng pelengkap hidangan' sehingga ramai tidak sedar sudah licin nasi sepinggan di makan. Apa pun sambal belacan pelengkap hidangan kampung. Tidak hanya di Malaysia apabila hidangan sampingan itu popular di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura sudah di sukai ramai. Berbicara tentang sambal belacan sudah kecur air liur dibuatnya apabila teringatkan rasa pedas-pedas masin yang diseimbangkan dengan sedikit rasa manis. Paling cocok dihidangkan dengan ulam-ulaman atau sajian ikan. Sambal belacan amnya dibuat daripada empat bahan asas iaitu cili api, belacan, garam dan gula. Ada juga yang menambahkan limau kasturi sebagai penyedap. Di kongsikan akan Resipi Sambal Belacan Goreng dimana sudah ramai warga maya mencubanya dan memuji hasil resipinya. Dilaporkan yang sambal sedap ini sesuai dimakan dengan nasi panas, lauk ringkas ayam goreng atau ikan goreng sahaja. Boleh buatnya sendiri di rumah dengan baca resepi membuat Sambal Belacan Goreng. Bahan-bahan yang di perlukan adalah cili padi hijau dan merah (mengikut tahap kepedasan diinginkan), Cili besar hijau dan merah, buah tomato, Bawang Putih, Bawang Merah atau bawang Holland, Belacan, Limau Kasturi, Garam, Gula, Serbuk perasa, Ikan Bilis, Minyak dan juga sedikit air. Cara penyediaan pertama dengan menggoreng ikan bilis hingga garing dan ia kemudian diketepikan. kemudian di goreng cili padi hijau dan merah, lada besar hijau dan merah, tomato, bawang besar, bawang putih dan belacan. Goreng sehingga bahan agak layu dan kemudian tutup api. Seterusnya di masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam pengisar dan dimasukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi. Boleh di kisar tetapi pastikan tidak terlalu hancur. Kemudian goreng masukkan semula bahan dikisar menggunakan minyak gorengan cili tadi. Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan air. Masak dengan api perlahan, biarkan ia mendidih dan kering airnya. Dan akhir sekali masukkan garam, gula, air limau kasturi dan serbuk perasa dan apabila sambal pekat boleh tutup api dan boleh dihidang makan.
Ada selebriti senior dakwa 'Hendak awet muda, makan sambal belacan' iaitu pelakon Mat Sentul. Kalimat 'TORA datang lagi kali ini dengan permainan baru bola besi…' adalah antara bait-bait dari iklan makanan ringan yang terkenal era 80-an yang dilantun pelawak dan pelakon veteran filem Melayu, Abdul Rashid Yahya atau lebih dikenali sebagai Mat Sentul. Apa pun ramai masih keletah dengan lawak jenakanya yang bersahaja, Mat Sentul membuktikan dia masih sihat sekali gus menafikan dia terlantar sakit seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Anak kelahiran Muar yang pernah membintangi beberapa filem antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Toyol, Mat Karong Guni dan Mat Magic itu berkata keadaan kesihatannya ketika ini baik dan masih mampu berjalan termasuk ke bazar Ramadan untuk melihat kuih-muih kegemarannya. Mat Sentul, 88, yang pernah aktif menghasilkan iklan televisyen dan radio antaranya Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo, kini tinggal berdua dengan anak lelakinya, Roslee Rashid, 59, di kediaman itu sejak kematian isteri, Jamilah Kasri, 71, pada Disember lepas, turut menghabiskan masa dengan menulis skrip. Dia masih ssihat dimana pada petang ini saya nak pergi bazar nak tengok-tengok apa yang ada.. saya suka makan kuih-muih yang lembut.. Saya pun ada tulis skrip yang saya akan hantar pada orang tengah.. skrip biasa makan masa setahun juga. Katanya kalau hendak petua awet muda maka amalkan makan sambal belacan dan selorohnya cuba tengok orang Melaka semua cantik-cantik sambil disambut ketawa pelawat yang hadir ke rumahnya. Media laporkan demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Johor Zaiton Ismail serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru yang menyampaikan bantuan bakul makanan dan wang tunai kepada Mat Sentol di rumahnya. Selain bantuan bakul makanan, Mat Sentul juga akan menerima bantuan RM500 dari JKM setiap bulan bermula Mei tahun ini. Dilaporkan sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan kepada seniman ini kita amat alu-alukan domana bantuan itu juga bagi menghargai jasa dan sumbangan besar bintang legenda ini kepada dunia seni. Dilaporkan dimana Mat Sentul masih sihat dan didoakan legenda hebat ini akan terus diberikan kesihatan baik. Peminat ada beri sumbangan kotak kotak makanan kepada Mat Sentul selain bantuan bulanan sebanyak RM500 mulai Mei ini. Pemberian ini adalah bagi menghargai sumbangan dan jasa beliau dalam industri hiburan terutama perfileman. Sejak Januari lalu hingga sekarang, sebanyak RM4 juta diperuntukkan setiap bulan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya yang turut memaklumkan Mat Sentul adalah antara 11,373 penerima bantuan JKM Johor di Johor Bahru. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di naca kesemuanya. Semuga artikel ini mampu dijadikan bahan bacan berguna kepada pemmbaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

SAMBAL BELACAN... POPULA DAH LAMA...
MENAMBAH SELERA... JUGA ULAMNYA...
MUDAH DI BUAT... BELACAN MESTI ADA...
MEMBACA ARTIKEL... SUDAH INGIN UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1447H).

SAMBAL BELACAN (Shrimp paste sambal) merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya pedas, masin dan dimakan bersama nasi atau pun ulam-ulaman. Sambal Belacan memang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia kini telah pun diminati oleh bangsa lain seperti Cina, India, Iban dan lain-lain kaum. Pada masa ini sambal belacan telah dihidangkan di hotel-hotel antarabangsa, restoran-restoran terkenal malahan ia dihidangkan sebagai menu wajib di restoran tomyam ala-Thai. Sambal belacan mempunyai pelbagai jenis dan nama bergantung kepada lokaliti, kegunaan dan bahan asas yang digunakan. Saya dapati ada dipanggil Sambal Belacan Kelantan, Sambal Belacan Tomato, Sambal Belacan Ikan, Sambal Belacan Penang dan macam-macam lagi gelaran. Saya amat suka makan tomyam campur yang dihidangkan dengan sambal belacan dan ulam seperti kacang panjang dan timun direstoran ala-Thai yang terdapat dimerata lokasi. Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan bahan seperti tempoyak (durian paste) bagi menambah perasa dan kesedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, lazimnya kita tambahkan cili padi atau juga dikenali sebagai cili api atau cabai burung ketika menyediakan bersama dengan cili besar. Ramai juga yang menambah rasa masam dalam sambal belacan dengan memerah limau kasturi atau limau nipis semasa sambal belacan dihidangkan. Selalunya sambal belacan akan dihidangkan sengan ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, ulam raja, daun selom, pucuk gajus, pucuk tenggek burung, terung pipit, pegaga, jantung pisang rebus dan macam-macam lagi (Lihat foto sebelah). Sambal belacan memang enak dimakan dengan ulam bersama nasi panas bersama laun pauk yang lain. Umumnya bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat sambal belacan adalah seperti Cili Besar, Cili Padi, Buah Tomato, Bawang Kecil, Belacan, Asam Jawa, Garam, Gula dan Limau Nipis. Bahan-bahan tersebut perlulah ia disediakan secukupnya. Penyediaan sambal belacan secara tradisional adalah menggunakan lesung batu sementara teknik moden adalah dengan menggunakan pengisar eletrik (Blender). Pada saya sambal belacan yang dibuat dengan lesung batu atau cobek adalah paling sedap rasanya kerana memang berbeza dibandingkan dengan sambal belacan dikisar dengan blender. Ini kerana cara cara dalam penyediaan belacan dalam lesung batu dapat melumatkan bahan-bahan asas tersebut dan rasanya asli kerana tidak dicampur dengan air seperti cara menggunakan blender. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa kisah menarik tentang sambal belacan untuk bahan bacaaan semua.
Diluar sana ramai orang pandai membuar resei sambal belacan tetapi portal lokal paparkan 'Rahsia Resepi Sambal Belacan Sedap' untuk di kongsikan faktanya. Bila melihat sahaja sambal belacan ketika lapar tengahari penulis blog percaya ramai terliur akan rasa kesedapan Sambal Belacan. Menurut beberapa pakar masakan dimana resepi sambal belacan memang menjadi kegemaran ramai di beberapa restoren terutamanya pelanggan tempatan dan ada dakwa jika makanan sambal belacan tradisional adalah paling sedap di dunia. Ada fakta menarik dari artikel tersebut bagaimana menghasilkan sambal belacan sedap dimana bahannya adalah disedaiakan 1/2 ketul belacan Melaka, 1 biji bawang besar (saiz sedang), 40-50 biji cili api, 5-8 biji cili besar, 10-15 biji limau kasturi dan juga pastinya 2 sudu makan gula (agak-agak sahaja). Cara membuatnya dengan memanaskan sedikit minyak di dalam kuali dan kemudian menggoreng belacan dan bawang besar iaitu sehingga dilihat bawang kelihatan sedikit layu. Jangan terlalu lama supaya aromanya kekal dimana kemudian ia diangkat dan ketepikan. Kemudian boleh di masukkan belacan dan bawang yang telah digoreng ke dalam pengisar bersama cili api, cili besar dan gula. Disyorkan agar bahan Cili tidak perlu digoreng akan tetapi jika mahu goreng sebentar pun boleh juga. Sebaiknya gunakan gula secukupnya untuk seimbangkan rasa sambal. Adalah tidak perlu garam lagi kerana belacan Melaka sudah pun rasanya masin akan tetapi boleh tambah jika perlu. Langkah seterusnya adalah dengan memerahkan limau kasturi ke dalam bahan tadi dimana perlu pastikan hanya menggunakan air limau kasturi tanpa perlu menambah air biasa. Boleh kisar bahan hingga teksturnya kasar. Jika membuat dalam kuantiti sedikit apa pun sebaiknya menggunakan lesung batu untuk hasil yang lebih autentik. Perlu ingat semasa kisar, jangan tambahkan air. Air dari limau kasturi sudah mencukupi untuk membantu semasa proses mengisar. Pastikan sambal belacan ini mempunyai rasa seimbang iaitu rasa pedas, masam, manis, dan sedikit masin. Perbaiki rasa mengikut cita rasa anda. Boleh di sediakan untuk dihidangkan sambal bersama ulam-ulaman segar seperti timun, kacang botol, daun pucuk gajus atau daun selom. Petua tambahan dimana bagi dapatkan aroma yang lebih kuat, belacan boleh dibakar sebentar sebelum digoreng. Sambal ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk untuk kegunaan beberapa hari. Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kesegarannya.
Membuat sambal belacan tentunya perlu tahu apakah jenis belacan terbaik mengikut citarasa. Peminat sambal belacan perlu tahy beberapa tips memilih belacan berkualiti baik untuk sambal. Apa pun bagi penulis blog dimana belacan adalah bahan utama dalam banyak masakan tradisional Malaysia, termasuk sambal dan ulam-ulaman. Memilih belacan yang baik sangat penting untuk memastikan rasa dan aroma masakan lebih enak. Berikut adalah beberapa tips untuk memilih belacan berkualiti yang pertama melihat ciri Warna dan TeksturPilih iaitu pastikan pilih belacan yang berwarna coklat keperangan atau kelabu gelap. Warna ini menunjukkan ia telah melalui proses penapaian dan pengeringan yang baik. Periksa akan ciri Teksturnya yang harus padat tetapi tidak terlalu keras, serta mudah dihancurkan apabila ditekan. Belacan ada ciri Bau atau Aroma dimana jenis belacan berkualiti mempunyai bau yang kuat tetapi tidak terlalu menusuk hingga bila dicium ia tidak menyakitkan hidung. Elakkan membeli jenis belacan yang berbau masam atau basi disebabkan ia menunjukkan ciri telah rosak atau disimpan terlalu lama. Perlu periksa juga akan ciri Asal Usul Belacan di hasilkan dimana cari jenis belacan ari kawasan terkenal seperti Belacan Melaka, Belacan Bagan Datuk, Belacan Miri atau Belacan Langkawi sering mendapat pujian kerana kualitinya yang tinggi. Periksa juga dan baca pada label mengenai ciri Bahan Kandungan dimana perlu di pastikan belacan mengandungi bahan semula jadi seperti udang kecil dan garam sahaja, tanpa bahan pengawet atau pewarna tambahan. Bagi penulis blog mungkin pernah menghadapi masaalah tangan berbau selepas makan sambal belacan. Dikongsikan akan beberapa tips cara menghilangkan bau atau rasa gatal selepas makan belacan. Belacan boleh menyebabkan rasa gatal pada tekak atau badan, terutama bagi mereka yang sensitif atau allergik terhadap makanan laut. Penulis blog konsikan fakta asas beberapa cara untuk sesuai mengurangkan risiko gatal. Pertama adalah dengan cara Menyangai Belacan Terlebih Dahulu dengan memanaskan belacan di atas kuali tanpa minyak sebelum digunakan. Apa pun proses ini dapat mengurangkan kandungan histamin yang boleh menyebabkan alahan dan gatal. Kedua dengan cara iaiitu Merendam dalam Air Asam Jawa dimana belacan dalam air asam jawa selama beberapa minit sebelum ianya dimasak. Asid dalam asam jawa dapat membantu didalam mengurangkan komponen yang menyebabkan gatal-gatal. Cara ketiga adalah dengan cara Meminum Air Limau Nipis atau Halia iaitu selepas menikmati masakan yang memang ia ada mengandungi belacan, minum air perahan limau nipis atau air halia suam untuk membantu mengurangkan rasa gatal pada tekak. Keempat dengan cara Menambah Gula atau Garam didalam masakan untuk mengimbangi rasa dan ia akan mengurangkan potensi gatal yang disebabkan oleh belacan. Kelima dengan cara Mengelakkan Pengambilan Yang Berlebihan dimana makan belacan dalam kuantiti yang sederhana. Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko gatal, terutama bagi individu yang sensitif terhadap makanan laut. Sebenarnya semua akan dapat menikmati belacan tanpa risau gatal atau ketidakselesaan.
Kisah bagaimana 'Sambal belacan Tunku Azizah digemari PM Singapura' banyak mendapat liputan media. Media laporkan dimana tanpa disedari ramai, ‘diplomasi sambal belacan’ secara tidak langsung telah menjadi instrumen mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura. Dilaporkan perkara itu akhirnya diketahui umum apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkongsi kisah menarik mengenai sambal belacan hasil air tangannya yang digemari seorang pemimpin dunia. Siapa sangka sambal belacan yang sudah menjadi kelaziman untuk dinikmati bersama nasi putih mahupun juadah masakan lain bagi rakyat Malaysia turut memikat hati bekas Perdana Menteri Singapura iaitu mendiang Lee Kuan Yew. Dalam satu hantaran di laman Twitter, Tunku Azizah yang lebih dikenali ‘cheminahsayang’ dalam platform media sosial itu menarik perhatian bahawa baginda pada masa dahulu merupakan pembekal rasmi sambal belacan kepada Kuan Yew. Raja Permaisuri Agong masih menjadi pembekal sambal belacan ke republik itu dan kini dinikmati oleh anak mendiang Kuan Yew yang merupakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Dilaporkan baginda dia hendak 'share' dengan rakyat Malaysiamelalui the official sambal belacan supplier to the Prime Minister of Singapore. Tunku Azizah pada masa sama turut berkongsi gambar sepucuk surat diutus oleh bekas Perdana Menteri Lee yang dimuat naik dalam akaun Instagram khas. Ada enam paket (sambal) belacan yang Tuanku berikan kepada saya sangat sedap. Saya menikmatinya bersama dua anak lelaki saya. Semuanya habis dimakan. Ia sambal belacan terbaik yang pernah kami rasai. Jika boleh keluarga saya mahu menikmatinya lagi. Maaf kalau menyusahkan. Sambal ini menjadikan banyak hidangan lebih sedap." tulis surat itu yang diterjemah dalam bahasa Melayu.
Dalam utusanborneo.com di laporkan 'Belacan Miri buah tangan 'rebutan' pelancong' memang sesuai di kongsikan kisahnya. Sebut sahaja nasi 'Lalapan' di Miri, pasti keenakan sambal belacannya yang begitu unik dan istimewa tidak akan dilupakan oleh sesiapa sahaja yang merasainya. Produk Belacan Miri yang menjadi bahan utama untuk memberi keenakan rasa sambal nasi Lalapan itu, menjadi buah tangan, 'rebutan' pelancong terutama dari Semenanjung untuk dibawa pulang. Istimewanya belacan Miri terletak pada rasanya yang lebih enak, selain mempunyai aroma unik sebagaimana belacan Bintulu dan Kuching yang juga terkenal dalam kalangan pelancong. Menurut pembuat belacan Suriani Abdullah (45) dakwa dimana kaedah tradisional dengan menggunakan alu dan lesung dapat menghasilkan belacan yang lebih enak. Bagi menjimatkan masa dan tenaga, sudah ramai yang menggunakan mesin penghancur untuk memproses ramuan utamanya iaitu udang geragau atau 'bubuk', namun cara tradisional dapat menjadikannya lebih harum dan sedap. Dia yang juga penjaja di Tamu Kedayan Miri, berkata kebanyakan belacan Miri adalah buatan tangan oleh suri-suri rumah dan tiada kilang memproses belacan di sekitar kawasan ini. Sekiranya dibuat dengan tangan, ia rasa lebih sedap dan aromanya lebih harum kerana kualiti udang geragau dipilih sendiri oleh pembuat-pembuatnya di rumah. Apa pun selalunya belacan Miri boleh didapati dalam pelbagai bentuk dari seberat 100gm, 150gm, 200gm dan 300gm dengan harga antara RM3 hingga RM10. Dalam kes lain ada seorang pengusaha belacan, Arnie Herman, 42 nyatakan dimana pada bulan Februari dan Mac adalah musim bubuk yang ditunggu-tunggu oleh pembuat belacan untuk mendapatkan bubuk lebih segar untuk menghasilkan belacan dan cencaluk. Pada ketika itulah pembuat-pembuat belacan akan menghasilkan stok-stok belacan dalam kuantiti yang banyak untuk dijual sepanjang tahun. Arnie berkata proses penghasilan bermula dengan mencampurkan udang geragau dengan garam kasar dan gula pasir. Udang geragau yang sudah dicampur dengan garam dan gula tadi diperap dalam tong satu hingga dua malam sebelum diramas bagi membuang air. Hasil perapan itu akan dijemur di bawah sinaran matahari dan ditutup dengan jaring halus untuk aspek kebersihan. Selepas dijemur selama setengah hari, geragau tadi ditumbuk di dalam lesung sehingga teksturnya sedikit hancur sebelum kembali dijemur keesokannya. Proses menumbuk dan menjemur itu perlu diulangi sebanyak tiga kali sehingga campuran geragau itu bertukar menjadi doh yang keras. Dia kini masih menggunakan kaedah tradisional untuk menghasilkan belacan berkata, setiap empat kilogram geragau boleh menghasilkan sekilogram belacan. Menurutnya cara pembuatan belacan memerlukan ketelitian dan bahan segar iaitu bubuk bagi memastikan rasa belacan lebih sedap. Apa pun dakeanya semakin lama belacan itu diperap atau disimpan maka aroma dan teksturnya akan lebih baik lagi, jangka hayatnya boleh menjangkau sehingga lima tahun bergantung kepada cara penyimpanan. Bahan asas bubuk perlu dijemur setiap pagi hingga lewat petang terutama dalam keadaan cuaca panas terik ketika ini bagi menghasilkan belacan yang berkualiti. Dia turut perlu memastikan udang geragau segar dan bersih dan langsung tidak boleh bercampur dengan anak ikan ketika ditangkap keluar bagi mengelakkan rasanya bertukar menjadi pahit. Bagi seorang penjaja di pasar Tamu Muhibbah, Doris Tiing dakwa belacan Miri adalah produk terlaris selain beras dan garam dari Bario. Dakwanya lagi dimana kebanyakan daripada belacan Miri dihasilkan dari rumah, ia tidak ditambah dengan bahan-bahan asing seperti monosodium glutamat (MSG) dan bahan kimia lain serta ia lebih enak kerana dibuat secara tradisional. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di naca kesemuanya. Semuga artikel ini mampu dijadikan bahan bacan berguna kepada pemmbaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
SAMBAL BELACAN... POPULA DAH LAMA...
MENAMBAH SELERA... BERSAMA ULAMNYA...
MUDAH DI BUAT... BELACAN MESTI ADA...
MEMBACA ARTIKEL... SUDAH INGIN UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1447H).

SAMBAL BELACAN (Shrimp paste sambal) merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya pedas, masin dan dimakan bersama nasi atau pun ulam-ulaman. Sambal Belacan memang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia kini telah pun diminati oleh bangsa lain seperti Cina, India, Iban dan lain-lain kaum. Pada masa ini sambal belacan telah dihidangkan di hotel-hotel antarabangsa, restoran-restoran terkenal malahan ia dihidangkan sebagai menu wajib di restoran tomyam ala-Thai. Sambal belacan mempunyai pelbagai jenis dan nama bergantung kepada lokaliti, kegunaan dan bahan asas yang digunakan. Saya dapati ada dipanggil Sambal Belacan Kelantan, Sambal Belacan Tomato, Sambal Belacan Ikan, Sambal Belacan Penang dan macam-macam lagi gelaran. Saya amat suka makan tomyam campur yang dihidangkan dengan sambal belacan dan ulam seperti kacang panjang dan timun direstoran ala-Thai yang terdapat dimerata lokasi. Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan bahan seperti tempoyak (durian paste) bagi menambah perasa dan kesedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, lazimnya kita tambahkan cili padi atau juga dikenali sebagai cili api atau cabai burung ketika menyediakan bersama dengan cili besar. Ramai juga yang menambah rasa masam dalam sambal belacan dengan memerah limau kasturi atau limau nipis semasa sambal belacan dihidangkan. Selalunya sambal belacan akan dihidangkan sengan ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, ulam raja, daun selom, pucuk gajus, pucuk tenggek burung, terung pipit, pegaga, jantung pisang rebus dan macam-macam lagi (Lihat foto sebelah). Sambal belacan memang enak dimakan dengan ulam bersama nasi panas bersama laun pauk yang lain. Umumnya bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat sambal belacan adalah seperti Cili Besar, Cili Padi, Buah Tomato, Bawang Kecil, Belacan, Asam Jawa, Garam, Gula dan Limau Nipis. Bahan-bahan tersebut perlulah ia disediakan secukupnya. Penyediaan sambal belacan secara tradisional adalah menggunakan lesung batu sementara teknik moden adalah dengan menggunakan pengisar eletrik (Blender). Pada saya sambal belacan yang dibuat dengan lesung batu adalah paling sedap rasanya kerana memang berbeza dibandingkan dengan sambal belacan dikisar dengan blender. Ini kerana cara cara dalam penyediaan belacan dalam lesung batu dapat melumatkan bahan-bahan asas tersebut dan rasanya asli kerana tidak dicampur dengan air seperti cara menggunakan blender. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa kisah menarik tentang sambal belacan untuk bahan bacaaan semua.

Bagi penulis blog dimana sambal belacan sedap merupakan pelengkap kepada lauk-pauk utama dimana dimakan selalunya adalah semasa waktu makan tengah hari. Ia boleh menaikkan selera walaupun dihidangkan bersama lauk yang mungkin semua orang digemari. Walaupun terdapat pelbagai resipi sambal belacan yang boleh di cuba bagi penulis blog dimana resepi sambal belacan tradisional merupakan antara yang paling sedap dan ia memang mengena di tekak ramai orang Melayu dan juga ada kaum lain yang meminatinya juga. Ada banyak jenis sambal belacan iaitu daripada jenis sambal belacan tradisional sehingga kepada sambal belacan moden dengan pelbagai penggunaan bahan yang berlainan. Apa pun didalam bahasa Inggeris makanan sambal belacan mungkin boleh dikategorikan sebagai bahan kondimen atau bahan perasa yang melengkapkan sesuatu hidangan utama. Selalunya sambal ini juga ia berfungsi menaikkan selera makan siang dengan cara menambahkan rasa pada hidangan dan juga sebagai bahan pencicah yang enak. Sambal belacan didakwa ia merupakan satu hidangan yang ringkas dan mudahuntuk disediakan di rumah akan tetapi ia tetap menjadi makanan ikonik kepada budaya orang Melayu. Dalam beberapa kajian mendapati jika fakta mengenai sambal belacan berkait dengan kewujudannya di kawasan kepulauan Nusantara yang begitu luas dimana ia terhasil pelbagai jenis versi dan juga resipi sambal belacan sedap mengikut budaya dan negeri masing-masing. Penulis blog yang sudah banyak mengembara di semua negara Asia Tenggara dan beberapa negara lain mendapati jika makanan seakan sambal belacang dengan ada banyak versi sambal belacan memang ia mempunyai keunikan dan rasa yang tersendiri. Di zaman ini kebanyakkan penyediaan sambal belacan sudah di permudahkan jika hendak di bandingkan dengan kaedah membuat sambal belacan secara tradisional menggunakan lesung batu atau alat Cobek kepada dengan menggunakan alat pengisar atau blender sahaja. Bagaimana pun memang banyak kelainan rasa di antara kedua kaedah menyediakan sambal balacan ini.

Memang jenis sambal belacan yang paling awal penulis blog tahu dan ada memakannya sejak kecil dulu adalah jenis SAMBAL BELACAN ALA-KAMPONG yang mudah di sediakan dan popular di mana sahaja. Walau pun namanya sambal belacan ala-kampong akan tetapi memang kini ia banyak di sediakan di kawasan bandar besar dan juga di banyak restoren dan juga hotel-hotel tertentu. Lazuimnya bagi membuat sambal jenis ini adalah ia merupakan jenis sambal belacan ini agak mudah dan menggunakan bahan yang lebih ringkas. Apa pun ssesuai dengan namanya dimana resepi ini dilaporkan ia adalah sambal bellacan yang lebih klasik dan boleh dikatakan sebagai resipi asas untuk sambal belacan apa lagi kalau di hidangkan didalam lesung batu bersama alunya (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penting dimana perlu ada alat membuatnya seperti Lesung BAtu atau Cobek Batu agar ia memberikan citarasa sambal beacan sebenar. Bagi membuatnya perlu di sediakan beberapa bahan penting termasuklah beberapa tangkai cili api kamppong (ada yang di campur dengan cili merah besar) dimana jumlah serta jenis cili yang di gunakan akan menentukan tahap kepedasan sambal tetapi boleh di sesuaikan mengikut citarasa. Mereka yang suka rasa lebih pedas boleh menambah lebih banyak cili padi dan mereka yang suka kurang pedas boleh guna cili api siam atau banyakann cili merah. Bahan lain yang mesti disediakan 1 inci belacan, setengah sudu pes asam jawa, 2 biji limau kasturi dan juga perlu ada 1 sudu besar gula pasir (boleh guna gula melaka dan sebagai jenis gula lain. Memang senang untuk membuat sambal belacan dimana awalnya mesti di bakar dahulu belacan untuk menaikkan rasa dan aromanya (Ada yang suka membeli dan menggunakan belacan siap bakar). Kemudian di dalam lesung batu atau cobel di tumbuk atau di lenyek semua jenis cili kampung sehingga agak hancur dan berlendir. Sebaiknya di syorkan agar jangan terlalu hancur kerana ia kurang enak hasilnya. Seterusnya dimasukkan belacan bakar dan teruskan menumbuk sehingga semua ketulan belacan hancur melumat. Kemudian di masukkan pes asam jawa ke dalam lesung dan seterusnya diperahkan jus limau kasturi dan di masukkan bersama ke dalam lesung. Langkah berikutnya adalah memasukkan gula. Kacau adunan menggunakan anak batu lesung dengan menggosok dan menenyeh sehinggalah kesemua bahan sebati dan gula menjadi larut. Dikalangan mereka yang suka lebih masin mama boleh juga di tambahkan sedikit garam jika mahu. Akhir sekali sambal belacan ini boleh di hidangkan bersama lesung batu di atas meja makan atau di pindahkan kedalam mangkok hidangan yang sesuai dan sedia di nikmati.
Dalam majlis atau kenduri di kampong memang sering makanan nasi bersama lauk akan disediakan juga sambal belacan di kenali sebagai SAMBAL BELACAN ALA-KENDURI yang selalu juga ianya di sediakan untuk pelajar di asrama. BAgi penulis blog percaya ia di berikan nama sebegini sebab sambal jenis ini paling selalu di buat dalam jamuan kenduri seperti untuk makanan para perewang yang bertugas di majlis perkahwinan di kampong-kampopng yang di makan dengan sayur masak lemak nangka muda, ikan kering buu ayam yang popular di Johor. Penulis blog juga ingat ketika duduk di asrama Sekolah Menengak Teknik Johor Bahru (SMTJB) sekitar tahun 1975-1978 dahulu memang setiap minggu akan ada hidangan sambal belacan di kantin asrama ketika jamuan makan tengahari dan makanan ini pasti mengimbau kenangan saya ketika menikmati hidangan makanan tersebut sehingga kini. Membuat sambal jenis ini dirumah juga mudah sahaja kalau mempunyai bahan dan alatan mencukupi (tahap kekedasan adalah mengikut citarasa), 4 ulas bawang putih, ada setengah labu bawang Holland, 1 inci belacan, sedikit air asam jawa, 3 sudu besar cuka makan, sedikit garam dan sedikit gula oasir. Cara penyediaannya dengan membakar bawang putih, bawang Holland dan juga belacan diatas api dan kemudian di kisarkan bahan yang telah dibakar tadi bersama-sama cuka dan juga air asam jawa. Seterusnya boleh di tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk. Langkah berikutnya adalah memasukkan sedikit garam dan gula dan di kacau sehingga sebati dimana ketika ini sudah boleh di ujirasa akan ia jika cukup rasa masin dan manisnya. Kemudian hidangan ini sedia untuk di hidangkan dan di nikmati dimakan dengan nasi putih, lauk pauk lain atau juga ulam-ulaman.
Setiap bulan memang penulis blog ada menikmati jamuan makan malam di Restorn Ala-Thai atau Restoren Tomyam diimana ada banyak menu disediakan termasuklah menu wajib iaitu SAMBAL BELACAN ALA-THAI atau ada yang memanggilnya sebagai 'Sambal Belacan Siam' yang menambah lagi akan selera memakannya. Dilaporkan di Malaysia dimana resipi sambal belacan sedap ini berinspirasikan daripada resipi Thailand dengan menggunakan bahan yang agak berlainan daripada sambal belacan klasik atau sambal belacan kampong. Apa pun menu yang biasa penulis blog order adalah Nasi Putih, Tomyam (berbagai jenis tomyam ikut selera), telur goreng, sayur kailan ikan masin, ikan siakap tiga rasa dan juga pastinya ada sambal belacan. Makanan Ala-Thai ini memang memberikan seua rasa seperti rasa manis, pedas, masam, lemak dan sebagainya. Bagi membuat sambal belacan Thai di rumah perlu disediakan bahan iaitu beberapa tangkai iaitu cili padi merah dan cili padi juga hijau Siam (tidak pedas), 2 inci belacan, setengah biji bawang besar, 1 labu bawang putih jeruk, ¼ keping gula nipah atau Gula Melaja dan juga 1 biji limau nipis. Bagu tujuan menyediaan boleh dibakar belacan terlebih dahulu. Kemudian boleh di masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar atau blender. Apa pun lebih enak jika semua bahan ini ditumbuk dalam lesung batu jika mahu. Petua penting sebelum dikisar adalah dengan memasukkan sedikit cuka makan dan juga garam. Masukkan juga sedikit air bertapis atau air masak untuk memudahkan proses mengisar. Kisar sehingga kesemua bahan lumat dan sebati. Kemudian boleh di tuangkan ke dalam mangkuk dan perahkan jus daripada beberapa hirisan seperti limau nipis. Sambal belacan Siam ini sudah siap untuk dicicah bersama ulam-ulaman dan di makan dengan nasi putih serta laun-lauk lain. Bagi penulis blog dimana sesiapa ingin untuk membuat sambal belacan sedap tidaklah sesukar mana dan memerlukan hanyalah cuma beberapa minit untuk menyediakannya. Bagi penulis blog dimana apa yang penting adalah mesti tahu bahan asas untuk membuat sambal belacan. Apa pun bila sudah mahir maka sambal ini boleh disesuaikan dengan bahan alternatif atau tambahan lain yang boleh membuatkan sambal anda lebih enak. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di naca kesemuanya. Semuga artikel ini mampu dijadikan bahan bacan berguna kepada pemmbaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

SAMBAL BELACAN... POPULA DAH LAMA...
MENAMBAH SELERA... BERSAMA ULAMNYA...
MUDAH DI BUAT... BELACAN MESTI ADA...
MEMBACA ARTIKEL... KENALAH UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1447H).