Di kongsikan beberapa perkara penting mengenai aspek cabaran dan kaedah penyelesaian dalam usaha menenam petai secara komersil. Pertama apa yang penulis blog tinjau dimana di pasaran tempatan akan ujud isu Harga Tidak Menentu dimana selama ini di lihat yang harga petai tempatan ia boleh turun naik kerana pengeluaran yang bermusim. Harga petai agak tinggi semasa buah kurang berbuah tetapi ia akan menurun semasa musim utama ada banyak pengeluaran apa lagi kalau 'hasil petai hutan' masuk kedalam sistem pasaran. Terkini dilaporkan petai sudah mendapat permintaan yang amat tinggi daripada beberapa negara terutamanya Negara China. Biji petai yang di kupas dan di masukkan kedalam bekas khas boleh di pasarkan untuk suatu jangkamasa lama melalui beberapa kaedah pengawetan. Kini apabila ada permintaan baik di pasaran eksport maka potensi penanaman petai komersil di lihat satu bidangusaha yang baik. Di lapangan dimana hasil tinjauan penulis blog selalu mendengar keluhan dan ancaman tanaman petai oleh perosak dimana antara yang sering di laporkan isu atau masalah perosak petai seperti ulat buah dan haiwan seperti monyet dan sebagainya yang mana ia boleh menjejaskan hasil. Walau pun sudah ada beberapa amalan untuk dapat menyelesaikan isu ini seperti antaranya dengan cara mengamalkan kawalan biologi, teknik pemangkasan yang betul dan penggunaan baja organik dilaporkan iaitu secara tekknikalnya ia boleh membantu mengurangkan ancaman perosak. Bagi penulis blog mereka yang ingin menanam petai secara komersil ini perlu tahu bagaimana strategi dalam cara pembangunan pemasaran hasil petai dengan baik. Apa yang dapat di kongsikan dimana mereka perlu lakukan Sistem Penanaman Berstrategi iaitu dengan menanam secara komersial di kawasan seperti di Negeri Pahang dan Johor yang di laporkan ia sesuai untuk penanaman petai secara komersil dan sudah di jalankan. Semua pengusaha atau syarikat ini perlu menjalani kurusu teknikan terutama aspek memilih varieti betul, aspek teknik pengurusan amalan dan aspek agronomi pokok, sistem pemangkasan dahan dan yang paling utama adalah kaedah kawalan perosak dan penyakit. Sebaiknya semua kebun penanaman petai komersil mendapatkan pengiktirafan atau akreditasi persijilan Sijil Ladang Orgnik (MyOrganik). Ini kerana selelunya biji petai akan di makan sebagai ulam-ulaman atau makanan berkhasiat untuk kesihatan seperti baik untuk mengelakan kanser. Apa pun penanaman petai secara komersi ini perlukan cara dan amalan serta penggunaan teknologi dari aspek penanaman, penuaian dan pemprosesan lepas tuai petai untuk pasaran domestik dan eksport. Kaedah dilakukan untuk menguruskan pengeluaran dan pemprosesan hasil secara moden perlu di lakukan dengan teknologi terbaik. Mungkin diantaranya adalah kaedah begaimana memetik buah petai yang tinggi.
Penanaman pokok petai (Parkia speciosa) iaitu tumbuhan dari famili Fabaceae adalah tumbuhan yang ketinggiannya pokoknya adalah di antara 5 - 25 meter. Buah petai bersifat leper panjang dan analisa dapati ia mengandungi 10 - 18 biji biji buah yang ada di dalamnya. Ketika matang dimana selalunya biji buah petai ia masih berwarna hijau muda dan merupakan makanan ulam-ulaman yang digemari oleh pelbagai kaum khususnya kaum Melayu dan kini kaum Cina dan rakyat di negara China. Apa pun di lihat ada potensi penanaman petai secara komersil dilihat ia mempu menggatikan penuaian petai hutan yang popular sejak dahulu di Malaysia. Pokok petai moden sesuai ditanam di kawasan beriklim panas dan lembap sama ada di tanah rendah ataupun di kawasan setinggi hingga 1,500m dari aras laut. Tanah yang mempunyai saliran baik, tanah peroi dan beralun sedikit ia menjadi lokasi atau medium terbaik untuk seluruh proses pertumbuhannya. Di samping itu jenis tanah gembur serta jenis liat bepasir atau liat peroi juga sesuai ditanam petai komersil. Sebaiknya dalam proses mmenyediakan anakbenih sendiri dimana perlu memilih biji benih petai tua untuk di semai dan digunakan sebagai bahan tanaman untuk penanaman. Sebaiknya sebanyak 3 - 4 biji benih petai matang ia sesuai disemai didalam polibeg berukuran 15 x 25cm dan kemudian mengekalkan pilih satu anak benih terbaik dan anakbenih petai selebihnya disingkirkan (Sila lihat foto disebelah). Anak benih terpilih ini disusun di bawah naungan daripada cahaya matahari terik dimana tahap naungan ini ia kemudian mesti dikurangkan secara berperingkat sehingga ia dipindah tanam di ladang. Umur anak benih yang sesuai untuk dipindah tanam adalah semasa ketinggian anak benih pokok mencapai 15 - 20cm. Bagaimana pun bagi keperluan anakbenih petai untuk perladangan komersil yang banyak maka ia boleh didapatkan atau di beli dari nurseri yang ada menjuak benih petai dan ada persijilan SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman) oleh Jabatan Pertanian. Amalan agronomi penanaman anakbenih petai perlu ia ditanam di ladang pada jarak 10 x 15 meter ataupun 15 x 15 meter empat segi sama. Lubang tanaman sebesar 30cm x 30cm x 30cm sudah memadai untuk tujuan penanaman dinana bagi lokasi atau kawasan yang kurang subur sebaiknya jarak tanaman boleh dirapatkan. Sebaiknya jarak tanaman sesuai untuk dipilih mengikut keadaan tanah serta faktor setempat masing-masing. Lubang tanaman dimasukkan dengan bahan organik seperti tahi lembu dan rock phosphate bagi baja asas untuk sistem pengakaran dan kesuburan anak pokok. Sebaiknya sistem pembajaan untuk fasa tumbesaran pokok perlu membaja dengan jenis baja sebatian NPK seperti 15:15:6:4 adalah disyorkan. Ia bermula dengan kadar 0.5 - 3.0 kg/ pokok/ tahun dipecahkan kepada 4 kali atau pusingan setahun (antara tahun 1-5). Bagi tujuan baja buah dimana jenis baja NPK jenis baja 12:12:17:2 adalah disyorkan dan digunakan mula tahun keenam (6) atau lebih awal pada kadar 6 - 9 kg/pokok/tahun dipecahkan kepada 4 pusingan setahun juga. Apa pun selain daripada sering ada menggunakan baja sebatian dimana keperluan jenis baja organik seperti tahi lembu, tahi kambing atau tahi ayam juga sesuai digunakan. Baja organik akan menambahkan kualiti buah petai dari segi rasanya dan aromanya. Baja organik ini digunakan secara melonggokkannya kira-kira 0.6 - 0.9 meter dari pangkal pokok (ikut kanopi daun) dengan kadar 4 pungkis sepokok pada setiap 6 bulan sekali bagi pokk petai dewasa. Baja-baja ini lebih sesuai diletakkan secara melonggokkanya daripada tabur serak supaya dapat mengelakkannya menjadi kering dan kurang kesan nanti. Dari segi kawalan perosak dilaporkan yang ada ancaman oleh ulat pengorek buah yang biasanya ia boleh menyerang pokok di peringkat tumbesaran lagi dan boleh dikawal dengan semburan racun seperti Trichlorphon atau Gamma BHC 0.1% bahan aktif sekiranya serangan adalah teruk. Aktiviti menuai buah matang petai menggunakan alat gunting atau kacip dengan ada karong agar buah tidak rosak yang dikutip dengan bergalah dan sebaiknya cara memotongnya di bahagian tangkai kemudian diikat pada tangkainya. Buah petai segar perlu digredkan sebelum ia dipasarkan mengikut piawaian dan kualiti. Musim pembuahan petai biasanya di Malaysia adalahdi antara bulan Ogos hingga Januari pada setiap tahun akan tetapi penulis blog pernah terima laporan jika pokok petai juga boleh mengeluarkan buah sepanjang tahun. Kaedah ini di lakukan dengan menggunakan bahan pembajaan sesuai, amalan cantasan sempurna dan juga kawalan perosak dan penyakit.
Penting di kongsikan bagaimana potensi menanam petai secara komersil boleh dilakukan di Malaysia di masa akan datang. Pokok petai boleh mengeluarkan hasil selepas 3 - 4 tahun lepas ditanam. Namun begitu dilaporkan di beberapa lokasi dimana tempoh pengeluaran hasil adalah bergantung kepada varieti petai yang di tanam. Apa pun tumbuhan petai banyak terdapat di negara-negara Asia Tenggara ini mempunyai banyak spesis dimana dalam konteks Malaysia dimana jenis petai yang lebih banyak ditanam terdiri daripada Parkia speciosa dan Parkia timoriana. Kedua-dua spesis ini dilaporkan ia lebih bermutu dengan pengeluaran hasil yang lebih banyak serta juga lebih cepat penghasilannya. Belum ada data rasmi mengenai angka keluasan sebenar tanaman petai di Malaysia dan dianggarkan mempunyai keluasan tanaman petai dalam lingkungan 200 - 300 hektar CHE dimana kebanyakannya sudah ditanam atau diusahakan di negeri- negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Sabah dan Sarawak. Terkini Negeri Pahang antara dan Johor adalah yang sudah lakukan penanaman petai secara estet atau perladangan termasuk di Temerloh Pahang. Pokok petai akan mencapai kestabilan pengeluaran hasil antara tahun 15 - 25 lepas tanam dengan anggaran jumlah keluaran sekitar 1,000 - 1,100 papan buah sepokok setahun. Tinjuan penulis blog ada mendapati jika trend penghasilan ini adalah bergantung pada keadaan agro-iklim dan spesis pokok serta amalan agronomi di lakukan. Apa pun selalunya buah petai memperolehi harga pasaran yang baik dan memang baik sepanjang tahun di Malaysia. Harga runcit bagi satu papan buah petai dipasaran lokal adalah lebih kurang RM5.00 -10.00 satu ikat (ada 3-5 papan) bergantung kualiti dan kajian ada mendapati jika hasil dari petai spesis mata besar dan panjang malah mendapat harga lebih dari RM1.00 sepapan. Di negara pengeluar lain seperti Indonesia penah baca laporan dimana biji petai yang siap dikopek telah dieksport ke negara-negara Asia Barat dan China di pasarkan dengan harga RM20 - RM30 sekilogram. Bidangusaha menanam petai secara komersil (monokrop atau intergrasi dengan tanaman lain - durian dsb) dilihat ia menunjukkan potensi komersial yang sangat baik. Penggemar petai yang ramai di seluruh negara adalah tulang belakang yang kukuh dari segi penggunaan kerana khasiat petai di ketahui jika ia mengandungi khasiat vitamin A, vitamin C dan zat-zat galian yang tinggi di dalamnya serta memberi rasa yang unik sekali baik digunakan sebagai ulam-ulaman atau dijadikan sebagai petai sambal bilis setelah ditumis atau olahan lain. Kalau dulu buah petai masih banyak dikutip dari hutan oleh pemungut petai yang merisikokan keselamatan diri dengan memanjat pokok petai yang tinggi untuk memetik buahnya tetapi senasio ini boleh di ubah. Pokok petai sesuai ditanam secara komersil dimana ia berpotensi besar untuk pasaran eksport. Ada potensi bagi teknologi pokok petai atau varieti baru petai yang sesuai ditanam dengan pokoknya lebih rendah daripada pokok petai hutan melalui kaedah kawalan ketinggian dengan cara mencantas serta teknik pembiakan cantuman bagi menghasilkan baka yang lebih rendah serta dengan pengeluaran hasil yang lebih tinggi dan lebih awal. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KONSEP AGROTANI...KAEDAH BERJAYA....
AMALAN TEPAT...BERKUALITI HASILNYA...
PASARAN EKSPORT... EKSPORT KE CHINA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Rabiulawal 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.