Support My Blog

Sunday, September 7, 2025

SEMBANG FAKTA BUAH SUKUN (Part 2)

BUAH SUKUN
(Artocarpus altilis) tergolong dalam keluarga Moraceae iaitu sama dengan pokok ara dan nangka. Bagi penulis blog yang suka makan goreng sukun memang pernah menanam pokok ini di kampong dan ia hidup sehingga hari ini dan menghasilkan buah agak lama setelah pokok matang. Di Malaysia dimana pokok sukun mempunyai dua musim pengeluaran di waktu puncak sepanjang tahun dan ia biasanya akan berbunga pada bulan Februari - Mac dan pada bulan Julai - Ogos. Manakala di laporkan ia akan berbuah pula pada bulan April - Jun atau pada bulan Oktober -November setiap tahun. Mengenali buah sukun dimana buahnya seakan-akan buah nangka iaitu ia berbentuk bulat dan sedikit lonjong, berwarna hijau terang dan berubah kuning kecokelatan apabila matang (Sila lihat foto diatas). Buah Sukun digemari oleh banyak orang kerana ia boleh diolah dan dijadikan snek lazat di waktu petang seperti sukun goreng, kerepek sukun, bubur sukun, kuih-muih, biskut sukun dan sebagainya. Makanan berkhasiat ini mudah di tanam dan juga boleh di beli di pasar basah, pasar malam, pasar tani dan sebagainya atau ada yang menjualnya di gerai buah-buahan juga. Harganya berpatutan murah terutama semasa musim banyak keluar buah dua kali setahun. Apa pun fakta penting mengenai kandungan nutrisi buah sukun dimana disetiap 100 gram buah sukun mengandungi nutrisi seperti bahan Air (70.6 g), Tenaga (103 kcal), Protein (1.07 g), lemak (0.23 g), Karbohidrat (27.1 g), Serat (4.9 g), Gula (11 g), Kalsium (17mg), Zat besi (0.54 g), Magnesium (25 mg), Fosforus (30 mg), Kalium (490 mg), Natrium (2 mg), Zink (0.12 mg), Kuprum (0.084 mg), Mangan (0.06 mg), Selenium (0.6 µg),Vitamin C: 29 mg, Thiamin (0.11 mg), Riboflavin (0.03 mg), Niasin (0.9 mg) dan zat Kolin (9.8 mg). Penulis biasa melihat tanaman sukun tumbuh dengan baik ditanah mineral, tanah bris, tanah gambut, tanah masam dan sebagainya. Apa yang penting bagi tanaman ini adalah sistem saliran yang baik kerana akar pokok sukun amat sensitif jika terendam dalam air dan mudah mati akibat terendam agak lama. Varieti Sukun belum didaftarkan lagi dalam Senarai Varieti Tanaman Nasional kerana tidak banyak kajian dan penulisan mengenainya dilakukan. Bagaimana pun dari beberapa tinjauan dan rujukkan, penulis mendapati ada 3 jeni sukun yang boleh didapati. Pertama adalah Jenis SUKUN KECIL atau juga disebut sebagai 'Sukun Kuning'. Antara ciri sukun ini adalah kulitnya berduri lembut, buahnya semasa muda berwarna hijau dan apabila tua berwarna kuning. Varieti ini tidak banyak mengandung air dan yang penting ia akan tahan disimpan 8 hari setelah dipetik. Isinya agak kering, kenyal dan rasanya enak dengan berat buah antara 1.0 - 1.5 kg sebiji. Jenis sukun yang kedua adalah SUKUN BOTAK (atau Sukun Gundul) dimana ia mempunyai jenis kulit yang halus dan tidak berambut. Uniknya buah jenis ini dari muda sampai tua berwarna hijau. Kandungan airnya adalah banyak dimana daya tahan simpan selama 3 - 4 hari. Isi buah kurang kenyal dengan rasanya kurang enak berbanding dengan sukun kuning dengan berat sekitar antara 2.0 - 3.5 kg sebiji. Varieti ketiga adalah SUKUN MEDIUM iaitu merupakan kacukan diantara sukun botak dengan sukun kecil. Cirinya merupakan pertengahan antara kedua jenis sukun tersebut di atas dengan kulit buah berdiri (seperti buah nangka). Jenis ini mempunyai isi buah yang agak kenyal dimana kandungan airnya lebih rendah dari sukun botak tetapi lebih tinggi sukun kuning. Kelebihannya adalah kerana ia tahan di simpan selama 6 hari. Artikel kali ini saya sembang denga menulis dalam "Anim Agro Technology" saya menulis beberapa fakta mengenai buah sukunsebagai bahan rujukkan semua.


Penulis blog kongsikan beberapa petua atau t
ips untuk diguna semasa hendak membeli buah sukun. Walau pun buah sukun agak agak jarang dijual di bandar. Biasanya anda boleh temukannya di kampung atau ditanam sendiri di rumah. Cara memilih buah sukun yang dijual memerlukan ilmu agar buah yang di beli sesuai di makan. Pertama perlu pilih sukun dengan durinya masih mekar dimana jika anda ingin memilih sukun yang sudah masak, boleh perhatikan dulu duri dan teksturnya. Apa pun tanda sukun yang telah masak boleh dilihat dari kulitnya yang mula mekar. Bila dipukul dengan pisau selalunya ia masih empuk dan tidak keras. Selalunya bagi jenis buah yang masih mentah dilihat yang teksturnya lebih keras dari biasa. Pilih jenis sukun yang sesuai untuk buat kerepek dimana buah sukun terbaik bagi membuat kerepek boleh di pilih sukun yang sudah masak tetapi bukan terlalu masak. Selalunya buah sukun yang sudah terlalu masak akan lembik dan sukar untuk ia sesuai mendapatkan tekstur ranggup kerepek yang akan di goreng kalak. Ketiga buah sukun selalunya yang masih segar mempunyai getah dan perlu di buang dahulu sebelum memasaknya. Apa pun cara hilangkan getah sukun ada berbagai cara. Sukun memiliki getah putih yang boleh sesiapa membuatkan rasanya pahit apabila tidak dibersihkan dengan betul. Sebaiknya cuba merendam sukun di dalam air garam selama 10-15 minit sebelum dihiris dan kemudian ia digoreng. Buah sukun juga boleh juga direndam menggunakan air yang dicampur bawang putih untuk memberi rasa ranggup ketika digoreng menjadi kerepek. Isi buah sukun adalah daging buahnya yang empuk dan kaya dengan karbohidrat, serat, vitamin C, serta mineral seperti kalium dan zat besi. Buah ini juga mengandungi bahan antioksidan dan bermanfaat untuk kesihatan jantung, membantu mengawal gula darah serta dilaporkan ia menggalakkan rambut yang sihat dan kuat. Apa pun selalunya di Malaysia, terdapat dua jenis buah sukun  iaitu yang berbiji dan tidak berbiji. Kebiasaanya, bahagian yang boleh dimakan adalah lebih kurang 68% dari berat asal buah sukun yang telah dibuang kulut empulurnya. Pelbagai jenis hidangan boleh dihasilkan menggunakan buah sukun terutamanya sajian snek ringan dan pembeka selera. Kini antara yang popular adalah seperti Cekodok sukun, kerepek sukun dan sukun goreng.


Resepi paling popular dari buah sukun adalah SUKUN GORENG dan di makan dengan sambal kicap. Bagi penulis blog dimana buah s
ukun yang dipotong nipis dan di goreng tepung memang enak dijadikan hidangan terutama untuk masa minum petang. Membeli sukun goreng diluar semestinya tidak sama dengan masakan sendiri sebab ia boleh di masak dengan citarasa tersendiri seperti di bubuh ramuan rempah khusus. Ramai peniaga kecil yang menjual goreng pisang akan menjual juga sukun goreng, keledek goreng, keladi goreng, nanas goreng dan produk makanan laut seperti kelopok lekor goreng. Peniaga ini akan menjual dengan pelbagai ukuran, perencah dan di sertakan beberapa jenis sambal termasuk sambl kicap dan sos keropok. Membuat sendiri sukun goreng selain ianya dapat menjimatkan duit sesuai diolah resepi mengikut citarasa sendiri. Bagi membuatnya disediakan bahan-bahan iaitu 1 biji buah sukun (saiz kecil atau sedang), 2 cawan tepung beras,
1 cawan tepung gandum, 1 biji telur, 1.5 cawan air, 1 sudu besar gula, 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil serbuk kunyit dan juga 3 cawan minyak masak (digunakan untuk menggoreng).  Cara penyediaannya adalah buah sukun di kupas kulit hijaunya dan kemudian dipotong nipis isi buah sukun (Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal untuk mendapatkan rasa terenak). Kemudan dalam mangkuk di masukkan tepung beras, tepung gandum, telur, garam, gula, serbuk kunyit dan air. Kemudian adunan ini perlu di kacau sehingga sebati. Atas kulali di panaskan minyak dengan api di kawal. Celupkan pula potongan nipis atau hirisan sukun tadi kedalam bancuhan tepung lalu masukkan ke dalam minyak yang panas. Goreng sukun hingga kekuningan dan garing kedua-dua bahagian. Akhie sekali ditoskan minyak dan sedia untuk dihidangkan di dalam piring untuk di makan dengan cicah sambal kicap. Cara membuat sambal kicap juga perlu di sediakan. Bahan-bahan yang disediakan pula terdiri dqri 10-15 tangkai cili padi hijau yang dibuang tangkainya, 3 ulas bawang putih, gula pasir atau gula melaka, Kicap manis dan lesung batu. Buang tangkai cili dan kupas bawang putih dan di basuh. Dalam lesung batu masukkan 2 sudu gula pasir dan di tumbuk bersama cili padi dan bawang putih sehingga lumat dan berair. Keluarkan kedalam mangkuk dan taungkan kicap manis dan kacau sehingga sebati dan ia sedia untuk di hidangkan. Biasanya untuk tahan lebih lama sambal kicap ini ia boleh simpan dalam peti sejuk.


Memang banyak manfaat buah-buahan tropika dan salah satunya adalah buah sukun yang ternyata memiliki beragam khasiat. Buah sukun adalah buah yang berbentuk bulat dan ia berwarna hijau dan dimakan dengan cara digoreng. Buah ini suka dijadikan sebagai makanan penting yang mengenyangkan dan banyak zat. Buah sukun (Artocarpus altilis) dimana ia juga mengandungi berbagai vitamin seperti vitamin C dan vitamin B kompleks. Penulis blog makan buah sukun dimana ia adalah Jenis Buah yang mengenyangkan dimana setiap 100 gram buah sukun mengandung sekitar 24.5 gram karbohidrat yang setara dengan 10% keperluan karbohidrat harian seseorang dan ini ditambah dengan kandungan serat dan proteinnya. Apa pun jenis karbohidrat pada buah sukun adalah daripada jenis karbohidrat kompleks yang memmerlukan masa lebih lama untuk dicerna sehingga kesannya akan membuat rasa seperti kenyang juga bertahan lebih lama. Bahan serat tetap boleh ia membuat sesiapa merasa kenyang meski makanan yang diambil kalorinya lebih rendah. Zat protein memerlukan lebih banyak tenaga untuk boleh ia dicerna  dima akibatnya ia pun akan memberikan efek kenyang. Buah sukun dilaporkan ia dapat Membantu tubuh melawan radikal bebas dimana hasil kajian menunjukkan bahawa buah sukun mengandungi zat phenolic dan flavonoid yang bersifat antioksidan. Zat-zat ini akan membantu tubuh melawan dampak yang ditimbulkan oleh radikal bebas. Jenis buah sukun berwarna kuning-oren dilaporkan ia mempunyai lebih banyak kandungan antioksidan xanthin dan lutein dari jenis lain. Memakan buah sukun mampu untuk ia Menurunkan kolesterol dan tekanan darah dimana bahan serat yang tinggi dalam buah sukun dapat menurunkan kolesterol darah dengan cara mencegah penyerapan kolesterol dari sistem pencernaan. Apa pun kajian mendapati jika pengambilan serat dari buah sukun juga ia diyakini dapat menurunkan risiko kegemukkan (obesiti) dan  menurunkan tekanan darah serta ia melindungi usus besar dari bahan toksik kimia pemicu penyakit kanser. Hebatnya buah sukun juga dapat Membantu memelihara kesehatan sistem peredaran darah sebab buah sukun ianya memang terutama sukun segar tinggi akan kalium, zat besi, serta berbagai mineral lain yang menjadi komponen penting dalam menjaga kestabilan denyut jantung dan tekanan darah. Selain itu zat fitokimia pada buah sukun juga dapat membantu mencegah penyempitan dan pengerasan pembuluh darah akibat timbunan kolesterol. Memakan sukun akab dapat ianya  Melindungi tubuh dari serangan penyakit sebab dilaporkan kebanyakan orang mungkin percaya jika buah limau sebagai salah satu buah kaya vitamin C sebaliknya vitamin C dalam buah sukun juga tidak kalah tingginya. Dalam 100 g buah sukun mengandung 29 miligram vitamin C yang memenuhi 48% kebutuhan vitamin C dalam sehari. Makan buah yang tinggi vitamin C membantu tubuh melawan serangan penyakit dan radikal bebas yang berbahaya. Meskipun rasa buah ini ia mungkin tidak selezat jenis buah-buahan lainnya akan tetapi buah sukun boleh menjadi alternatif terbaik. Selain dengan menggorengnya ia dimakan dengan cara yang lebih sihat iaitu cara mengukus atau merebusnya. 
Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu PArt 1 dan Part 2 yang sesuai agar ia di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUAH SUKUN... IA BULAT BENTUKNYA...
MUDAH DI TANAM... BANYAK BUAHNYA...
ENAK DI GORENG...KEREPEK ENAKNYA...
BACA ARTIKEL... HENDAK BELI RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(12 Rabiulawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...