ETOK atau ETAK (Corbiculacea) merupakan sejenis haiwan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air dinegara kita yang bersempadan kawasan air tawar dan air masin. Habitat etok dikatakan lebih kepada kawasan sungai agak rendah berbanding muara yang berhampiran laut. Ia merupakan haiwan bercengkerang mollusc dengan ada dua cengkerang (dwicengkerang). Ia termasuklah haiwan dari Corbicula fluminea dan Cyrenacea, Sphaeriacea. Etok umumnya boleh dijumpai dikawasan sungai air tawar yakni pada dasar sungai atau terusan. Ia boleh juga dilihat hidup dikawasan hampir ke muara sungai yakni berdekatan dengan delta atau laut. Namun, etok lebih banyak hidup di sungai berdekatan sawah padi. Etok yang kebanyakannya bersaiz batu kerikil ada banyak mendiami kawasan sungai di bahagian negara-negara beriklim tropika seperti di negeri-negeri pantai timur Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Selain itu dikatakan etok juga turut mendiami kawasan sungai pantai timur Thailand. Ia lebih gemar hidup dalam dasar sungai yang tanahnya berselut. Etok pada umumnya boleh dijumpai di kawasan sungai air tawar atau pada dasar sungai atau terusan. Ia boleh juga dilihat hidup dikawasan hampir ke muara sungai yakni berdekatan dengan delta atau laut. Etok lebih banyak hidup di sungai berdekatan sawah padi. Dalam pada itu di Malaysia, musim kemarau diantara bulan Mac hingga Ogos dilihat adalah musim terbaik untuk menangkap etok bagi dijadikan hidangan. Biasanya pada musim ini sungai-sungai di Malaysia biasa akan mengalami penurunan aras air dan sungai lebih cetek dan mengalir perlahan. Etok merupakan haiwan sungai yang dilihat suka pada kawasan yang tenang aliran airnya dan berlumpur. Kulit kerang etok biasanya terdapat dalam 2 macam warna sama ada coklat kehitaman atau warna kuning cerah. Etok bercengkerang warna coklat kehitaman sering dijumpai dikawasan sungai air tawar yang berlumpur manakala berwarna kuning cerah pula dikawasan berpasir. Etok biasanya boleh ditangkap dengan menggunakan pengaut atau jaring yang diperbuat daripada kerawat besi. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengenai etok atau etak untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.
Beberapa media lokal termasuk hmetro.com laporkan kisah bagaimana 'Pesta etok Sungai Golok' nebarik untuk di kongsikan. Dilaporkan Zukifali membawa anak dan cucunya mencari etok di Sungai Golok menarik sekali aktivitinya. Orang ramai mengambil peluang mencari etok di Sungai Golok selepas paras air sungai berkenaan semakin cetek akibat cuaca panas berpanjangan ia bukan sahaja melibatkan para penduduk di sekitar kawasan Sungai Golok, sebaliknya mereka yang di luar daerah pun sanggup ke lokasi berkenaan semata-mata untuk mencari etok. Apa yang lebih menarik iaitu ada pelbagai kaedah digunakan penduduk mengikut kreativiti masing-masing untuk mencari etok termasuk menggunakan penutup kipas bagi memudahkan mereka mengaut etok di dasar sungai. Bagi Zukifali Abdullah yang menyifatkan sangat teruja apabila dia mendapat lima kilogram (kg) etok dengan hanya menggunakan penutup kipas hasil pencarian bersama anak dan cucunya. Dia yang berasal dari Kampung Batu 11, Felda Kemahang 3, Tanah Merah sanggup memandu 64 kilometer pergi dan balik bagi membawa keluarga merasai kemeriahan bermandi-manda dan mencari etok di Sungai Golok. Mereka begitu teruja dan berbaloi menghabiskan masa di sini kerana etok yang kami dapat bersaiz besar. Biasanya saiz etok ini lebih besar jika ia dicari di kawasan air lebih dalam. Dia yang berasal dari Kampung Gual To’ Deh memang sudah lama menetap di Tanah Merah turun kelokasi setelah melihat liputan media tentang suasana Sungai Golok yang dipenuhi pengunjung bagaikan berpesta terus hadir sama. Hasil etok yang didapati ini akan dimasak isterinya untuk dijamu seluruh keluarga dan selebihnya diberi kepada jiran. Biasanya etok sedap direbus menggunakan serai atau disalai untuk dijadikan kudapan. Dia yang selalu memancing dan memukat ikan di Sungai Golok mengakui sudah lama tidak melihat sungai terbabit menjadi cetek sebegitu. Walau pun agak terkejut melihat air sungai hanya paras lutut, malah di sesetengah kawasan airnya kering-kontang. Namun, keadaan ini digunakan sebaiknya penduduk kampung dengan beriadah bermain air seakan-akan taman tema air percuma.
Dalam portal bharian.com pula ada kisah bagaimana 'Pesta cari etok Kampung Likong Limbat' memang menaarik di kongsikan. Di KOta Bharu, Kelantan dimana kisah ini bagaikan mengimbau nostalgia zaman dulu dimana ada seramai 50 penduduk Kampung Likong Limbat yang menyertai pertandingan mencari etok peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh iaiitu pertandingan yang julung kali diadakan itu ibarat pesta apabila peserta dari pelbagai peringkat umur masing-masing berebut mencari etok sebanyak mungkin di sekitar muara sungai sejak jam 9 pagi. Pentadbir Mukim DUN Pasir Tumboh, Wan Azizi laporkan program itu adalah antara aktiviti kemasyarakatan yang menarik selain dapat memberi suatu pendedahan tentang tangkapan etok yang semakin dilupakan. Dilaporkan yang pertandingan itu mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada penduduk setempat yang mengambil peluang untuk turut sama mencari hasil sungai selain beriadah bersama keluarga. Sungai Likong Limbat sebelum ini menjadi tumpuan orang luar yang datang mencari etok maka penganjur mengambil peluang mengadakan pertandingan dengan membuat persediaan dalam tempoh kurang daripada seminggu. Dilihat yang program ini sebagai satu aktiviti lain dari yang lain, tambahan pula masih belum ada mereka yang mengadakan pertandingan etok sebelum ini. Aktiviti ini juga diadakan bagi memupuk kecintaan terhadap sungai," katanya ketika ditemui di pertandingan mencari etok seperti dakwaan oleh Rosli Nik Man seorang peserta program yang meluahkan rasa teruja selepas menyertai pertandingan mencari etok kerana menyifatkan program ini dapat mengimbau kenangan penduduk di sini yang dahulunya giat mencari hasil sungai ini. Dia juga mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga selain memberi peluang untuk tujuab bagi memperkenalkan etok kepada anak-anak dan berharap agar program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang.
Terdapat beberapa petua bagaimana cara mencuci Etok dalam kuantiti yang banyak dengan mudah bagi menghilangkan segala kekotoran berwarna kehitaman. Bagi penulis blog agak masih ramai yang tahu cara masak etok dengan betul agar hilang segala kotoran hitam yang melekat pada cengkerangnya. Etok atau Etak ini sangat sinonim dengan masyarakat yang tinggal diKelantan kerana ia adalah kudapan khas ketika menikmati nasi kerabu. Selain itu dilaporkan yang etok juga boleh menjadi penambah selera kerana rasanya yang lemak manis, sedap sungguh! Ada juga yang menikmati etok begitu sahaja. Makanan Etok sedap dimasak dalam beberapa cara antaranya gulai lemak putih, singgang, salai, dan goreng berempah. Paling popular adalah dimasak secara salai. Apa pun perlu di ketahui jika sebelum dimasak, etok perlu dicuci dengan betul supaya hilang segala kotoran hitam dan rasa air ‘sungai’ yang busuk. Sebagai langkah pertama perlu lakukan dengan meletakkan etok ke dalam penapis. Kemuidan mesti disiram etok dengan air sambil menggosok dengan tangan. Gosok beberapa minit untuk menghilangkan segala kotoran yang melekat pada kulit etok. Sebagai langkah kedua etok perlu di rendam penapis berisi etok ke dalam besen berisi air sambil menggosok etok dengan tangan. Gosok beberapa seketika untuk menghilangkan segala kotoran yang masih melekat pada kulit etok. Langkah Ketiga adalah dengan mengeluarkan penapis dari besen dan siram dengan air seperti pada langkah pertama sambil menggosok etok untuk menghilangkan sisa kotoran yang masih ada. Etok yang sudah bersih ini sudah sedia di masak dengan pelbagai resepi kegemaran semua.
DO NEGERI PANTAI TIMUR... IA ADA...
DI CUCI BERSIH..BANYAK RESEPINYA...
EANAK DI MAKAN...BERMUSIM JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(20 Rabiulawal 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.