Support My Blog

Tuesday, September 30, 2025

KISAH REBUNG BULUH - POTENSINYA

B
ULOH REBONG merupakan satu hasil daripada tumbuhan dari Pokok Buloh (Bambosa spp) yang mana ia sangat mudah didapati dinegara kita dan dikawasan lembab. Terdapat sebanyak 1,450 spesis buloh tumbuhan buluh yang ujud diseluruh dunia daripada 70 genera kesemuanya didalam keluarga Poaceae. Pokok buloh adalah tumbuhan yang tahan lasak, cepat membiak dan dikategorikan sebagai 'rumpai' dalam sektor pertanian. Batang buloh yang mempunyai ruas-ruas dan merupakan jenis kayu sederhana keras yang boleh tumbuh tinggi dalam susunan rumpun yang besar. Paling ajaib adalah bagaimana cepatnya pertumbuhan pokok buloh iaitu mampu tumbuh sehingga 100 cm (40 inci) dalam masa 24 jam sahaja dalam keadaan cukup air, sumber nutrien dan cuaca yang baik. Bagi penulis blog dimana istilah 'Rebung Buluh' adalah pucuk buluh yang muda dan lembut, tumbuh daripada rizom buluh di dalam tanah. Rebung buluh ini boleh dimakan dan digunakan sebagai bahan masakan dalam pelbagai hidangan tradisional Asia seperti gulai masak lemak cili api dan sayur lodeh kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Menyatakan apa itu Rebung di maknakan sebagai tunas  pucuk buluh yang masih muda keluar dari tanah sebelum matang. Ia tumbuh daripada rizom (bahagian akar) buluh yang berada di dalam tanah dimana rebung biasanya lembut, tidak pahit (jika jenis yang boleh dimakan) dan mempunyai nutrisi kandungan serabut yang rendah. Kegunaan Rebung paling utama adalah sebagai bahan makanan yang popular dan berkhasiat di seluruh Asia. Penulis blog memang suka makan sayur rebung buluh segar (kurang suka rebung yang di jeruk) sebagai hidangan yang sedap di masak dalam pelbagai masakan seperti gulai, sayur lodeh, masakan rendang, acar, dan goreng tumis. Beberapa negara di dunia sudah lama mereka mengkomersilkan produk rebung buluh seperti di China, Taiwan, Jepun sebab ia mendapat jumlah permintaan yang tinggi sebagai bahan makanan terutama di jual didalam tin. Antara fakta menarik tentang rebung yang perlu di ketahui dimana tidak semua jenis rebung boleh dimakan dan hanya rebung dari spesies tertentu yang sesuai untuk dimakan. Di Malaysia ada terdapat beberapa spesies pokok buluh seperti Bambusa blumeana, Dendrocalamus asper dan Gigantochloa levis yang menghasilkan rebung yang boleh dimakan. Apa yang penulis blog tahu berdasarkan daripada pengalaman di kampong dimana untuk memastikan rebung lembut dan tidak pahit, ia perlulah diproses dengan cara yang betul iaitu ianya termasuk direbus dan ditambahkan sedikit gula untuk tujuan menghilangkan rasa pahitnya. Bagi jenis buloh untuk rebung atau dibuat perabut yang ditanam dimana ia agak perlahan sedikit pertumbuhannya iaitu sekitar 3-10 cm sehari. Terdapat bermacam jenis buloh yang popular di Malaysia seperti Buloh Betong, Buloh Padu, Buloh Minyak, Buloh Duri, Buluh Mini dan sebagainya. Anda boleh baca artikel mengenai buloh tulisan saya (Sila klik disini).  Artikel kali ini saya gembira berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok buloh dan juga kisah dari laporan akhbar tempatan mengenai pengalaman beberapa petani yang mengusahakan tanaman buluh untuk hasilkan rebung sebagai bahan rujukkan semua.


Terdapat peribahasa popular Melayu iaitu  'Melentur buluh biarlah daripada rebung' yang membawa makna untuk mengajar atau melatih sebaiknya dari zaman kanak-kanak untuk mudah diajar berbanding dengan kaum dewasa yang sukar menerima. Peribahasa ini juga menunjukkan betapa dekat dan amat prihatinnya masyarakat Melayu dengan alam sekitar seperti buluh dan rebung. Penulis blog juga mendapati tumbuhan pokok buluh sememangnya mempunyai banyak kegunaan daripada landskap, bahan binaan buat rumah sehinggalah kepada perabot, sementara rebung pula enak dijadikan masakan gulai lemak cili padi. Melihat kepada banyaknya kegunaan buluh dan rebung terdapat seorang pengusaha bernama Adnan Osman mula membawa pokok-pokok buluh dari China bagi perniagaan landskapnya (Sila lihat foto disebelah) yang dilaporkan media tempatan. Antara buluh yang dibawa masuk adalah jenis 'Buluh Rebung Madu' dakwanya ia yang mudah ditanam serta sesuai untuk sebagai sejenis tanaman landskap serta rebungnya pula tidak miang seperti rebung biasa. Dia ada membawa masuk buluh rebung madu pada tahun 2004 dimana dia sudah mengusahakannya diatas tanah TKPM iaitu seluas 100 hektar di Pahang dan dia kemudian memindahkan daripada ke Kedah. Dakwanya dia suka  memang memilih jenis rebung madu kerana ia lebih mudah untuk diselenggarakan walaupun ditanam dikawasan tanah yang agak kering, berpasir mahupun lembap. Kebun pertamanya yang berada di Projek Taman Kekal Pertanian Moden Lanchang, Pahang (TKPM Lanchang) yang sudah mengeluarkan hasil dan berjaya berikan pendapatan lumayan dan sesuai dengan konsep agrotourism. Penulis blog pernah  ke ladang rebung madu pada 2016 semasa masih bertugas di Jabatan Pertanian Pahang mendapati usahanya ini dahulu merupakan sebahagian daripada program dalam usaha dalam menanam pokok buloh yang mampu memberikan pendapatan lumayan. Syarikatnya bernama Tunas Budi Sdn Bhd ini juga menyifatkan rebung madu yang ditanam amat istimewa kerana cepat membesar, tidak miang serta tidak pahit seperti rebung biasa. Batang buluhnya yang kecil, rumpunnya yang rapat serta tidak mempunyai miang menyebabkan ia sesuai ditanam di sekeliling rumah. Dalam beberapa tahun kemudian Adnan telah memindahkan kebun buluhnya di Kedah di kampungnya sendiri dengan membawa sama semua benih buluh daripada Pahang tersebut di tanah sewa dan tanah keluarganya.
 

Ditanya mengenai pengendalian rebung madu, Adnan memberitahu memang ia tidak sesukar mana kerana tanaman berkenaan tidaklah ia memerlukan air yang banyak. Dakwanya pokok buluh jenis ini memang ia boleh hidup baik walaupun di kawasan tanah yang ditambak dan kering mahu pun di tempat berpaya. Tetapi perlu faham jika pokok ditanam di kawasan yang agak basah maka pokok buluhnya akan tumbuh lebih besar dengan cepat. Dia yang ada memelihara itik sebagai produk sampingan ladangnya dengan membuat parit-parit dan kolam kecil berisi air untuk itek berenang sendiri. Tanaman buluh rebung madu hanya memerlukan kawasan yang tidak begitu besar kerana dengan keluasan satu ekar sahaja ia boleh ditanam dengan 300 rumpun buluh. Ini bermakna satu rumpun pokok buluh ia hanya memerlukan kawasan seluas 12 kaki x 12 kaki sahaja jaraknya. Apa yang lebih menarik adalah fakta dimana jangka hayat buluh bukan hanya boleh mencapai sehingga beratus-ratus tahun akan tetapi mudah hidup dan boleh dituai dalam masa yang singkat selepas di tanam dan di jaga dengan baik. Biasanya tunas rebung yang keluar akan membesar sebanyak enam inci sehari dan boleh dituai setiap dua hingga lima hari. Sebagai petua yang penulis blog ada berbincang dengan ramai orang asli yang mengutip rebung hutan ada mereka nyatakan kerja menuai rebung perlu sentiasa di lakukan agar rebung baru akan sentiasa keluar. Jika tebung yang dibiarkan begitu sahaja maka ia kemudian akan menjadi batang buluh yang keras dan akhirnya kurang rebung akan keluar.  Serumpun buluh yang subur biasanya boleh menghasilkan dua kilogram rebung sebulan (2 kg) dengan harga pasaran serendah RM5 sehingga RM10 sekilogram bergantung kepada pasaran. Bagaimana pun harga rebung peram dilihat harganya lebih stabil dan mendapat permintaan baik dari pelanggan di Malaysia.
 

Apa yang penulis blog buat sedikit kajian dimana sehingga kini fakta menarik adalah di Malaysia sebanyak lebih 90% produk rebung diimport terutamanya jenis rebung kaleng (rebug dalam tin). Data dan rekod menunjukkan jika b
uat masa ini iaitu tidak sampai 10% rebung tempatan yang berada atau ada dijual dalam pasaran tempatan dimana jumlah bekalan rebung buluh segar masih tidak dapat lagi menampung permintaan peminat. 
Rebung bulug yang ada di jual di pasaran yang diimpoprt dari luar negara (terutama dari China) boleh di dapatkan dalam pelbagai bentuk dan harga (Sila lihat foto disebelah). Bagi penulis blog memakan buluh rebung segar jauh lebih lazat dari memakan bulih yang sudah dikalengkan dalam tin. Itu pun hanya beberapa lokasi tertentu yang ada tumbuhan pokok buloh liar di kawasan hutan dan pinggir sungai dimana ada penduduk tempatan dan orang asli yang kerjanya memungut rebung liar tersebut untuk di jual. Sesiapa yang berkunjung ke Cameroon Highland akan dapat melihat ada dijual rebung buluh segar oleh penjual orang asli di tepi jalan. Bagi penanam yang ada menam buluh untuk penghasilan rebung perlu peka dengan aktiviti pemasaran dimana sekarang ini sudah mula mereka mempelbagaikan industri hiliran bagi produk dari rebung madu. Selain potensi untuk menjualnya secara segar untuk gulai dimana kini ada pengusaha rebug lebih suka memprosesnya dalam bentuk jeruk untuk dimakan sebagai sayuran atau produk kudapan. Produk 'Jeruk rebung madu' dilihat ia kini memang mendapat sambutan yang ianya amat menggalakkan kerana rasanya yang lemak manis apabila di masak. Penghasilan jeruk rebung ini perlu ia diproses tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet dan sudah banyak yang mengkomersialkannya dan di jua di Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Biasa malahan ada juga di premis supermarket. Beberapa pengusaha lain yang minat sudah mula bertanya jika Adnan ada menyediakan pakej menanam rebung madu dan menjual benih. Petani baru yang ingin bermula dengan kaedah menanam perlu tahu aspek penjagaan, cara menuai sehingga memproses buat jeruk dimana kepada sesiapa yang berminat boleh bertanya.  Ada juga  petua yang diberikan pilihan sama ada penanam pokok buluh baru ini akan menjual rebung kepada pihak luar atau memasarkannya cara sendiri. Kalangan penanam tidak perlu terikat dengan beberapa buah syarikat bagi tujuan pemasaran dan mereka boleh membuat pilihan sendiri. Projek ini sebenarnya ia sesuai digabungkan dengan konsep agro pelancongan dimana lokasi kawasan tenaman rebung boleh dijadikan lokasi lawatan dengan ada chalet, produk berasaskan buluh, hasil kraftangan dari buluh dan sebagainya. 


Dalam portal media lain ada di laporkan 'Hebatnya Rebung Madu' yang agak   menarik di kongsikan faktanya. Media laporkan ada rombongan kakitangan Agrobank membuat liputan projek-projek pembiayaan organisasi kewangan itu di sekitar negeri Kedah di sambut dengan hidangan makan tengahari yang berbeza daripada biasa. Kesemua menu yang dihidang mengandungi rebung madu sebagai bahan asas. Makanan ini ia disediakan dalam pelbagaijenis masakan antaranya adalah seperti gulai daging bersama rebung madu, acar rebung madu dan masak lemak rebung madu kelihatan cukup menyelerakan. Dilaporkan dimana jenis rebung madu mempunyai rasa yang sangat berlemak dan manis berbeza daripada rebung biasa seperti didakwa oleh pemilik restoran Ahmad Tajudin ketika ditemui di Kuala Nerang, Kedah dengan melayani rombongan ini. Di Malaysia dimana industri rebung madu adalah bidangusaha yang Agrobank lihat ia kini semakin semakin berkembang pesat serta mendapat permintaan tinggi. Apa pun selain masakan dimana tumbuhan dalam kategori sayur itu juga boleh ianya dihasilkan dalam bentuk tepung, kerepek, jeruk dan juga rebung beku. Rombongan ini melawat penanaman rebung madu yang mana dia mula berjinak-jinak dengan perusahaan penanaman rebung madu ini sekitar tahun 2008.  Kalau dulu dia cuma main-main bila ada kawannya yang menyuruhnya cuba merasai keenakkan masakan rebung maka dia terus menanamnya. Kini masakan rebung buluh sudah ramai yang suka dan tertarik dengan rasanya yang sangat sedap. Tanam pokok rebung madu merukan aktiviti yang dilaporkan mudah dan cepat mengeluarkan. Awalnya dulu dia hanya mula dan  bermodalkan RM1,800 bagi tujuan membersihkan kawasan hutan dan membeli biji benih dikebun projek tanaman rebung madu di kawasan tanah seluar empat ekar yang disewanya. Dakwanya di peringkat awa hanya menanam 400 anak pokok rebung madu dengan jarak tiga meter setiap pokok untuk memudahkan pertumbuhan. 'Kemudian di perhatikan yang setiap unit benih buluh yang dibeli ini kemudiannya akan bercambah dan ia membentuk serumpun pokok yang mengandungi antara 8 - 10 batang rebung. 'Sebahagian dari pokok-pokok ini kemudiannya akan ditebang untuk dijadikan sebagai benih pula dimana semua prosesnya sangat mudah dan tidak membebankan. Amalan agronomi penting yang di lakukan adalah membaj yang perlu dijalankan setiap enam bulan sekali. Bagi aktiviti penyemburan racun serangga dimana ia dibuat setiap dua bulan untukdapat mengelakkan gangguan serangga seperti anai-anai dan kerising. Apa pun biasanya digunakan jenis baja daripada najis lembu yang telah diproses selain menerima bantuan baja daripada pihak Jabatan Pertanian Kedah. Apa fakta menarik dan unik dari tanaman rebung madu adalah jenis ini ia tidak mempunyai sifat miang seperti rebung biasa. Lebih memudahkan lagi dengan cara sistem pembiakannya juga tidak memerlukan jumlah air yang banyak serta senang dijaga. Rebung madu mempunyai tempoh matang selama lapan bulan dan selepas tempoh itu, hasilnya boleh dituai. Melihat proses pengendalian yang mudah dan permintaannya yang tinggi. Petanin inni dilaporkan ada membuat pinjaman modal daripada pihak Agrobank untuk memperluaskan perusahaannya. Dilaporkan dimana terkini  keluasan kebunnya telah mempunyai lebih daripada 800 pokok dan bercadang untuk mencari kawasan tanah yang lebih besar bagi membolehkannya menanam lebih banyak pokok. Penulis blog sebenarnya ada melawat kebun buluh madu ini pada suatu masa dulu semasa bertugas di Jabatan Pertanuan Putrajaya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
BULUH REBUNG MADU... LEMBUT ISINYA...
ISINYA PUTIH...IA DIHIRIS NIPIS SAJA...
DIREBUS DAHULU...MEMBUANG BISANYA...
DIMASAK LEMAK...MEMANG IA ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 240, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(23 RabiulAkhir 1435H)
Updated article on:
10 RabiulAkhir 1447H.  ( 2 years later).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...