Resepi Lepat Pisang yang sangat istimewa kerana ramai akan ingat kepada masakan kuih ibu masa dulu di kampong yang mana ia sangat sedap rasanya. Kehebatan kuih tradisional ini ditambah dengan rasa manis dari gula melaka yang cukup lengkap serba serbi rasanya. Kalangan pembuat kuih tradisional ini mereka akan memilih jenis pisang yang di sukai. Ada yang gunakan pisang awak dan boleh juga kalau gunakan pisang emas atau pisang segar lain. Penulis blog paling suka gunakan pisang nangka. Selepas kuih ini dikukus selalunya kuih lepat pisang akan berbau harum dari aroma daun pisang yang mana ianya akan menambahkan lagi kesedapan kuih lepat pisang ini. Ada yang berikan petua jika membuat bancuhan adunan sangat mudah cuma agak remeh sedikit iaitu di bahagian daun pisang kerana haris dan kemudian perlu diibersihkan dan dilayur iaitu di atas api supaya daun tidak mudah pecah apabila dilipat. Penting juga menggunakan daun pisang tertentu yang boleh berikan aroma yang agak kuat. Secara umumnya antara bahan-bahan utama di gunakan membuat kuih ini pastinya adalah buah pisang masak seperti pisang emas atau pisang berangan atau pisang nangka dan ia dilenyek sehingga sebati. Bahan penting lain adalah tepung gandum dan atau ada yang suka gunakan jenis tepung beras digunakan sebagai pengikat adunan. Seterusnya bahan gula pasir atau gula melaka ia boleh digunakan untuk memberikan lebih rasa manis. Jangan lupa sediakan juga bahan secubit garam untuk ia dapat nanti menyeimbangkan rasa. Bahan lain termasuk kelapa parut yang mana ia sering digunakan sebagai inti di tengah adunan iaitu di campurkan bersama sedikit garam. Bagi tujuan untuk pembungkusan pula disediakan daun pisang yang sesuai ia digunakan untuk membungkus dan mengukus dimana ia akan memberikan aroma yang istimewa. Pisang masak yang di lenyekkan sehingga hancur menggunakan bekas dan alat melenyek yang mudah tetapi jangan terlalu halus. Penulis blog gunakan gelas tebal dan mangkuk plastik untuk melenyek buah pisang masak ini. Kemudian di campurkan tepung, gula, dan garam ke dalam adunan pisang dan gaul sebati. Apa pun daun pisang perlu di layurkan di atas api sebentar supaya jadi lebih lembut dan tidak mudah rapuh atau pecah atau koyak. Cara membungkus adunan adalah dengan meletakkan sedikit adunan pisang di atas daun pisang dan kemudian diletakkan inti kelapa (jika mahu inti kelapa dan kalau tidak pun boleh) juga dan lipat bungkusan dengan kemas. Proses seterusnya adalah proses mengukus dengan menyusun bungkusan lepat pisang di dalam pengukus dan kukus selama 20-25 minit atau sehingga masak. Bagi penulis blog dimana antara beberapa petua yang sesuai di kongsikan adalah membuat tekstur adunan ini ia boleh diubah suai mengikut kegemaran iaitu sama ada dilenyek halus atau dibiarkan sedikit kasar. Bagi jenis inti pula dimana ada sesetengah resepi tidak meletakkan inti kelapa akan tetapi ada yang menganggap bahan inti kelapa memberikan rasa yang lebih berlemak dan sedap. Apa pun membubuh gula pastikan yang jumlah gula ianya boleh disesuaikan mengikut tahap kemanisan yang disukai.
Di kongsikan juga satu resepi membuat kuih lepat pisang yang viral di internet dan resepi ini seakan menjadi panduan umum yang mudah di buat di rumah. Resepi ini menggunakan bahan-bahan dimana bahan utama adalah terdiri dari 2 cawan buah pisang masak yang sudah dilecek (pilih pisang yang manis, ada aroma enak dan sesuai untuk di buat kuih), 1/4 cawan gula putih, 1 cawan tepung gandum, 3 sudu besar tepung beras, 1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis), 1/4 cawan kelapa parut dan juga 1 sudu kecil garam. Pastikan ada alat memasak iaitu Pengukus yang ukurannya sesuai untuk mengykus. Cara membuatnya dengan proses penyediaan asas memasak dulu iaitu meletakkan pengukus diatas api dan isikikan air dan biarkan mendidih. Buah pisang di kupas dan perlu di lenyek dengan sederhana halus agar ia berikan trasa enak. Perlu di parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti. Kemudian bahan pisang yang di lenyek boleh di gaul sekata dimana buah pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka, tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan bubuh juga sedikit garam. Adunan ini diketepikan atau digalakkan untuk ia direhatkan seketika. Kemudian boleh membersihkan daun pisang yang sudah di potong mengikut ukuran sesuai dan ia sebaiknya dilayurkan di atas api sehingga layu sedikit agar lembut dan tidak mudah pecah atau koyak. Kemudian dipotong daun pisang anggaran setengah lebar tapak tangan mengikut saiz bungkusan yang disukai. Seterunya dengan menggunan alat sudu ambil sedikit adunan sebanyak 3 sudu dan di letakkan di bahagian tengah daun pisang dan kemudian di lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi. Sebaiknya di tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat bahagian yang satu lagi dengan kemas dimana cara melipat ini penting agar tidak bocor atau daun tidak pecah. Seterusnya disusun kuih ini di dalam loyang pengukus dan boleh mengukus selama 20 hingga 25 minit dimana periksa sama ada ia masak. Matikan api dan angkat kuih lepat pisang ini untuk di hidangkan. Sebagai panduan dimana jika tidak ada gula nisan atau gula melaka keping maka ia boleh juga digunakan jenis gula melaka berbentuk silinder iaitu jumlahnya dalam anggaran 1/3 ketul. Enak di makan semasa suam panas.
Agak kurang di sembangkan akan khasiat kuih lepat pisang sebab ia sudah lama dikenali dan dianggap sebagai sejenis kuih tradisional melayu yang lama. Sebenarnya dilaporkan dimana kuih ini isi kandungannya sebagai makanan yang kaya dengan serat, vitamin dan bahan mineral daripada buah pisang. Dilaporkan kuih ini juga merupakan sumber tenaga yang baik dan dapat membantu mengurangkan masalah seperti sembelit dan menstabilkan mood. Bagi penulis blog percaya dimana ada beberapa khasiat yang terkandung dalam lepat pisang seperti kuih ini memberikan sumber tenaga apabila kandungan karbohidrat dalam pisang membantu membekalkan tenaga kepada tubuh untuk aktiviti harian. Ia enak di makan sehinggakan boleh menggantikan nasi. Kuih ini di laporkan mampu membantu penghadaman apabila bahan serat yang ada dalam pisang berkesan untuk mengurangkan masalah sembelit. Paling orang kurang tahu kehebatan kuih ini adalah mengenai ia membantu menstabilkan mood seseorng dimana sesiapa yang memakan buah pisang dapat membantu menaikkan mood dan mengurangkan tekanan. Pastinya kuih ini memang ia kaya dengan nutrien sebab buah pisang sendiri sudah mengandungi pelbagai vitamin dan mineral termasuk zat kalium (K) yang baik untuk kesihatan secara keseluruhannya. Lagi pun cara menyediakannya hanya mengukus sahaja dan tidak berminyak seperti makanan jenis gorengan iaitu Pisang Goreng dan sebagainya. Mengukus juga boleh di lakukan berulang kali dimana kuih ini boleh di simpan lama dengan mengukus semula atau di simpan didalam peti sejuk dan di kukus semula kemudian sebelum di makan. Ada dakwaan jika kuih lepat pisang juga sangat baik untuk kesihatan jantung apabula kandungan zat potassium yang tinggi membantu menstabilkan tekanan darah kepada pemakannya. Memang hebat kuih tradisional lepat pisang sebagai sejenis makanan sihat kepada trakyat Malaysia dan sudah di komersilkan. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH PISANG DI LENYEK...ASASNYA...
D BUNGKUS DI KUKUS...ENAK RASA...
MEMBACA ARTIKEL...NAK BELI DIMANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11,
Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rabiuawal 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.