Support My Blog

Monday, September 8, 2025

SEMBANG MEMBAJA KELAPA SAWIT

MEMBAJA KELAPA SAWIT
merupakan satu aktiviti yang penting dijalankan demi mempastikan tanaman tersebut mampu hidup subur dan menghasilkan buah banyak dan berkualiti. Tanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang merupakan tanaman utama di Malaysia dan beberapa negara jiran lain untuk menghasilkan minyak masak dan pelbagai produk berasaskan kelapa sawit lain. 
Pada bulan April 2024 dilaporkan jumlah semua keluasan tanaman sawit Malaysia adalah 5.67 juta hektar (dimana seluas 4.94 juta hektar dilaporkan ia jatuh didalam kategori 'sustainable certification' atau pun sekitar 87.4% daripadanya). Data menunjukkan jika sehingga Ogos 2024 Negeri Sarawak dengan keluasan 1.62 juta hektar dan Sabah dengan keluasan 1.51 juta hektar menyumbang jumlah kawasan tanaman sawit terbesar di Malaysia pada 2024.  Tahun 2024 sahaja dimana sektor industri sawit menyumbang sebanyak RM115 bilion kepada ekonomi negara dan ia terbukti menjadi penyelamat ketika krisis ekonomi 1998 dan juga semasa era pandemik COVID-19 dahulu. Tanaman kelapa sawit mempu menghasilkan buah sebanyak 2.5 metrik tan sehektar pada waktu puncak atau lebih lagi jika diuruskan dengan baik melalui sistem pembajaan dan kawalan musuh dan penyakit dengan baik. Apalah maknanya jika hasil buah kepala sawit hanya dicapai kurang dari satu tan sehektar akibat tidak dibuat pembajaan dengan baik. Serangan musuh seperti tikus juga perlu dikawal dengan baik kerana keujudan tikus yang banyak diladang akan memakan dan merosakan buah-buah masak sehingga merugikan. Kadang-kadang berlaku pembaziran semasa membaja apabila baja yang baru ditabur dibawah pokok telah dihanyutkan oleh air hujan sebaik sahaja selesai proses pembajaan. Ini memang amat merugikan dimana kos harga baja kini bukan murah seperti dahulu. Kerugian 'surface run-off' baja yang baru ditabur ini merugikan dimana pokok tidak akan dapat bekalan baja sewajarnya. Pokok kelapa sawit adalah responsif terhadap aplikasi baja yang digunakan sama ada ianya baja kimia baik (Fast release fertilizer) atau baja biasa (slow release fertilizer) atau juga aplikasi baja organik yang semakin popular masakini. Pembajaan merupakan satu dari komponen kos penanaman yang paling tinggi (50-60%) dalam sesuatu operasi ladang kelapa sawit. Banyak ladang besar dan pekebun kecil yang telah berjaya meningkatkan hasil melalui kualiti pembajaan yang baik. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis aktiviti membaja kelapa sawit untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan pembaca semua.


Sebenarnya b
aja kelapa sawit adalah nutrien yang diperlukan untuk tujuan pertumbuhan dan pengeluaran minyak yang optimum dimana ia merangkumi unsur makro seperti Nitrogen (N), Fosforus (P) dan Kalium (K) serta unsur mikro seperti Magnesium (Mg), Boron (B), Zink (Zn) dan Kuprum (Cu). Apa pun pemilihan baja yang sesuai bergantung pada analisis nutrien tanah, peringkat umur pokok, dan jenis tanah, dengan pilihan termasuk baja kimia, baja organik, atau baja bio, serta baja seperti NPK, MOP, Urea, dan Kieserite. Bagi tanaman kelapa sawit dimana ada beberapa jenis-jenis Baja Utama yang boleh di berikan kepada tanaman kelapa sawit termasuk jenis Baja Kimia, Baja Organik, Baja Bio dan sebagainya. Jenis Baja Kimia selalunya ia mengandungi nutrien dalam bentuk yang mudah diserap oleh pokok, seperti baja NPK (bagi N, P, dan K), Urea (N), MOP (K), dan Kieserite (Mg). Sementara itu bagi jenis Baja Organik dimana ia selalunya akan diperbuat iaitu daripada bahan-bahan organik dan boleh ditambah baik dengan biostimulan untuk hasil yang optimum. Bagi jenis ketiga iaitu Baja Bio mempunyai kelebihan ersendiri apabila jenis baja ini mengandungi mikroorganisma berfaedah seperti Kulat Arbuskular Mikoriza yang membantu menyerap nutrien dimana cara penggunaan ini sebaiknya ia tidak boleh untuk dicampurkan dengan baja kimia. Dalam pada itu ada beberapa faktor penting dalam cara pemilihan baja kelapa sawit seperti mempastikan kandungan nutrien dengan mempastikan baja mengandungi semua nutrien makro (N, P, K, Mg, B) dan mikro (Zn, Cu) yang diperlukan. Faktor kedua adalah memeriksa jenis tanah dimana jenis tanah berasid mungkin memerlukan baja dengan Kalsium dan Magnesium, manakala tanah kurang subur memerlukan baja dengan unsur mikro. Faktue ketuga pula adalah menentukan akan Peringkat Umur Pokok sebab bagi pokok muda dan belum matang memerlukan kadar baja yang tidak boleh dikurangkan, manakala pokok sudah matang sepenuhnya (melebihi 8 tahun) boleh dikurangkan kadar inputnya. Penting di ketahui juga akan kaedah aplikasi atau pemberian baja dengan melalukan proses Analisis Tanah untuk mengetahui statusnya. Proses membuat analisis tanah atau daun untuk mengenal pasti nutrien yang kurang dan merancang pembajaan mengikut keperluan. Sebaiknya masa pemberian baja atau aplikasi baja dengan menaburkan baja sebaik sahaja selepas hujan atau apabila tanah lembap dan elakkan aplikasi sebelum hujan lebat untuk mengelakkan baja hanyut. Pastikan membaca label untuk melihat akan kadar aplikasi dengan betul dan boleh menggunakan baja dalam kadar yang sesuai dengan peringkat umur dan keperluan pokok. Ada aspek seperti ilmu pengetahuan akan perlunya membuat kombinasi baja dengan mengelakkan untuk cuba mencampurkan baja secara sesuka hati kerana sesetengah baja tidak sesuai dicampurkan. Apa pun kini petani sawit boleh menggunakan baja yang mempunyai teknologi seperti Smart Mikrob untuk mengoptimumkan penggunaan nutrien. Boleh juga memiilih baja berbutir yang lebih mudah digunakan iaiitu dengan menabur di bawah pokok sawit berbanding gunakan baja cecair yang disembut pada pokok tinggi.


Aktiviti 
membaja kelapa sawit ialah proses membekalkan nutrien kepada pokok untuk pertumbuhan dan hasil yang optimum dimana ia adalag amalan agronomi yang melibatkan penggunaan campuran baja organik dan kimia, penentuan waktu dan kaedah pembajaan yang sesuai berdasarkan musim dan peringkat tumbesaran pokok, serta memastikan aplikasi baja yang betul untuk mengelakkan kerugian dan kerosakan pokok. Sebenarnya tujuan aktiviti pembajaan adalah untuk meningkatkan pertumbuhan pokok, menambah kesihatan dan hasil buah dari pokok kelapa sawit. Membaja juga akan menyumbang kepada penghasilan tandan buah segar (TBS) yang lebih tinggi berbanding tiada di berikan baja kepada sawit. Menyentuh tentang jenis baja yang sesuai untuk di gunakan termasuk jenis baja kimia yang dilaporkan ia amat berkesan untuk pertumbuhan pantas. Berlainan jika pokok sawit di berikan jenis baja organik dimana cara ini akan memberi manfaat jangka panjang kepada kesuburan tanah dan kesihatan pokok, seperti Frass BSF Organik. Ada pemilik pokok sawit yang amalkan kombinasi Campuran Baja Organik dengan baja Kimia yang mana ia melibatkan gabungan kedua-dua jenis baja untuk pengeluaran hasil tandan buah terbaik. Apa pun disyorkan agar waktu dan kaedah pembajaan sawit mesti dilakukan dengan Konsisten. Ia penting untuk membaja secara konsisten sepanjang tahun iaitu boleh cuba mengikuti panduan umum. Masa membaja mesti elakkan Hujan Lebat sebab dalam masa hujan lebat dimana unsur baja mudah larut dan boleh terbawa hanyut. Digalakkan agar meyiiram selepas aktiviti membaja sebab semasa musim kering dimana unsur pastikan baja disiram selepas aplikasi untuk penyerapan yang lebih baik. membaja mesti ikut Fasa Pertumbuhan iaitu boleh gunakan jenis baja seperti Frass BSF Organik pada peringkat awal pertumbuhan untuk akar yang sihat. Semasa melalui fasa Berbunga dan Berbuah ada syor menggunakan jenis baja sesuai seperti baja Pintar F1 dan Frass BSF Organik untuk menyokong pembentukan buah dan cara membaja dengan menaburkan baja tersebut di atas tanah. Tabur baja di celah-celah pelepah atau tanam baja di bawah pokok untuk kesan yang lebih baik. Sebagai tips tambahan dipilih baja berkualit dalam usaha mempastikan baja yang digunakan adalah asli dan berkualiti tinggi untuk mengelakkan pembaziran dan kerosakan pokok.cPastikan juga kebun sawit yang hendak di baja mempunyai sistem Saliran Baik dan ia berfungsi dengan baik untuk mengelakkan banjir dan takungan air terutamanya di kawasan tanah gambut yang paras airnya selalu tinggi.


Pembajan kelapa sawit yang tidak betul boleh menyebabkan kerosakan pada akar tanaman dan mengundang kepada sebab kehilangan baja melalui air larian pada permukaan dan juga disebabkan oleh proses larut resap. Masa pembajaan tidak betul iaitu dilakukan pada musim kering atau pun pada musim hujan membolehkan perkara ini berlaku. Saya dapati iaitu kadar baja tidak mencukupi terutama pada kawasan tanaman muda dan yang berpotensi untuk berhasil tinggi akibat daripada penyeliaan yang tidak sempurna (Sila lihat foto sebelah). Masaalah lain dalam pembajaan kelapa sawit adalah kerana berlaku ketidakseimbangan baja yang ditabur iaitu jenis baja ditabur tidak mengikut keperluan pokok. Oleh itu dipihak estet besar lazimnya mereka menjalankan analisa daun dan DRIS untuk mempastikan unsur nutrien apa yang kurang dan perlu diberikan melalui sistem pembajaan. Keadaan tanah mungkin perlukan unsur-unsur nitrien Mikro lain yang kurang selain daripada unsur NPK yang utama. Saya dapati berlaku keadaan dimana salah tempat perletakan baja. Kesuburan pokok diatasi secara mudah iaitu dengan cara kita dapat meningkatkan kadar baja berbanding dengan untuk memperbaiki sifat fizikal atau saliran tanah terlebih dahulu.  Pelepah pokok sawit yang belum matang kerap kali dicantas secara berlebihan menyebabkan baja yang ditabur banyak tertumpu untuk pembentukan vegetatif pokok berbanding untuk pembentukan bahagian reproduktif seperti bunga dan tandan buah. 
 Pada pemerhatian penulis dibanyak ladang besar (estet) dan pekebun kecil mendapati amalan membaja pokok kelapa sawit di negara kita diamalkan mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat cara dimana beberapa ladang-ladang yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk jenis baja yang difikirkan terbaik. Pengurus ladang membuat analisa tanah dan daun dan mengubahsuai kadar baja yang ditabur untuk meningkatkan kesan pembajaan yang optima. Bagaimana pun ada juga beberapa ladang dimana kaedah baik ini tidak memanfaatkan sebaiknya yang disebabkan kelalaian dan penyeliaan yang tidak sempurna atau menyeluruh di ladang. Terdapat pekerja ladang yang tidak jujur akan membuang baja dalam parit atau longkang jika tiada kawalan sempurna. Akibatnya pokok sawit tidak mendapat makanan sewajarnya untuk menghasilkan tandan buah yang berkualiti (Buah yang besar,berat dan kandungan CPO yang baik). Dalam banyak jenis tanah, kadar baja yang digunakan berbeza diantara tanah gambut, tanah mineral dan juga tanah berpasir atau tanah lempong. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN SAWIT.... MESTI IA DI BAJA....
DARI SEMAIAN...POKOK DEWASA JUGA...
PILIH JENIS BAJA.... BANYAK FAKTORNYA...
IKUTI JADUAL... BACA ARAHAN LABELNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Rabiulawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...