Pada masa ini sudah ada teknologi yang digunakan dalam aktiviti tanam semula sawit hasil penyelidikan banyak pihak dimana teknologi ini sudah meluas di amalkan sama ada untuk sektor perladangan yang lua atau sektor pekebun kecil. Secara asasnya dimana ada pelbagai pendekatan yang di lakukan pertama iaitu Penggunaan Sisa Biojisim dimana aspek teknologi 'Kitaran Nutrien' dilaksanakan dengan mana semua pokok sawit tua yang ditebang akan ia diracik dan dicincang untuk disusun di antara barisan pokok (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini merujuk kepada kaedah penting dimana batang tersebut akan mereput dan bekalan nutrien kepada tanah. Konsep dan cara pembajaan Organik ini berdasarkan apabila biojisim ini akan reput sepenuhnya dalam masa 12-18 bulan sebenarnya ia mengitar semula nutrien penting seperti Nitrogen (N), Fosforus (P), Kalium (K) dan Magnesium (Mg) kembali ke tanah di ladang sawit. Teknologi ini akan mengurangkan Kos Baja Kimia apabila cara ini dapat menjimatkan kos penaburan baja kimia oleh penanam sawit dan ini sekali gus menyumbang kepada kesuburan tanah. Kedua aspek dalam teknologi dalam aktiviti Penyediaan Tanah sebab proses penyediaan tanah adalah penting untuk mengelakkan serangan penyakit seperti Ganoderma dan kumbang badak. Kini teknik penyediaan tanah yang betul dapat memastikan tanah menjadi lebih subur dan sedia untuk tanaman sawit baru yang akan di tanam. Tanah subur akan membolehkan pertumbuhan benih sawit lebih cepat dan kelak akan memberikan hasil buah sawit lebih tinggi. Teknologi penting seterusnya adalah Pemilihan Baka atau Benih Anak Pokok Sawit berkualiti dan ada jaminan persijilan. Kini dengan mendapatkan dan memilih benih kelapa sawit yang berkualiti akan memastikan pertumbuhan yang baik dan hasil yang tinggi untuk tanaman baru. Pihak berwajib sudah menyediakan sistem pengeleluaran anak benih kelapa sawit mengikut SOP dan prosedur yang di kawal. Hanya benih yang di sahkan sahaja boleh di jual kepada pihak yang ingin menanam sawit. Di Malaysia aspek terbaik yang ada adalah adanya Bantuan Kewangan (Skim Tanam Semula Kelapa Sawit) dimana Kerajaan Malaysia menawarkan bantuan melalui skim seperti Skim Tanam Semula Kelapa Sawit (TSPKS 2.0) terutama untuk sektor pekebun kecil. Skim ini bertujuan meringankan beban kewangan pengusaha dan pekebun kecil yang menjalankan kerja-kerja penanaman semula sawit. Merujuk kepada strategi dan tujuan utama teknologi menanam semula sawit adalah ia untuk seterusnya memodenkan dan meningkatkan kecekapan pengeluaran sawit di Malaysia. Ia juga bertujuan untuk memastikan kaedah yang lestari melalui kitaran nutrien dan pengurusan sisa biojisim serta meningkatkan hasil dan mengurangkan kos operasi melalui penggunaan teknologi dan baka yang lebih baik.
Fakta dimana teknologi kini mampu untuk lakukan Kawalan Kumbang Badak Dan Penyakit Ganoderma dimana semasa penyediaan tanah, penanam juga hendak mengawasi risiko kemunculan serangga seperti kumbang badak dan penyakit Ganoderma di tanah tersebut. Oleh itu teknik seperti aktiviti penyemburan racun biopestisid ORY-X (produk keluaran FELDA) dan produk lain yang di syorkan dijangka akan memberi kesan kawalan yang baik terhadap kumbang badak. Apa pun bagi penyakit Ganoderma ada risiko kejangkitan telah merebak pada pokok sawit muda yang sebelumnya hanya berjangkit pada pokok matang. Di Sumatera Utara dilaporkan ada sebuah ladang membiarkan sahaja bijoisim sawit tua di sebelah anak sawit tanpa membersihkan lubang tanaman menyebabkan anak pokok sawit yang ditanami sudah dijangkiti penyakit ini pada tahun kedua penanaman. Kulat Ganoderma mampu merebak dengan kadar yang cepat dimana setakat beberapa bulan sahaja ia akan menjangkiti banyak anak pokok yang ditanam. Disyorkan agar penanam sawit dikehendaki membersihkan segala sisa biojisim sawit tua dan lubang tanaman yang boleh jadi perumah perosak secara sepenuhnya untuk mengelakkan jangkitan. Kawasan yang dibersihkan jika dapat dikosongkan seketika waktu atau ditanami dengan tanaman pendek atau tanaman makanan sesuai yang lain dijangka akan membantu meminimumkan risiko jangkitan dan jika berjaya ia boleh menambahkan pendapatan pekebun sawit. Kadar penyakit Ganoderma bukan wujud di semua kawasan penanaman semula, sebaliknya kadar jangkitan hanya sebanyak 0.25% sahaja. Namun begitu dimana langkah kawalan hendak juga dijalankan. Sekiranya pokok sawit tua didapati sudah dijangkiti, maka pembersihan tunggul pokok serta keluasan 1m lebar dan mendalam kawasan sekitaran tunggul hendaklah dijalankan sepenuhnya. Perhatian juga perlu diberikan supaya biojisim yang telah dinaikkan ke permukaan tanah tidak pula dikambus semula ke dalam tanah. Ada juga pokok sawit tua yang hanya menunjukkan kesan jangkitan selepas ianya ditumbangkan. Pokok seumpama ini juga hendak diracik dan dicincang sama sekali termasuk pembersihan lubang tanaman. Pokok tua tersebut boleh dimatikan dengan menyuntik paraquat atau racun setimpal ke dalam batang pokok sehingga pokok tua mati dan cara ini dijangka akan mendatangkan kesan kawalan. Biojisim sawit tua yang telah reput untuk seketika waktu didapati kurang mendatangkan kadar jangkitan penyakit Ganoderma setelah ia telah dilitupi oleh tumbuhan kekacang penutup bumi. Bagi biojisim sawit yang biasa, ia dilonggokkan di perantaraan barisan sawit untuk reput. Tumbuhan kekacang penutup bumi ditanam segera untuk menutupi longgokan tersebut. Langkah ini akan mengelakkan timbunan itu menjadi tapak pembiakan kumbang badak. Secara keseluruhan, kepingan biojisim sawit tua tidak harus dikambus di dalam tanah kerana khuatir ia akan menjadi tapak pembiakan penyakit Ganoderma untuk tanaman baru kelapa sawit.
Menarik merujuk kenyataan media harianmetro.com bertajuk 'Ada 6 teknologi baharu pacu industri sawit negara' yang wajar di kongsikan. Sudah di umumkan oleh kerajaan dimana ada enam (6) teknologi baharu yang sudah diperkenalkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam Program Pemindahan Teknologi Sawit (TOT MPOB) terus memacu perkembangan teknologi inovatif industri kelapa sawit negara. Menterinya nyatakan program berkenaan dianjurkan setiap tahun untuk memperkenalkan teknologi dan inovasi dalam sektor sawit yang dibangunkan penyelidik MPOB. Enam jenis teknologi dan satu perkhidmatan baharu diperkenalkan bagi pengkomersialan itu merangkumi kluster bioteknologi, mekanisasi dan automasi dan oleokimia. Kerajaan Malaysia akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan dan mempercepat proses pengkomersialan penemuan R&D dibangunkan institusi penyelidikan awam. Langkah ini untuk mendorong pengkomersialan hasil inovasi R&D institusi penyelidikan awam, insentif cukai disediakan kepada syarikat pelabur dan syarikat yang mengkomersialkan hasil penemuan atau inovasi. Enam teknologi berkenaan ialah baka tanaman baharu Clonal Palm Series 4 (CPS), Mesin Pemotong Rumput dengan Transmisi Hidrostatik Kawalan Radio serta empat inovasi menghasilkan produk oleokimia iaitu Gris Gred Makanan Terbiodegradasi Berasaskan Sawit dan Cecair Pencuci Gred-industri. Selain itu, Gam Berasaskan Sawit untuk Kawalan Serangga Perosak serta Minyak Transformer Berasaskan Sawit. Kini hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) MPOB banyak membantu peladang dan pekebun kecil untuk meningkatkan hasil melalui pengurusan ladang yang baik. Teknologi dan inovasi dibangunkan MPOB dilihat ia juga sejajar perkembangan ekosistem industri sawit serta aktiviti memperluaskan kegunaan produk berasaskan sawit di pasaran yang mana ia juga menawar peluang kepada usahawan bagi meneroka potensi perniagaan dalam sektor sawit. Kini melalui Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN2030), kerajaan melalui MPOB memberi fokus kepada usaha memperkasakan pekebun kecil sawit dan pembabitan usahawan termasuk sektor Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) bagi meningkatkan daya saing usahawan bumiputera dalam industri sawit. Turut melancarkan dua produk iaitu Produk Racun Perosak Biologi Mesra Alam dan Formulasi Baja MPOB F2 dan F6. Pihak MPOB memeterai lima perjanjian persefahaman teknologi iaitu ia merangkumi pengkomersialan formulasi Baja MPOB, formulasi gris gred makanan berasaskan sawit, formulasi cecair bakteria endofitik kawalan Ganoderma, dan pemindahan teknologi kaedah penghasilan komposisi bod (papan) serat terarah. Dilancarkan juga kempen 'MPOB TECH' sebagai cap dagangan berdaftar untuk memperkasa teknologi MPOB yang dikomersialkan dan ia adalah sebagai agensi penyelidikan dalam industri sawit. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!!...
TEKNOLOGI BARU...SUDAH DI LAKUKAN....
BATANG DI HANCURKAN...BAJA TAMBAHAN...
PEKEBUN KECIL... IA ADA SKIM BANTUAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rabiulawal 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.