Support My Blog

Wednesday, September 24, 2025

MAKAN CENDAWAN DAN HEBATNYA (Part 2)

INDUSTRI CENDAWAN
di Malaysia dilapor terus berkembang dimana sebelum ini cendawan pernah digambarkan seperti payung kecil kerana bentuknya yang bercuping dan dilihat ia mempunyai batang pendek. Banyak bentuk cendawan yang ada tetapi ia sebenarnya merupakan sejenis kulat atau fungus yang boleh dijadikan makanan ataupun herba. Namun bagi penulis blog dimana memang tidak semua spesis cendawan (terutama jenis cendawan liar) ia boleh dimakan kerana ada terdapat juga spesies cendawan yang mengandungi racun. Daripada sejumlah 2,000 spesies cendawan yang tumbuh di seluruh dunia apa yang penulis blog banyak tahu dimana hanya 25 spesies cendawan sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia apa yang di ketahui dimana hanya ada terdapat 7 spesies cendawan yang ditanam untuk dijadikan makanan seharian ataupun sebagai herba dan ubatan seperti jenis cendawan Tiram Kelabu, Jarum Mas, Shiitake, Kukur dan Ling Zhi. Cendawan telah mendapat pengiktirafan sebagai sejenis herba. Beberapa kajian mendapati khasiat memakan makanan cendawan boleh mengurangkan kandungan gula serta ia akan menambah insulin di dalam darah. Selain itu produk cendawan juga bertindak sebagai agen pertahanan tubuh badan kerana didakwa ia juga mampu membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit. Di Malaysia tidak hairanlah permintaan terhadap cendawan semakin meningkat di pasaran dimana penulis blog pernah mengetuai industri pembangunan cendawan di Malaysia ketika bertugas di Jabatan Pertanian dulu. Industri cendawan dilihat ia sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti pertanian yang menguntungkan. Istilah 'Edible Mushroom' atau pun cendawan komersil ini merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Jenis cendawan yang boleh dimakan bukan sahaja boleh dimasak atau boleh diproses untuk dijadikan makanan harian yang menyelerakan. Cendawan turut digunakan untuk pelbagai sejenis makanan yang manfaat seperti herba dan ubat-ubatan moden. Kajian oleh beberapa pusat penyelidikan dalam dan luar negara juga mendapati dimana cendawan mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri. Khasiat cendawan adalah berbeza-beza iaitu ia mengikut spesiesnya masing-masing. Berikut adalah antara spesies cendawan yang boleh dimakan dan khasiatnya. Bagi penulis blog yang sudah menulis hampir 100 artikel mengenai cendawan mendapati kalangan masyarakat ada yang keliru dalam membezakan di antara spesies cendawan yang mana ia beracun dengan cendawan yang selamat dimakan. Bagi mengelakkan keracunan akibat pemilihan cendawan yang salah dimana penggemar cendawan perlu mengetahui dan mempelajari perbezaan keduadua jenis-cendawan ini. Terdapat 2 jenis racun yang terkandung di dalam beberapa cendawan iaitu ‘Amatoxins’ dan ‘Neurotoxin’. Jenis bahan Amatoxins adalah sejenis zat berbahaya yang boleh dijumpai di dalam kulat atau fungus dan terbentuk daripada 8 asid amino (cyopeptida). Jenis bahan Amatoxins pula sebenarnya tidak boleh dimusnahkan dengan air panas. Walaupun telah dimasak dengan suhu yang tinggi tetapi racunnya masih lagi ia berfungsi dan aktif. Racun ini akan mengambil masa selama 24 jam untuk bercampur di dalam darah. Ia lazimnya akan memberi kerosakan terhadap hati dan organ dalaman yang lain. Antara simptom-simptom jika terkena racun ini adalah muntah-muntah, cirit birit, sakit perut, disusuli dengan tekanan darah yang rendah serta dehidrasi. Rawatan yang terbaik adalah membuat dialisis darah secara menyeluruh atau membuat pemindahan hati. Antara spesis cendawan yang mengandungi racun Amatoxins adalah Amanita bisporigera, Amanita phalloides, Amanita verna, Amanita virosa, Conocybe filaris, Conocybe rugosa, Galerina autumnalis, Galerina fasciculate, Galerina marginata, Galerina sulciceps, Galerina venenata, Hypholoma fasciculare, Lepiota brunneoin carnata, Lepiota castanea, Lepiota citrophylla, Lepiota helveola, Lepiota josserandii dan jenis Lepiota subincarnata. Jenis neurotoxin pula adalah sejenis racun yang menyerang sistem saraf. Racun jenis ini boleh melumpuhkan sistem pernafasan dan merosak otak sehingga menyebabkan kematian. Jenis racun ini tidak menimbulkan rasa sakit sehingga menyebabkan mangsa tidak mengetahui bahawa mereka telah keracunan. Antara spesis cendawan yang di kaji ia mengandungi racun jenis ‘Neurotoxin’ ialah Boletus pulcherrimus, Clitocybe aurantiacum, Clitocybe candicans dan Clitocybe dealbata. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai aktiviti makan cendawan yang bertujuan untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Dilaporkan dimana s
elain dijadikan sebagai bahan dalam hidangan dan sajian sup yang enak makanan cendawan dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit dan sekaligus membantu mengurangkan berat badan. Sajian yang mengandungi cendawan merupakan antara pilihan bebas gluten yang baik, bebas kolesterol dan lemak selain rendah kalori. Ada laporan dimana cendawan dapat memberikan tenaga sama seperti menikmati hidangan daging lembu. Cendawan diperkaya dengan vitamin B, niasin, riboflavin, selenium, antioksidan dan sekaligus dapat menyumbang kepada sistem saraf dan tenaga. Ada pelbagai khasiat yang terkandung di dalamnya dapat membantu untuk meningkatkan lagi sistem imunisasi terutama bagi yang mengalami alahan makanan. Sementara itu kajian mendapati ada kehadiran zat selenium pula dapat mencegah sel daripada rosak akibat penyakit kronik. Bagi yang mengimpikan tubuh yang langsing dan sihat atau ingin turunkan berat badan boleh mencuba untuk sering dapat mengamalkan pemakanan cendawan sebagai salah satu alternatif dalam pemakanan seharian. Menurut kajian para pakar permakanan dimana pada ekstrak cendawan boleh melawan obesiti selain mambantu memperbaiki metabolisme. Apa pun cendawan juga mengandungi bahan agen pelembap yang dapat mencegah kulit daripada radikal bebas. Jika sesiapa yang mengambil secawan cendawan dilaporan ia yang dikatakan mengandungi 25% zat mineral yang dapat menjadi antioksidan yang baik untuk tubuhbadan. Cara boleh membantu untuk mengelakkan kerosakan kulit, memberikan keanjalan selain mencegah barah kulit. Cendawan jenis ini memang tidak asing lagi dalam masakan dimana ia mudah didapatkan. Cendawan jenis Shitake ditanam di kawasan suhu dingin di tanah yang tinggi adalah salah satu jenis cendawan yang popular dimana ia mengandungi unsur Lentinan yang bersifat antibarah baik di makan. Selain itu dilaporkan cendawan jenis ini juga dapat meningkatkan lagi sistem imunisasi, mencegah kehadiran bakteria dan virus selain toksin yang hadir dalam tubuh. Memang ada banyak khasiat makan cendawan terhadap kesihatan manusia dimana ia mudah di sediakan sebagai makanan sihat, enak dengan ada banyak cara menyediakannya.


Para pakar dakwa jika sesiapa memakan cendawan akan dapat 
Meningkatkan imuniti dimana makanan cendawan penting untuk sistem kekebalan badan dalam melindungi tubuh daripada penceroboh asing, seperti virus. Cendawan adalah sejenis tumbuhan ini dipercayai membantu meningkatkan aktiviti sel yang bertanggungjawab untuk mempertahankan tubuh kita terhadap pencerobohan asing. Memakan cendawan hebatnya ia akan Melawan kanser sebab sudah banyak kajian berkaitan ini menyatakan iaitu ia adalah tumbuhan baik untuk kesihatan manusia yang mempunyai potensi melawan kanser. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa memakan tumbuhan ini secara berkala dapat membantu mencegah dan merawat beberapa jenis kanser. Kehebatan cendawan berkait dengan ia menjadi Sumber vitamin D dan dengan memakan cendawan setiap hari adalah cara lain untuk mendapatkan jumlah vitamin D dalam diet anda. Di samping itu ia membantu meningkatkan mood dan memberikan anda sedikit tenaga, vitamin D dapat membantu membina dan mengekalkan tulang yang sihat. Cendawan adalah hebatnya ia Rendah kolesterol dimana ia sangat sesuai untuk membantu menurunkan kadar kolesterol kerana ia tidak mempunyai kalori atau lemak. Ia juga mengandungi serat dan enzim yang mempunyai kapasiti yang ditunjukkan untuk mengurangkan tahap kolesterol dan mengurangkan tekanan pada jantung. MAkanan cendawan dilaporkan juga ia Membantu penyerapan nutrien dimana bahan vitamin D dalam cendawan memainkan peranan penting dalam memudahkan penyerapan vitamin dan mineral lain. Kehebatan khasiat makan cendawan yang lain adalah tembaga (copper), kalsium, fosforus, dan pelbagai vitamin. Ini menjadikannya salah satu makanan paling sihat yang boleh dimakan. Cendawan kaya manfaat dan ia adalah antara makanan yang paling serba boleh di dunia, menjadikannya sebagai pilihan tambahan berharga untuk pelbagai jenis makanan seperti piza, pasta, pai daging, salad dan sandwic. Apa pun pengambilannya membantu meningkatkan kesihatan manusia seperti sistem imun dan organ-organ utama manusia, termasuk jantung. Oleh itu, makanlah banyak cendawan untuk kesihatan tubuh dan minda semua. Di Malaysia penulis blog tahu jika ramai suka makan makanan yang berasaskan cendawan tetapi ada yang masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Walau pun ia adalah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan. Hasil kajian mendapati bahawa cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen pertahanan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.


Bagi penulis blog yang berbelas tahun pernah menjadi pakar bidang cendawan (terutama tiram kelabu) dan menjadi panceramah dalam beratus kursus teknikal percaya industri ini mampu menjadi penting kelak. Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran. Diantara jenis-jenis cendawan yang biasa kita lihat dan makan ialah cendawan tiram, cendawan telinga kera atau jeli hitam, cendawan kukur, cendawan shiitake, cendawan butang, cendawan enoki, cendawan jarum emas dan banyak lagi. Bagaimana pun selain daripada rasanya yang sedap dan menyelerakan, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat tumbuhan ini terutama dari segi perubatan. Berdasarkan kajian di Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan juga nilai perubatan contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune. Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati. Pernah hadir kursus teknikal mengenai beberapa cendawan di dalam dan luar negara sehingga memang banyak ilmu untuk di kongsikan. Paling menarik adalah mengenai Cendawan Kukur yang merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ada juga jenis Cendawan Jarum Emas yang dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan sistem imuniti tubuh serta dapat menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen, ia juga menghalang kerosakan DNA. Selain itu ada jenis Cendawan Hericum Erinaceum atau Cendawan Bunga Kobis yang dikatakan dapat membantu merangsang faktor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan juga penyakit Alzheimer, membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta membantu meningkatkan sistem imuniti. Di Malaysia jenis cendawan yang paling di komersilkan pastinya adalah jenis Cendawan Tiram atau Cendawan Abalome atau nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus, Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju ( tiram kelabu) dikatakan berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bakteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida yang memang baik untuk kesihatan semua.


Menarik seterusnya jenis 
Cendawan Tiram Kelabu yang juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Projek tanaman cendawan tiram kelabu di bantu oleh Jabata Pertanian dengan peruntukkan bajet agak tinggi iaitu sekitar RM20,000 seorang peserta atau RM100,000 untuk satu kelompok seramai 5 orang. Dilaporkan kawasan di Mukim Gersik, Muar pernah menjadi pengeluar utama cendawan tiram kelabu di Malaysia sekitar tahun 1998-2005 di kelolakan oleh Pejabat Pertanian Daerah Muar. Saya bekerja sebagai pegawai pertanian daerah dulu memang rajin memeriksa projek tersebut (Sila lihat foto disebelah). Jenis Cendawan Ling Zhi atau didalam bahasa Cina atau dikenali sebagai Reishi dalam Bahasa Jepun merupakan sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan nilai perubatannya yang tingg dengan nama saintifik Ling zhi ialah Ganoderma lucidiumCendawan Ling Zhi secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ling zhi adalah mikroorganisma berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit. Di antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung. Agak kurang ramai menanam adalah Cendawan Butang walau pun hebatnya ia kaya dengan vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori. Sama seperti epal dan ubi kentang apabila cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit atau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya. Selalu juga membeli Cendawan Shiitake sama ada dalam bentuk segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di kebanyakan negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawahnya berubah warna. Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji. Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niasin. Hasil kajian mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. DIantara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada sistem imun, menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan penyakit. Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat lain iaitu terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain. Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel subuh Jumaat ini memberi ilmu berguna kepada pembaca blog anim agro technology yang ke 8,625 kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA CENDAWAN... BANYAK JENISNYA....
MUDAH DI BELI... ADA YANG TANAMNYA JUGA...
AMAT BERKHASIAT... KENALI AKAN SPESISNYA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU DAPAT JUGA DI JANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...