Bagi penulis blog di Malaysia yang mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan adalah hebat dalam mengenalpasti beberapa jenis buah termasuk buah nadir. Memang ada dibuat pemerhatian dimana penulis blog dapati buah-buahan yang ada di Semenanjung Malaysia ianya boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar. Melihat dimana pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya ia ada banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir kawasan hutan. Apa pun didapati spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti Buah Tampoi dan Buah Salak. Selain dimakan dalam keadaan segar penulis blog dapatia ada juga beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga ada yang berpotensi untuk diproses. Antaranya Buah Sentul, Asam Jawa, Cermai dan sebagainya. Biasanya terdapat juga buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat dan ia bagaimana pun sesuai diproses untuk ianya dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan ia hampir dilupakan maka ada usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini oleh pihak Jabatan Pertanian dan organisasi lain untuk dijadikan aboretumatau bank janaplasma. Pada penulis blog umumnya dimana buah-buahan di Malaysia boleh dibahagikan dalam tiga kelas untuk mudah dipelajari iaitu Jenis Buah-buahan Utama, Jenis Buah-buahan Nadir dan Jenis Buah-buahan Liar dimana ia dikelaskan mengikut jenis status penanaman dan tujuan untuk kegunaannya. Banyak spesies buah-buahan ini berpotensi sama ada untuk dipasarkan sebagai pengeluaran buah segar, buah-buahan proses, ulam-ulaman dan sayur-sayuran, buah yang berkhasiat sebagai ubatan, buah digunakan sebagai unsur landskap dan spesies buah yang selalu pelbagai guna. Pemuliharaan spesies buah-buahan seperti ini adalah sangat diperlukan terutama ketika negara Malaysia menuju ke arah sektor perindustrian dimana jika tidak di beri perhatian akan semakin dilupakan. Status pemuliharaan seperti mengujudkan Bank Janaplasma (Germplasm Bank) dan serta langkah-langkah mengatasi kepupusannya dilakukan oleh Jabatan Pertanian, MARDI, Universiti dan pihak sawasta tertentu. Dari banyak laporan dinyatakan dimana Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan flora dan fauna ini dikurniakan dengan berbagai-bagai spesies buah-buahan. Hasil daripada aktiviti penyelidikan pakar dimana dianggarkan tidak kurang 370 spesies buah-buahan domestik yang boleh dimakan memang ada terdapat di negara ini.
Seterusnya akan dijelaskan sedikit maklumat ringkas mengenai beberapa jenis buah unik yang ada di Sarawak untuk ilmu pemgetahuan. Bagi mereka yang belum ujirasa buah-buah ini kena ke Sarawak untuk dapatkan buah-buahan eksotik ini yng uni dari kepulauan Borneo yang kedudukannya dalam kepelbagaian flora dan faunanya pasti sedikit berbeza dengan tumbuhan yang ada seperti di Semenanjung Malaysia dan malahan ada di antaranya yang tumbuh spesifik di sini dan menjadi makanan kegemaran penduduk tempatan. Sebaiknya juga dapat di kongsikan fakta akan empat (4) jenis buah unik dan eksotik yang hanya boleh ia temui di Sarawak:
(1) BUAH DABAI
Buah dabai merupakan sejenis buah ikonik paling popular yang sering diburu oleh penduduk tempatan apabila tiba musimnya. Buah Dabai (Canarium odonthophyllum) agak unik kerana buah ini berbentuk bujur kecil dengan kulit hitam berkilau. Isinya pula berwarna krim kekuningan dengan rasa berlemak. Apa pun di Sarawak, buah dabai yang terbaik biasanya mudah untuk ia ditemui di Sibu ketika musimnya berhasil. DIlaporkan dimana buah dabai Sibu mempunyai baka buah yang berisi tebal dengan biji yang nipis. Malah apa yang penulis blog dapat ujirasa dimana rasanya juga sangat lunak dan berlemak. Namun demikian, apabila sudah tiba musimnya selalunya buah ini dijual merata-rata di seluruh Sarawak. Agak unik menikmatinya kerana ia jarang di makan mentah terus sebaliknya ia mesti perlu direndam di dalam air panas terlebih dahulu bagi melembutkan isinya sebelum boleh dimakan. Apa pun kalau dah masak maka ia boleh di ccahl dengan kicap masin atau garam dan makan bersama-sama nasi panas dan enak sekali.
Buah dabai merupakan sejenis buah ikonik paling popular yang sering diburu oleh penduduk tempatan apabila tiba musimnya. Buah Dabai (Canarium odonthophyllum) agak unik kerana buah ini berbentuk bujur kecil dengan kulit hitam berkilau. Isinya pula berwarna krim kekuningan dengan rasa berlemak. Apa pun di Sarawak, buah dabai yang terbaik biasanya mudah untuk ia ditemui di Sibu ketika musimnya berhasil. DIlaporkan dimana buah dabai Sibu mempunyai baka buah yang berisi tebal dengan biji yang nipis. Malah apa yang penulis blog dapat ujirasa dimana rasanya juga sangat lunak dan berlemak. Namun demikian, apabila sudah tiba musimnya selalunya buah ini dijual merata-rata di seluruh Sarawak. Agak unik menikmatinya kerana ia jarang di makan mentah terus sebaliknya ia mesti perlu direndam di dalam air panas terlebih dahulu bagi melembutkan isinya sebelum boleh dimakan. Apa pun kalau dah masak maka ia boleh di ccahl dengan kicap masin atau garam dan makan bersama-sama nasi panas dan enak sekali.
Buah engkalak (Litsea garciae) pula merupakan buah yang berwarna merah jambu. Buah ini juga merupakan tumbuhan eksotik yang berada dalam keluarga buah Avokado iaitu dalam famili Lauraceae. Bagi penulis blog yang sudah beberapa kali membeli buah ini mendapatu dimana rasanya seakan-akan buah avokado namun dengan tekstur isi yang lebih cair dan berkrim. Buah engkalak berbentuk bulat merah jambu ini tidak ada dijual di Semenanjung Malaysia walau pun semasa ia bebuah banyak. Bahkan di Sarawak dilaporkan dimana buah ini juga jarang ditemui melainkan tiba musim berbuah dan ada sesekali baru ada dijual di pasar tamu atau pasar besar. Apa pun ada kala ia dijual dengan harga yang sangat murah iaitu sekitar RM 5 selonggok dan ke bawah untuk sebanyak hanya 8 hingga 15 biji buah sahaja. Sama seperti buah dabai dimana buah unik ini atau buah engkalak juga dicelur atau dicelup dalam air suam untuk melembutkan isinya dan barulah ia kemudian boleh ia dimakan bersama dengan garam. Rasanya yang unik bukan semua oran generasi sekarang akan menyukainya.
Buah Ucung (Baccaurea angulata) atau juga dikenali dengan nama lainnya sebagai 'buah belimbing hutan' adalah sejenis buah eksotik yang dijumpai di kawasan hutan di Sarawak dan juga ia terdapat di banyak lokasi Kalimantan Barat. Buah ucung merupakan buah yang menyerupai buah belimbing namun bersaiz sedikit kecil dan berwarna merah yang terang. Isinya pula berwarna putih dan mempunyai rasa seakan-akan buah rambai (Sila lihat foto paling bawah). APa pun dilaporkan kalangan masyarakat di Sarawak kebiasaannya menjadikan buah ucung ini sebagai jeruk bagi memastikan ia tahan lama dan dapat dimakan berserta dengan kulitnya sekali. Kini mencari buah ucung semakin sukar walau pun bermusim kerana pokoknya semakin pupus dan kurang di tanam semula.
Buah Terung Dayak (Solanum lasiocarpum atau Solanum ferox) asalanya adalah jenis buah yang di tuai dari pokok liar akan tetapi kini ia sudah di tanam secara sistematik. Terung Dayak walau pun ianya tidak ketahui dengan jelas asal usul buah ini namun terung dayak atau 'terung asam dayak' dimana ia kebanyakannya dijumpai di Sarawak terutama di kawasan kampong. Sebenarnya buah berbentuk bulat ini berwarna kuning dan kadang-kadang berwarna jingga apabila matang (Sila lihat foto disebelah). Bagi penulis blog yang banyak kali membeli buah terung asam dayak ini juga tidak boleh dimakan secara mentah dan mesti dimasak terlebih dahulu. Apa pun dari segi kulinari dimana terung dayak selalu ia digunakan secara meluas dalam masakan Sarawak terutamanya dalam hidangan rebus dan sup. Terung asam dayak ini sesuai dicampur bersama masakan sup ikan bagi melengkapkan perisa masam dalam masakan. Memang enak mekan sup terung dayak ketika menjalankan tugas di kawasan pendalaman bersama team Jabatan Pertanian Negeri Sarawak ketika itu yang dimasak sendiri dan dimakan dengan nasi panas. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.