Support My Blog

Saturday, September 20, 2025

TANAM PISANG DI TANAH GAMBUT

TANAMAN PISANG
(Musa spp) adalah tumbuhan daripada keluarga Musaceae yang lazimnya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan produk lain. Pokok pisang juga ada spesis yang sesuai dijadikan tanaman hiasan atau tanaman landskap. Kebanyakan pisang yang kita makan hari ini merupakan keturunan daripada Musa acuminata dan Musa balbisiana. Daripada buku rujukkkan menyatakan Genom yang disumbangkan jenis Musa acuminata diberi simbol 'A', manakala genom sumbangan jenis Musa balbisiana diberi simbol 'B'. Proses kacukan bersilang semulajadi diantara kedua jenis spesies ini menyebabkan pada masa ini terdapat pelbagai jenis subspesies pisang yang ujud diseluruh dunia. Penulis membuat rujukkan dengan Jabatan Pertanian dimana pada tahun 2024 terdapat seluas 24,895 hektar tanaman pisang di Malaysia dengan anggaran jumlah pengeluaran sebanyak 355,902 metrik tan (Sumber rujukan: Booklet Luas Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Apa pun di Malaysia lokasi kawasan tanaman pisang paling luas di Negeri Johor (6,976 ha) diikuti dengan Sabah (4,223) dan ketiga adalah Pahang (4,108) pada tahun 2024. Ada yang menanam pisang di kwasan tanah gambut dan ada yang menenam di kawasan tanah mineral. Di Johor dimana ada tnaman pisang bisa ditanam di tanah daratan dan ada yang menanam di tanah gambut terutama ditanah gambut yang dangkal (< 1 meter) dan saprik dilihat ia juga lebih sesuai untuk tanaman kontan termasuk sayuran, kontan serta pisang kerana ia lebih mudah dan subur berkaitan ketersediaan air dan bahan organik. Walau pun tanah gambut yang dalam dan belum matang kurang sesuai di tanam pisang sebab jenis tanah ini jika ia digunakan untuk menanam pisang akan ia menyebabkan hasilnya tidak maksima bahkan terancam gagal untuk tumbuh jika sistem saliran tidak sempurna. Ciri tanah gambut yang sesuai untuk tanaman pisang sebaiknya ia adalah dari jenis tanah organik yang kaya dengan bahan-bahan organik tumbuhan yang tidak sepenuhnya reput dimana ia terbentuk di kawasan basah dan berasid seperti tanah paya. Tanah ini mempunyai kandungan serat dan berkeupayaan memegang air yang tinggi serta sifat seperti span dimana ini boleh menyebabkannya mudah terbakar dan berisiko jadi susut apabila kering. Tanah gambut penting untuk ekosistem dan juga mempunyai potensi untuk pertanian seperti juga untuk aktiviti penanaman kelapa sawit, nanas dan kontan. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka menulis mengenai penanaman pisang di tanam gambut untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Penting mengetahui akan beberapa ciri penting 
Tanah Gambut yang mana ia mengandungi bahan organik yang tinggi. Ia terbentuk dengan terdiri daripada sisa tumbuhan (daun, ranting, lumut, dll.) yang tidak reput sepenuhnya tetapi ia akan juga terurai secara perlahan dalam keadaan basah. Selalunya tanah gambut adalah jenis tanah asisik atau sebagai jenis tanah berasid dimana jika di periksa ia sering mempunyai pH yang sangat rendah (sekitar pH3 - pH5). Perlu di fahami jika tanah gambut mempunyai rongga tau liang yang tinggi yang mana ini sifatnya yang 'seperti span' yang membolehkannya didalam menyimpan banyak air seterusnya ini akan menjadikannya kawasan lembap tetapi juga mudah kering di musim kemarau. Kebanyak jenis tanah gambut adalah berwarna perang hingga hitam kerana kandungan karbon daripada bahan organik yang reput. Lazimnya juga keberadaan tanah gambut di kawasan basah seperti paya, rawa dan kawasan payau. Jika di kaji dimana ada kepentingan tersendiri dan bagaimana aplikasi bagi tanah gambut yang tersendiri berlainan dengan pengurusan jenis tanah lain. Tanah Gambut yang ada ciri khas seperti bertindak sebagai 'Penyaring Air Semulajadi' akan ia berfungsi sebagai penyaring air dalam ia membantu proses membersihkan air dengan memerangkap zarah dan bahan pencemar. Menyentuh mengenai potensi tanah gambut dalam sektor pertanian dimana kegunaannya adalah agak terhad dimana hanya ada beberapa jenis tanaman sesuai atau margunak untuk di usahakan tanaman seperti kelapa sawit, getah dan nanas serta tanaman kontan atau sayuran lain walaupun memerlukan pengurusan tanah dan pengurusan air yang teliti. Dalam kes lain perlu di nyatakan peranan tanag gambut sebagai 'Penyimpanan Karbon' dalam jumlah besar dimana ini menjadikannya sangat penting dalam mengawal perubahan iklim. Perlu di ketahui jika tanah gambut juga ada ciri sebagai 'Bahan Api' sebab bila gambut yang dikeringkan boleh digunakan sebagai sumber bahan api dan mudah terbakar. Kebakaran tanah gambut di Indonesia secara meluas pernag menjadikan 'jereba rentas negara' dimana ini turut menjejaskan kesihatan dan ekonomi beberapa buah negara ASEAN. Bergantung kepada lokaliti dimana ada jenis Gambut Dangkal dengan paras kedalaman kurang dari 1 meter dan ada jenis Gambut Dalam (kedalaman lebih 1 meter). Apa jenis tanah Gambut Saprik dimana tanah jenis ini sudah memiliki karakteristik yang mirip tanah biasa. Malaysia mempunyai kawasan tanah gambut seluas kira-kira 2.56 juta hektar yang membentuk kira-kira 7.74% daripada keseluruhan keluasan daratan negara. Kawasan ini diedarkan di seluruh negeri dan sangat penting untuk ekosistem negara serta potensi penggunaannya dalam pertanian, meskipun memerlukan pengurusan yang khusus.


Menarik di kongsikan fakta dan k
elebihan menanam pisang di atas tanah Gambut Cetek atau Gambut Dangkal. Pertama dimana kos menanam akan menjadi lebih rendah atau ada dakwaan ia juga lebih menguntungkan untuk ditanami karena kebutuhan restorasi lebih rendah. Bagaiaman pun petani perlu tahu akan beberapa keadaan jenis tanah gambut yang peru di elakkan dalam menanam pisang. Pertama mestu elakkan menanam pisang di atas Jenis Tanah Gambut Dalam atau Jenis Tanah Gambut Yang Belum Matang. Ia bertujuaan untuk menghindari kos pembangunan yang agak tinggi dan kos penyelenggaraannya juga lebih tinggi berbanding dengan tanah mineral atau tanah gambut matang. Sebaiknya memilih menanam pisang diatas tanah Gambut Yang Tepat seperti jenis Tanah Gambut Cetek atau Tanah Gambut Saprik. Apa pun ciri penting dalam pengurusan tanah gambut adalah aktiviti penyelenggaraan atau 'restorasi (restoration) yang sesuai jika diperlukan untuk memperbaiki keadaan tanah gambut itu sendiri bagi sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Dalam aktiviti penanaman pisang dimana aspek penting selain dari pemilihan jenis tanah yang tepat adalah bagaimana memilih benih berkualiti atau varieti pisang untuk kawasan tanah gambut yang ada isu  lembap dan kering di musim kemarau. Kawasan tanah gambut juga perlukan sistem pengairan sesuai untuk tanaman pisang dan sistem saliran sesuai untuk pertumbuhan pisang sepanjang masa penanaman. Tanam gambut kurang baja unsur mineral dan baha lain yang penting untuk pertumbuhan tanaman pisang dimana aktiviti pembajaan, kawalan rumpai serta kawalan perosak dan penyakit perlu di lakukan secara rutin. Beberapa isu lain seperti kejadian pokok pisan varieti tertentu akan tumbang apabila di tiup angin kencang mudah berlaku di kawasan tanaman pisang tanah gambut sebab ciri tanah gambut yang kurang kukuh berbanding dengan jenis tanah mineral. Kawasan tanah gambut yang terdedah dengan kurang hujan, cuaca panas dan kemarau akan menghadapi ancaman kebakaran tanah yang sukar di kawal diman kes ini akan merugikan petani.


Media hmetro.com laporkan jika '
Tanaman paling mudah diusahakan' berbanding beberapa tanaman buah-buahan yang lain di Malaysia. Seorang petani Mat Jaman antara petani yang menanam pokok pisang nangka yang sihat diatas tanah gambut. Di Malaysia dilaporkan aktiviti penanaman pisang menjadi pilihan kebanyakan petani kerana ia ada permintaan pasaran tinggi selain pulangan atau pun selalu harganya lebih stabil berbanding tanaman lain. Masih ramai petani melihat tanaman itu antara berisiko tinggi kerana ia dikatakan mengambil tempoh yang panjang iaitu kira-kira 10 bulan sebelum dituai. Apa pun ini sekali gus mengundang pelbagai permasalahan seperti serangan penyakit dan haiwan perosak yang boleh menjejaskan pulangan hasil. Bagi Mat Jaman yang juga seorang pengusaha tanaman pisang di Sungai Siput (U), Kuala Kangsar, Perak dakwa yang tanaman itu antara paling mudah diusahakan. Dia dakwa yang tanaman pisang antara paling mudah untuk petani jana pendapatan yang lebih stabil setiap musim berdasarkan permintaan tinggi baik daripada pembekal atau pemborong produk ladang. Selepas dia berkecimpung dalam pertanian hampir 20 tahun dan pernah menanam pelbagai jenis tanaman, saya dapati pisang sentiasa memberi pulangan baik terutama daripada segi harganya. Dakwanya harga pisang semasa antara RM2 hingga RM2.50 pada harga ladang dan untuk harga runcit boleh mencapai kira-kira RM4 hingga RM5. Memang penting untuk pastikan buah berada pada kualiti baik setanding pasaran dimana dia menggunakan anak benih tisu kultur kerana pokok tahan penyakit dan saiz buahnya juga besar. Dia yang mengusahakan pelbagai tanaman termasuk pisang di lima ladang dengan luas keseluruhan 36.4 hektar dan selalu mengamalkan penanaman kaedah konvensional iaitu cara penanaman atas tanah gambut yang di buat batas atau sistem saliran dimana sumber air dari sungai berhampiran bagi memastikan ladang itu sentiasa dalam keadaan baik. Aspek penting bagi penanaman pisang ialah sumber air, cahaya dan baja mencukupi untuk memastikan pokoknya membesar dengan baik. Dalam kenunnya dipastikan sistem pengairan renjis (sprinkler) untuk tanaman dalam keadaan baik. Ini juga penting bagi penanaman lebih moden iaitu jarak tanaman lebih dekat. Biasanya kaedah sama digunakan dengan cara orang terdahulu dimana bagi keluasan tanah 0.4 hektar ia hanya boleh tanam sekitar 500 pokok akan tetapi dengan sistem pengairan baik dia boleh tanam sekitar 1,000 hingga ke 1,200 pokok pada keluasan sama. Setiap musim dia menanam kira-kira 8,000 pokok pisang iaitu bagi pisang nangka dan tanduk. Jumlah ini dijangka pengeluaran mencecah kira-kira 65 hingga 70 tan berdasarkan sepokok dapat menghasilkan buah dengan berat sekurang-kurangnya 12 kilogram. Dia yang menggunakan anak benih tisu dakwanya pengeluaran buah konsisten antara 12 hingga 20 kilogram semusim. Dinyatakan jika pendapatan kasar boleh diraih sekitar RM100,000 dengan tuaian kira-kira lebih 60 tan semusim. Cara amalan ladang baik seperti hubungan dengan komuniti termasuk penternak setempat membantu bagi mendapatkan pilihan baja lebih murah. Bagi penggunaan baja pula digunakan baja tahi ayam dibeli daripada pengusaha ladang berhampiran yang jual lebih murah. Isu petani yang terbeban dengan kos input pertanian seperti baja dan racun yang mengalami kenaikan harga 100 peratus merisaukannya. Dia berharap kerajaan dapat bantu memikirkan mekanisme bagi mengurangkan kenaikan harga input pertanian yang semakin melonjak sekali gus dapat membantu petani menjana pendapatan memberangsangkan. Apa pun bagi menangani serangan perosak pula terutama babi dia menggunakan pendekatan menerusi tanaman labu. Sebelum dapat menuai hasil pisang dia akan tanam labu dan dakwanya antara kebaikan menanam labu juga membantu menghalau babi daripada merosakkan anak pokok pisang. Apabila labu sudah matang iaitu kira-kira 70 hari selepas ditanam, anak pokok pisang sudah tinggi. Babi sebenarnya tidak suka dengan pokok labu kerana daun atau pokok labu ini miang. Hasil tuaian labu juga membantu menjana pendapatan tambahan sementara menanti pengeluaran hasil pisang yang biasanya dituai selepas 10 bulan ditanam. Antara cabaran lain dalam mengusahakan ladang dengan kapasiti skala ini adalah tenaga kerja berkurangan. Kini dia menggunakan 10 hingga 15 pekerja terutama ketika tempoh kahwin bunga dan tuai. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAMAN PISANG...DI MANA SAHAJA...
TANAH MINERAL... DI GAMBUT JUGA...
CARA BERLAINAN... PERLU DISEDIA...
SUDAH BERHASIL... UNTUNG AKHIRNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Rabiulawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...