INDUSTRI CENDAWAN di Malaysia dilapor terus berkembang dimana sebelum ini cendawan pernah digambarkan seperti payung kecil kerana bentuknya yang bercuping dan dilihat ia mempunyai batang pendek. Banyak bentuk cendawan yang ada tetapi ia sebenarnya merupakan sejenis kulat atau fungus yang boleh dijadikan makanan ataupun herba. Namun bagi penulis blog dimana memang tidak semua spesis cendawan (terutama jenis cendawan liar) ia boleh dimakan kerana ada terdapat juga spesies cendawan yang mengandungi racun. Daripada sejumlah 2,000 spesies cendawan yang tumbuh di seluruh dunia apa yang penulis blog banyak tahu dimana hanya 25 spesies cendawan sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia apa yang di ketahui dimana hanya ada terdapat 7 spesies cendawan yang ditanam untuk dijadikan makanan seharian ataupun sebagai herba dan ubatan seperti jenis cendawan Tiram Kelabu, Jarum Mas, Shiitake, Kukur dan Ling Zhi. Cendawan telah mendapat pengiktirafan sebagai sejenis herba. Beberapa kajian mendapati khasiat memakan makanan cendawan boleh mengurangkan kandungan gula serta ia akan menambah insulin di dalam darah. Selain itu produk cendawan juga bertindak sebagai agen pertahanan tubuh badan kerana didakwa ia juga mampu membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit. Di Malaysia tidak hairanlah permintaan terhadap cendawan semakin meningkat di pasaran dimana penulis blog pernah mengetuai industri pembangunan cendawan di Malaysia ketika bertugas di Jabatan Pertanian dulu. Industri cendawan dilihat ia sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti pertanian yang menguntungkan. Istilah 'Edible Mushroom' atau pun cendawan komersil ini merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Jenis cendawan yang boleh dimakan bukan sahaja boleh dimasak atau boleh diproses untuk dijadikan makanan harian yang menyelerakan. Cendawan turut digunakan untuk pelbagai sejenis makanan yang manfaat seperti herba dan ubat-ubatan moden. Kajian oleh beberapa pusat penyelidikan dalam dan luar negara juga mendapati dimana cendawan mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri. Khasiat cendawan adalah berbeza-beza iaitu ia mengikut spesiesnya masing-masing. Berikut adalah antara spesies cendawan yang boleh dimakan dan khasiatnya. Bagi penulis blog yang sudah menulis hampir 100 artikel mengenai cendawan mendapati kalangan masyarakat ada yang keliru dalam membezakan di antara spesies cendawan yang mana ia beracun dengan cendawan yang selamat dimakan. Bagi mengelakkan keracunan akibat pemilihan cendawan yang salah dimana penggemar cendawan perlu mengetahui dan mempelajari perbezaan keduadua jenis-cendawan ini. Terdapat 2 jenis racun yang terkandung di dalam beberapa cendawan iaitu ‘Amatoxins’ dan ‘Neurotoxin’. Jenis bahan Amatoxins adalah sejenis zat berbahaya yang boleh dijumpai di dalam kulat atau fungus dan terbentuk daripada 8 asid amino (cyopeptida). Jenis bahan Amatoxins pula sebenarnya tidak boleh dimusnahkan dengan air panas. Walaupun telah dimasak dengan suhu yang tinggi tetapi racunnya masih lagi ia berfungsi dan aktif. Racun ini akan mengambil masa selama 24 jam untuk bercampur di dalam darah. Ia lazimnya akan memberi kerosakan terhadap hati dan organ dalaman yang lain. Antara simptom-simptom jika terkena racun ini adalah muntah-muntah, cirit birit, sakit perut, disusuli dengan tekanan darah yang rendah serta dehidrasi. Rawatan yang terbaik adalah membuat dialisis darah secara menyeluruh atau membuat pemindahan hati. Antara spesis cendawan yang mengandungi racun Amatoxins adalah Amanita bisporigera, Amanita phalloides, Amanita verna, Amanita virosa, Conocybe filaris, Conocybe rugosa, Galerina autumnalis, Galerina fasciculate, Galerina marginata, Galerina sulciceps, Galerina venenata, Hypholoma fasciculare, Lepiota brunneoin carnata, Lepiota castanea, Lepiota citrophylla, Lepiota helveola, Lepiota josserandii dan jenis Lepiota subincarnata. Jenis neurotoxin pula adalah sejenis racun yang menyerang sistem saraf. Racun jenis ini boleh melumpuhkan sistem pernafasan dan merosak otak sehingga menyebabkan kematian. Jenis racun ini tidak menimbulkan rasa sakit sehingga menyebabkan mangsa tidak mengetahui bahawa mereka telah keracunan. Antara spesis cendawan yang di kaji ia mengandungi racun jenis ‘Neurotoxin’ ialah Boletus pulcherrimus, Clitocybe aurantiacum, Clitocybe candicans dan Clitocybe dealbata. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai aktiviti makan cendawan yang bertujuan untuk di jadikan bahan rujukkan semua.
Makanan seperti cendawan kini semakin di minati rakyat Malaysia dimana selain ia berkhasiat dimana bahan mentah cendawan sama ada yang di hasilkan dalam negara atau diimport mudah di beli dimana sahaja. Memakan cendawan boleh memberikan pelbagai manfaat kesihatan seperti mampu meningkatkan sistem imun dan membantu mengawal paras gula dalam darah, namun penting untuk memastikan cendawan yang dimakan tidak beracun kerana ada sesetengah jenis cendawan dimana ia boleh pula akan menyebabkan keracunan makanan yang serius. Cendawan seperti jenis cendawan enoki dan tiram kelabu dilihat ia mempunyai khasiat tersendiri seperti tinggi antioksidan dan berpotensi melambatkan pertumbuhan kanser, manakala bagi mereka yang ada isu seperti pesakit diabetes dimana cara pengambilan cendawan tiram boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah. Dari banyak jenis cendawan liar dan yang di tanam di Malaysia di laporkan ada sekitar 10 jenis cendawan yang popular untuk hidangan semua. Apa pun sebelum mengetahui tentang khasiat makan cendawan yang bagus untuk menilai akan tahap kesihatan manusia perlu cari tahu akan kehebatan dan ancaman makanan cendawan. Bagi penulis blog dimana sebaiknya dikenali dahulu jenis-jenis cendawan yang terdapat di pasaran tempatan dan cendawan diperingkat antarabangsa sebagai bahan rujukkan. Makanan cendawan dilihat ia dikenali sebagai cendawan berkhasiat termasuk jenis iaitu jenis cendawan iaitu cendawan tiram kelabu, jenis cendawan butang, jenis cendawan meja dan cendawan champignon. Dalam ujirasa selalunya menyentuh rasanya yang ringan itu menjadikannya jenis tumbuhan berpotesi yang versatil. Ia adalah jenis makanan yang boleh dimakan mentah atau dimasak dan sangat sesuai dalam sup, stew, salad, goreng, tumis, kerepik, serbuk dan banyak di gunakan masakan piza. Pertama adalah jenis CENDAWAN TIRAM dimana cendawan tiram adalah spesies Pleurotus dan di Malaysia jenis paling popular adalah Pleurotus pulminarius atau dulu di kenali sebagai Pleurotus cajor-saju. Kini ia adalah sebahagian daripada jenis tumbuhan yang boleh dimakan yang paling banyak dibiakkan di Malaysia dan diseluruh dunia. Sya banyak menulis tentang cendawan ini dan boleh di baca dengan pautan berikut salah satunya (Sila klik disini). APa pun penanaman cendawan ini di Melaysia hebatnya adalah dimana ia memang boleh dilakukan sepanjang tahun. Jadual masa penanamannya mengandungi enam peringkat iaitu daripada kerja Menyediakan benih, Merendam substrat untuk tapak tanaman, Memilih dan Membuat tapak tanaman cendawan, Menyiram air, Memungut hasil dan yang ke 6 adalah aktiviti Pasarannya. . Proses awal dalam kerja menyediakan bBenih (Spawn) adalah kritikal. Sebaiknya benih didik tulen yang dibuat mesti daripada secebis tisu cendawan diletakkan ke atas agar kentang (Potato Dextrose Agar) di dalam piring petri atau pun didalam tabung uji. Pada peringkat pertumbuhan ini didapati miselium tumbuh putih di atas permukaan agar yang kemudian dilihat dimana ini dilihat ia menandakan pertumbuhan adalah tulen (suhu optimum 250 Celcius. Teknik ini diperlukan untuk tujuan bagi mengekalkan kualiti cendawan tersebut. Ketahanan proses pertumbuhan pada agar berlaku selama tempoh 3-6 bulan bergantung pada ukuran dan isipadu media sustrat yang digunakan serta kadar pertumbuhan.
Kedua adalah jenis CENDAWAN ENOKI dimana ia juga dikenali sebagai Enokitake iaitu sejenis cendawan musim sejuk atau cendawan lili. Spesis Enoki boleh didapati dalam bentuk segar atau dalam tin. Di laporkan kalangan pakar ada mengesyorkan untuk mengambil jenis enoki segar dengan kepalanya yang masih pejal, putih, berkilat, dan bukannya dengan batang yang berlendir atau berwarna kecoklatan. Cendawan enoki merupakan salah satu jenis cendawan yang sangat popular dan diminati ramai diseluruh dunia. Bagi penulis blog sering menikmati cendawan ini di masak sup atau memakannya di beberapa restoren menjual stimbot yang terdapat di mana sahaja di Malaysia. Apa pun cendawan enoki ini rupanya yang unik serta rasanya yang enak membuatkan ia sesuai untuk dijadikan ramuan dalam pelbagai hidangan seperti sup, digoreng bersalut tepung dan ditumis ringkas. Ia memang mudah dikenali dengan bentuk yang kecil dan memanjang serta tumbuh dalam satu grup atau kumpulan, cendawan ini turut dikenali dengan nama lain seperti enokitake, Winter Mushroom atau Golden Needle Mushroom. Jenis cendawan popular di Malaysia yang di makan adalah jenis CENDAWAN SHIITAKE dimana ia juga dikenali sebagai cendawan hitam, cendawan oriental black dan cendawan hutan. Cendawan Shiitake adalah dilihat jenis tumbuhan yang membiak dengan banyak di Jepun, China dan Korea, yang merupakan salah satu sebab ia sangat menonjol dalam masakan Asia. DI Malaysia memang mudah membeli jenis cendawan shiitake kering dengan harga berpatutan dan boleh di dapatkan sepanjang tahun. Saya ada menulis mengenai cendawan ini dengan boleh di baca dengan pautan berikut (Sila klik disini). Cendawan ini yang mempunyai bau kuat (macam bau jering ketika segar) dan bentuknya juga macam biji jering dari pandangan atas. Cendawan Shiitake mengandungi bahan 'Lentinan' iaitu sebatian antikanser dimana ia didakwa dapat membantu mengurangkan kesan tumor dan mampu menurunkan kadar kolesterol yang baik untuk kesihatan. Selain daripada dimakan segar, cendawan ini telah diekstrak untuk dijadikan herba cendawan yang berkhasiat dan dipasarkan diseluruh dunia.
Bagi penulis blog sudah sejak kecil dulu sudah memakan CENDAWAN KUKUR atau CENDAWAN SISIR. Cendawan kukur (Schizophyllum commune) adalah sejenis cendawan dimana ia lazimnya ada pada kayu reput dari keluarga Schizophylaceae. Keluarga cendawan dari Schizophylaceae mempunyai banyak spesis yang ada tumbuh pada batang kayu untuk proses pereputan. Penulis blog dapati di Malaysia cendawan kukur dari pokok kayu getah merupakan jenis yang paling popular di kutip untuk dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat. Banyak nama gelaran diberikan kepada jenis cendawan ini mengikut lokaliti seperti Jamur Gerigit (Jawa Daerah Muar), Cendawan Tapak Tiung (Negeri Sembilan), Kulat Sisir, Kulat Sisik dan banyak lagi. Saya mengenali akan cendawan ini dari zaman kanak-kanak lagi kerana sering mengutip sendiri di kawasan kebun getah keliling kampung di Muar dahulu terutama selepas musim hujan. Bagaimana pun terkini sudah ada teknologi bagi mengeluarkan cendawan sisir atau cendawan kukur ini secara komersil. Malahan harga sekilo cendawan kukur boleh menjangkau RM35 - RM50/kg berbanding dengan cendawan tiram kelabu hanya berharga sekitar RM10 - RM12/kg. Namun begitu bagi penulis blog melihat ada pengusaha cendawan tempatan yang harus mempunyai kemahiran pemasaran yang strategik untuk membolehkan pasaran cendawan berdaya saing. Justeru, teknologi penanaman cendawan kukur yang diperkenalkan dapat mempelbagai pasaran cendawan di peringkat domestik. Seterusnya adalah jenis CENDAWAN LINGZHI (Ganoderma lucidium) merupakan sejenis cendawan yang popular dan di komersialkan oleh beberapa syarikat terkenal sebagai bahan makanan penting untuk produk kesihatan. Cendawan ini merupakan jenis cendawan yang paling awal digunakan sebagai makanan kesihatan semenjak lebih 2,000 tahun oleh orang China keran cendawan ini terbukti tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan. Saya beberapa kali melawat projek penanaman cendawan Ling Zhi ketika bertugas dulu selalunya selepas membuat lawatan kekawasan projek cendawan tiram kelabu. Dakwaan paling utama mengenai cendawan ini adalah keupayaannya untuk menghalang dan merawat penyakit kanser. Khasiat lain adalah kandungan bahan yang meningkatkan imun badan kita dengan ciri anti-septik, anti-radang, anti-bakteria , anti-viral dan anti-oksidan. Pembacaan saya juga menjumpai dakwaan khasiat cendawan ini yang boleh merawat dan melegakan paru-paru yang rosak disebabkan oleh semput (asthma) atau penyakit berkaitan sistem pernafasan yang lain. Paling terkini adalah kemampuan cendawan ini dalam melindungi hati dengan meningkatkan proses ditoksifikasi dalam badan manusia yang mahu dan ada menggunakannya. Sila baca tulisan saya dalam blog ini dengan pautan (Sila klik disini). Di Malaysia dimana selalunya cendawan Ling Zhi lebih mudah dijaga berbanding dengan cendawan lain seperti Tiram Kelabu dan Shiitake. Serangan perosak dan penyakit juga amat kurang kepada cendawan ini. Penanaman cendawan Ling Zhi perlukan pengetahuan khusus dan paling penting adalah dimana kita hendak jual cendawan ini kerana ianya perlu diproses menggunakan teknologi yang moden. Selalunya jika ada 'contract farming' sahaja penanam boleh menanam cendawan ini secara besar-besaran. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel subuh Jumaat ini memberi ilmu berguna kepada pembaca blog anim agro technology yang ke 8,625 kali ini. Wasallam!!!...
MUDAH DI BELI... ADA YANG TANAMNYA...
AMAT BERKHASIAT... KENALI SPESISNYA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU DAPAT DI JANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulawal 1447H).
Posted from,
Taman Desaru Utama, Kota Tinggi. JOHOR
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.