Bagi penulis blog mendapati dimana buah sukun mempunyai nilai ekonomi cukup baik kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi. Ada dikalangan petani yang menanam pokok sukun sebagai tanaman komersil yang memberikan pulangan menguntungkan. Disesetengah negara ketiga dilaporkan pokok sukun ditanam sebagai komoditi tanaman makanan kedua setelah beras. Selain dijadikan komoditi makanan untuk manusia ada juga dilaporkan buah sukun sesuai untuk dijadikan makanan ternakan yang berkualiti. Penulis juga pernah mempunyai pokok sukun sendiri dikebun dan rumah keluarga dikampong. Pokok sukun adalah pokok saka yang besar dengan sistem perakarannya yang luas dan intensif. Pokoknya mempunyai sifat baik untuk ditanam dimana ia juga sering dijadikan untuk tujuan penghijauan, konservasi kawasan kebun, mencegahan hakisan tanah dan sebagainya. Pokok sukun pada umumnya memiliki batang besar dan lurus dan boleh timbuh dengan mencapai ketinggian sehingga 30 meter. Bagaimana pun dikampong pokok yang dijaga baik mempunyai ketinggian sekitar 10 - 15 meter sahaja. Penanaman pokok sukun dari benih cantuman membolehkan ia bercabang rendah dan pendek dengan ia mempynyai batang yang besar setinggi 8 meter dan akar yang melebar.
Pokok sukun mempunyai saiz daun yang besar tersusun berselang seli dengan lebar daun 20 -40 cm x 20 - 60 cm. Ia mempunyai bentuk tulang daun yang tirus dan berwarna hijau tua yang berkilat di bahagian atas. Daun sukun seperti keluarga Moraceae yang lain adalah kasar dan berbulu halus di bahagian bawah. Bentuk daun adalah unik dengan terdapat lekukan ketara dan terdapat kuncup yang tertutupi daun asas besar berbentuk kerucut. Tanaman ini memiliki cabang mendatar dan pada semua bahagian. Penelitian mnunjukkan pokok sukun akan mengeluarkan getah berwarna putih apabila tergores atau dilukai dibahagian batang, dahan atau daunnya. Buah sukun merupakan buah yang tidak mempunyai biji ia dijadikan bahan makanan penting dibeberapa negara sebagai sumber karbohidrat. Buah Sukun sesuai dipotong dan digoreng. Bagaimana pun ada orang yang akan membakar, disangran (goreng tanpa minyaK atau pun direbus. Sukun yang sudah diproses tadi akan dihiiris kecil kemudian dikeringkan ke dalam oven ataupun di bawah sinar matahari untuk lebih tahan lama. Ada laporan dimana buah sukun akan ditapaikan (fermented) selama beberapa minggu di dalam lubang tanah. Kemudian hasilnya seperti pasta yang menyerupai dengan keju yang berzat dan tahan lama untuk diproses menjadi makanan berasaskan sukun yang lain. Pada saya Kerepek Sukun adalah hidangan paling disukai dan memang enak sekali dimana ada rasa lemak dan masin garam. Sukun didakwa mengandungi sumber omega 6 dan omega 3 yang baik. Sesiapa yang memakan buah sukun dapat membantu kanak-kanak yang sedang membesar dengan membantu dalam pertumbuhan otak besar mereka akibat kandungan asid lemak omega 3 di dalam buah sukun. Terdapat juga jenis asid lemak esensial ini yang amatbaik untuk kesihatan jantung. Kepada mereka yang sukar buang air besar disarankan makan buah sukun. Ini kerana kadar serat yang tinggi pada buah sukun dapat berperanan dalam melancarkan buang air besar. Makan buah sukun sekerap mungkin dimana ia juga membantu dalam mengeluarkan racun dari usus. Buah sukun sesuai digelar sebagai 'Makanan Diet'. Ia sesuai untuk orang yang menderita berat badan (obesiti) dimana makan buah sukun merupakan pilihan yang tepat. Ia mempunyai jumlah serat yang tinggi dan lebih sedikit kalori dimana ia sangat ideal untuk dimasukan ke dalam daftar menu diet.
Khasiat dan manfaat buah sukun dimana faktanya banyak di perkatakan. Pertama di laporkan buah sukun mampu untuk ia Meningkatkan imuniti seseorang iaitu ia memandangkan buah sukun dilapor ia mengandungi bioflavonoid antiradang, memakannya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit. Bahan Thiamin yang terkandung di dalamnya akan meningkatkan pertahanan tubuh badan kerana ia menguatkan otot di sepanjang saluran penghadaman di mana paling banyak sistem imun manusia berada di sana. Kedua khasiatnya dimana buah sukun Boleh membantu mengawal diabetes sebab bahan serat dalam buah sukun berfungsi untuk menghalang glukosa dalam darah yang mana sangat berguna kepada pesakit diabetes. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Trends in Food Science & Technology, mencadangkan pengambilan sukun kerana potensinya untuk mengurangkan diabetes jenis 2. Ketiga dilaporkan jika buah sukan bertindak sebagai bahan Racun serangga yang berkesan. Kajian yang dilakukan oleh USDA Agricultural Research Service mendapati bahawa bunga sukun mengandungi tiga jenis bahan kimia yang mampu menghalau serangga terbang seperti nyamuk. Apa pun memang dilaporkan sejak dulu lagi kalangan bagi masyarakat Hawaii sudah menggunakan teknik membakar bunga sukun sebagai penghalau semula jadi serangga. Keempat dimana buah sukun adalah ia dilaporkan Baik untuk penjagaan rambut seperti di laporkan oleh Health Beckon dimana mereka mengesyorkan orang ramai untuk makan buah sukun bagi mendapatkan rambut sihat dan kuat. Bahan Asid lemak omega 3 dan omega 6 dalam buah ini dikatakan mampu merapikan dan menguatkan rambut serta boleh ia menggalakkan rambut tanpa kelemumur yang gatal. Bukan itu sahaja, zat besi dalam buah sukun juga boleh meningkatkan peredaran darah di kulit kepala dan kemudiannya merangsang pula pertumbuhan folikel. Seterusnya di mana ke lima yang buah sukun Boleh membantu kesihatan jantung sebab ada sifat antioksidan buah sukun mungkin memberi kesan positif untuk kesihatan jantung pada umumnya. Kalium misalnya boleh membantu dalam mengurangkan tekanan darah seseorang. Memandangkan ia mengurangkan kesan natrium, ia juga boleh menggalakkan degupan jantung lebih teratur. Khasiat ke enam diman abuah sukum mampu Membekalkan sumber tenaga yang berpanjangan sebab karbohidrat kompleks dalam buah sukun memberikan sumber tenaga berpanjangan. Itu fakta yang perlu kita ketahui. Laporan iaitu disetiap 100 gram buah sukun mengandungi sekitar 27.1 gram karbohidrat yang mana ia setara dengan 10% keperluan karbohidrat sehari ditambah dengan kandungan serat dan proteinnya. Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu PArt 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MUDAH DI TANAM... BANYAK BUAHNYA...
ENAK DI GORENG...KEREPEK ENAKNYA...
BACA ARTIKEL... HENDAK BELI RASANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(12 Rabiulawal 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.