Paling viral dalam banyak media iaitu mengenai buah cempedak adalah kisah jenayah bagaimana 'Ditegur jual mahal, peniaga yang berang maut dipukul lelaki' yang terjadi di Taiping, Perak pada September 15, 2023. Kejadian berlaku di sebuah gerai di Assam Kumbang, Taiping yang telah menyaksikan seorang peniaga maut dalam pergaduhan dengan pelanggan. Kejadian berang akibat ditegur kerana menjual cempedak goreng pada harga mahal dimana seorang peniaga maut dalam pergaduhan dengan pelanggan di gerai miliknya berhampiran kedai serbaneka di Assam Kumbang, Taiping. Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata berikutan itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an bagi membantu siasatan. Terdahulu polis ada menerima laporan berhubung pergaduhan itu pada jam 4.15 petang. Kejadian berpunca daripada mangsa berusia 50-an yang juga peniaga cempedak dan pisang goreng yang telah menengking pelanggannya kerana menegurnya menjual terlalu mahal. Susulan tindakannya itu maka telah berlaku pergaduhan membabitkan mangsa dan pelanggannya sehingga menyebabkan dia maut dipukul di lokasi kejadian. Polis turut dirampas sebuah topi keledar dan tiga batang kayu yang telah patah dimana suspek didapati positif dadah morfin dan ditahan reman tujuh hari. Pada jam 9.45 pagi Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh juga ada mengesahkan mangsa maut akibat sakit jantung dan kes kecederaan tisu lembut pada badan. Siasatan lanjut masih dilakukan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Terdahulu, tular mengenai pergaduhan itu di aplikasi TikTok 'Azam Aziz' yang mengatakan mangsa maut selepas pergaduhan dengan pelanggan yang dikatakan membelek pisang gorengnya dengan tangan. Bagaimanapun pihak polis menafikan perkara itu dan menyatakan pergaduhan dipercayai berpunca akibat mangsa memarahi pelanggan yang menegurnya kerana menjual cempedak goreng pada harga mahal.
Kisah menarik lain mengenai buah cempedak bertajuk 'Maut jatuh pokok cempedak' dilaporkan oleh nstp.cm sesuai dirujuk. Kisah dari Maran, Pahang dimana selepas masa hampir 24 jam dilaporkan hilang kemudian seorang lelaki ditemui maut selepas terjatuh dari pokok cempedak setinggi 12 meter di Perumahan Kilang Sawit FELDA Jengka 8 dimana mayat Mat Radzi Mat Isa (40) telah ditemui oleh penduduk dalam keadaan terbaring atas tanah kira-kita jam 2.30 petang. Abang sulung mangsa dakwa mangsa yang juga anak kelapan daripada 10 beradik dikatakan keluar dari rumah jam 10 pagi Isnin lalu untuk mengambil buah cempedak di kebun peninggalan peneroka FELDA berkenaan. Mereka janga yang mangsa tidur di rumah kawan kerana tidak pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam. Ada seorang peneroka kemudiannya memaklumkan menemui mayat adik di tepi pokok cempedak. Mereka sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpa adiknya yang bekerja kampung dan masih bujang itu. Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di FELDA Jengka 8, pada jam 1 pagi tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman, berkata mangsa maut akibat cedera parah di dada. Pihak polis mengesahkan kejadian itu tidak membabitkan unsur jenayah dan mengklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.
Kisah lain di laporkan oleh bhnews.com bertajuk 'Beruang terperangkap umpan cempedak' di Kg Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Tangkapan seekor beruang oleh Jabatan PERHILITAN hari dimana ia melegakan penduduk Kampung Kubur Bukit Mat dekat Bukit Besi di sini, selepas mereka terpaksa hidup dalam ketakutan sejak September lalu. Beruang seberat 80 kilogram itu memasuki perangkap berumpankan buah cempedak yang dipasang oleh PERHILITAN kira-kira jam 11 malam tadi. Beruang itu sangat garang dimana penduduk tempatan mengetahui seekor daripada dua beruang yang menceroboh ke kawasan rumahnya itu memasuki perangkap malam tadi. Penduduk laporkan dimana sebelum ini dua ekor beruang menceroboh masuk ke kawasan rumahnya yang ditanam pelbagai buahan-buahan sejak akhir September lalu. Beberapa penduduk kampong dakwa sejak kedua-dua beruang itu menceroboh mereka tidak senang dan sering ketakutan. Pernah ketika ahli keluarganya hendak tidur ada kes dimana tiba-tiba terdengar bunyi bising di luar rumah. Mereka kemudian membuat pemeriksaan sebelum menyedari seekor beruang masuk dalam perangkap itu sebelum melaporkan kepada PERHILITAN yang telah berjaya menangkap beruang ini yang sangat ganas dan garang. Apa pun mereka pernah melihat beruang ini memanjat pokok tanaman kami yang tinggi untuk memakan buahan-buahan. Apa pun masih ada seekor lagi beruang yang masih bebas itu dapat ditangkap dengan secepat mungkin. Pengarah PERHILITAN negeri Terengganu, Loo Kean Seong ketika dihubungi mengesahkan berhubung dengan tangkapan itu. Apa pun beruang jantan terbabit kemudiannya dibawa sebelum dilepaskan ke kawasan hutan simpan yang bersesuaian bagi memastikan kemandirian spesies itu. Mereka gunakan uppan buah cempedak yang baunya kuat sebagai buah yang berkesan. Pihak berkuasa akan segera memasang semula perangkap di situ bagi menangkap seekor lagi beruang yang masih berada di kawasan itu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CERITA KAMPONG...TIADA TEKNIKALNYA...
BUAH BERMUSIM... RAMAI YANG SUKA...
MAKAN SELALU...MAKIN SIHAT SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
malaysia.
(29 JamadilAwal 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.