Support My Blog

Wednesday, September 3, 2025

SEMBANG TENTANG TANAM BAWANG PUTIH

BAWANG PUTIH
(Allium sativum) merupakan sejenis bahan makanan yang mudah ditanam dimana ia adalah satu aktiviti yang agak mudah dilakukan sama ada ditanam dikebun biasa atau pun didalam bekas disekeliling rumah. Bawang putih merupakan sejenis tumbuhan dari genus bawang yang sama seperti bawang besar, bawang merah, bawang daun dan kucai. Bawang putih apa yang penulis blog lihat memang ada ditanam dan digunakan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu sebagai ramuan masakan dan juga ada dijadikan untuk perubatan dan komestik. Bawang putih agak mudah dikenali umbisinya kerana ia berwarna putih kulitnya. Tumbuhan yang mempunyai daun yang panjang dan juga bebawang yang berada dalam tanah yang cetek mudah dihasilkan dengan teknik tanaman yang betul. Ia berbeza dengan bawang besar yang selalunya hanya mempunyai sebiji bebawang tetapi bawang putih dibentuk dari beberapa ulas bebawang yang membentuk sebiji bawang. Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan, Utara Iran, Afghanistan dan Pakistan dimana sudah dibiakbaka menjadi pelbagai jenis daripada pokok liar. Penulis blog merujuk rekod di Jabatan Pertanian Malaysia dimana tiada maklumat mengenai wujud tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia sejal lama dulu adalah seperti negara China dengan 10.5 juta metrik tan setahun (kira-kira 77% penghasilan dunia) dan ia diikuti oleh negara India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Sejak dulu memang Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih untuk kegunaan domestik. Asasnya bawang putih ialah tanaman semusim yang mempunyai ciri-ciri morfologi sama seperti sayuran Allium yang lain iaitu mempunyai bebawang, daun terubah, berakar cetek serta mempu mengeluarkan bau yang kurang enak semasa segar. Bawang putih ditanam sepanjang tahun sama ada musim bunga, musim panas, musim luruh dan juga musim sejuk. Bagi penanaman komersil dinegara pengeluar umumnya benih bawang putih yang telah dipilih dimasukkan sedalam 1 cm di dalam tanah atas batas dengan jarak tanaman 0.30 meter x 0.40 meter. Dilaporkan dimana memang tidak banyak serangan serangga perosak dan penyakit kepada tanaman bawang putih kecuali serangan oleh cacing nematod dan penyakit akar putih. Serangga perosa yang menganggu hanya seperti Kutu trip dan hamama. Kawalan menggunakan minyak putih lebih berkesan dimana sebaiknya penanaman bawang putih memerlukan baja organik yang banyak. Umumnya ada terdapat 2 jenis bawang putih yang popular di negara pengeluar utama iaitu varieti bawang putih tangkai keras dan tangkai lembut. Jenis tangkai keras sesuai ditanam pada musim sejuk manakala jenis tangkai lembut sesuai ditanam pada musim panas dan kawasan yang mana ia berhampiran dengan khatulistiwa. Bebawang bawang putih mengeluarkan bau yang kuat ketika dimasak dan memberikan rasa yang enak dalam masakan. Penuaian sering dijalankan apabila daun mulai kering dan dicabut menggunakan tangan. Tanah yang tertinggal pada akar dibuang dengan tangan dan kemudian setiap rumpun diikat untuk dijemur. Bawang putih komersial selalunya akan dibuat penggredan dengan 10 kg seikat mengikut saiz iaitu kecil, sederhana dan besar. Apa pun potensi dan anggaran hasil bawang putih ialah antara 6 - 8 metrik tan satu hektar bagi kebun komersil. Penyimpanan bawang putih sangat penting untuk memastikan bawang berada dalam keadaan rehat (dorman) untuk suatu tempoh tertentu dengan suhu lebih dari 18 °C dan di kawasan yang berkelembapan udara rendah. Dilihat dimana pada masa biasa (musim panas) bawang putih digantung di tepi atap atau rumah petani secara tradisional. Bawang putih dilaporkan memang ia tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk kerana kelembapan udara yang tinggi boleh mempercepatkan penguraian bawang putih oleh bakteria dan bawang menjadi rosak. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis fakta bawang putih untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Sebenarnya untuk menanam bawang putih pada awalnya adalah menyediakan benih dan kawasan khusus untuk tempat penanaman. Kemudian perlu dipisahkan ulas bawang putih dari labunya dengan cara memilih ulas yang bersaiz besar dan sebaiknya cara menenam ulas bawang putih tersebut secara menegak di dalam tanah atau pasu yang mempunyai saliran yang baik. Perlu di pastikan tanah mempunyai kelembapan yang optimum dan mesti diberikan cahaya matahari penuh kepada pokok itu untuk pertumbuhan yang sihat dan umbisi yang baik sepanjang proses pertumbuhannya. Secara umumnya cara menanam bawang putih boleh di lakukan pertama dengan memilii benihnya. Cara memilih benih bawang putih adalah dengan memilih labu bawang putih yang sihat dan besar dan ia kemudian dipisahkan setiap ulas-ulas daripadanya dengan berhati-hati supaya kulit tidak tertanggal. Kalau ingin menanam di kawasan keliling rumah sebaiknya disediakan kawasan tanah atau pasu yang berukuran besar. Boleh menggunakan pasu yang dalam dan berdiameter besar dan disediakan tanah yang kaya dengan baja organik dan juga pastikan ada lubang dibawahnya atau ia mempunyai saliran yang baik. Cara menanam benih atau ulas bawang putih adalah dengan membuat lubang sedalam kira-kira 10 cm dan kemudian ditanam ulas bawang putih secara menegak dengan bahagian hujung yang tajam menghala ke atas. Seterusnya adalah proses penyiraman iaitu menyiram sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan petang atau sekurang-kurangnya sekali sehari bergantung kepada keadaan cuaca sama ada panas atau hujan. Bagi tujuan pembajaan sebaiknya di gunakan jenis baja organik seperti kompos atau baja larutan air (Foliar fertilizer) dengan menaburkan satu sudu kecil baja ini di sekeliling pokok selepas menyiram tanaman iaitu seiring dengan jarak 1 cm dari pokok itu. Dengan penjagaan baik selalunya penuaian dijalankan di peringkat matang yang mana ia biasanya dicapai apabila daun bawang akan bertukar warna menjadi kuning atau kering. Selalunya ia akan mengambil masa kira-kira 6-8 bulan selepas penanaman dilakukan. Dalam kes lain ia boleh tanam terus atau simpan ulas bawang putih di dalam peti sejuk selama 3-5 minggu sebelum ditanam untuk pertumbuhan yang lebih baik. Petua ini sesuai di lakukan sendiri. Memasang sungkupan dibuat dengan cara menaburkan sungkupan seperti rumput kering, cocopeat, daun-daun reput atau kulit kayu di sekeliling pokok untuk mengekalkan kelembapan dan menyuburkan tanah. Bawang putih memerlukan cahaya matahari penuh untuk pertumbuhan yang optimum. Pemilihan Jenis atau varieti bawang putih sebaiknya di cari jenis bawang putih 'softneck' kerana ia lebih sesuai untuk ditanam di kawasan yang mempunyai iklim panas dan lembap seperti Malaysia.


Selalu pengguna di Malaysia hanya akan membeli bawang putih dimana dilihat kebanyakannya adalah diimport. Mari cuba menanam sendiri bawang putih di rumah. Kalangan surirumahtangga akan merasa tidak lengkap rasanya masakannya tidak ada guna bawang putih. Stok bawang putih mesti kena ada di rumah kerana hampir semua menu lokal akan menggunakan bawang putih. Ramai pembaca blog ini juga yang masih tidak tahu bawang putih sebenarnya boleh tanam sendiri di rumah. Hasil beberapa testimoni dimana memang mudah sahaja untuk menanam bawang putih dan hasilnya memang lumayan kerana tidak lagi perlu keluar wang untuk membelinya di kedai. Kalau ramai orang hendk tahu cara tanam bawang putih guna teknik menegak yang mudah ini tentunya akan gembira semasa menuainya. Dilaporkan memang ada dua (2) jenis bawang putih yang di import di pasaran dan pembaca blog sebaiknya mengenalinya iaitu Bawang Putih Softneck dan jenis Bawang Putih Hardneck. Kulit bawang softneck selalu ia berwarna putih cerah keseluruhan serta dilihat ia akan mempunyai daun yang lembut dimana jenis ini luas ditanam pada musim panas di China dan Korea. Jenis Hardneck pula dilihat ia memunyai kulit bawang berwarna putih dan ada kemerahan di bahagian atasnya. Jenis ini selalu ia mempunyai daun yang agak keras mencacak dimana jenis ini luas ditanam pada musim sejuk di negara pengekspot utana yang lain diseluruh dunia. Bagi menanam bawang putih di rumah boleh disediakan media tanaman terdiri dari 2 bahagian tanah pasir, 1 bahagian cocopeat dan juga 1 bahagian tanah organik. Masukkan media ini kedalam pasu atau di atas tanah yang di kepung dengan papan disekelilingnya. Kemudian boleh menanam benih atau ulas bawang secara menegak dengan bahagian untuk akarnya kebawah. Kemudian boleh di kambus butir bawang dengan tanah sedalam satu inci atau 2cm. Apa pun di syorkan agar jangan terlalu ke dalam benih bawang ini sebab ia mungkin lemas dalam proses pertumbuhan sebab banyak ait. Apa pun dilakukan proses siraman yang diperlukan pada setiap pagi dan petang kecuali ketika hari hujan (memadai sekali sehari sahaja). Selepas 5 hari penanaman biasanya daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Apa pun di lakukan amalan pembajaan organik perlu dilakukan pada peringkat ini. Selepas 14 hari daun bawang dilihat ia akan meninggi dan daun bawang perlu dipotong sehingga tinggal seinci dimana tujuannya adalah untuk menggalakan perkembangan pembentukkan umbi bawang. Proses diulang setiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan dimana janagkamasa penanaman ini akan mengambil masa antara 100 - 120 hari atau 3-4 bulan selepas di tanam. Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh dituai dengan cara mengorek tanah dan jangan terus di cabut kerana akan menjejaskan bawang. Boleh di bersihkan sisa tanah yang melekat pada hasil rumpun bawang putih ini dengan cara mengetuk perlahan. Jangan basuh gunakan air sebab ia boleh menyebabkan bawang putih buusuk dan disyorkan agar ia perlu dijemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawang betul-betul kering. Selepas 5 hari aktiviti atau proses pengeringan bawang putih maka ia sudah boleh diambil untuk kegunaan sendiri, dijual atau disimpan. sebagai petua perlu tahu jika pokok bawang memerlukan sinar cahaya matahari maksima untuk pertumbuhan bawang. Jika menanam cengan cara menggunakan polybag pastikan ia tidak diletakkan di tempat berbumbung. Mengenai aktiviti penyiraman perlu dibuat setiap hari dan pembajaan organik setiap minggu dimana kaedah ini akan mempercepatkan lagi proses kematangan bawang.


Bawang putih memang selalu di kaitkan dengan makanan yang menyebabkan mulut berbau tetapi ia kaya khasiat. Dilaporkan dimana b
awang putih menjadi antara bahan yang mesti ada dalam masakan tidak kira masakan Timur mahupun hidangan Barat. Kelebihan bawang putih banyak di bincangkan dan dikaji dimana dilaporkan ia mengandungi sebatian dengan sifat perubatan yang kuat. Sudah lama para saintis tahu bahawa kebanyakan manfaat kesihatannya disebabkan oleh sebatian sulfur yang terbentuk apabila ulas bawang ini dicincang, dihancurkan atau dikunyah. Mungkin yang paling terkenal daripada bawang ini dikenali sebagai allicin. Ia merupakan sejenis sebatian yang tidak stabil yang hanya hadir sebentar di dalam bawang putih segar setelah dipotong atau dihancurkan. Sebatian lain yang mungkin memainkan peranan dalam manfaat kesihatan bawang ini termasuklah diallyl disulfide dan s-allyl cysteineSebatian sulfur daripada bawang ini memasuki tubuh dari saluran penghadaman dan tersebar ke seluruh tubuh di mana ia memberikan kesan biologi yang kuat. Bawang putih adalah makanan yang bernutrisi dimana satu hidangan bawang ini sebanyak 28 gram mengandungi bahan Mangan 23%, Vitamin B6: 17%, Vitamin C, Selenium: 6%, Serat: 0.6 gram dan juga sejumlah zat lain seperti mengandungi kalsium, tembaga, kalium, fosforus, besi dan vitamin B1. Khasiat bawang putih dilaporkan ia juga mampu Melawan kesakitan termasuklah selesema. Memakan bawang bawang putih bertujuan untuk meningkatkan fungsi sistem imuniti tubuh. Walaupun kekurangan bukti yang kuat, mungkin anda perlu mencuba dengan menambah bawang jenis ini dalam hidangan anda jika anda sering mendapat selesema. Bawang putih juga mampu mengurangkan tekanan darah. Kes penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok adalah pembunuh terbesar di dunia dapat di kurangkan dengan bawang putih. Begitu juga dengan isu tekanan darah tinggi (hipertensi) dimana salah satu pemacu yang paling penting dalam penyakit ini di kurangkan. Dos suplemen mestilah cukup tinggi untuk mempunyai kesan yang diingini dimana jumlah yang diperlukan adalah bersamaan dengan kira-kira empat ulas bawang ini setiap hari. Apa pun diantara kelebihan bawang putih memperbaiki tahap kolesterol dimana ada kajian nyatakan bawang ini boleh mengurangkan jumlah dan kolesterol LDL. Bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi maka mengambil suplemen bawang ini boleh mengurangkan jumlah bahan kolesterol LDL sekitar 10 hingga 15%. Bawang ini kelihatan merendahkan kolesterol LDL tetapi tidak mempunyai kesan pada kolesterol HDL. Tahap bahan trigliserida tinggi adalah satu lagi faktor risiko yang diketahui untuk penyakit jantung akan tetapi bawang ini kelihatan tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap tahap trigliserida.


Bebe
rapa 
kajian menyatakan jika bawang putih ia mengandungi antioksidan juga antara khasiat bawang putih. Kes seperti kerosakan oksidatif daripada radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan. Bawang ini mengandungi antioksidan yang menyokong mekanisma perlindungan tubuh terhadap kerosakan oksidatif. Dilaporkan pengambilan dengan dos tinggi suplemen bawang ini telah menunjukkan fungsinya dalam meningkatkan enzim antioksidan pada manusia, serta mengurangkan tekanan oksidatif dengan ketara pada mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi. Apa pun kesan gabungan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, serta sifat antioksida, boleh mengurangkan risiko penyakit otak umum seperti:penyakit Alzheimer  demensia. Ada kajian mendapati dimana prestasi atlet boleh dipertingkatkan menerusi khasiat bawang putih. Bawang putih adalah salah satu daripada 'peningkat prestasi' yang terawal bagi kehidupan dunia sukan. Ia secara tradisinya digunakan dalam budaya kuno untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan lagi akan keupayaan buruh pekerja. Ia turut diberikan kepada atlet Olimpik di Greece purba.Antara kebaikan bawang putih terhadap kanser. Ada laporan kajian terhadap tikus telah menunjukkan bahawa bawang ini membantu dengan meningkatkan prestasi senaman, tetapi sangat sedikit kajian terhadap manusia yang telah dilakukan. Dilaporkan individu yang mengalami penyakit jantung yang mengambil minyak bawang ini selama 6 minggu mengalami penurunan denyutan jantung sebanyak 12% dan mempunyai keupayaan senaman yang lebih baik. Bawang putih juga mampu untuk mendetoksifikasikan logam berat dalam tubuh antara khasiat bawang putih. Didakwa dalam dos tinggi, sebatian sulfur dalam bawang ini telah terbukti melindungi tubuh daripada kerosakan organ akibat daripada ketoksikan logam berat. Bawang putih juga mam[u untuk meningkatkan kesihatan tulang juga antara kelebihan bawang putih diman masih tidak terdapat kajian ke atas manusia yang telah mengukur kesan bawang ini terhadap kerapuhan tulang. Apa pun hasil kajian ke atas tikus telah menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan kerapuhan tulang dengan meningkatkan estrogen dalam kalangan wanita. Satu kajian yang dijalankan terhadap wanita menopaus mendapati bahawa dos harian ekstrak bawang putih kering (bersamaan dengan 2 gram bawang putih mentah) mengurangkan penanda kekurangan estrogen secara signifikan. Ini menunjukkan bahawa suplemen ini mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan tulang pada wanita mahupun lelaki. Makanan seperti bawang putih ini juga boleh memberi kesan yang baik terhadap masaalah seperti osteoarthritis. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro  technology kali ini. Wasallam!!!....
BAWANG PUTIH... GARLIC ITU SAMA...
MUDAH DI TANAM.... ADA DI MALAYSIA...
DIDALAM PASU...SEMAIKAN BENIHNYA...
DISIRAM DI BAJA...3 BULAN TUAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Rabiulawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...