Support My Blog

Showing posts with label KUIH KERIA GULA MELAKA. Show all posts
Showing posts with label KUIH KERIA GULA MELAKA. Show all posts

Saturday, September 13, 2025

KUIH KERIA GULA MELAKA (PART 2)

KUIH KERIA GULA MELAKA
adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada ubi keledek yang dilenyek dan kemudian ia akan dicampur dengan tepung gandum. Kuih unik ini kemudian dibentuk seperti donat berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya sebelum digoreng dan disalut dengan karamel gula melaka cair yang pekat dan berkilat. Kuih ini bagi penulis blog memang viral di beberapa outlet dan terkenal kerana teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam, serta rasanya yang manis dan aroma unik gula melaka. Apa pun jika memakan kuih ini dalam keadaan suam panas kelazatannya jauh lebih hebat daripada kuih keria gula melaka yang sudah sejuk. Kepada sesiapa yang belum pernah ujirasa akan kehebatan kuih ini dimana diantara ciri-ciri khas kuih ini adalah ia berwarna coklat setelah di sira dimana bahan-bahan utama membuatnya adalah ubi keledek dan gula melaka. Ia di buat berbentuk yang menyerupai donat atau gelang iaitu ia berlubang di tengah. Bila siap di goreng ia mempunyai tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam dengan rasa manis dan beraroma khas gula melaka. Asasnya ia di buat dengan cara merebus bahan keledek sehingga empuk dimana ia kemudian dilenyek hingga halus. Kemudian di jadikan adunan atau di uli menjadi doh dengan mencampurkan keledek lenyek dengan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekit. Kerja paling seronol adalah fasa membentuk kuih keria yang dibentukkan doh menjadi bebola kecil dan lubangkan di tengah. Kemudian panaskan minyak masak dalam kuali dan kuih ini digoreng sehingga menjadi warna keemasan. Paling unik adalah fasa membuat salutan kuih ini dengan gula Melaka. Perlu disediakan sirap gula melaka dengan memanaskan gula melaka hingga cair dan pekat dan kemudian salutkan keria yang masih panas ke dalam sirap ini. Bagi penulis blog kini populariti kuih ini sudah di viraklan dalam sosmed di seluruh Malaysia. Apa plagi dimana di negeri Melaka ia sering dihidangkan sebagai snek minum petang atau pencuci mulut. Ia juga menjadi hidangan tradisi yang diwariskan secara turun-temurun dalam majlis-majlis keluarga. Kuih keria gula melaka adalah kuih tradisional moden dimana secara keseluruhannya tidak mempunyai khasiat kesihatan yang khusus tetapi ia lebih kepada makanan ringan yang lazat dan popular. Apa pun penggunaan gula melaka dalam kuih ini membawa beberapa khasiat yang berasal daripada gula melaka itu sendiri seperti kandungan zat besi yang boleh membantu mencegah anemia dan kandungan nutrien yang lain jika diambil secara sederhana. Dilaporkan dimana antara kehebatan khasiat kuih keria gula melaka adalah seperti ia menjadi sumber zat besi dimana gula melaka mengandungi zat besi yang lebih tinggi berbanding gula putih biasa, yang membantu dalam pembentukan sel darah merah dan mencegah penyakit kekurangan darah (anemia). Gula melaka mengandungi nutrien lain seperti vitamin dan mineral yang tidak ada dalam gula putih. Kuih ini membantu proses pencernaan apabila gula melaka dipercayai dapat membantu melancarkan sistem pencernaan, walaupun ini tidak secara langsung berlaku kepada kuih keria. Apa pun di nasihatkan semasa makan kuih ini perlu pengambilan secara sederhana sahaja dan jangan berlebihan pula. Ini kerana walaupun ia mempunyai khasiat tetapi pengambilan gula melaka secara berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif kepada aspek kesihatan. Ini termasuk kesan seperti kenaikan berat badan dan masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan banyaknya pengambilan gula berlebihan. Kuih keria juga mengandungi bahan-bahan lain seperti tepung dan minyak yang perlu diambil secara terkawal untuk menjaga keseimbangan dalam pemakanan. Bagi penulis blog kuih keria gula melaka adalah snek yang enak dan manis yang menggunakan gula melaka, yang secara tidak langsung menyumbang kepada manfaat kesihatan daripada gula melaka itu sendiri termasuk seperti pembekalan zat besi, jika dimakan dalam kuantiti yang sederhana. Artikel tenghari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta dan kisah kuih keria gula melaka untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.

Negeri Melaka memang sebuah negeri pelancongan di peringkat antarabangsa dan domestik yang menjanjikan tempat-tempat bersejarah dan makanannya. Ramai pelancong akan berkunjung kebeberapa port menari seperti di Bandar Hilir, Pantai Klebang, Air Keroh dan sebagainya sambil membeli belah di banyak hypermarket bersama keluarga. Dalam aspek kuliner makanan Maleka memang terkenal dengan Makanan Asam Pedas, Roti Canai Arang, Kuih Keria Gula Melaka, Roti Canai Asam Pedas, Cendol Banda Hilir, Kuih Tradisional Cina dan pelbagai makanan menarik lain. Bagi penulis blog yang selalu ke Melaka akan mencari destinasi untuk makanan unik di Melaka. Ada banyak sebenarnya tempat makan menarik di Melaka sampai ramai pelancong tidak tahu kemana hendak di tuju akan tetapi paling mudah di akses adalah satu destinasi pilihan iaitu premis Kuih Keria Antarabangsa yang terletak di Limbongan Melaka. Kuih Keria ini sangat istimewa sehingga pelancong datang dari luar Melaka pun datang untuk beli disini. Kedai Kuih Keria Antarabangsa di Limbongan ini terletak di sebelah Masjid Limbongan, Bandar Melaka. Kedainya betul-betul terletak berhadapan dengan jalan utama dan memang ia tidak susah hendak cari dengan menggunakan google map atau waze sahaja memang akan jumpa. Waktu perniagaan adalah jam 1 tengahari sehingga petang. Selalunya waktu untuk perniagaan Kuih Keria Antarabangsa ini yang sudah  berusia lebih 40 tahun iaitu ia bermula dari gerai kecil di tepi jalan sehinggalah sudah ada kedai sendiri dengan ramai para pengunjung terutaa di hari minggu. Dilaporkan ada orang yang panggil Kuih Keria dan ada juga orang panggil Kuih Gelang dimana yang uniknya kuih keria di kedai ini adalah dimana mereka menggunakan sira dari gula melaka dimana sebab itu lah Kuih Kerianya nampak merah-merah dan berkilat-kilat. Gula Melaka adalah sejenis gula di perbuat dari nira atau manisan pokok kelapa yang di mask sehingga pekat dan membeku apabila sejuk dengan aroma dan citarasa yang unik. Anda boleh membeca tulisan saya mengenai gula mekala dengan pautan (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Gula Melaka apa pun merupakan satu daripada produk daripada tanaman kelapa (Cocos nucifera) yang banyak tumbuh diseluruh dunia. Indonesia, India dan banyak kepulauan di Asia Pasifik dan Kawasan Tropika yang lain banyak menanam kelapa. Dikawasan Asia gula melaka juga digelar dengan pelbagai nama seperti Gula Aren ; Gula Jawa ; Gula Merah ;Gula Semut (Indonesia), Nam taan pep (Thailand), Duong thot not (Vietnam), Pol Pani ; Kitol Pol Puru (Sinhalese Sri Lanka), Pakaskas (Filipina), Karrrupati (Tamil), Num taan (Laos) dan Skot tnot (Kemboja). Indonesia dilapor sebagai pengeluar paling banyak gula melaka didunia. Rekod pengeluaran gula melaka tidak ada dicatit secara rasmi kerana ianya termasuk dalam rekod pengeluaran gula didunia sekitar 60 -65 juta metrik tan setahun. Kuih keria disini dijual dengan harga 50sen seketul dan kebanyakkan orang yang datang bukan beli seketul dua ketul. Tapi ada yang sampai beli lebih dari 50 ketul. Kuih Keria ni mempunyai rasa yang sangat sedap sebab ianya kaya dengan rasa keledek disamping rasa gula melaka yang pekat. Tak hairanlah ramai orang datang beli kuih keria di sini kerana rupa dan rasanya sangat berbeza dengan kuih keria di kedai-kedai yang lain. Sesiapa yang hendak datang ke sini hanya perlu waze ke Majid Limbongan dan pasti akan jumpa. Lokasi kedai ini pula memang ia sangat berhampiran dengan Klebang dan selalunya selepas makan Kuih Keria bolehlah minum coconut shake pula.


Dilaporkan yang didalam dunia kuih-muih tradisional Melayu ada satu nama yang kekal relevan dan sentiasa menjadi asas kegemaran ramai ialah Kuih Keria Gula Melaka. 
Kuih ini bukan sahaja menggamit kenangan zaman dahulu, malah kini kembali popular dan menjadi pilihan utama di media sosial, bazar Ramadan, dan gerai kuih moden. Dengan gabungan keledek yang dilenyek halus, digoreng rangup, dan disalut pula dengan sira gula Melaka yang pekat dan berkilat, kuih ini memang tidak pernah gagal memikat selera. Menariknya, resepi ini sangat mudah disediakan di rumah dan hanya menggunakan bahan asas yang ada di dapur. Jom kita pelajari cara menyediakan Kuih Keria Gula Melaka yang gebu,dan manis lemak. Menyentuh tentang latar belakang Kuih Keria Gula Melaka sebagai salah satu jenis kuih tradisional Melayu yang sangat digemari sejak dulu hingga kini. Ia terkenal dengan rasa manis semula jadi daripada keledek yang dilenyek, dibentuk seperti gelang, digoreng keemasan dan kemudian disalut dengan sira gula Melaka yang pekat dan berkilat. Berbeza dengan kuih keria biasa yang menggunakan gula pasir putih, versi sira gula Melaka ini berasal dari negeri Melaka dan semakin popular di seluruh negara kerana rasa lemak manisnya yang unik, aroma wangi gula Melaka, dan rupa kuih yang tampak eksklusif dengan kilauan semula jadi. Ia bukan sekadar enak dimana kuih ini juga membawa kenangan zaman dulu iaitu sering disediakan ketika minum petang bersama keluarga, atau dijual di pasar pagi dan bazar Ramadan. Kini, dengan pelbagai versi moden dan jualan secara ‘viral’ di media sosial, kuih ini terus mendapat tempat di hati pencinta kuih tradisional dan juga generasi muda. Di kongsikan akan resepi Kuih Keria Gula Melaka dimana bahan-bahan untuk kuih adalah 2 kg keledek putih (kupas kulit dan potong kecil), 1 ½ cawan tepung gandum, 1 sudu kecil serbuk penaik (double action baking powder) diayak bersama tepung, sedikit garam, air bersih secukupnya (untuk merebus keledek) dan juga minyak masak (untuk menggoreng). Cara-cara membuat kuih adalah dimulakan dengan mengupas kulit keledek dan potong kecil.
Rebus keledek bersama sedikit garam sehingga empuk.  Toskan air dan ia kemudian dilenyek keledek hingga hancur semasa masih panas dan dibiarkan sejuk. Bila dah sejuk maka boleh dimasukkan tepung dan uli sehingga jadi doh. Bentuk doh jadi gelang ikut saiz yang anda suka. Diatas kuali dipanaskan minyak untuk menggoreng kuih keria guna api sederhana hingga keemasan. Angkat dan toskan minyak. Biarkan kuih sejuk sebelum disira dengan gula Melaka. Selalu ia disira dengan bahan-bahan untuk sira gula Melaka iaitu terdiri dari 1 ketul (block) gula Melaka, sedikit gula batu, 1 sudu besar gula pasir dan juga 5 sudu besar air. Cara-cara membuat sira dengan memotong kecil gula Melaka dan gula batu supaya cepat cair. Masukkan semua jenis gula dan air ke dalam kuali. Masak hingga gula larut, berbuih, dan agak pekat. Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi. Gaul rata agar atau supaya semua kuih bersalut dengan gula. Kemudian ditutup api dan dengan guna lidi atau chopstick untuk asingkan kuih agar tidak melekat antara satu sama lain semasa sejuk. Kuih keria sedia dihidang dan sebagai tips Tambahan dimana di galakkan untuk gunakan keledek putih dan kurangkan jumlah air dan tidak terlalu manis yang sesuai untuk kuih. Apa pun pastikan jangan terlalu banyak tepung sebab nanti kuih jadi keras. mencampurkan bahan gula batu dalam sira adalah ia bertujuan untuk hasil akhir yang berkilat bila sejuk.


Dalan satu laporan Mingguan Wanita ada kisah 'Ibu Tunggal Ini Kongsi Rahsia Jualan Kuih Keria Gula Melaka Viral Witus' yang berkaitan dengan artikel 
ini.
Produk Kuih Keria Gula Melaka Viral Witus hebat sehingga mampu mengubah kehidupan satu keluarga. Perjalanan kehidupan berumah tangga ada yang tidak semuanya indah dimana ada kes mereka yang tidak pernah putus berdoa agar perkahwinan kekal hingga ke jannah namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Ada kisah dimana walaupun bercerai namun wanita ini tidak bermasam muka sebaliknya menjalin hubungan baik dengan bekas suami demi anak-anak. Bagi Noorzaifam Jasmin (32) tahun dimana keindahan kehidupan rumah tangganya hanya mampu bertahan lapan tahun sahaja. Akibat gurauan dan sekadar mahu menggertak dalam satu perselisihan faham maka suami melafazkan talak dan ternyata kisah cinta mereka berakhir kerana tidak boleh merujuk kembali buat selama-lamanya. Dia yang berkelahiran Kuala Lumpur ini baru lapan bulan membesarkan anak secara sendirian. Kata orang tipu jika tidak sedih ditambah lagi setiap perkahwinan itu ada memorinya tetapi alah bisa tegal biasa, perjalanan kehidupan perlu diteruskan tanpa menoleh ke belakang. Pertemuan dirinya bersama Pengerusi Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Nur Iman Kuala Lumpur & Selangor (WITUS) iaitu Shiela amat bermakna. Semasa dia berbual dengan rakan senasib yang lebih memahami antara satu sama lain. Bila saya mengikuti bengkel dan kursus-kursus yang dianjurkan dan dia boleh melupakan masalah-masalah yang menghantui. Dia akui jadi lebih bersemangat kerana hidup harus diteruskan. Tak perlu menoleh ke belakang kerana masa saya lebih panjang dengan anak-anak yang membantu kak Shiela di NGO Witus dengan jualan Keria Gula Melaka Viral Witus. Biasany dia akan datang ke persatuan jam 10 pagi hingga ke petang. Hari-hari biasa, ubi keledek yang digunakan mencecah 100 kg untuk jualan. Manakala Sabtu Ahad, ia mencecah 150 ke 180 kg kerana permintaannya cukup tinggi. Apa pun boleh dikatakan kuih keria viral Witus ini mendapat permintaan tinggi dari penduduk setempat di Batu Caves, Selangor. Isinya lembut dan gebu sebab itu ramai yang suka. Kalau hari biasa ada pekerja yang membantu lima orang tetapi hari Sabtu dan Ahad jumlahnya menjadi lapan orang. Dia akui kak Shiela banyak memberi kata-kata motivasi malah dia juga menjaga kebajikan setiap ahli berdaftar. Anak-anak juga rapat dengannya malah memanggil dirinya sebagai Ibu. Hujung minggu mereka tak sabar untuk bertemu. Bagi Noorzaifam Jasmin atau mesra disapa Jasmin dimana dia tidak lagi mahu menoleh ke belakang lagi apabila seperti kalau mahu hidup perlu untuk diteruskan dan berkat sokongan ahli keluarga dan persatuan dia lebih kuat. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini.
Wasallam!!!...
MEMANG VIRAL...KUIH KERIA GULA MELAKA...
ASASNYA KELEDEK... DI LENYEK ADUNANNYA...
DI GORENG DI SIRA...SEHINGGA MANIS RASA...
BOLEH BUAT SENDIRI...ATAU MEMBELI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Rabiulawal 1447H).

Friday, September 12, 2025

KUIH KERIA GULA MELAKA (PART 1)

KUIH KERIA GULA MELAKA
adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada ubi keledek yang dilenyek dan kemudian ia akan dicampur dengan tepung gandum. Kuih unik ini kemudian dibentuk seperti donat berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya sebelum digoreng dan disalut dengan karamel gula melaka cair yang pekat dan berkilat. Kuih ini bagi penulis blog memang viral di beberapa outlet dan terkenal kerana teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam, serta rasanya yang manis dan aroma unik gula melaka. Apa pun jika memakan kuih ini dalam keadaan suam panas kelazatannya jauh lebih hebat daripada kuih keria gula melaka yang sudah sejuk. Kepada sesiapa yang belum pernah ujirasa akan kehebatan kuih ini dimana diantara ciri-ciri khas kuih ini adalah ia berwarna coklat setelah di sira dimana bahan-bahan utama membuatnya adalah ubi keledek dan gula melaka. Ia di buat berbentuk yang menyerupai donat atau gelang iaitu ia berlubang di tengah. Bila siap di goreng ia mempunyai tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam dengan rasa manis dan beraroma khas gula melaka. Asasnya ia di buat dengan cara merebus bahan keledek sehingga empuk dimana ia  kemudian dilenyek hingga halus. Kemudian di jadikan adunan atau di uli menjadi doh dengan mencampurkan keledek lenyek dengan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekit. Kerja paling seronol adalah fasa membentuk kuih keria yang dibentukkan doh menjadi bebola kecil dan lubangkan di tengah. Kemudian panaskan minyak masak dalam kuali dan kuih ini digoreng sehingga menjadi warna keemasan. Paling unik adalah fasa membuat salutan kuih ini dengan gula Melaka. Perlu disediakan sirap gula melaka dengan memanaskan gula melaka hingga cair dan pekat dan kemudian salutkan keria yang masih panas ke dalam sirap ini. Bagi penulis blog kini populariti kuih ini sudah di viraklan dalam sosmed di seluruh Malaysia. Apa plagi dimana di negeri Melaka ia sering dihidangkan sebagai snek minum petang atau pencuci mulut. Ia juga menjadi hidangan tradisi yang diwariskan secara turun-temurun dalam majlis-majlis keluarga. 
Kuih keria gula melaka adalah kuih tradisional moden dimana secara keseluruhannya tidak mempunyai khasiat kesihatan yang khusus tetapi ia lebih kepada makanan ringan yang lazat dan popular. Apa pun penggunaan gula melaka dalam kuih ini membawa beberapa khasiat yang berasal daripada gula melaka itu sendiri seperti kandungan zat besi yang boleh membantu mencegah anemia dan kandungan nutrien yang lain jika diambil secara sederhana. Dilaporkan dimana antara kehebatan khasiat kuih keria gula melaka adalah seperti ia menjadi sumber zat besi dimana gula melaka mengandungi zat besi yang lebih tinggi berbanding gula putih biasa, yang membantu dalam pembentukan sel darah merah dan mencegah penyakit kekurangan darah (anemia). Gula melaka mengandungi nutrien lain seperti vitamin dan mineral yang tidak ada dalam gula putih. Kuih ini membantu proses pencernaan apabila gula melaka dipercayai dapat membantu melancarkan sistem pencernaan, walaupun ini tidak secara langsung berlaku kepada kuih keria. Apa pun di nasihatkan semasa makan kuih ini perlu pengambilan secara sederhana sahaja dan jangan berlebihan pula. Ini kerana walaupun ia mempunyai khasiat tetapi pengambilan gula melaka secara berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif kepada aspek kesihatan. Ini termasuk kesan seperti kenaikan berat badan dan masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan banyaknya pengambilan gula berlebihan. Kuih keria juga mengandungi bahan-bahan lain seperti tepung dan minyak yang perlu diambil secara terkawal untuk menjaga keseimbangan dalam pemakanan. Bagi penulis blog kuih keria gula melaka adalah snek yang enak dan manis yang menggunakan gula melaka, yang secara tidak langsung menyumbang kepada manfaat kesihatan daripada gula melaka itu sendiri termasuk seperti pembekalan zat besi, jika dimakan dalam kuantiti yang lebih sederhana. Artikel tenghari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta dan kisah kuih keria gula melaka untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Dilaporkan memang ada banyak resepi membuat 
Kuih Keria Gula Melaka dimana diantara resepi yang sangat viral di media sosial gara-gara kehebatan kuih keria gula melaka antarabangsa Haji Jalil Limbongan di Melaka. Ada yang sanggup beratur sehinga berjam-jam semata-mata untuk membeli kuih keria yang dikatakan sangat istimewa dan sedap itu. Bagi yang teringin untuk cuba buat sendiri di rumah penulis blog kongsikan resepi  hebat ini sehingga jadi sedap dan menepati selera. Rahsianya adalah termasuk mesti gunakan untuk ubi keledek pula ia lebih sesuai digunakan keledek putih atau keledek kuning berbanding keledek oren kerana keledek putih lebih sedap dan tidak lembik apabila direbus. Doh keledek akan lebih senang untuk dibentuk dan tak perlu tambah tepung yang banyak. Apa pun penggunaan baking power pula adalah supaya kuih menjadi montok dan gebu. Keistimewaan kuih ini sudah pastinya terletak pada salutan gula yang terdiri dari 3 jenis gula iaitu sama ada gunakan Gula Melaka, Gula Batu dan paling simpel adalah gunakan Gula Putih. Pengalaman penulis blog mencuba buat sebanyak 20 biji kuih ini gunakan 800 gram keledek putih atau sekitar 2 biji keledek bersaiz besar iaitu bahan untuk Doh Keria, 1 1/4 cawan tepung gandum, 2 sudu kecil baking powder dan juga 1 sudu kecil garam. Kemudian disediakan bahan untuk Salutan Gula atau Menyira terdiri dari  1 ketul gula melaka, 1 sudu besar gula batu, 1 sudu besar gula putih dan 1/2 cawan air. Cara membuatnya bagi membuat kuih keria dengan merebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk maka ia perlu di tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan 'potato masher' untuk tujuan menghancurkan keledek. Perlu ditambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat. Kemudian doh dileperkan bebola doh dan buat lubang di tengah. Ulang proses sehingga habis dan kuih ini digoreng di dalam minyak panas dalam kuali sehingga warna keperangan. Proses seterusnya adalah menyalut kuih ini dalam air sirap gula dimana ia di gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata. Apa pun proses menyira ini perlu berhati-hati sebab kalau tidak betul ia tidak menjadi. Bagi menyira kuih ini atau menyalut gula sebaiknya di tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat. Masa memasak dan gula cari ini ia sedia untuk digaul kuih keria yang siap di goreng dan matikan api sehingga gula melakat pada kuih keria dan sedia dihidangkan.


Dalam utusan.com dilaporkan kisak '
Tidak menang tangan jual keria gula Melaka' yang menarik di kongsikan kisahnya. Kisah dari Geoorgetown, Pulau Pinang ini menyatakan pengusaha kuih ini iaitu NurAmalina Zaihari memilih untuk membuka perniagaan menjual kuih keria gula Melaka bagi menampung sumber pendapatan di gerai tepi Jalan Mahsuri, Bayan Baru, Pulau Pinang. Dilaporkan ada pasangan suami isteri yang mereka tidak menyangka 6,000 biji kuih keria gula Melaka yang dijual di gerai tepi Jalan Mahsuri, Bayan Baru semakin laris dalam tempoh kurang empat jam sejak mula beroperasi. Baginya dan suaminya Arief Rosli awalnya tidak menduga kuih warisan yang disaluti dengan cairan keras gula Melaka itu mendapat sambutan menggalakkan pelanggan pelbagai usia dan kaum. Apa pun idea membuka perniagaan secara kecil-kecilan timbul selepas mereka menikmati kemanisan juadah tradisional tersebut di gerai milik rakan yang juga pengasas produk makanan itu di Seberang Jaya dekat sini. Mereka awalnya tidak terlintas membuka bisnes ini pada bulan lalu dan telah memulakan peniagaan kuih keria yang semakin menjadi sebutan dalam kalangan penggemar di kawasan Bayan Baru. Dilaporkan sejak hari pertama ada sebanyak 1,000 biji laris dijual dalam tempoh tiga jam gerai dibuka pukul 11.30 pagi dan kemudiannya digandakan kepada 2,200 sehingga 3,000 biji pada hari kedua serta ketiga. Belum tiba pukul 5.30 petang dimana semua kuih habis dijual. Dakwanya kini mereka  sudah tidak menang tangan bila kurang tempoh lima minit sebanyak 50 biji kuih keria sudah dibeli pelanggan yang beratur lebih awal. Nur Amalina juga pernah bekerja sebagai jururawat di pusat dialisis swasta manakala suaminya pula juruteknik di sebuah kilang di Bayan Lepas. Kini perniagaan francais itu juga bagi membantu menambah serta menjana pendapatan mereka dan dibantu dua pekerja wanita. Kuih keria gula Melaka itu dipasarkan pada harga RM9.50 untuk 10 biji, RM15.20 (16 biji) dan RM19 (20 biji). Permintaan kuih keria gula melaka memang menjadi kesukaan pelanggan.


Dalam kes lain media  hmetro.com laporkan dimana '
Keria Pia Sentap laris tempias viral' di daerah Johor Bahru sesuai di kongsikan kisahnya. Apa pun busines Keria Gula Melaka ‘Pia Sentap’ mempopularkan gerai kuih tepi jalan diusahakan pasangan suami isteri di Kangkar Pulai apabila menjual sehingga 1,000 kuih itu setiap hari. Bagi pasangan Darwan Darmuzi (26) dan Safiah Tulisman (30) dimana mereka tidak menyangka formula pembuatan kuih tradisi diwarisi sejak turun-temurun itu sudah mendapat tempat di hati pelanggan. Ia bermula daripada tempahan menerusi Facebook (FB) dimana usaha dalam perniagaannya semakin berkembang maju hingga mereka dapat menghasilkan 700 hingga 1,000 kuih keria setiap hari. Apa pun ketika itu tular kuih keria gula Melaka di Melaka. Pada masa sama saya mengolah kembali resepi turun-temurun daripada nenek moyang kami dengan menerima tempahan pelanggan secara dalam talian. Mereka juga tidak sangka tempias keria viral itu menyebabkan kuih tradisi yang kami jual ini mendapat permintaan di luar jangka termasuk pelanggan dari Pasir Gudang dan Kota Tinggi serta seluruh negeri ini,” katanya di gerai itu di Jalan Pulai Bestari 1, Kangkar Pulai, Johor kali ini. Kalangan para pelanggannya akan membeli kuih keria yang dijual setiap hari. Menurutnya aspek keenakan keria dihasilkan tidak dinafikan bukan saja lembut, tetapi sedap dimakan kerana menggunakan 100 peratus keledek putih. Biasanya air rebusan keledek digantikan dua kali untuk mendapat kuih keria yang sempurna dimana ini sekali gus mengeluarkan getah terdapat padanya. Selain kawalan api, cara menyira gula juga perlu sempurna termasuk keadaannya sudah betul-betul pekat, dimana jika ada sebarang tempahan juga boleh dipesan menerusi Facebook (FB) Safiah Tulisman Bakery.


Paling menarik media laporkan kisah bagaimana '
Kuih keria 150km' seperti dalam portal hmetro untuk di kongsikan. Kisah dari Kuala Lumpur iaitu dengan menunggang motosikal sejauh 150 kilometer (km) dari rumah di Sentul ke Melaka kini menjadi rutin setiap hujung minggu bagi seorang jurugegas (runner) untuk memenuhi permintaan warga kota yang menggunakan khidmatnya membeli kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang cukup popular di negeri itu. Dilaporkan pada setiap Sabtu dan Ahad dimana pengusaha bernama Arif Efendi Muslik (25) atau dikenali sebagai 'Runner Roc ket' akan memastikan dia akan membawa pulang hampir 3,000 kuih keria ke ibu kota untuk pelanggannya. Dakwanya idea untuk menjadi 'runner kuih' keria itu bermula selepas dia membaca beberapa paparan yang dimuat naik di laman Facebook mengenai keenakan kuih itu selain terdapat komen daripada mereka yang hampa kerana tidak dapat membelinya. Dia yang tengok orang beratur panjang dan ada yang hampa terutama kepada ibu mengandung kerana kuih keria cepat habis. Media laporkan dimana bermula bulan Julai lepas dia mengmbil inisiatif mengumpul tempahan melalui akaun Facebooknya. Apapun kemudian bermula dengan tempahan daripada 30 orang dengan maksimum 20 kuih keria dan dia cuba menghubungi penjual di Melaka untuk memberitahu mereka mengenai hasratnya. Tempahan dibuatnya lama-kelamaan menjadikan permintaan kuih ini semakin meningkat dan kini jumlah pesanan maksimum yang saya terima adalah 150 orang bagi setiap slot. Dia cuma mengambil upah RM10 seorang untuk menampung kos minyak dan tol dan sejak jumlah permintaan semakin meningkat maka dia meminta bantuan rakan untuk membantunya ke Melaka menggunakan kereta. Apa pun pada kebiasaanya mereka bertolak ke Melaka seawal jam 8 pagi dan pada jam 11 pagi mulakan proses mengira tempahan mengikut kuantiiti diperlukan sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur dan berjumpa dengan pembeli ditempat yang sudah dijanjikan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MEMANG VIRAL...KUIH KERIA GULA MELAKA...
ASASNYA KELEDEK... DI LENYEK ADUNANNYA...
DI GORENG DI SIRA...SEHINGGA MANIS RASA...
BOLEH BUAT SENDIRI...ATAU MEMBELI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Rabiulawal 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...