Support My Blog

Thursday, July 16, 2020

KHASIAT BARLI DAN KEHEBATANNYA (Part 2)

BARLI (Hordeum vulgare) adalah sejenis tumbuhan bijirin dari keluarga Poaceae yang penting dalam kategori bijirin sebagai makanan untuk manusia dan binatang ternakan. Kita di Malaysia tidak biasa dengan tanaman barli kerana kebanyakan barli ditanam dikawasan beriklim sederhana dan iklim 'temperate' yang mempunyai 4 musim. Barli bijirin yang dijual di Malaysia lazimnya dalam bentuk biji tersedia untuk dimakan iaitu bijirin berwarna coklat putih yang telah di bersihkan atau dalam bentuk serbuk. Barli ditanam dalam dua keadaan iaitu penanaman barli musim luruh dan penanaman barli musim bunga (Fall and spring barley). Walau pun masa dan musim penanaman berbeza tetapi kualiti barli yang dihasilkan adalah sama. Malaysia mengimpot bijirin barli yang mana kebanyakannya untuk di buat makanan seperti 'Bubur Barli' atau perasa minuman seperti air barli, campuran dalam 'Lee Chee Kang' atau dibuat jus/kordial minuman perasa barli dan juga makanan kesihatan. Barli di tanam secara komersil oleh beberapa negara yang beriklim 'temperate' seperti di Eropah walau pun dari segi sejarah tumbuhan ini 'native' dari kawasan Asia Barat dan Asia Tengah. Penanaman barli di Asia Tenggara hanya kecil-kecilan sahaja. Kajian menunjukkan pengeluaran barli di dunia adalah sekitar 150 -155 juta metrik tan setahun. Pengeluar terbanyak hasil barli didunia adalah negara Rusia dengan sebanyak 18 juta mt/tahun diikuti dengan Perancis (13 juta mt/tahun) dan Jerman (12.5 mt/tahun). Negara-negara lain yang banyak menghasilkan barli adalah seperti Ukraine (11.8 juta mt/tahun) , Kanada (9.5 juta mt/tahun), Australia (8.1 juta mt/tahun), Turki (7.3 juta mt/tahun) , UK (6.8 juta mt/tahun), USA (4.9 juta mt/tahun) dan Poland (4.0 juta mt/tahun). Rekod dari FAO menunjukkan barli telah ditanam dilebih 100 negara diseluruh dunia dengan banyak dari negara yang beriklim temperate dan sebahagian dikawasan tropika. Keluasan penanaman barli pada 2009 adalah 54.095 juta hektar dengan kadar hasil sebanyak 28,140 Hg/ha. Jumlah pengeluaran direkodkan oleh FAO pada 2009 adalah sebanyak 152.125 juta metrik tan. Keperluan biji benih barli pada tahun 2009 adalah sebanyak 8.225 juta kg untuk penanaman. Penulis blog gemar minum air barli panas. Artikel pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai khasiat dan menafaat barli untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Barli juga mampu merawat UTI (Urinary Tract Infections) atau dalam BM sebagai Jangkitan saluran kencing. Pesakit perlu meminum air barli bagi tujuan merawat, ataupun mencegah masalah kesihatan ini. Barli adalah diuretik, ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan. Pada masa yang sama, air barli juga boleh membantu mencuci buah pinggang dan bertindak sebagai satu bahan anti-keradangan untuk sistem urinari. Oleh sebab itu, air barli ini sesuai untuk merawat penyakit seperti cystitis, batu karang dan tahap kreatinin yang tinggi. Ia juga berperanan untuk mengurangkan bau air kencing. Untuk merawat UTI, anda perlu minum beberapa cawan air barli setiap hari sehingga masalah tersebut berkurangan, dan kemudiannya sembuh.  Mencegah batu karang Beras barli kaya dengan magnesium yang boleh mencegah penghasilan batu karang selain daripada membantu anda menyahtoksinkan badan. Barli membantu mengawal kencing manis (Diabetes) Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ini kerana ia boleh menstabilkan kadar gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.

Terdapat banyak kajian telah menjumpai bahawa beta-glucan boleh meningkatkan pengawalan kadar gluosa darah dan insulin. Ia juga boleh mengurangkan risiko untuk obesiti (berat badan berlebihan) dan juga  penyumbang utama kepada kencing manis tahap 2. Tambahan lagi didakwa beras barli dianggap sebagai salah satu makanan yang mengandungi kadar glycemic yang rendah. Ini secara tidak langsung membantu anda mengawal kadar glukosa di dalam darah. Manakala, phytochemicals yang terdapat di dalam beras barli pula bermanfaat untuk mengawal diabetes, penyakit jantung dan kanser. Makan bari boleh menghasilkan kulit yang sihat dan cerah serta mengatasi masalah kulit Air barli boleh membantu anda mengeluarkan toksik dari badan lalu memberikan anda kulit yang lebih sihat dan cerah. Lagipun, beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat. Apa pun pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pori kulit tersumbat. Antioksida yang terdapat di dalam air barli boleh melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan lalu mengekalkan awet muda untuk jangka masa yang lebih lama.

Selain daripada minum air barli, anda juga boleh menyapunya pada kulit muka, biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Anda boleh mengamalkan petua ini 2 kali seminggu. Barli membantu menyejukkan badan Air barli adalah air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan. Daripada anda minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada air barli. Ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kadar saluran darah. Semua orang boleh menjadikan air barli anda lebih menyegarkan dengan menambah perahan limau/lemon dan sedikit gula. Anda boleh hidangkannya dalam keadaan suam ataupun sejuk. Kesan sejuk pada badan selepas anda nikmatinya bukanlah pada suhu air tersebut, tetapi pada ciri-cirinya yang boleh menyejukkan badan. Barlu membekalkan nutrisi penting kepada ibu mengandung Dengan kebaikannya yang banyak, air barli sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung. Tambahan lagi, ia mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengandung. Air barli boleh mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema. Barli akan menambah susu badan Para ibu yang menyusu anak juga boleh mengambil manfaat air barli untuk meningkatkan kadar penghasilan susu badan mereka. Anda boleh campurkan air barli yang panas dengan satu sudu teh jintan manis, biarkannya selama lima ke 10 minit dan kemudian minumnya.


Barli memang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan Air barli dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium yang memainkan peranan di dalam sistem pertahan badan kita. Tambahan lagi, beta-glucan yang sedia ada di dalam beras barli mempunyai kebolehan untuk mengaktifkan sistem imunisasi badan. Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Selain itu, air barli turut mengandungi zat besi untuk mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue). Apa pun dalam banyak membaca tentang barli selain daripada 15 khasiat yang kami senaraikan di atas, terdapat banyak lagi khasiat barli seperti ia akan mengurangkan morning sickness, Menganjalkan kulit, Melegakan sembelit serta mampu mengatasi masalah artritis. Khasiat barli termasuk ia mampu untuk mennguatkan gigi, Mengurangkan rambut gugur, Membantu masalah anemia, Menghilangkan batuk, sakit tekak, demam, Mencegah osteoporosis,  Mencegah kencing kotor dan juga akan meningkatkan kesihatan dan fungsi buah pinggang. Apa pun jika terlalu banyak khasiat barli memang rugi kalau anda tak jadikan air barli sebagai minuman kegemaran. 
Semuga tulisan 2 part ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA BARLI... BANYAK KHASIATNYA...
MUDAH DIBELI... DIPREMIS MANA-MANA...
DIREBUS CAMPUR MADU...CARA GUNA...
BADAN SIHAT... DI AMALKAN SENTIASA...

By,
M Anim Hosnan,
Senior Agronomist,
Preciint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...