Support My Blog

Monday, July 27, 2020

CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA (Part 3)

CIRI-CIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA banyak bergantung kepada banyak faktur untuk difahami dan diamalkan. Kita sering melihat seseorang itu telah menjadi usahawan yang berjaya dan terkenal akan tetapi tidak ramai diantara kita yang mampu melakukannya. Ini kerana bagi menjadi usahawan berjaya perlu mengetahui akan beberapa prinsip-prinsip asas melalui didikan keluarga atau pun mempelajarinya secara formal. Usahawan (Entrepreneur) apa yang ditulis secara ilmiah adalah bermaksud memikul tugas atau mencuba. Istilah perkataan 'Usahawan' adalah ini sebenarnya adalah berasal dari Bahasa Inggeris iaitu 'Enterpreneur' atau 'Entreprendre' dalam bahasa Perancis. Usahawan ialah seorang individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula adalah orang yang berniaga. Secara amnya, usahawan ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakaan sesuatu perniagaan yang bermotifkan keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategi untuk terus berjaya. Ramly Burger merupakan antara jenama hebat makanan berasaskan daging dan burger di Malaysia yang patut menjadi contoh sebagai usahawan berjaya (Sila lihat foto diatas). Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang boleh diceburinya. McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement) dalam buku karangan oleh Panos G. Piperopoulos (2012). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah bersedia direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi Schumpeter (1934), dimana mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan kepada organisasinya sendiri. Oleh itu, usahawan merupakan individu yang mempunyai ciri-ciri yang unik dan berbeza dengan orang biasa. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan iaitu beberapa ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya untuk bahan rujukkan anda semua.


Usahawan berjaya BERPANDANGAN JAUH yang mana ia boleh ditakrifkan sebagai suatu kebolehan untuk dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya, salah satu ciri yang perlu ada adalah memiliki sifat berpandangan jauh. Usahawan yang mempunyai sifat foresight atau berpandangan jauh ini adalah seorang yang pandai merancang, menganalisis dan mempunyai sikap merebut peluang yang ada di depan mata. Sebagai contoh pengasas Air Asia, Tan Sri Dr Antony Francis Fernandes adalah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia dan antara ciri-ciri usahawan yang beliau miliki adalah sifat berpandangan jauh. Hal ini kerana, pada Disember tahun 2001dimana beliau telah membeli Air Asia untuk tanda RM1 dan mengambil RM40 juta hutang syarikat penerbangan itu. Beliau telah membeli Air Asia yang ketika itu memengalami era kejatuhan dan kerugian yang teruk dan kemudiannya beliau berjaya mengubah Air Asia dari sebuah syarikat penerbangan yang kecil kepada syarikat penerbangan tambang murah yang kini berkembang dengan pesatnya di serata Asia dan dunia. Tony Fernandes merupakan CEO kepada Air Asia dan juga pengasas kepada Tune Group. Perkara ini telah dilaporkan menguntungkan syarikat Air Asia dan beliau sendiri setelah mencapai keuntungan yang cepat dalam tempoh dua tahun kerana tambang murahnya, serta perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Air Asia juga telah dipilih sebagai sebuah syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia dalam tempoh enam tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2009 hingga 2014. Perkara ini dapat dilihat sebagai contoh seorang usahawan yang sanggup mengambil risiko kerugian yang besar kerana beliau melihat peluang yang ada dan berpandangan jauh untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Beliau adalah seorang usahawan yang dilaporkan berpandangan jauh dan sifat berpandangan jauh beliaulah yang telah menyelamatkan Air Asia daripada menjadi ingatan kepada syarikat kos rendah terbesar di dunia. Bagaimana pun pada Mac tahun 2020 akibat insiden wabak Covid-19 berlaku lagi masaalah dalam kebanyakan industri dunia termasuk industri penerbangan Air Asia.


Ciri usahawan berjeya termasuk BUDAYA KETERBUKAAN dimana ia kini sering diperkatakan di kalangan syarikat-syarikat korporat dan keusahawanan. Ia adalah sesuatu yang semua orang bincangkan, sesuatu yang membawa kepada keuntungan, sesuatu yang menarik dan mengekalkan pekerja dalam sesebuah syarikat. Bagi sesetengah syarikat, sebuah pekerjaan bukanlah sekadar tugas semata-mata, tetapi ia merupakan sebuah cara hidup. Pekerja adalah lebih kepada sebuah pasukan dan malah dalam sesetengah keadaan, mereka merupakan sebuah keluarga yang besar dalam sesebuah syarikat. Salah satu cara untuk merealisasikan budaya kerja yang terbuka dalam sesebuah syarikat adalah dengan menghormati pekerja-pekerja yang lain. Sifat ini sememang perlu ada dalam setiap pekerja supaya dapat melahirkan budaya kerja yang selesa dan seronok. Selain itu, sesebuah organisasi boleh mencapai budaya kerja yang terbuka dengan mengamalkan sikap komunikasi yang terbuka antara pihak atasan dan pekerja bawahan. Sebagai contohnya, pencipta laman sesawang terkenal dunia ‘Google’ iaitu Larry Page dan Sergery Brin. Mereka telah menerapkan sikap budaya terbuka ini di dalam syarikat mereka. Mereka mengamalkan budaya terbuka ini di mana semua orang adalah penyumbang dan berasa selesa berkongsi idea dan pendapat mereka. Pekerja-pekerja Google boleh bertanya terus kepada Larry, Sergey dan eksekutif lain tentang permasalahan yang mungkin wujud di dalam syarikat dalam mesyuarat. Selain itu pejabat dan kafe ‘Google’ direka khas untuk menggalakkan interaksi komunukasi antara pekerja, dan untuk mencetuskan perbualan serta antara medium untuk mengeratkan hubungan antara pekerja.


Usahawan atau usahawanita adalah individu yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain. Banyak perbezaan ciri antara usahawan dengan peniaga, pengurus dan usahawan dalaman telah diketengahkan. Individu yang ingin mencapai kejayaan seperti usahawan perlulah mendalami dan mempunyai ciri-ciri yang telah dibincangkan. Setiap individu berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-ciri keusahawanan yang ada pada kebanyakkan usahawan bukanlah dilahirkan secara semula jadi, tetapi adalah disebabkan faktor seperti daya inisiatif dan kejayaan yang tinggi, lokus kawalan dalaman yang tinggi, serta keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri. Ada usahawanita yang berjaya mengendalikan akan syarikat keselamatan seperti SecuriForce yang teorinya didominasi oleh kaum lelaki. Begitu juga kehebatan seorang pelajar Anthony Tan atau Tan Hooi Ling dari Haward University bersama rakannya yang berjaya menubuhkan Syarikat gergasii GRAB yang kini merupakan sebuah perkhidmatan pengangkutan hebat dunia (Sila lihat foto paling bawah)Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca keseluruhannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JADI USAHAWAN... HINGGA BERJAYA...
BANYAK CIRINYA...PERLU DILAKSANA...
SELESAI MASAALAH..TERUSKAN USAHA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Zulhijjan 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...