Support My Blog

Sunday, July 19, 2020

BUAH TENEM atau PAHLAK - APA DIA?

BUAH TENEM atau BUAH PAHLAK (Litsea cubeba) merupakan sejenis buah yang dihasikan dari pokok renek dari keluarga Lauraceae. Tumbuhan ini yang memberikan aroma 'litsea' atau 'may chang' merupakan tumbuhan yang natif dari China, Malaysia, Indonesia, Taiwan dan negara Asia Tenggara yang lain. Tumbuhan renek setinggi 5 - 12 meter ini juga dipanggil sebaga 'Lada Gunung' atau dalam bahasa Inggersi sebagai 'mountain pepper' ada tumbuh liar di Sarawak dan kini telah dikomersilkan di Perkampungan Bario, Pendalaman, Sarawak. Di Taiwan pomok ini dipanggil sebagai 'Maqaw' dilakangan orang Asli Atayal. Daunnya memang mengandungi minyak yang boleh di ekstrak walau pun kualiti minyak patinya agak rendah. Bijinya yang diekstak minyak patinya sebanyak 3 - 5% dengan kandungan bahan dikenali sebagai 'citral' sebanyak 70 - 85% kandungan minyaknya. Bahagian batang kayunya boleh dijadikan perabot dan juga produk kraftangan. Bagaimana pun penulis blog yang telah beberapa kali ke Bario mendapati dikalangan penduduk tempatan tumbuhan ini lebih dikenali kerana nilai perubatannya. Dilaporkan pengeluaran minyak pati Litsea cubeba ini adalah sebanyak 500 - 1,500 mrtrik tang setahun diseluruh dunia. Minyak patinya amat sesuai dijadikan bahan pewangi produk sabun mandi yang berubat amat baik untuk kesihatan. Minyak pati ini juga selalu digunakan sebagai bahan asas dalam industri kimia untuk aroma hebat. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan sejenis tumbuhan kategori herba dimana ia i kini telah dikomersilkan di Sarawak untuk bahan rujukan semua pembaca.

Dalam akhbat tempatan Utusan Borneo Online bertajuk "Tumbuhan ‘Pahkak’ atau ‘tenem’ kini menjadi sumber rezeki komuniti" sesuai dijadikan bahan bacaan.   Pokok pahkak atau tenem atau nama saintifiknya Litsea cubeba adalah merupakan pokok kecil daripada keluarga Lauraceae dan boleh dijumpai tumbuh setinggi 5 hingga 10 meter di 2,300 meter atas paras laut. Dilaporkan penduduk dari lima kampung yang terletak di tanah tinggi di Sarawak tidak pernah menyangka ‘Litsea cubeba’ atau dikenali sebagai ‘pahkak’ bagi kaum Bidayuh dan ‘tenem’ bagi Orang Ulu yang tumbuh liar di kawasan pergunungan, menjadi sumber rezeki mereka. Ketua Kaum Kampung Kiding di Padawan Bakas Daneu menyatakan dimana para penduduk di kampung itu sebelum ini hanya menggunakan pahkak sebagai penambah perasa kepada masakan serta digunakan bagi merawat sakit perut khasnya cirit-birit. Namun kini ia merupakan bahan utama untuk menghasilkan produk-produk penjagaan kulit dan kecantikan yang bernilai tinggi.

Dilaporkan dimana semuanya bermula sejak lima tahun lalu apabila Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) memulakan Projek LitSara melibatkan penyertaan komuniti Bidayuh di Kampung Kiding, Lun Bawang di Long Telingan dan Long Kerebangan di Lawas dan Kelabit di Pa’ Lungan dan Pa’Ukat di Bario. Penduduk kampong memang berasa bangga dan berterima kasih kepada SBC dan UNDP (Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) melibatkan kami dalam projek ini. Perkara ini diketahui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Perkongsian Faedah (BSA) di lakukan. Ketua Kampung bernama Encik Bakas menyatakan setahun mereka mampu memperoleh pendapatan sekitar RM20,000 daripada hasil pengeluaran minyak pati dari buah dan daun pahkak. Kini hasil jualan minyak pati pahkak kepada SBC akan dapat dibahagikan sama rata kepada komuniti terlibat. Mereka sebenarnya mula terlibat dalam projek ini sejak 2015. Mereka telah mula mengutip buah dan daun pahkak dan memprosesnya sendiri dengan peralatan yang disediakan oleh SBC dan NUDP. Mulanya mereka diberi latihan asas dalam memproses daun dan buah pahkak untuk tujuan menghasilkan pati, apabila sudah mahir kami memprosesnya sendiri di sebuah pondok dengan empat set peralatan memproses.

Kejayaan penduduk Kampung Kiding didalam ussaha untuk  mengekstrak minyak pati pahkak sebelum diproses oleh SBC untuk menghasilkan produk siap seperti sabun, syampu, cecair mandi, penyegar udara, minyak pati (daun dan buah), ‘sniff jar’ dan set pemberian cenderamata. Pada tahun 2019 dilaporkan mereka menyasar untuk menghasilkan hampir 40 liter minyak daripada buah pahkak atau tenem dan 20 liter lagi daripada daunnya. Sebanyak 130kg daun pahkak diperlukan untuk menghasilkan satu liter minyak manakala bagi buah hanya 30kg yang diperlukan. Kini bagi kaum Bidayuh pula buah pahkak yang secara tradisionalnya digunakan sebagai penyedap dan penambah rasa terutama bagi masakan daging serta pucuk ubi kayu. Selain itu juga  buah pahkak sering digunakan sebagai penawar kepada sakit perut dan cirit-birit. Pada masa dahulu sehinngga sekarang pun buah pahkak mereka masak bersama pucuk ubi kayu yang ditumbuk agak lumat sebelum dijadikan ubat.

Dalam pada itu didakwa dimana buah tenem atau pahlak ini juga merupakan ubat penawar kepada sakit perut dan cirit-birit. Beliau sendiri pernah memang mengalaminya dimana pada ketika itu dia sedang mengumpul buah dan daun pahkak di atas Gunung Kiding dimna suhu di atas gunung adalah sangat sejuk menyebabkannya sakit perut tetapi selepas memakan hanya sebiji buah pahkak dalam masa lima minit dia dapati tidak lagi sakit perut. Dalam pada sama ketika itu Ketua Kaum Bujang Long dari Pa’Ukat, Bario Pendalaman Sarawak mendakwa penglibatan penduduk kampung itu yang terdiri daripada suku kaum Kelabit dalam projek LitSara telah memberi peluang kepada mereka menjalankan pelbagai aktiviti menanam tumbuhan dengan mengamalkan amalan liar yang baik. Selain memberi pendapatan sampingan yang agak lumayan, penglibatan mereka dalam projek itu mengajar cara penanaman lestari. Pada masa dahulu mereka akanmenebang pokok Litsea cubeba atau tenem dalam bahasa kami, untuk mengambil buahnya tetapi dengan adanya ‘good wild practice’ yang diperkenalkan kepada kami, maka kami dapat menuai buah dan daun tenem secara mampan. Projek Litsara telah pun berjaya dalam memberi faedah kepada penduduk Pa’Ukat kerana ia terbukti telah meningkatkan ekonomi serta keupayaan mereka mengendalikan projek seperti itu. Mereka menyatakan terhutang budi kepada kerajaan Sarawak dan SBC, tidak lupa NUDP atas sokongan dan bantuan kepada kami untuk menjayakan projek ini. Mereka juga berharap sokongan dan bantuan projek seperti ini akan dapat diteruskan pada masa depan. Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan yang dilakukan oleh saintis SBC mendapati minyak pati LitSara yang diekstrak daripada buah dan daun Litsea cubeba adalah antimikrob yang membuatkan ia sesuai sebagai ramuan aktif dalam produk-produk penjagaan kesihatan. Minyak LitSara, pada tahap kepekatan yang sesuai mempunyai wangian yang menyenangkan kerana ia mampu memberi kesegaran dan kecergasan. Projek LitSara adalah projek perintis kepada perkongsian faedah dengan komuniti-komuniti setempat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam....
POKOK TENEM... SEJENIS HERBA...
BUAH DAN DAUN... DIEKSTRAKNYA...
MINYAK DIKUMPUL...BANYAK GUNA...
BACA ARTIKEL.. BARU KENALNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya, 
WP Persekutuan 
Malaysia.
(24 Zulkaedah 1441H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...