Support My Blog

Thursday, July 9, 2020

SUWEG - HEBAT KHASIATNYA

Pernah mendengar SUWEG? Rakyat Malaysia mungkin tidak pernaah mendengar perkataann 'suweg' iaitu sejenis umbisi dalam bahasa Jawa. Apa pun kita yang hidup di era gadget mungkin masih asing dengan nama jenis umbisi ini tetapi mudah mencari maklumatnya jika di google sahaja. Apa yang perlu dilakukan hanya taip perkataan 'suweg' atau nama botaninya 'Amorphophallus paeoniifolius' sahaja sudah tentu ada jawapan. Tumbuhan daripada kumpulan genus  Amorphophallus mempunyai banyak spesis seperti Porang, Walur, Iles-iles dan sebagainya merupakan tanaman umbisi  yang unik. Dilaporkan dimana umbi Suweg boleh dimakan sebagai pengganti nasi dibeberapa negara. Pokok Suweg ini lazimnya ada tumbuh di bawah naungan dan apabila tiba musim kemarau pertumbuhannya terjejas dimana batang dan bunga Suweg tidak keluar atau selalu tidak kelihatan di atas tanah. Sebagai tumbuhan yang menghasilkan umbisi didalam tanah selalunya petani akan menggalinya dengan cangkul didalam tanah dengan berhati-hati agar ia tidak cedra. Saiz umbisi suweg ini berbeza mengikut umur pokok, musim hujan atau kemarau dan juga jenis tanah dimana jika sepokok seberat 2 kilogram itu adalah biasa walau pun ada yang mencapai sehingga 5 - kilogram. Umbi suweg yang  telah diambil dari dalam tanah perlu dibersihkan daripada kekotoran tanah yang melekat (Sila lihat foto diatas). Ia akan dibawa pulang untuk dikupas kulitnya dan kemudian dibelah dan seterusnya di kukus. Lazimnya untuk menambah perisa dibubuh atau tabur garam dan boleh menikmatinya seakan memakan  nasi dengan lauk yang sesuai sahaja. Artikel tengahari ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai tanaman suweg dan sanya lebih nikmat bisa ditabur garam. Setelah masak, Suweg tak ubahnya seperti nasi dengan rasa yang nikmat.


Dikalangan masyarakat biasa memang ada menyatakan bahawa Suweg itu ada sama dengan Porang dari tetapi diteliti sebenarnya ia berlainan dari segi beberapa ciri marfologinya. Nama-nama dalam bahasa lain bagi tumbuhan ini seperti Eelephant foot yam atau Stink lily (bahasa Inggris), Teve (bahasa Tonga), Jimmikand, Suran, Chenna, Ol (bahasa Bengal), serta Oluo (bahasa Odia). Suweg adalah tanaman dipercayai memang berasal dari Asia Tenggara dan tumbuh di hutan-hutan kawasan Malesia, Filipina, serta India tropik (bagian selatan). Umbisi yang matang mempunyai kandungan airnya cu mekup tinggi iaitu antara 65 - 70% dan kandungan patinya di bawah 30%. Pokok suweg yang tingginya boleh mencapai 2 meter lebih masih boleh mengeluarkan bunga. Ia akan terjadi ketika pertumbuhan vegetatifnya telah mencapai titik optimum dan kandungan pati pada umbi telah penuh. ia akan terjadi pada musim kemarau sangat panjang dimana berlaku dari umbi tersebut akan keluar bunga yang bentuknya menyerupai dengan bunga bangkai raksasa walau pun ukuran yang lebih pendek. Biasanya umbi suweg dimasak dengan cara dipotong-potong lalu dikukus. Untuk menghindari rasa gatal, maka umbi dikupas sampai bersih (tidak ada kotoran tanah) dan selanjutnya tanpa dicuci langsung dipotong-potong dan dimasukkan ke dalam kukus. Rasa umbi seweg sama dengan keladi tetapi ada sedikit lembik. Umbi kukus ini boleh terus dimakan masa panas dan lebih enak. 


Apakah manfaat makan umbisi suweg? Didakwa dimana suweg mempunyai manfaat yang banyak. Suweg mampu menghasilkan karbohidrat dan hasilkan umbi yang besar semasa dituai sehingga mencapai seberat 5 kg. Ia memberikan rasa tawar atau neutral dimana ia sesuai dimakan dengan beragam bahan sebagai bahan lain untuk dijadikan kuih tradisional dan kuih moden (Sila lihat foto disebelah). Umbisi suweg diproses dan boleh digunakan sebagai bahan lem, agar-agar, mee, tahu, kosmetik dan roti. Tepung suweg dapat digunapakai sebagai jenis makanan berfungsi yang bermanfaat untuk menekan peningkatkan kadar glukos darah sekaligus boleh mengurangkan kadar kolesterol serum darah iaitu makanan yang memiliki indeks glikemik rendah dan memiliki sifat fungsional hipoglikemik dan hipokolesterolemik. Suweg mengandungi bahan serat makanan dalam jumlah yang tinggi akan memberi daya pertahanan pada manusia. Khasiatnya termasuk elakkan dari timbulnya berbagai penyakit seperti kanser usus besar, diverticular, cardiovascular, kegemukan, kolesterol tinggi dalam darah dan kencing manis. Di Filipina dilaporkan dimana umbi suweg sering dijadikan tepung menggantikan tepung gandum untuk membuat roti. Di Jepun pula umbi sweg dilaporkan sebagai bahan asas membuat sejenis mee yang berkhasiat. 


Dakwaan tidak lengkap tanpa membuat juian makmal mengenai kandungat zat permakanan suweg. Ini kerana dilaporkan suweg mepunyai kandungan diet permakanan yang tinggi. Adapun kandungan zat dari 100 gram suweg yang boleh dimakan terdiri dari 69 Kalori, Protein 1.0 gram, Lemak 0.1 gram, Karbohidrat 15.7 gram, Kalsium 62 mg, Posforan 41 mg, Besi 4.2 mg, Vitamin B1 0.07 mg dan juga Air 82 gram. Didapati bagi umbisuweg bahagian yang dapat dimakan sebanyak 86 %. Saints Teknologi Makanan dari Institut Pertanian Bogor, (IPB) dikenali sebagai Didah Nur menyatakan dimana suweg ternyata mempunyai kadar serat tinggi akan tetapi rendah kandungan gula. Ubi  ini boleh menjadi alternatif murah pengganti nasi bagi penderita diabetes. Kajian di IPB pada 2005 melaporkan kandungan karbohidrat suweg mencapai 18% - 21% dengan kadar serat mencapai 15.09%. Kandungan proteinnya setelah dijadikan tepung juga meningkat menjadi 11.67%. Kadar serat yang tinggi itulah yang membuat suweg memiliki kandungan gula yang rendah. Potensi suweg untuk menjadi sebagai sejenis makanan alternatif bagi penderita diabetes amat berpotensi. Kini memang ternyata walaupun tanaman suweg ini tidak begitu popular akan tetapi khasiatnya memang sudah ada  digunakan dan bahkan sudah dijadikan salah satu alternatif bahan pangan yang kaya akan kandungan karbohidrat dan pelbagai zat lain. Khasiatnya ia mampu mengawal dan menurunkan kadar gula dalam darah yang baik untuk penderita diabetes mellitus (kencing manis). Didakwa ia juga mampu untuk penyembuhan luka dan menambah stamina serta tenaga harian. Ia juga bersifat anti-racun khususnya untuk sengatan serangga berbisa atau akibat gigitan ular berbisa. Ia juga mampu menjaga kekuatan tulang dan gigi serta elakkan kes Osteoporosis. Ia juga akan menjaga ketahanan tubuh terhadap serangan radikal bebas dan penyakit. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
NAMANYA SUWEG... BANYAK GUNA...
JENIS UMBISI... BESAR SAIZNYA JUGA...
RAMAI TIDAK KENAL... ORANG MALAYSIA...
SEKARANG TAHU....SETELAH MEMBACA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Zulkaedaah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...