Support My Blog

Friday, July 10, 2020

PENANAMAN SAWI - APA PERLU TAHU

TANAMAN SAWI (Brassica spp Linn.) ini adalah salah satu jenis sayuran daun yang popular di Malaysia bersama dengan sayur daun lain seperti kailan, kangkong, bayam dan beberapa lagi. Penulis blog menrujuk kepada laporan keluasan tanaman sawi di Malaysia melibatkan seluas 13,236 hektar CHE menghasilkan sebanyak 162,143 metrik tan pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jbatan Pertanian Malaysia).  Daripada pengalaman penulis blog terdapat beberapa jenis sawi yang popular ditanam di Malaysia iaitu jenis (1) Sawi Hijau (Brassica parachinensis) atau disebut choy sum (2) Sawi Putih (Brassica chinensis) atau disebut Pak Choy  (3) Sawi Mini (Brassica rapa chinensis) atau disebut Bok Choy  (4) Sawi Bunga (Brassica rapa cruciferae). Sebenarnya sayur sawi mendudukki tangga ke 3 selepas penanaman Bayam dan Kangkung untuk pasaran domestik dan eksport (Singapura). Penanaman sawi ini ada dijalankan dari kawasan tanah pamah sehingga kepada kawasan tinggi yang subur dan secara teorinya sawi sesuai ditanam dari ketinggian 5 meter sampai dengan 1,200 meter dari paras laut. Kawasan utama penanaman saei adalah di Johor (3,760 hektar) diikuti dengan Pahang (3,156) dan juga di Perak (1,048 hektar). Kebanyakan kawasan penanaman sawi di Perak berada dikawasan tanah bekas lombong seperti di TKPM Sungkai, Perak. Apa pun penulis blog dapati paling luas sawi ditanam dikawasan dengan ketinggian 100 - 500 meter dengan jenis tanah yang baik untuk budidaya tanaman sawi adalah tanah yang gembur, banyak mengandungi humus, subur, serta mempunyai saliran baik. Tanah dengan tahap keasidan yang optima untuk pertumbuhan sawi diantara pH 6.0 - pH7.0. Biasanya di tanam dikawasan yang rata untuk memudahkan penggurusan mekanisasi dan amalan agronomi. Tanaman sawi agak mudah dilakukan kerana tidak memerlukan penjagaan yang rumit kerana tempoh menjaganya juga sekitar 28 - 30 hari sahaja. Ia dikategorikan sejenis tanaman paling singkat untuk memberikan pulangan kepada petani. Amalan agronoomi yang perlu dilakukan seperti penjagaan rumpai, pembajaan dan kawalan penyakit serta perosak dalam masa beberapa minggu sahaja sebelum dituai. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai komoditi tanaman sawi hijau di Malaysia sebagai satu bidang usaha yang dijadikan bahan rujukkan semua.


Tanaman sayur daun seperti sawi perlukan amalan agronomi yang betul mengikut pengesyoran agar ia sesuai dimakan dan selamat. Ada kalangan petani yang tidak mematuhi SOP penjagaan tanaman sehinggakan ia boleh menyebabkan kadar residu sisa racun (MRL) tidak melebihi paras yang dibenarkan. Ada kalangan petani yang menggunakan racun tidak mengikut peraturan dimana apabila sampel sawi diambil pihak berkuasa untuk di hantar ke makmal bagi ujian MRL akan dapat dikesan.  Antara jenis penyakit yang sering menyerang tanaman sawi adalah penyakit layu, kulat dan plasmolisis yang disebabkan oleh kaedah pembajaan yang salah atau memberi lebih unsur Nitrojan (N). Kaedah pembajaan yang betul mengikut jadual dan kuantiti serta jenis baja disyorkan adalah penting didalam menentukan kualiti sawi. Keperluan baja organik akan menjadikan tanaman lebih subur setiap musim penanaman. Antara khasiat sawi hijau didakwa ia sangat baik untuk menghilangkan rasa gatal di tekak kepada mereka yang batuk, mengubati sakit kepala, bahan pembersih darah, memperbaiki fungsi ginjal serta memperbaiki dan membantu memlancarkan pencernaan. Sawi Hijau mengandungi kandungan zat seperti protein, lemak, karbohidrat, Ca, P, Fe, Vitamin A, Vitamin B dan Vitamin C. Sayur sawi hijau juga biasanya dimasak sebagai sayur tumis, campuran didalam mee goreng, mehon goreng dan sebagainya. Ada laporan dimana secawan air rebusan sawi hijau memberikan sebanyak 770 mikrogram Vitamin K iaitu lebih dari 100% dari keperluan harian yang disyorkan kepada kita. 


Penanaman sawi perlukan benih berkualiti yang perlu disemai dahulu sebelum ianya dipindahkan ke kebun mengikut kesesuaian tahap penanaman. Walau puna ada juga kalangan petani yang menanam terus sawi diatas batas dan kemudian dibuat aktiviti penjarangan dan mengubah kelokasi sebelahnya. Lazimnya jarak tanaman sawi yang digunakan iaitu 25cm x 25 cm bergantung kepada sistem tanaman kerana ada juga kaedah tanaman dengan 50 cm x 60 cm. Menurut beberapa penelitian penulis blog kepada penanam sawi komersil di Muar menyatakan selalunya hasil tanaman sawi yang diperoleh lebih sedikit jika kadar kepadatan lebih tinggi dengan oenjagaan yang baik.ia memberikan saiz daun lebih besar dan batang serta rumpun lebih banyak memberikan berat yang optima. Berlainan dengan kaedah penanaman sawi yang dilakukan dibawah program pertanian bandar dimana ia ditanam menggunakan teknologi atas tanah, hidroponik, aquaponik, NFT atau sebagainya sesuai dilakukan. Tanaman sawi amat mudah ditanam didalam pasu atau polibeg dikawasan keliling rumah kerana ia mudah dijaga.


Dalam penanaman sawi selain daripada kawalan rumpai dari peringkat awal penanaman, aspek pembajaan dan kawalan perosak serta penyakit amat penting dilakukan. Pemberian baja asa iaitu organik semasa penyediaan tanah serta kapor mampu membantu untuk kesuburan tanaman. Pemberian baja NPK 15:15:15 kepada tanaman sawi dilakukan seawall minggu kedua, minggu keempat dan minggu kelima penanaman. Pemberian baja tersebut pada kadar 40 gram hingga 50 gram sepokok dengan cara menabur baja disekeliling pokok. Pemberian baja dihentikan ketika hari hujan kerana baja akan mudah terlarut dan meresap ke dalam tanah tetapi akar pokok tidak sempat untuk menyerapnya. Serangga perosak yang biasa menyerang tanaman sawi adalah Ulat Ratus, Ulat Pangkas dan Kumbang Lenting.kesemua ulat ini akan memakan bahagian daun dan batang sehingga menyebabkan daun berlubang dan berbintik bintik. Penggunaan racun pada kelas yang rendah diperlukan bagi mengatasi masalah ini kerana semburan racun pada kelas yang berbahaya mungkin akan memberikan kesan kepada kesihatan manusia. Semburan racun seperti Malathion dan Benomyl pada kadar 30ml kepada 20 liter air disembur kepada tanaman selang seminggu bagi mengatasi masalah serangan makhluk perosak ini. Semburan racun dihentikan 7 hari sebelum aktiviti penuaian dilakukan. Sayur sawi boleh dituai dalam masa 28 hari atau 30 hari selepas pemindahan anak pokok. Pengusaha boleh memetik sawi dengan cara memotong bahagian pangkal pokok yang paling hampir dengan tanah menggunakan pisau yang tajam. Akar tersebut dibiarkan mereput menjadi baja kompos di atas permukaan tanah.Kumpulkan sawi yang telah dituai di dalam bekas bekas besar da n kotoran yang melekat pada daun dan batang sawi dibersihkan menggunakan air bersih. Apa yang perlu diketahui sawi boleh bertahan lama dalam masa 10 hingga 14 hari jika dijaga dalam suhu yang terkawal iaitu 100C. Proses prapenyejukan dilakukan kepada sayur sawi dengan merendam sawi ke dalam air sejuk bersuhu 50C bagi mengekalkan kualiti kesegaran sawi. Sawi perlu dibungkus menggunakan plastic lutsinar berlubang bagi membolehkan pengudaraan berlaku dan bagi mengelakkan sawi menjadi busuk dan rosak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada smeua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN SAWI.... CEPAT MENUAINYA...
SAWI HIJAU... ADA EMPAT JENIS UTAMA...
TANAMAN SUBUR ... IA DIBERIKAN BAJA...
SELEPAS DITUAI... DIPASARKAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(3 Syawal 1441H).
Selamat Hari Raya Aidilfitri...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...