Support My Blog

Tuesday, September 8, 2020

PES ASAM PEDAS - PRODUK POPULAR

PES ASAS PEDAS merupakan salah satu produk baru dipasaran yang mudah diperolehi untuk menyediakan masakan asam pedas yang enak bagi hidangan keluarga. Pada penulis blog kini telah berlaku perubahan gaya hidup masyarakat yang semakin sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan makanan setiap hari. Perkara ini juga telah menyebabkan permintaan terhadap produk mudah guna seperti produk mudah dimasak dan disediakan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pes dan perencah masakan sangat popular pada masa kini kerana ia cepat, sedap dan mudah untukdisediakan. Pes perencah masakan asam pedas, pes daging masak hitam, pes mee kari, pes sup daging dan mee bandung merupakan produk mudah guna dan sedia dimasak untuk dihidangkan bersama nasi atau mee. Berbanding dengan cara memasak lama dan tradisional, penyediaan masakan asam pedas, masak hitam dan mee bandung lebih mudah dan dapat disediakan dalam masa yang singkat sahaja. Pembangunan produk pes dan perencah memang ianya tidak dinyatakan secara khusus dalamPeraturan Makanan 1985. Oleh demikian di Malaysia maka pes dan perencah terangkum dalam Bahagian X Pelbagai (makanan yang tidak distandardisasikan di tempat lain). Pes dan perencah boleh mengandungi zat makanan, kondisioner makanan, bahan perisa,bahan pewarna dan bahan penambah perisa yang dibenarkan. Pes dan perencah tidak boleh menggunakan bahan pengawet yang dibenarkan kecuali setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. Dalam pembangunan produk pes selalunya ada penggunaan air untuk mengisar dikurangkan dan digantikan dengan minyak bagi menurunkan nilai Aktiviti Air (Aw). Ini kerana selalunya air bebas ini akan digunakan oleh hidupan mikroorganisma untuk menjalankan fungsi biologinya. Selain itu lazimnya penggunaan air akan menyebabkan proses memasak menjadi lebih panjang untuk menyejatkan air di dalampes bagi menghasilkan pes yang lebih kering. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai pes asam pedas serta beberapa perkara berkaitan dengan teknologi pembuatannya yang perlu diketahui umum untuk bahan rujukan anda.

Memang ramai pengusaha pes perlu memahami akan perkara teknikal seperti Nilai Aw bagi produk pes dimana ia mestilah kurang dari nilai 0.91. Ini adalah kerana kebanyakan hidupan mikroorganisma tidak dapat hidup pada kadar Aw kurang dari nilai 0.91. Selain itu sebaiknya pH produk pes perlu dikawal supaya pH kurang dari 4.6. Oleh itu jika berlaku akan penambahan asid sitrik atau asam keping ke dalam pes maka ia akaan dapat meningkatkan nilai keasidan produk makanan yang dihasilkan sehingga padda nilai kemasaman iaitu pH kurang ddari 4.6 (memang masam). Pemanasan semula (double-heating) produk pes yang selalu di bungkus sehingga suhu dalaman produk mencapai 90-95 °C perlu dilakukan bagi makanan berasid sederhana sebagai salah satu langkah keselamatan makanan. Patogen Clostridium botulinum dan sporanya didakwa tidak musnah pada suhu tersebut akan tetapi pada kemasaman kurang dari pH4.6 maka spora tidak dapat membiak. Pes asam pedas yang disediakan dengan menggunakan bahan-bahan-bahan herba tempatan seperti daun kesum dan bunga kantan dapat memberikan rasa serta aroma kepada masakan dan ia juga baik untuk kesihatan. Kini terdapat banyak jenama pes asam pedas yang dijual dipasaran tempatan dimana makanan asam pedas merupakan salah satu lauk yang popular. Kini banyak restoren masakan asam pedas yang mana mereka  telah menggunakan pes untuk memasaaknya. 

Pes Asam Pedas daripada apa yang saya buat kajian ada yang mempunyai beberapa resepi dimana sedikit berbeza. Lazimnya resepi pes asam pedas dibahagikan kepada dua jenis iaitu pes asam pedas untuk ikan dan pes asam pedas untuk daging. Kedua-duanya berbeza sedikit dari segi ramuan yang digunakan kerana bahan masakan daripada ikan adalah lebih lembut berbanding dengan bahan masakan berasaskan daging yang keras dan perlukan masa untuk masak agak lama. Satu lagi perbezaan antara keduanya pada saya adalah masakan asam pedas untuk ikan kuahnya agak cair sedikit berbanding dengan kuah asam pedas untuk jenis daging. Bagaimana pun kepekatan kuah asam pedas pada saya sebenarnya 'subjektif' kerana lain orang lain minat dan citarasanya. Apa yang penting adalah pes yang digunakan mesti masih segar dan bahan asas ikan atau daging yang digunakan juga masih segar dan berkualiti. Bergantung kepada skill memasak, seseorang yang handal memasak lazimnya tahu bagaimana menyediakan masakan asam pedas dengan pelbagai ramuan tambahan yang diperlukan. Kawalan api yang betul, cara menumis dengan betul dan masa tepat memasukkan bahan ikan atau daging penting menjaga kualiti masakan dan gabungan asam, garam, serbuk perasa serta bahan lain. Bahan tambahan seperti bendi, terung, tomato, kobis masam, daun kesom, bunga kantan, daun salam dan daun limau purut akan menambahkan lagi keenakkan asam pedas disediakan.

Berapakah harga pes asam pedas yang dijual dipasaran?. Adakah berbaloi kita membeli pes tersebut berbanding dengan membuat pes sendiri dirumah?. Harga satu paket pes asam pedas bergantung kepada saiz bungkusan, kualiti, premis jualan dan juga jenama. Bagi jenama Asam Pedas Johor dijual runcit pada harga RM5.00 sepaket yang sesuai untuk hidangan seramai 10 orang makan. Kajian pasaran mendapati anggaran harga sekitar RM 3.00 - RM 8.00 sepaket bergantung kepada saiz dan jenama. Beberapa usahawan kecil yang tidak ada jenama lazimnya mereka menjual pes asam pedas di pasar tani, pasar malam atau kedai rucit dikampong-kampong dengan harga agak rendah sahaja. Bungkusan yang menarik bagi pes asam pedas berjenama lazimnya mengikuti keperluan piawaian didalam teknik pembungkusan yang diluluskan oleh pihak kerajaan. Kebanyakannya menggunakan pembungkusan plastik atau jenis pembungkus 'tetra-pack' yang tahan lasak dan dijamin ada kualitinya. Dinyatakan juga pada label jumlah isi kandungan, nama pembuat, cara masakk dan juga tarikh luputnya. Bahan pes asam pedas yang berbentuk cecari ini sebaiknya didimpan ditempat yang selamat dan ada juga yang suka menyimpan dalam peti sejuk dirumah. Apa pun kini [enulis blog memang amat suka makan roti canai dengan asam pedas yang sangat popular di Melaka. Setiap malam ramai orang akan pergi ke beberapa restoren asam pedass terutama yang viral di Pasar Borong Batu Berendam untuk mereka menikmatinya. Banyak lagi restoren asam pedas di Melaka yang anda boleh kunjungi daripada yang 'Super Pedas' di perigi Hang Li Po sehingga kepada Asam Pedas Pokok Besar di Bandar Hilir, Asam Pedas Hang Tuah di Duyung dan banyak lokasi lagi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog aniim agr tecnology kali ini. Wasallam!...
PES ASAM PEDAS... POPULAR DIA...
PELBAGAI RESEPI.... BANYAK JENAMA...
KINI KOMERSIL... SINONIM DI MELAKA...
BACA ARTIKEL... INGIN BUAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Taman Cendana, Bukit Beruang,
Jalan Istana, Perssimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaaysia.
(15 Muharam 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...