Support My Blog

Tuesday, September 1, 2020

TANAM POKOK 'YELLOW RAIN TREE'

MENANAM POKOK HUJAN-HUJAN (Samanea saman) iaitu sejenis pokok naungan besar untuk dijadikan tanaman ornamental atau tanaman hiasan kini telah menjadi popular dan menarik. Pokok ini dilaporkan telah menjadi pokok jenis hujan-hujan termutasi yang biasanya dikenali sebagai Pokok Hujan-hujan Kuning (atau dalam bahasa Inggeris dipangil sebagai Yellow Rain Tree atau singkatannya sebagai YRT). Apa yang menarik penulis blog adalah dimana pokok ini juga  yang mempunyai daun berwarna keemasan yang menarik dan cantik sesuai ditanam dilokasi khhusus bersama tanaman hiasan lain untuk menonjolkan keunikannya. Warna daunnya selalu berubah daripada hijau pucat yang menarik ke kuning muda dimana ia kemudian ke kuning keemasan sebelum daun tersebut gugur. Pokok ini sangat unik kerana ia juga merupakan satu-satunya pokok yang memberi kesan apa yang dinamakan 'Musim Luruh' atau 'Fall season'  iaitu berlaku di kawasan tropika. Sekiranya ditanam sebaris atau berkumpulan kesan musim luruh dapat diwujudkan dimana ini menjadikan ia bertambah unik. Yellow Rain Tree (YRT) adalah pokok yang termutasi dimana memang ada terdapat perbezaan yang ketara antara pokok YRT dengan pokok hujan-hujan. Daun YRT yang matang berwarna kuning keemasan, manakala pokok hujan-hujan berwarna kuning keperangan. Pertumbuhan YRT agak perlahan berbanding dengan pokok hujan-hujan biasa. YRT sangat cantik untuk dijadikan pokok landskap. Pada masa kini jika dilihat iaitu kebanyakan pokok YRT yang wujud di kawasan landskap adalah secara tidak dirancang. Anak-anak pokok YRT boleh ditanam bersama-sama dengan pokok hujan-hujan yang lain dimana kewujudan YRT hanya disedari apabila pokok tersebut telah matang dan kekuningan. Penulis blog lihat dimana sejak akhir-akhir ini ada usaha untuk mengasingkan pokok YRT dengan menanamnya di tempat yang tertentu bagi menghasilkan suasana yang amat menakjubkan. Artikel petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai tanaman pokok Yellow Rain Tree sebagai bahan rujukan semua.


Memang unik pokok ini kerana daripada pemerhatian yang dilaku didapati pokok YRT mempunyai ciri-ciri yang berbeza-beza antara satu pokok dengan pokok yang lain. Perbezaan yang jelas dapat dilihat adalah pada warna daun, kadar pertumbuhan, bentuk pokok serta impak yang diberikan dalam landskap. Ini disebabkan proses mutasi (mutation) yang terjadi pada YRT adalah secara semula jadi dan tidak dirancang. Ini kerana pada setiap kali berlakunya mutasi maka akan terdapat ciri-ciri pokok asal yang mengalami perubahan. Perubahan ciri-ciri ini dapat menambahkan lagi variasi pokok yang boleh digunakan dalam perlandskapan. Walau bagaimanapun, sekiranya sesuatu pokok yang berciri baik dapat diklonkan dengan membiakkan secara tampang dimana impak yang lebih baik dapat dijalankan daripada penggunaan pokok YRT dalam perlandskapan. Pada masa kini dilaporkan dimana aktiviti penanaman dengan kuantiti yang besar tidak dapat untuk ianya dilakukan memandangkan bekalan anakbenih pokok YRT yang amat terhad. 


Dilaporkan walau pun pokok YRT boleh berbunga akan tetapi didapati ia tidak boleh menghasilkan buah. Oleh yang demikian pokok YRT sesuai dibiakkan dengan menggunakan kaedah tampang. Sehingga kini telah ada usaha-usaha untuk membiak pokok YRT melalui kaedah pembiakan tampang secara konvensional seperti keratan, tut dan cantuman walau pun didapati kurang berkesan. Beberapa saintis tempatan dan usahawan nurseri mendapati untuk mengatasi masalah tersebut, beberapa modifikasi yang dibuat terhadap kaedah-kaedah tersebut telah dijalankan. Antaranya laporan dari pihak MARDI yang membincangkan dengan ringkas ciri-ciri YRT, corak kekuningan, pemilihan YRT dan kaedah yang diguna untuk menambah bilangan pokok YRT. Antara beberapa ciri-ciri YRT sebagai satu perbandingan antara pokok YRT dengan pokok hujan-hujan YRT dan pokok hujan-hujan yang ketara seperti pertumbuhan pokok, keupayaan untuk menghasilkan buah dan warna daun. Daripada semua pemerhatian yang dijalankan didapati tumbesaran YRT adalah lebih perlahan berbanding dengan pokok hujan-hujan. YRT hanya boleh berbunga akan tetapi ia tidak dapay untuk menghasilkan buah. Pokok hujan-hujan pula mengeluarkan bunga dan menghasilkan buah dengan banyaknya. 


Manakala pada peringkat daun membesar (interflus) dilaporkan daun YRT kelihatan hijau muda manakala daun pokok hujan-hujan hijau pekat. Apabila mulai matang, daun YRT perlahan-lahan akan bertukar warna daripada hijau muda kepada hijau kekuningan dan akhirnya seluruh daun menjadi kuning keemasan. Warna kuning keemasan ini akan bertahan di atas pokok untuk tempoh selama 6 -14 minggu dimana ini akan memberi impak warna yang amat menarik. Manakala daun pokok hujan-hujan apabila matang akan bertukar warna daripada hijau pekat kepada hijau keperangan dan akhirnya seluruh daun akan bertukar ke kuning keperangan (Sila lihat foto paling atas). Daun kuning keperangan ini tidak bertahan lama di atas pokok lalu gugur. Variasi kekuningan antara YRT dengan YRT yang lain dimana dilihat iaitu YRT yang mempunyai daun kuning cair, kuning pekat dan kuning keemasan. Sungguhpun mempunyai pelbagai variasi kekuningan dilihat juga ia tetap memberi impak warna yang menarik berbanding dengan warna hijau pada pokok hujan-hujan.


Dalam pada itu didapati tempoh YRT akan kelihatan kuning adalah dalam masa 6 - 14 minggu dimana kekerapan kelihatan kuning ialah sebanyak 2 - 4 kali dalam setahun. Kekerapan dan tempoh kelihatan kuning juga selalunya akan berbeza-beza antara satu pokok dengan pokok yang lain (Sila lihat foto disebelah). Perbandingan peratusan daun kuning menunjukkan aras nilai yang memberi impak menarik dalam landskap iaitu pada aras 70% dan ke atas dimana bagi peratus daun kuning manakala pada aras 3.5 dan ke atas bagi indeks kekuningan. Dalam masa setahun dilaporkan dimana pokok YRT  akan kelihatan kuning sebanyak tiga kali dan tempoh kuningnya 8 - 12 minggu dimana bagi pokok lain pula kelihatan kuning sebanyak 2 - 3 kali dalam setahun dan tempoh kuningnya 4 - 8 minggu.  Masih ada persoalan bagaimana YRT terjadi. Dilaporkan dimana secara teorinya mutasi terjadi pada pokok hujan-hujan semasa pembentukan buah. Ini kerana biji-biji yang terhasil pada buah berpotensi menghasilkan pokok YRT dimana proses kejadian mutasi ini masih tidak menentu. Kejadian ini boleh terjadi pada satu pokok dimana akan terdapat beberapa buah yang kemungkinan mengalami mutasi sedemikian.Memang agak sukar bagi mendapatkan biji buah YRT yang mutasi melainkan melalui aktiviti mengumpul dan koleksi yang banyak. 


Pada masa ini dilaporkan dimana terdapat dua peringkat untuk mengenal pasti YRT. Peringkat pertama adalah pada awal percambahan biji benih iaitu sehingga anak pokok mempunyai daun pertama. Pada peringkat ini anak pokok kelihatan kuning, tetapi terdapat variasi warna pada hipokotel, kotiledon dan daun. Ciri-ciri ini dapat dikenal pasti seawal l4 hari selepas semai. Peringkat kedua adalah sewaktu anak pokok mempunyai lima daun (Sila lihat foto disebelah). Daun yang matang iaitu tiga dari pangkal ialah kuning dan daun muda ialah hijau. Daun muda juga memang mempunyai sedikit bintik kuning dan bintik kuning ini akan perlahan-lahan membesar ke serata daun dan daun menjadi kuning seluruhnya. Walau bagaimanapun, anak pokok yang diasingkan dari peringkat pertama menunjukkan keupayaan untuk hidup adalah sangat rendah iaitu 0 - 2% sahaja. Anak pokok peringkat ini sangat mudah layu dan tumbesarannya sangat perlahan. Manakala bagi peringkat kedua keupayaan untuk hidup dan tumbesaran anak pokok adalah lebih baik iaitu antara 0 - 10%. Tumbesarannya adalah sama dengan pokok yang normal. 


Pembiakan YRT Kaedah tut biasa YRT boleh dibiak melalui kaedah tut. Kaedah tut mengambil masa selama 2 - 3 minggu untuk berakar. Selepas sebulan, tut dipotong dan ditanam ke medium pasir selama dua minggu bagi tujuan pengerasan. Setelah stabil sebaiknya keratan tut dipindahkan ke medium campuran tanah. Kaedah tut ubah suai Kaedah tut biasa mengalami sedikit masalah. Selepas dibuat tut (buang kulit), didapati ranting menjadi layu dan akhirnya mati. Kaedah tut ubah suai dijalankan dimana kaedahnya adalah sama dengan tut biasa, tetapi kulitnya tidak dipotong. Bahagian ini dililit menggunakan dawai kuprum (dawai bonsai) dan ranting perlahan-lahan akan terjerut dan terputus bekalan makanan. Selepas 2 - 3 minggu ia akan berakar. Potensi YRT YRT ialah pokok yang sangat unik dan cantik yang mampu memberi kelainan dalam industri perlandskapan pada masa akan datang. Jika pokok ini ditanam sebaris di kiri dan kanan jalan raya, keadaannya adalah seperti musim luruh dan yang paling penting ialah YRT boleh dibiak dan diklonkan. Kesimpulan Fenologi YRT yang unik dan menarik telah memberi impak yang tinggi kepada alam sekeliling yang dapat menambah warna-warni dalam industri perlandskapan di negara kita. Diharap pada masa akan datang kita boleh menghasilkan klon YRT yang seragam dalam skala yang besar. Semuga artikel ini memberi infoo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
POKOK HIASAN... CANTIK DAUNNYA...
WARNA HIJAU...AKAN KUNING JADINYA...
TELLOW RAIN TREE... ITULAH NAMANYA...
MENJADI TARIKAN... KEPADA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya, 
Malaysia.
(2 Muharram 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...