KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, August 16, 2015

HERBA - MENGKUDU (Part 1)

MENGKUDU (Morinda citrifolia Linn.) adalah sejenis tanaman yang dikategorikan juga sebagai tanaman Herba berdasarkan kepada khasiat dan penggunaannya. Buah Mengkudu juga dipanggil sebagai Buah Noni, Indian mulberry, Painkiller (lnggeris), Pace, Cangkudu (Indonesia), Yo ban (Thai), Nhau (Vietnam) iaitu daripada keluarga Rubiaceae. Produk jus mengkudu pernah mengegarkan orang ramai di beberapa negara setelah satu laporan mengenai khasiat buah mengkudu diterbitkan. Ramai petani menanam mengkudu sehingga kekurangan benih apabila dijanjikan harga yang tinggi dan jaminan pasaran apabila ada hasil. Bagaimana pun penulis yang semasa itu bertugas di Segamat (sekitar tahun 2001-2004) mendapati ianya tidak seperti diharapkan. Harga buah mengkudu jatuh keparas terendah dan boleh dikatakan tidak menguntungkan dan tiada yang hendak membelinya dikebun. Akhirnya ramai petani yang menebang pokok mengkudu tersebut. Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. la telah hidup secara liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian pada masa itu. Kebanyakannya terdapat di kawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan peparitan dan sungai diatas tanah subur dan terbisr begitu sahaja. Artikel malam raya 2015 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tanaman saka iaitu Pokok Mengkudu yang selalu meghasilkan buah mengkudu sebagai sejenis herba yang berpotensi untuk diusahakan daripada penanaman dikebun sehingga keperingkat pemprosesan. Artikel ini ada dua bahagian iaitu Part 1 dan Part 2.


Bagi mengenali tanaman ini kita akan dapat melihat  yang ia mempunyai batang pokok yang tumbuh menegak dan banyak cabang (Sila lihat foto disebelah). Dahannya agak lurus serta ia berdaun lebar dengan bunga berwarna putih yang keluar sepanjang tahun. Ia mempunyai buah berbentuk bujur dan bertukar daripada hijau kepada putih kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10meter jika tidak dicantas. Dua spesis tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda citrifolia (Varieti ini lebih dikenali dengan nama mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica (varieti mengkudu keceil atau lebih dikenali sebagai mengkudu hutan). Terdapat variasi yang ketara dari segi saiz dan bentuk buah. Ada yang berbentuk bulat, lonjong, pear shape dan tidak ada bentuk khusus. Ini kerana buah mengkudu unik dan mempunyai bonjolan-bonjolan pada permukaan kulit luarnya. Bonjolan atau juga lekukan ini tidak ada yang seragam atau sekata. Buah yang masak lazimnya akan gugur diatas tanah dan dimakan oleh haiwan lain. Bagaimana pun ternakan seperti lembu dan kambing yang melalui keliling pokok mengkudu kurang minat makan daunnya. Pokok ini tahan lasak dan mudah dijaga.


Buah mengkudu mempunyai banyak khasiat. Kajian saintis mendapati setiap 100 g buah mengkudu serbuk mengandungi 71% karbohidrat dan 36% Serabut (fiber), 5.2% protein dan 1.2% lemak. Kajian juga mendapati terdapat pelbagai unsur mikronutrient seperti 9.8 mg vitamin C (1200 mg), 0.048 mg niacin (vitamin B3), 0.02 mg zat besi (iron) dan 32.0 mg potassium. Vitamin A, Kalsium dan Sodium. Dalam jus mengkudu juga mengandungi vitamin C sebanyak 33.6 mg per 100 g jus. Kandungan lain seperti phytochemicals termasuklignans, oligo- dan polysaccharides, flavonoids, iridoids, fatty acids, scopoletin, catechin, beta-sitosterol, damnacanthal dan alkaloids. Buah mengkudu doketahui mempunyai pelbagai kegunaan. la telah digunakan sejak turun­temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. 'Penemuan semula' dan minat masyarakat umum terhadap tanaman 'ajaib' ini bermula pad a penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii. Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah seperti kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang. Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan biopestisid.


Mengkudu merupakan tanaman yang mudah dijaga dan bersifat 'tahan lasak'. la boleh ditanam di pelbagai jenis tanah termasuklah tanah yang bermasalah di negara ini seperti tanah berpasir dan gambut. Penanamannya boleh dilakukan dari aras kawasan pantai hinggalah ketinggian 400 meter. Bagi pertumbuhan dan penghasilan yang baik, keperluan hujan tahunannya ialah 2,000 - 3,000 mm dengan taburan yang serata. Kawasan tanaman yang telah di kenai pasti perlulah dibersihkan daripada sampah sarap dan tunggul kayu dibuang bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan penyakit akar. Kawasan dibajak sedalam 25 - 30 cm dengan bajak piring diikuti dengan bajak penggembur putar selepas lebih kurang dua minggu kemudian. Ini adalah bertujuan menggemburkan tanah melalui pengurangan saiz ketulan tanah dan memusnahkan/mengurangkan masalah rumpai. Parit perlu diadakan di tempat yang bersesuaian terutama di kawasan rendah bagi pengairan air yang berlebihan disebabkan pokok mengkudu tidak tahan kepada air bertakung. Saiz lubang tanaman adalah lebih kurang 0.3 m x 0.3 m x 0.3 m. Baja TSP (Triple Super Phosphate) dan kapur (kapur magnesium berkisar atau GML) masing-­masing pada kadar 100 g/lubang digunakan sebagai baja asas. Pengapuran dengan GML dilakukan lebih kurang dua minggu selepas pemberian baja TSP.


Pembiakan mengkudu boleh dilakukan seeara generatif (biji benih) dan secara vegetatif (keratan batang). Pada penelitian penulid di Segamat dahulu semasa membuat projek tanaman mengkudu, cara biji benih adalah lebih mudah kerana tiada masalah bagi mendapatkan biji benih yang mencukupi bagi tanaman secara komersial. Sebiji buah bersaiz sederhana besar mengandungi 200 - 250 biji. Kebanyakan biji benih ini mudah diperolehi dan disemai dalam tapak semaian dahulu. Biji benih matang diperolehi dari buah yang sudah matang iaitu berwarna melebihi 80% putih kekuningan. Buah ini perlu diperam terlebih dahulu selama 1-2 hari. Bagi memudahkan kerja pengasingan biji dari pulpa buah, mesin pengisar dan alat penapis boleh digunakan. Buah yang telah masak dan lembik dikisar bersama air selama 5 - 10 saat sebelum ditapis bagi mendapatkan biji. Biji yang telah bersih disemai sedalam lebih kurang 1 cm ke dalam kotak semaian berpasir. Kemudian permukaan pasir ditutup dengan kain jenis guni beras supaya biji tidak timbul di permukaan sewaktu penyiraman dilakukan. Biji yang timbul biasanya tidak akan bereambah. Lazimnya biji mula bercambah lebih kurang sebulan selepas disemai. Pada masa ini kain guni beras dibuang bagi memudahkan pertumbuhan. Anak benih boleh mula dialih ke dalam polibeg semasa peringkat daun kotiledon lagi. Saiz polibeg ialah 13 cm x 18 cm dan medium pengakaran mengandungi 50% tanah dan 50% pasir. Pembajaan dilakukan sebulan sekali dengan baja sebatian NPK 18:11 :5:2.5. Kadarnya ialah 5 - 8 butir bagi setiap kali pembajaan. Penyiraman dilakukan apabila perlu. Anak benih dibesarkan di bawah tapak semaian dengan lindungan 50% eahaya. Penanaman di ladang boleh dilakukan setelah terdapat 6 - 7 peringkat daun iaitu lebih kurang tujuh bulan dari tempoh pengalihan ke dalam polibeg (sila lihat foto disebelah). 


Bagi teknik pembiakan secara keratan ambil bahagian hujung tunas sulur air yang boleh memberikan kejayaan antara 60 - 90% hidup adalah bahaguan yang paling sesuai untuk digunakan sebagai bahan tanaman. Keratan tunas air yang hendak digunakan perlu mempunyai 2 - 3 buku bersama pucuk daun. Pengakaran keratan dilakukan di dalam polibeg berukuran 13 cm x 18 cm dengan medium 50°C pasir dan 50% tanah. Bagi tempoh lebih kurang tiga bulan pertama, pemuliharaannya adalah di tapak semaian yang mempunyai 75% lindungan cahaya. Manakala bagi tempoh enam bulan kemudian sebaiknya di bawah 50% lindungan cahaya. Penyelenggaraan anak benih keratan seperti pembajaan adalah sama dengan anak benih dari biji. Penanaman di ladang boleh mula dilakukan selepas anak benih berumur lebih kurang sembilan bulan. Penanaman perlu dilakukan dengan mengikut pakej amalan agronomi yang sedia ada. Sila anda baca herba mengkudu Part 2 berikutnya. Wasallam!....


TANAM MENGKUDU... MUDAH SAJA....
BENIH DISEMAI... KERATAN SAMA...
BUAH BANYAK... TUAI SEGERA...
DIPROSES...JADI PRODUK HERBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana 2, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(1 Syawal 1436H).
SELAMAT HARI RAYA....
MAAF DZAHIR BATIN...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...