SELASIH (Ocimum basilicum Linn) adalah merupakan tumbuhan jenis herba yang kurang dikenali oleh orang kebanyakan walau pun mereka gemar minum air sirap biji selasih. Kini penanaman pokok selasih digalakkan untuk menghasilkan herba yang menghasilkan produk untuk kesihatan. Nama lain bagi selasih dalam bahasa asing seperti Sweet Basil, French Basil (lnggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic), Bai horapa (Thai) dimana tumbuhan ini adalah daripada keluarga Lamiaceae (labiatae). Selasih merupakan satu daripada spesies tumbuhan yang secara umumnya dikenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimum ini dan spesies 'basilicum' merupakan jenis yang terpenting. la telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak patio. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Amerika Selatan. Tumbuhan ini kini telah tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemisfera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 meter tinggi. Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam di kawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri. Penulis sendiri hanya lihat pokok selasih yang ditanam disekeliling rumah untuk dijadikan tanaman hiasan dan mendapatkan hasilnya. Maklumat mengenai keluasan tanaman selasih di Malaysia tiada maklumat setelah penulis membuat rujukka dengan Laporan Statistik Keluasan Tanaman Herba, Jabatan Pertanian Malaysia. Ini mungkin tanaman selasih kurang mendapat perhatian untuk ditanam secara meluas. Artikel Malam Raya Ke 3 tahun 2015 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman selasih atau bunga selasih untuk dijadikan bahan rujukkan dalam Part 1 dan Part 2.
Pokok selasih untuk ditanam di ladang perlu mengambil kira faktor cuaca. Adalah digalakkan penanaman dilakukan pada permulaan musim hujan. Jarak tanaman sebagai pengesyoran awal ialah 30 cm dalam baris dan 60 cm di antara baris (Sila lihat foto disebelah). Kepadatan tanaman dengan jarak seperti ini memberikan jumlah 55,556 pokok sehektar. Di negara India yang merupakan antara negara yang luas menanam selasih menggunakan jarak tanaman yang digunakan ialah 40 cm x 60 cm. Pengeluar bersekala besar di dunia menggunakan kepadatan antara 70,000-80,000 pokok sehektar. Tanaman selasih di negara kita mula berbunga setelah berumur lebih kurang 2 bulan di ladang. Pembajaan tanaman selasih ad lah bergantung kepada jenis tanah dan sejarah tanaman di kawasan penanaman. Sebagai pengesyoran awal di tanah mineral maka baja yang digunakan ialah sebatian NPK (15:15:15) pad a kadar 1.67 tan sehektar (30 g sepokok). Pemberian dilakukan dengan dua pecahan yang sama iaitu pada bulan pertama dan kedua selepas penanaman di ladang. Pembajaan dengan urea sebagai sumber Nitrogen (N) pada kadar 60 kg sehektar dilakukan dalam tempoh seminggu selepas setiap penuaian. Aktiviti kawalan rumpai perlu dilakukan dalam tempoh 1-2 bulan sekali bergantung kepada populasi rumpai yang ada. Kawalan pad a peringkat awal pertumbuhan pokok digalakkan secara menajak kerana keadaan pokok masih ked!. Kawalan selanjutnya secara semburan dengan racun rumpai. Pada kebiasaannya masalah rumpai mulai berkurangan apabila pokok mulai merimbun. Pengurusan air
perlu dibuat terutama diperingkat awal pertumbuhan dimana tanaman ini memerlukan air yang mencukupi. Pastikan air diberikan kepada tanaman melalui penyiraman. Walau bagaimanapun secara teknikalnya pada peringkat pertumbuhan kemudian ia boleh bergantung kepada curahan hujan sahaja. Bagi tanaman di kawasan yang mengalami musim kemarau yang panjang sistem pengairan diperlukan sekurang-kurangnya 2-3 hari sekali. Pengairan sistem renjis berputar (sprinkler) boleh digunakan.
Siapa kata tanaman selasih tidak mempunyai muruh dan penyakit?. Penulis dalam membuat rujukkan mendapati terdapat beberapa musuh perosak dan penyakit yang mungkin boleh menyerang tanaman selasih. Antara perosak dan penyakit serta simptom dan kawalannya adalah seperti yang berikut serangan oleh serangga perosak seperti Ulat Penggulung Daun. Ulat ini merupakan sejenis serangga perosak yang boleh memberi kerosakan yang teruk pada tanaman selasih jika tidak dikawal segera (Sila lihat foto disebelah). Tanda serangan adalah dimana daun-daun yang telah digulung akan gugur. Kawalan dilakukan dengan membuat semburan dengan racun serangga yang mempunyai bahan aktif endosulfan seperti Thiodan boleh mengurangkan serangan.
Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyerang tanaman ini. Antaranya ialah 'Leaf-blight' dan 'Basil-wilt'. penyakit 'Leaf-blight' disebarkan oleh kulat Alternaria spp. Penyakit ini boleh dikawal dengan semburan racun kulat yang mempunyai bahan aktif mancozeb seperti Dithane-45. penyakit 'Basil-wilt' pula disebakkan oleh kulat Fusarium oxysporum. Penyakit ini bermula dengan beberapa daun sahaja dan merebak dengan cepat ke seluruh pokok. Penyakit ini banyak menyerang pada musim hujan dan setiap peringkat pertumbuhan pokok peka kepada penyakit ini. Kawalannya adalah dengan merendam anak benih ke dalam larutan pengawalan kulat 'organamercury' semasa kerja-kerja penanaman di ladang.
Penuaian selasih boleh dilakukan apabila tanaman selasih telah pun berbunga sepenuhnya dan daun-daun di bahagian bawah mulai kekuningan (Sila lihat foto disebelah). Pemotongan batang pokok dilakukan pada aras 15-20 cm dari tanah. Oi kawasan Mediterranean dan negara-negara yang mempunyai iklim yang sama, selasih ditanam sebagai tanaman saka jangka pendek dan penuaian sebanyak 3-5 kali boleh dilakukan dalam tempoh setahun. Oi kawasan beriklim sejuk pula (temperate zone) penuaiannya adalah hanya sebanyak 1-3 kali setahun. Penilaian terhadap beberapa aksesi baka selasih tempatan di tanah mineral memberikan potensi jumlah hasil herba segar antara 38-62 tan sehektar. Hasil ini diperoleh dari empat kali penuaian setahun (hasil utama dan tiga ratun). Kekerapan antara penuaian adalah antara 12-14 minggu. Alat penyulingan digunakan bagi mengeluarkan minyak pati dari daun dan bunga tanaman selasih. Hasil minyak pati yang diperoleh dari proses penyulingan herba segar ini adalah antara 77-182 kg sehektar. Kadar peratus perolehan minyak pati dari herba segar ialah 0.19-0.35%. Aksesi yang paling berpotensi dari penilaian ini ialah baka BM 14. Hasil herba segar, hasil minyak pati dan kadar peratus perolehan minyak patinya masing-masing ialah 50 tan sehektar, 182 kg sehektar dan 0.35%. Penilaian yang dilaksanakan di tanah berpasir bris dengan menggunakan baka tempatan memberikan hasil herba segar sebanyak 23 tan sehektar. Kadar pembajaannya dengan menggunakan baja sebatian NPK (12:12:12:17:2 + Te) adalah agak tinggi iaitu sebanyak 2.5 tan sehektar. Manakala peratus perolehan minyak pati adalah lebih rendah antara 0.15-0.20% sahaja. Kadar peratus perolehan minyak pati bagi kedua-dua kawasan tanah di negara ini adalah lebih rendah berbanding dengan India iaitu dengan penggunaan baka-baka yang terpilih peratus perolehannya adalah antara 0.40-0.50%. Hasil bagi herba segar dan minyak patinya masing-masing ialah 40-60 tan sehektar dan 160-300 kg sehektar.
Aktiviti pengendalian lepas tuai hasil selasih dilakukan bagi tujuan untuk pemprosesan minyak pati dengan herba segar dibiarkan berpanas selama 4-5 jam di ladang, Bagi tujuan untuk mengurangkan kandungan air dalam daun dan batang pokok selasih yang telah dituai sebelum proses penyulingan dijalankan. Penyulingan menggunakan alat menyuling minyak pati boleh dilakukan dengan Alat Penyuling Pati (Sila lihat foto disebelah). Cara melakukan penyulingan ini perlu ada kemahiran dan keupayaan mesih yang baik. Minyak pastinya mempunyai nilai pasaran yang amat tinggi. Berdasarkan empat kali penuaian dalam tempoh setahun dari sego kosting didapati jumlah kos kerja kontrak, bahan input dan tenaga kerja masing-masing adalah sebanyak RM1,200, RM18,400 dan RM9,500 bagi penanaman seluas sehektar. Jumlah kos keseluruhan termasuk kos luar jangka (10%) adalah RM32,010. Jika menanam selasih dengan menggunakan baka BM 14 yang memberi hasil 182 kg sehektar sebagai bahan tanaman maka anggaran kos pengeluaran sekilogram minyak pati selasih adalah sebanyak RM176.00. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog pertanian 'Anim Agro Technology' untuk dijadikan rujukkan. Wasallam!!!.
NAMA SELASIH... MUDAH TANAMNYA...
DARIPADA BIJI.... KERATAN JUGA....
PERLU DISIRAM.... DIBERI BAJA...
SUDAH BERHASIL... KUTIP BIJINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(3 Syawal 1436H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.