KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, August 13, 2015

HERBA - TEA TREE (Part 3)

TEA TREE (Melaleuca alternifolia Cheel) merupakan sejenis tanaman herba yang diimport dari luar negara khususnya dari Australia untuk ditanam di Malaysia sebagai sejenis herba yang berguna. Nama lain herba ini adalah Gelam wangi, Tea Tree (lnggeris) iaitu sejenis tumbuhan renek daripada keluarga Myrtaceae. Kali pertama saya melihat tumbuhan ini semasa melawat projek tersebut di Selangor dan mendapati ia sesuai ditanam di negara kita untuk tujuan komersil.  Antara ciri tumbuhan ini atau juga dipanggil sebagai pokok gelam wangi Australia atau juga dikenali dengan panggilan komersialnya sebagai pokok tea tree merupakan pokok tumbuhan berkayu dengan ketinggian mencapai 4-7m. Kulitnya seakan-akan kertas dan boleh disiat dalam bentuk kepingan yang memanjang dengan mudah. Saiz daunnya yang kecil dan berbentuk 'lanceolate' itu tersusun secara susunan berlingkar (spiral) di sepanjang ranting. Pada permukaan bawah daun terdapat dua baris bintik kecil sel minyak tersusun memanjang dari hujung hingga ke pangkal daun. Di beberapa kawasan di utara Semenanjung Malaysia dilaporkan ada jenis liar dimana bunganya yang berwarna putih itu kembang ketika bulan Mac hingga April. Penulis dapat info mendapati tumbuhan 'Tea tree' ini yang ditanam komersil kini adalah tumbuhan jenis saka yang berasal dari benua Australia. Sehingga kini terdapat sebanyak 230 spesies Melaleuca telah dikenal pasti. Daripada jumlah banyak bilangan spesis ini yang terdapat di Australia, hanya tiga spesies sahaja iaitu jenis Melaleuca alternifolia, M.linarifolia dan M. dissitifloria yang mempunyai komposisi kimia yang tepat terkandung di dalam minyaknya, iaitu mengandungi terpinen-4-ol yang tinggi dan kineole yang rendah. Minyak tea tree di hasilkan dengan cara menyuling daun segar selepas sahaja dituai. Artikel subuh 27 Ramadan ii saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman 'tea tree' untuk tujuan mendapatkan info dengan baik.


Keperluan air adalah kritikal bagi bulan pertama selepas ditanam di ladang. Sistem pengairan dengan menggunakan' rain gun' didapati sesuai bagi tujuan menjimatkan kos. Bagi tujuan pembajaan sebaiknya anak tea tree memerlukan pembajaan yang rapi untuk memulakan pertumbuhan dengan kadar yang cepat pada peringkat awalnya. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pembajaan pada kadar 150-200 kg N/ha, 50 kg P20S' 70 kg K20/ha disyorkan bagi memperoleh pertumbuhan dan hasil daun yang tinggi. Kadar ini bersamaan dengan baja sebatian NPK sebanyak 1.125 t/ha. Baja boleh ditabur di antara baris dalam 4 pecahan sama terdiri daripada baja sebatian 15:15:15 sebanyak 250 kg/ha dan baja sebatian 12:12:17:2 + Te sebanyak 313 kg/ha diselang-seli iaitu pad a bulan pertama, ketiga, keenam dan kesembilan selepas ditanam di ladang bagi tanaman utama. Manakala pembajaan untuk ratun seterusnya kadar yang sama diberi daripada dua jenis sebatian yang sama dan diselang-seli (Sila rujuk jadual 1 dibawah).

Jadual1 : Kadar pembajaan tanaman 'Tea Tree'

Kawalan rumpai boleh dilakukan dengan semburan racun rumpai jenis pracambah (pre-emergence) seperti Lasso. Semburan ini dilakukan selepas penyediaan tanah bagi mencegah benih rumpai tumbuh. la boleh disembur sebelum tea tree ditanam di ladang dan didapati berkesan dalam mengawal percambahan rumpai sehingga 1-11/2 bulan. Kawalan rumpai selanjutnya boleh dilakukan dengan penggunaan mesin memotong rumput dengan kekerapan lebih kurang 4 bulan sekali. Masih belum terdapat sebarang laporan tentang musuh perosak dan penyakit yang serius terhadap tanaman tea tree di negara kita. Walau bagaimanapun melalui pengalaman, kerosakan pada tanaman tea tree kerap berlaku akibat serangan anai­anai pad a pangkal pokok ketika awal penanaman. la dapat dikesan dari rupa bentuk daun yang menjadi kuning dan kemudian menjadi perang dan kering. Kawalan anai-anai ialah satu kemestian bagi kawasan yang telah mempunyai perosak ini.

Penuaian hasil bagi tanaman tea tree boleh dituai selepas 11-12 bulan ditanam di ladang. Penuaian dilakukan mudah iaitu secara memotong batang pokok lebih kurang 15 cm dari tanah. Pertumbuhan tunas baru dari batang yang tinggal adalah merupakan hasil ratun. Hasil tuaian akan dikumpulkan dalam bekas khas sebelum diproses selanjutnya (Sila lihat foto disebelah). Penuaian hasil ratun dapat dilakukan dalam tempuh 6 bulan sekali. Potensi hasil utama adalah sebanyak 20 tan basah sehektar. Hasil bagi ratun pertama dan kedua pula masing-masing sebanyak 25 tan dan 30 tan sehektar. Dijangkakan dengan pengurusan tanaman yang baik selalunya hasil yang ekonomik boleh mencapai selama lebih kurang 10 tahun. Lazimnya selepas dituai menggunakan mesin, seluruh pokok tea tree diraeik terlebih dahulu supaya mudah dimasukkan ke dalam bekas penyuling. Proses penyulingan bagi tea tree mengambil masa selama 3 jam. Kandungan minyak pati yang diperoleh ialah 0.7% hingga 1 %. Bagi sehektar penanaman tea tree ia boleh menghasilkan 150 hingga 200 kg minyak pati bagi setiap pusingan tanaman dan boleh dituai dua kali setahun.

Daripada analisa kewangan  anggaran kos pengeluaran sehektar tanaman tea tree bagi tahun pertama, kedua dan ketiga hingga ke-1 0 adalah masing-masing RM18,730, RM15,600 dan RM15,550. Jumlah kos pengeluaran ini adalah berdasarkan harga benih, kos tenaga kerja, kos memungut hasil dan pengendalian lepas tuai. Berdasarkan potensi hasil basah tanaman herba  tea tree sebanyak 20 mt/ha, 25 mt/ha dan 30 mt/ha masing-masing bagi tahun pertama, kedua dan ketiga hingga tahun ke-10. Analisa dan jumlah kos pengeluaran tea tree basah sekilogram masing-masing dikira sebanyak RM0.90/kg, RM0.60/kg dan RM0.50/kg. Seterusnya kos untuk dapat menghasilkan sekilogram minyak pati pula dianggarkan antara RM83/kg hingga RM111/kg berdasarkan hasil minyak pati antara 150 - 200 kg setiap pusingan tuaian. Harga minyak pati ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi diperingkat antarabangsa. Semuga anda mendapat info berguna dan boleh dijadikan bahan rujukkan. Kita usahawan di Malaysia telah mempunyai beberapa lokasi menanam tea tree walau pun belum luas seperti tanaman herba yang lain. Wasallam!.
NAMA 'TEA TREE'...APAKAH DIA...
POKOK HERBA...DARI AUSTRALIA...
MUDAH DITANAM...MUDAH DIJAGA...
BOLEH PROSES... AMBIL PATINYA...

By,
M Anem,
Senuir Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(27 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...