KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, August 19, 2015

HERBA - DOKONG ANAK (Part 2)


DOKONG ANAK (Phyllanthus amarus, P. niruri, P. urinaria atau P. debelis) adalah sejenis herba yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian dan Herbs Development Office (HDO) sebagai sejenis herba berpotensi tinggi untuk di komersilkan. Saya mengenali pokok dokong anak ini yang tumbuh meliar dikeliling rumah di kampong, Johor dahulu sebagai rumpai sahaja. Kini dokong anak juga dinamakan sebagai Buah amin, Nipon-nipon (Malaysia), Chanca piedra (India), Tumbuhan Meniran (Indonesia), Quebra pedra (Amerika Selatan), Zhen chu cao, ye xia zhu (China), Stone breaker dan sebagai Shatter stone (lnggeris). Tumbuhan renek ini adalah daripada keluarga Euphorbiaceae. Dukung anak atau juga dikenali dengan buah amin ialah sejenis rumpai yang boleh tumbuh di kawasan yang mempunyai habitat yang berbeza-beza daripada tanah gambut, tanah granit, tanah mineral, tanah bris dan pelbagai jenis tanah lagi. Tumbuhan ini banyak terdapat sama ada di kawasan lembap dan kering, di kawasan kebun atau tanah terbiar. Walaupun tumbuhan ini dianggap sebagai rumpai bagi petani, ia juga merupakan tumbuhan yang mempunyai khasiat perubatan yang bernilai bagi pengamal perubatan tradisional. Genus Phyllanthus ini mempunyai lebih 500 spesies dan sebahagian daripadanya mempunyai nilai perubatan dan digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit sama ada oleh penduduk di kawasan tropika atau suhu sederhana. alam beberapa rujukan penulis dapati secara tradisi tumbuhan ini banyak digunakan dalam sistem perubatan Ayurvedik, Yunani, perubatan Cina dan Amerika Selatan untuk rawatan penyakit berkaitan buah pinggang seperti batu karang, malaria, asma, pelawas kencing, penambah selera makan dan penyakit yang berkaitan hati. Di Malaysia, tumbuhan ini ini banyak juga digunakan untuk rawatan kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa, cirit-birit, gatal­-gatal dan jaundis. Sejak akhir-akhir ini, kajian saintifik terhadap tumbuhan ini mula diberi perhatian khusus oleh para penyelidik memandangkan ia mempunyai sifat antivirus terutama virus hepatitis B. Antara spesies ubatan didapati daripada dokong anak yang digunakan di Malaysia ialah Phyllanthus acidus (Pokok cermai), Phyllanthus emblica (Pokok Melaka) dan ketiga adalah Phyllanthus pluchea (Pokok naga buana). Artikel subuuh ini saya mampu membaca beberapa buah buku dan jurnal untuk ditulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi herba Dokong Anak yang boleh ianya dikomersilkan di Malaysia.


Penanaman dokong anak dibiakkan dengan menggunakan biji benih kerana ia mudah diperolehi daripada pokok matang. Bagi tujuan penyediaan tanaman untuk pengeluaran biji benih, batas tanaman hendaklah disungkupkan dengan lapisan plastik. Penyedut hampagas (vacuum) boleh digunakan untuk menyedut benih yang luruh dan terkumpul di permukaan plastik. Aktiviti ini dilakukan sebelum aktiviti penuaian tanaman dijalankan. Biji benih yang dikumpul, dibersihkan daripada bahan asing dan dikeringkan dengan menjemur selama 2-3 hari. Saiz biji benihnya apa yang penulis teliti adalah sangat kecil. Jumlah biji bagi setiap gram adalah dalam lingkungan 3,000 hingga 4,000 bergantung kepada spesies dan kualiti biji benih. Bagi memastikan percambahan yang memuaskan dan seterusnya pengeluaran bahan tanaman yang berkualiti, anak benih hendaklah terlebih dahulu disemai dengan menggunakan dulang semaian. Dengan andaian peratus pereambahan dalam lingkungan 60% dan populasi tanaman ialah 83,000/ha, jumlah biji yang diperlukan ialah 30-40 g/ha. Lazimnya petani komersil akanmelakukan kerja penyemaian yang boleh dilakukan dengan menggunakan set dulang menyemai stirofom. Penyiraman hendaklah secara sederhana supaya tidak terlampau kering atau basah, bagi memastikan anak benih tumbuh dengan baik. Anak benih mula bercambah selepas 5 hari penyemaian. Anak benih ini sedia untuk dipindahkan ke dulang penanaman 7 hari kemudian (Sila lihat foto disebelah). Ketinggian anak benih pada masa ini dalam lingkungan 10-15 cm. Bagi memastikan pertumbuhan di ladang baik serta seragam, elakkan menanam anak benih yang kurang subur atau dijangkiti penyakit dan yang diserang musuh perosak.


Penyediaan yanah dan batas tanaman adalah penting untuk menanam dokong anak. Dokog anak juga sensitif terhadap air bertakung. Justeru itu, sebaik-baiknya tanaman ini ditanam di atas batas dan lebar batas bergantung kepada sistem atau cara  penanaman. Bagi batas berukuran 120 cm lebar (parit ke parit), 4 baris penanaman boleh diamalkan dengan jarak 30 cm di antara baris. Ketinggian batas bergantung kepada sistem saliran kawasan penanaman. Bagi tanah bris, ketinggian batas yang disyorkan ialah 25-30 cm. Sebelurn pemasangan sungkupan plastik, pita titis hendaklah dipasang di setiap barisan tanaman.pemasngan sungkupan plastik penting bagi memastikan produk tanaman yang dihasilkan tidak mudah tercemar dengan tanah atau pasir diperingkat penuaian. Dukung anak dituai dengan memotong keseluruhan tanaman pada aras tanah. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 30 cm x 20cm dan akan menghasilkan populasi tanaman sebanyak 83,000 pokok/ha. Lazimnya ia ditanam secara berperingkat untuk aktiviti penuaian yang juga berperingkat mengikut kehendak pasaran dan keadaan cuaca.


Pengurusan amalan agronomi dokong anak perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil berkualiti. Aktiviti Pembajaan perlu juga dilakukan walau pun bunyinya agak pelik. Kadar pembajaan bergantung kepada jenis tanah. Bagi tanah aluvium dan tanah gambut, penggunaan baja organic seperti najis ayam sudah mencukupi. Bagi tanah berpasir seperti tanah bris, selain baja organik najis ayam, baja separa organik seperti Kokei (N:P:K:10:10:10) juga diperlukan. Dukung anak merupakan tanaman jangka pendek (tempoh tanaman hanya 8-10 minggu), oleh itu kesemua baja diberi sebelum menanam. Kedua-dua jenis baja (baja organik dan separa arganik) diberi dengan menggaulkannya rata sedalam 10 cm di permukaan batas seharj sebelum sungkupan plastik d:pasang. Kadar baja yang disyorkan mengikut jenis tanah. Aktiviti kawalan rumpai dilakukan mengikut jadual. Masalah rumpai di batas penanaman boleh dielakkan dengan menggunakan sungkupan plastik. Sungkupan plastik hendaklah dipasang dengan menutupi keseluruhan batas sebaik sahaja pemberian baja dan pemasangan pita titis. Selain untuk pengawalan rumpai, pengumpulan sungkupan juga boleh memastikan bahan tanaman yang dituai tidak tercemar dengan pasir, tanah atau bahan organik seperti rumpai. Selain itu, penggunaan sungkupan plastik pantul cahaya seperti ini juga boleh membantu mengelakkan serangan kutu daun (aphids). Dalam teknik pengurusan air dukung anak seperti juga tanaman lain, memerlukan pemberian air yang optimum untuk pertumbuhan yang terbaik. Kekurangan air boleh menjejaskan pengambilan zat makanan dan membantutkan pertumbuhan vegetatif. Sebaliknya, pemberian air yang berlebihan pula boleh menjejaskan pertumbuhan. Penjagaan tanaman dokong anak walau pun nampak mudah tetapi perlukan kemahiran penanam. Bersambung Part 3. Wasallam!.

DOKONG ANAK... PELIK BUNYINYA...
DULU DIRACUN... RUMPAI BAHAYA...
IA BERKHASIAT....KINI BERGUNA...
DITANAM KOMERSIL...MAHALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Herba, Pusat Pertanian Serdang,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(18 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...