KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, August 10, 2015

HERBA - MISAI KUCING (Part 3)

MISAI KUCING (Orthosiphon stamineus Benth sinonim Orthosiphon aristatus Blume) merupakan sejenis herba yang kini semakin popular ditanam di Malaysia kerapa ia adalah salah satu herba yang digalakkan penanamannya dibawah EPP1, Herba ini merupakan sejenis herba popular yang juga dikenali dengan nama lain seperti Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris) iaitu tumbuhan daripada keluarga Lamiaceae. Saya ada menulis artikel mengenai misai kucing sebelum ini untuk dijadikan bahan rujukkan (Sila klik disini)(Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Pembacaan dan rujukkan penulis mendapati  misai kucing dipercayai berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina termasuk kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Bagaimana pun jika nama 'Misai Kucing' atau 'Kumis Kucing' adalah sama sahaja kerana bentuk bunga herba ini memang menyerupai misai kucing sebenar. Tanaman ini banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, misai kucing juga ditanam di kebun secara komersil dan juga dikawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana faktor bunganya yang menarik.  Tanaman ini telah dikenal pasti sebagai salah satu jenis tanaman herba yang amat berpotensi untuk ditanam secara komersial memandangkan ia mudah diusahakan. Tanaman ini juga telah terbukti berkesan dari segi kesihatan dalam merawat pelbagai jenis penyakit khususnya penyakit berkaitan dengan ginjal. Artikel malam raya kedua 2015 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis herba yang kini popular untuk ditanam secara komersil iaitu Misai Kucing sebagai satu bahan rujukan saintifik untuk anda semua.


Tanaman misai kucing didapati tidak menghadapi sebarang masalah perosak dan penyakit yang serius kerana ia dikategorikan sebagai jenis rumpai yang lasak. Bagaimana pun pengurusan penanaman bagi tanah bris sebaiknya disyorkan agar penanaman misai kucing pada musim kemarau (Januari-Jun) memerlukan 40 - 50% teduhan memandangkan suhu permukaan tanah yang agak tinggi pad a musim ini. Teduhan juga boleh disediakan dengan menggunakan jaringan plastik hitam atau mengamalkan tanaman selingan untuk mendapatkan naungan Walau bagaimanapun, teduhan tidak diperlukan bagi tanah aluvium. Penuaian hasil Misai kucing lazimnya akan dituai secara manual. Tuaian pertama dibuat apabila tanaman meneapai peringkat umur 10 minggu selepas menanam. Panjang ranting yang dituai ialah 30 cm dipotong menggunakan pisau tajam (Sila anda lihat foto disebelah). Jumlah hasil tuaian misai kucinga bergantung kepada bilangan tuaian dan varieti MOS yang digunakan. Kekerapan tuaian yang disyorkan ialah 2 minggu sekali. Hasil dituai dikumpulkan dan dibawa kepusat pengumpulan hasil untuk diproses pengeringan secara asas. Nisbah pengeringan (berat basah daun:berat kering daun) ialah 4.0 - 5.0 bergantung kepada musim tanaman. Berdasarkan nisbah tersebut, jumlah hasil kering yang diperoleh (pada tahap 10% kandungan air) bagi 20 kali tuaian ialah 5 - 6 t/ha/tahun.


Hasil misai kucing yang kering yang dikeluarkan hendaklah bebas daripada bahan asing (seperti rumpai dan pasir) dan tidak dijangkiti kulat. Bagi tujuan tersebut, keratan hendaklah dikeringkan sebaik sahaja dipetik dari ladang. Jika perlu, pengasingan daun daripada batang biasanva dibuat selepas pengeringan memandangkan daun masih rapuh dan mudah terlerai daripada batang apabila dilurut. Nisbah berat daun berbanding dengan ranting adalah lebih kurang 1 :1. Bagi memastikan bahan bioaktif tidak musnar suhu pengeringan hendaklah tidak melebihi 45OC. Beberapa sistem pengeringa~ seperti menjemur di bawah matahari, ketuhar komersial atau ban pengeringan tembakau boleh digunakan. Bahan tanaman yang telah dikeringkan hendaklah disimpan di dalam beg plastik dan ditutup rapi supaya tidak mudah diserang perosak atau dijangkiti kulat. Dari segi analis kosting didapati jumlah kos pengeluaran bagi sehektar tanaman misai kucing ialah RM9,130.00 bagi tanah bris dan RM8,140.00 bagi tanah aluvium. Sebahagian besar ialah kos bahan input seperti baja, sungkupan plastik dan peralatan pengairan. Kos pengeluaran bagi tanah bris lebih tinggi kerana penggunaan baja najis ayam dan baja kokei yang tinggi. Pada tahap hasil kering dalam lingkungan 6 t/ha, kos pengeluaran bagi sekilogram hasil kering (keratin ranting berdaun) masing-masing ialah RM1.50 dan RM1.40 bagi tanah bris dan tanah aluvium. Potensi penanaman herba misai kucing adalah tinggi jika ada jaminan pasaran dan jaminan harga. Tinjauan penulis dibeberapa lokasi menanam misai kucing ada yang berjaya berterusan menanam sehingga banyak pusingan tetapi ada segrlintir usahawan yang berhenti sekali penanaman sahaja akibat faktur pemasaran. Sila baca sama artikel pada Part 2 dan Part 3. Wasallam!.
MISAI KUCING... SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM... OLEH SESIAPA...
BANYAK KHASIAT...PELBAGAI GUNA...
TANAM SENDIRI... JUAL DIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 502, Hotel Pine Tree,

Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(2 Syawal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...