Support My Blog

Tuesday, August 25, 2015

HERBA - HEMPEDU BUMI (Part 2)

HEMPEDU BUMI (Andrographis paniculata) adalah sejenis herba yang kini berpontensi untuk dikomersilkan daripada keluarga Acanthaceae. Penulis dapati antara nama-lain bagi herba ini adalah Hempedu bumi, hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita, king of bitter, creat, green chireta (lnggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia). Saya ada juga menulis mengenai tumbuhan ini dalam penulis sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini).  Hempedu bumi merupakan salah satu tanaman yang telah digunakan sejak turun ­temurun oleh penduduk Asia terutamanya di China, India dan gugusan Kepulauan Melayu untuk tujuan sebagai perubatan. Penggunaan tanaman ini dilaporkan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan Ayurveda. Hempedu bumi ialah herba semusim jenis renek. Batangnya berkayu dan biasanya bergaris pusat 0.5 - 1.0 cm. Hempedu bumi mempunyai banyak cabang dan ketinggiannya boleh meneapai sehingga 90 cm. Batang pokok hempedu bumi berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun dan dua dahan. Daunnya tunggal dan bertangkai pendek. Permukaan atas daun biasanya berwarna hijau tua dan permukaan bawah berwarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih keunguan. Buah atau lenggainya pula secara purata berukuran 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi eoklat muda. Lengai pecah apabila matang dan menyebarkan biji benih di sekitarnya. Purata bilangan biji ialah 9 - 12 bagi setiap lengai dan satu gram biji benih mengandungi 700 - 800 butir. Hempedu bumi mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Akar boleh tumbuh sehingga 30 - 40 cm dalam. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini akan mempaparkan info terkini mengenai tanaman hempedu bumi untuk rujaukan anda.


Menanam Hempedu Bumi dilakukan diladang dengan dimana ia ada sistem pengairan lengkap. Apabila penanaman menggunakan sistem pengairan titis dan sungkupan plastik, sistem pengairan titis tersebut perlu dipasang terlebih dahulu sebelum batas disungkup dengan sungkupan plastik. Batas tanaman perlu diberi pengairan ke tahap kapasiti ladang. Sebaiknya lubang tanaman dibuat dengan menggunakan alat yang sesuai pada jarak tanaman 30 cm di antara pokok. Satu batas disyorkan ditanam dalam 2 baris tanaman dengan jarak di antara baris juga 30 cm. Jarak ini akan memberikan populasi tanaman sebanyak 55,555 pokok sehektar. Pada kadar pertumbuhan yang normal, penggunaan anak semaian yang optimum membolehkan anak pokok mengeluarkan eabang baru 2 - 3 minggu selepas menanam. Bunga pula akan mula keluar pada peringkat umur 6 - 8 minggu selepas menanam diikuti dengan pembentukan lenggai 10 minggu selepas menanam.


Pembajaan tanaman ini dengan kadar pembajaan baja organik dan separa organik bagi tanah bris dan aluvium adalah berbeza mengkut jenis tanah. Bagi tanag bris diberikan sebanyak 1.0 mt baja organik sehektar yang ditabur 7 hari sebelum menanam. Sementara itu baja separa organik diberikan sebanyak 500 kg sehektar semasa aktiviti menanam. Tanah alluvium pula perlu dibaja dnegan baja organik sebanyak 10 mt sehektar 7 hari sebelum menanam dan baja separa organik sebanyak 250 kg kg sehektar semasa menanam. Cara membaja organik dimana ia perlu dibubuh tujuh hari sebelum menanam dengan teknik asas menggaulkannya sehingga kedalaman 15 cm daripada permukaan batas. Baja organik lain yang boleh digunakan ialah najis lembu atau kambing. Di tanah bris, najis ayam pada kadar 10 t/ha dapat memberikan pertumbuhan pokok yang subur dan berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi. Bagi tujuan pembajaan separa organik sebaiknya diberi satu hari sebelum sungkupan dipasang pada batas tanaman. Baja tersebut perlu digaul ke permukaan batas. Sumber baja separa organik yang boleh digunakan ialah baja Kokei yang berformulasi 10:10:10 (N:P:K). Kadar baja separa organik yang berbeza disyorkan untuk kedua-dua jenis tanah bris (500 kg/ha) dan tanah liat (250 kg/ha) kerana kadar tersebut masing-masing lazimnya memberikan kandungan kimia andrographolid tertinggi di kedua-dua tanah tersebut.


Cara membaja fertigasi untuk tanaman ini berbeza dengan kaedah tadi. Pembajaan berteknologi tinggi seperti fertigasi juga, boleh digunakan untuk membaja tanaman hempedu bumi. Bagi teknik ini, baja larut air diberikan melalui sistem pengairan titis. Pembajaan boleh diberi secara berkala dan teknik ini boleh menjimatkan tenaga pekerja kerana hanya seorang pekerja diperlukan untuk membaja. Jumlah nutrien yang perlu diberikan adalah sama seperti jumlah dalam kaedah manual. Walau bagaimanapun, kos pemasangan serta alat­alat yang berkaitan perlu diambil kira. Hempedu bumi memerlukan air yang mencukupi untuk pertumbuhan yang baik. Kekurangan air pada peringkat pertumbuhan vegetatif akan membantutkan pertumbuhan tanaman. Tanpa air yang cukup, nutrien tidak dapat diserap dengan sempurna dan boleh menyebabkan tanaman berbunga lebih awal dan mengeluarkan hasil yang rendah. Manakala pengairan yang berlebihan pula, akan mendorong berlakunya larut lesap yang tinggi dan menyumbang kepada pembaziran baja terutama di kawasan tanah berpasir. Pada masa sekarang, pengairan boleh dilakukan menggunakan beberapa kaedah bergantung kepada kesesuaian kawasan tanaman. Kaedah pengairan yang boleh digunakan ialah Sistem pengairan Renjis berputar (sprinkler system). Sistem ini sesuai bagi kawasan yang luas. Sistem ini memerlukan sumber air yang banyak serta enjin yang berkuasa tinggi.  Sistem pengairan Alur lebih sesuai bagi kawasan yang rata dan mempunyai sumber air yang banyak dan kadar resapan yang rendah. Sistem ini sesuai diamalkan di kawasan tanah aluvium. Sistem pengairan titis lebih sesuai digunakan apabila sungkupan plastik digunakan dan tidak memerlukan air yang banyak. Penggunaan sistem pengairan titis membolehkan pembajaan dilakukan secara fertigasi. pengairan tembakan hujan (rain gun) ­Sistem pengairan tembakan hujan yang mempunyai konsep yang sama dengan sistem renjis berputar kecuali mempunyai bilangan kepala pemancut yang jauh lebih rendah. Setiap kepala pemancut lazimnya dapat merangkumi keluasan yang lebih besar berbanding dengan sistem renjis berputar. 


Sehingga kini tiada sebarang laporan mengenai masalah serangan perosak dan penyakit yang serius di peringkat ladang. Sungguhpun begitu, beberapa masalah yang dihadapi di peringkat ladang sebenarnya bermula daripada tapak semaian lagi. Jangkitan virus yang kelihatan tidak serius di tapak semaian, akan menyebabkan daun menjadi keretot yang serius di peringkat ladang yang pasti akan menjejaskan hasil dengan ketara. Pencegahan jangkitan virus boleh dilakukan dengan mengawal agen pembawa patogen seperti kutu daun atau benah putih. Biasanya kutu daun atau benah putih tidak berumah pada tanaman hempedu bumi, sebaliknya pada pokok lain seperti pokok kapal terbang dan inai air yang tumbuh di persekitaran kawasan tanaman. Sehubungan dengan itu, pemusnahan perumah di persekitaran kawasan menanam dapat menghindari -nasalah ini. Penggunaan hasilan hempedu bumi untuk kegunaan perubatan tradisional memerlukan produk yang bebas daripada raclm kimia. Oleh yang demikian, penggunaan racun kimia untuk mengawal perosak dan penyakit mesti dielakkan. Pilihan seperti minyak putih, minyak neem dan air bersabun boleh digunakan untuk mengawal serangan perosak dan jangkitan penyakit pada tanaman hempedu bumi. Salah satu perosak yang biasa menyerang anak semaian di peringkat menabur atau mencedung secara makan pucuk muda hempedu bumi ialah siput babi. Perosak ini boleh dikawal dengan menabur garam atau racun siput seperti rnetaldehyde di sekeliling kawasan semaian. Artikel ini bersambung Part 1 dan Part 3. Wasallam!..

HEMPEDU BUMI...SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM... PILIH BENIHNYA...
HASIL DITUAL... KEKILANG PROSESNYA...
PRODUK DIJUAL... PELBAGAI JENAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 405, Hotel Pinetree,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(20 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...