Support My Blog

Sunday, August 30, 2015

HERBA - LIMAU PURUT (Part 4)

LIMAU PURUT (Citrus hystrix DC) merupakan sejenis tanaman dari kumpulan limau (Citrus) tetapi ia juga dikategorikan sebagai tanaman Herba. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris. Ia juga dipanggil sebagai Jeruk Purut (Indonesia) dan juga sebagai Bai Makrut (Thailand). Kajian saintis juga mendapati tumbuhan limau purut ialah tanaman saka yang berasal dari Asia. la telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya. Kebanyakan tanaman ini ditanam di persekitaran rumah secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang tidak berapa berair juga turut digunakan. Penulis pun sentiasa menanam pokok limau purut dalam pasu disekeliling rumah untuk kegunaan sendiri. Limau purut tergolong dalam subgenus Papeda. Oleh itu ia agak berbeza daripada limau jenis lain yang tersohor kerana keenakan buahnya. Nama spesies limau purut ialah hystrix yang bermaksud landak dalam bahasa greek kerana pohonnya yang berduri. Keunikan aroma minyak pati yang disuling daripada daun limau purut adalah disebabkan oleh sebatian yang dikenal pasti sebagai Sitronelal. Kandungan sebatian ini di dalam minyak pati daun limau purut adalah lebih kurang 80%. Sebatian lain yang terdapat dalam minyak pati daun limau purut ialah sitronelol (10%), Nero-I dan Limonena. Komposisi minyak pati daripada kulit buah limau purut pula terdiri daripada limonena dan B-pinena. Artikel mengenai herba dalam "Anim Agro Technology" kali ini adalah mengenai tanaman limau purut yang juga disambung dalam Part 1 dan Part 2 untuk rujukkan anda.



Penuaian hasil daun limau purut lazimnya penulis dapati dapat dimulakan pada tahun ketiga. Jumlah hasil daun yang dapat dipetik bergantung kepada tahap kesuburan tanaman. Pada peringkat umur 3 tahun selalunya jumlah hasil daun basah yang dapat dikutip setiap kali kutipan adalah lebih kurang 100 g/pokok. Cara petik daun limau purut dilakukan secara manual dengan melorot daun tersebut dan dimasukkan kedalam guni plastik (Sila lihat foto disebelah). Dari segi amalan, pada peringkat umur 5-10 tahun setiap pokok dapat mengeluarkan hasil daun basah sebanyak 500-800 gram sepokok setiap kali kutipan. Sistem kutipan hasil daun limau purut sangat bergantung kepada kehendak pasaran.  Lazimnya daun limau purut yang dipetik dijual kepada pemborong untuk pasaran daun segar. Aktiviti memetik daun dilakukan secara berperingkat  untuk memenuhi permintaan pasaran iaitu 100 kg daun segar seminggu. Kajian menunjukkan berdasarkan hasil kutipan dari plot di Pusat Pertanian Jabatan Pertanian, adalah dianggarkan hasil daun segar sehektar adalah sekitar 600 kg/tahun bagi tahun ketiga dan 4.5 kg/tahun bagi tahun kelima ke atas. Anggaran ini adalah berasaskan 4 kali kutipan setahun yang perlu diulang setiap 2-3 bulan sekali. Berdasarkan perolehan minyak pati daripada daun limau purut pada kadar lebih kurang 0.8%, maka jumlah minyak pati limau purut yang dapat dihasilkan sehektar adalah lebih kurang 4.8 liter pada tahun ketiga dan 36 liter setahun bermula tahun kelima. Harga minyak pati asli limau purut adalah tinggi dipasaran.


Aktiviti pengendalian selepas tuai daun yang dipetik bergantung kepada penggunaannya. Bagi jualan daun segar sebaiknya dahan dipotong lebih kurang 12 cm panjang kemudian perlu diikat setiap 3 dahan menggunakan getah bulat dan disusun di dalam raga plastik untuk memudahkan penghantaran ke pasar borong (Sila anda lihat foto disebelah). Selalunya daun yang dikutip bagi tujuan penyulingan minyak pati pula mesti dibawa terus ke pusat penyulingan agar proses penyulingan akan dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi mendapatkan peratus perolehan minyak yang optimum. Pendedahan kepada panas matahari atau kelewatan penyulingan boleh menjejaskan hasil minyak patio. Kosting tanaman limau purut agak jarang disediakan. Anggaran kos pengeluaran daun limau purut dari menanam hingga tahun ke 12 ditunjukkan dalam jadual1. Anggaran ini berdasarkan kepadatan tanaman 2,314 pokok sehektar. Kos pengel uaran pad a kepadatan tanaman yang lebih rendah, penyediaan anak benih sendiri dan tanpa menggunakan sistem pengairan sudah pasti mengurangkan kos pengeluaran. Berdasarkan andaian tersebut, kos pengeluaran bagi tahun pertama, tahun kedua hingga tahun ketiga, keempat dan seterusnya masing-masing ialah RM23,940, RM5,650 dan RM9,770. Penuaian hasil yang ekonomik hanya dapat dilakukan mulai tahun kelima. Berdasarkan anggaran hasil daun segar sebanyak 4.5 t/ha, maka pendapatan kasar mulai tahun kelima ialah RM13,500 sekiranya hasH dijual untuk pasaran segar pada harga RM3.00/kg. Analis menunjukkan aktiviti penyulingan minyak pati daripada 4.5 kg daun segar akan menghasilkan 36 liter minyak pati berdasarkan kadar perolehan minyak 0.8%. Tanpa mengambil kira kos penanaman dan pengendalian tanaman untuk empat tahun pertama dikira iaitu kos pengeluaran 1 liter minyak pati limau purut ialah RM589. Ini merupakan satu potensi baru dalam penanaman herba limau purut dimasa akan datang. Sila baca artikel Part 1, Part 2 dan Part 3. Wasallam!...


LIMAU PURUT...MENGERUTU KULITNYA...
DAUNNYA UNIK... NO '8' BENTUKNYA...
DITANAM SENDIRI...SELALU DIGUNA...
WALAU LIMAU...IA KATEGORI HERBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(19 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...