Support My Blog

Monday, August 24, 2015

HERBA - HEMPEDU BUMI (Part 1)

HEMPEDU BUMI (Andrographis paniculata) adalah sejenis herba yang kini berpontensi untuk dikomersilkan daripada keluarga Acanthaceae. Penulis dapati antara nama-lain bagi herba ini adalah Hempedu bumi, hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita, king of bitter, creat, green chireta (lnggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia). Saya ada juga menulis mengenai tumbuhan ini dalam penulis sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini).  Hempedu bumi merupakan salah satu tanaman yang telah digunakan sejak turun ­temurun oleh penduduk Asia terutamanya di China, India dan gugusan Kepulauan Melayu untuk tujuan sebagai perubatan. Penggunaan tanaman ini dilaporkan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan Ayurveda. Hempedu bumi ialah herba semusim jenis renek. Batangnya berkayu dan biasanya bergaris pusat 0.5 - 1.0 cm. Hempedu bumi mempunyai banyak cabang dan ketinggiannya boleh meneapai sehingga 90 cm. Batang pokok hempedu bumi berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun dan dua dahan. Daunnya tunggal dan bertangkai pendek. Permukaan atas daun biasanya berwarna hijau tua dan permukaan bawah berwarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih keunguan. Buah atau lenggainya pula secara purata berukuran 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi eoklat muda. Lengai pecah apabila matang dan menyebarkan biji benih di sekitarnya. Purata bilangan biji ialah 9 - 12 bagi setiap lengai dan satu gram biji benih mengandungi 700 - 800 butir. Hempedu bumi mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Akar boleh tumbuh sehingga 30 - 40 cm dalam. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini akan mempaparkan info terkini mengenai tanaman hempedu bumi untuk rujaukan anda.

Banyak khasiat dan kegunaan tumbuhan hempedu bumi dilaporkan berkesan untuk antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. la juga boleh juga membantu melawaskan pembuangan air besar, bantu dalam menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan, mempercepatkan proses pembekuan darah, membersih dan mengawal kandungan gula di dalam darah. Tumbuhan ini juga dilaporkan berupaya meningkatkan sistem imuniti badan, berupaya merawat gejala yang berkaitan dengan penyakit AIDS dan kanser. Hempedu bumi juga berpotensi untuk penghasilan bahan ubatan seeara komersial bagi rawatan kencing manis dan darah tinggi. Kini telah banyak prosuk herba hempedu bumi atau Sambiloto ini dipasaran dalam bentuk pil, kapsul dan juga cecair (Sila lihat foto disebelah). Ia dijual dalam kategori batan herba tradisional. 

Hempedu Bumi sesuai ditanam di kawasan beriklim sederhana, subtropika dan tropika yang menerima taburan hujan 1,500-2,000 mm/tahun. Tumbuhan ini boleh tumbuh di beberapa kawasan seperti tanah lanar sungai, tanah pasir dan berbukit sehingga 700 m dari aras laut. Bagaimana pun kini telah ramai juga usahawan yang menanam hempedu bumi untuk dijual secara komersil kepada kilang memproses herba hempedu bumi. Proses penyediaan bahan tanaman alazimnya dilakukan dengan melalui biji benih. Menanam benih adalah secara menabur terus biji benih di ladang tidak begitu sesuai disebabkan saiz biji benih yang kecil. Oleh yang demikian, biji benih perlu dieambahkan terlebih dahulu di batas semaian dan dieedung (dialih) ke dalam dulang untuk pembesaran sebelum ditanam di ladang. Biji benih disyorkan ditabur ke dalam dulang semaian stirofom. Anak benih yang telah berumur 2 - 3 minggu selepas bercambah boleh dialih ke dalam dulang cedungan. Anak benih ini dibesarkan selama 3 - 4 minggu di dalam dulang eedungan (dulang stirofom atau plastik hitam), sebelum ditanam di ladang. Oalam keadaan normal, saiz anak benih pada peringkat 3 - 4 minggu boleh mencapai ketinggian 6 - 8 cm. Penggunaan dulang plastik akan memudahkan pengendalian anak benih semasa operasi menanam.

Proses penyediaan kawasan tanaman  dilakukan dimana kawasan tanaman perlu dibajak untuk membaiki struktur tanah serta menghapuskan rumpai. Bajakan pertama juga dibuat untuk menyediakan kawasan tanaman agar sesuai untuk aktiviti mengapur bagi kawasan yang mempunyai pH yang rendah (tanah berasid). Aktiviti pengapuran bagi kawasan tanaman yang nilai pH kurang daripada 5.0 perlu ditingkatkan pH-nya dengan pengapuran. Kadar kapur yang diperlukan untuk meningkatkan satu unit pH ialah 2.0 - 2.5 t/ha kapur magnesium berkisar. Pengapuran perlu dilakukan 30 hari sebelum menanam untuk kesan yang optimum. Kapur perlu ditabur rata di kawasan tanaman bagi menyeragamkan kesannya dan mengelakkan masalah pH yang terlampau tinggi di sesuatu kawasan tertentu. Kawasan penanaman yang telah ditabur kapur perlu dibajak bagi kali kedua untuk memastikan kapur bergaul sebati dengan tanah dan dapat memberi kesan optimum.  

Sistem peparitan yang berkesan amat perlu bagi kawasan yang mempunyai masalah saliran. Parit ladang perlu dibina untuk mengalirkan air yang bertakung ke parit utama. Spesifikasi sistem peparitan bergantung kepada kecuraman tanah dan kadar infiltrasi tanah di kawasan tanaman. Binaan batas tanaman yang sesuai dapat membantu mewujudkan sistem saliran yang berkesan. Ukuran batas tanaman yang disyorkan ialah 1.2 m lebar dari tengah parit ke tengah parit dengan ketinggian 25 - 30 cm. Oimensi ini amat penting terutama bagi tanah bris dan gambut kerana pada masa-masa tertentu, aras air bawah tanahnya adalah tinggi. Sebaiknya dipasang sungkupan dengan plastik silvershine untuk elakan dengan persaingan rumpai terhadap tanaman ini. Rumpai akan menjadi punca kehilangan hasil tanaman yang ketara. Sehubungan dengan itu, penggunaan sungkupan boleh mengelakkan kehilangan hasil disebabkan persaingan rumpai: Antara jenis sungkupan yang boleh digunakan ialah jerami padi, lalang, ataupun plastik. Penggunaan sungkupan plastik juga membolehkan kualiti hasil tuaian dikawal daripada peneemaran organik dan bukan organik. Artikel ini bersambung pada Part 2 dan Part 3. Wasallam!.

HEMPEDU BUMI...SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM... PILIH BENIHNYA...
HASIL DITUAL... KEKILANG PROSESNYA...
PRODUK DIJUAL... PELBAGAI JENAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 405, Hotel Pinetree,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(20 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...