Support My Blog

Wednesday, August 26, 2015

HERBA - HEMPEDU BUMI (Part 3)

HEMPEDU BUMI (Andrographis paniculata) adalah sejenis herba yang kini berpontensi untuk dikomersilkan daripada keluarga Acanthaceae. Penulis dapati antara nama-lain bagi herba ini adalah Hempedu bumi, hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita, king of bitter, creat, green chireta (lnggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia). Saya ada juga menulis mengenai tumbuhan ini dalam penulis sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini).  Hempedu bumi merupakan salah satu tanaman yang telah digunakan sejak turun ­temurun oleh penduduk Asia terutamanya di China, India dan gugusan Kepulauan Melayu untuk tujuan sebagai perubatan. Penggunaan tanaman ini dilaporkan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan Ayurveda. Hempedu bumi ialah herba semusim jenis renek. Batangnya berkayu dan biasanya bergaris pusat 0.5 - 1.0 cm. Hempedu bumi mempunyai banyak cabang dan ketinggiannya boleh meneapai sehingga 90 cm. Batang pokok hempedu bumi berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun dan dua dahan. Daunnya tunggal dan bertangkai pendek. Permukaan atas daun biasanya berwarna hijau tua dan permukaan bawah berwarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih keunguan. Buah atau lenggainya pula secara purata berukuran 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengai pecah apabila matang dan menyebarkan biji benih di sekitarnya. Purata bilangan biji ialah 9 - 12 bagi setiap lengai dan satu gram biji benih mengandungi 700 - 800 butir. Hempedu bumi mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Akar boleh tumbuh sehingga 30 - 40 cm dalam. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini akan mempaparkan info terkini mengenai tanaman hempedu bumi untuk rujaukan anda.


Penuaian hasil hempedu bumi dalam keadaan biasa memang boleh dituai apabila mencapai umur 8-10 minggu selepas ditanam di ladang. Penulis dapati daripada beberapa pemerhatian mendapati ia perlu dituai apabila mula menunjukkan tanda-tanda berbunga seperti daun atas yang semakin mengecil dan tirus (Sila lihat foto bunga disebelah). Kutipan semasa pokok mula berbunga memberikan kandungan kimia yang lebih tinggi tetapi penuaian sebelum masa optimum tidak memberikan -candungan kimia yang tinggi. Pengendalian lepas tuai hempedu bumi perlu dilakukan dalam beberapa peringkat seperti proses pengeringan, pengredan dan pembungkusan dan penyimpanan. Pengeringan hempedu bumi boleh dilakukan dengan beberapa kaedah seperti pengeringan udara di kawasan terbuka, di dalam rumah kaca atau rumah plastik, menggunakan ketuhar komersial, dan juga ban pengeringan komersial (Gambar 5). Bagi semua kaedah tersebut sebaiknya suhu pengeringan tidak melebihi 45°C bagi mengelakkan pemusnahan kandungan kimia di dalam produk yang dikeringkan. Pengeringan sehingga 10 - 12% lembapan adalah terbaik bagi menjamin hempedu bumi yang dikeringkan tidak mudah berkulat.


Bagi tujuan kawalan kualiti dan bahan mentah dan menentukan kualiti produk yang telah dikeringkan perlu dijaga agar tidak dicemari oleh bahan yang tidak diingini. Pencemaran kualiti produk yang telah dikeringkan boleh terjadi daripada unsur organik dan bukan organik. Sering juga berlaku pencemaran organik dimana punca pencemaran biasanya terdiri daripada rumpai dan bahan buangan/perkumuhan binatang. Pencemaran organik seperti rumpai boleh bermula semasa mengutip hasil di ladang. Lantaran itu, penggunaan sungkupan plastik boleh membantu mengurangkan pencemaran di peringkat ini. Bahan perkumuhan haiwan pula biasanya didapati semasa proses pengeringan. Oleh itu, tempat pengeringan perlu dipastikan agar tidak dimasuki haiwan belaan atau liar. Sementara itu berlaku juga pencemaran bukan organik seperti kemasukan pasir dan tanah pula merupakan sumber pencemaran bukan organik yang biasa ditemui di dalam produk yang telah dikeringkan. Pencemaran ini boleh terjadi semasa mengutip di ladang ataupun semasa pengeringan. Sehubungan dengan itu, langkah-langkah pencegahan yang sesuai perlu diambil bagi menggelakkan pencemaran ini.


Proses pembungkusan dan penyimpanan perlu dilakukan dengan baik untuk menjamin kualiti. Produk hempedu bumi kering boleh dibungkus menggunakan beg plastik atau bekas yang boleh ditutup rapat agar kedap udara. Produk yang telah dibungkus perlu perlu disimpan di tempat kering dan dingin serta mempunyai aliran udara yang baik untuk jaminan kualiti.  Dari segi Kosting, belum banyak info yang didapati kerana tanaman ini baru sahaja dikomersilkan. Itu pun dilaporkan ramai usahawan yang berhenti menanamnya kerana kurangnya jaminan sistem pemasaran. Daripada beberapa lawatan dan temubual dengan pengusaha di Pulau Pinang, Perak dan Selangor mendapati iaitu jumlah kos pengeluaran tanaman hempedu bumi ialah RM8,260.00 di tanah bris dan RM7,670.00 di tanah aluvium. Pada aras pengeluaran daun kering 1,000-1,500 kg/ha di tanah bris, kos pengeluaran sekilogram ialah RM5.50 - RM8.30. Manakala di tanah aluvium pula, pada aras hasil 500 - 800 kg/ha, kos pengeluaran sekilogram antara RM9.60-RM15.30. Kepada mereka yang ingin menanam hempedu bumi secara komersil perlukan bimbingan daripada pihak tertentu terutamanya jaminan pasaran, harga dan kualiti. Wasallam!.


HEMPEDU BUMI...SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM... PILIH BENIHNYA...
HASIL DITUAL... KEKILANG PROSESNYA...
PRODUK DIJUAL... PELBAGAI JENAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 405, Hotel Pinetree,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(20 Ramadan 1436H)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...