PANDAN (Pandanus odorus) merupakan sejenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai herba dan ramai dikalangan kita kenal akan tumbuhan ini. Daun pandan lebih popular diguna dalam kegiatan masyarakat tempatan sama ada dalam masakkan, perubatan tradisional, bunga rampai, ekstrak pati daun dan pelbagai lagi. Nama Lain bagi pandan dalam bahasa Inggeris adalah 'Fragrant screwpine' iaitu tumbuhan yang menghasilkan bau wangi. Saya ada menulis mengenai pandan dalam beberapa artikel sebelum ini (Sila klik disini), (Sila Klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi untuk dijadikan pautan rujukkan. Tumbuhan daripada keluarga Pandanaceae ini mudah tumbuh dimana-mana sahaja asalkan ada ruang dan cukup cahaya matahari. Terdapat beberapa jenis pandan yang ditanam di negara kita tetapi yang sering disebut adalah jenis Pandan Wangi. Pandan wangi yang juga dikenali sebagai pandan bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka. Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi ialah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas dibanyak kawasan tropika terutama di Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur atau tanaman keliling rumah. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad dimana penulis cuma berjuma dengan penanam pandan berpuloh-puloh ekar dibawah tanaman kelapa sawit atas tanah gambut di Johor. Pengusaha tersebut mendapat bimbingan melalui Jabatan Pertanian dibawah EPP1 untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ladang dan juga pemproses daun pandan komersil. Artikel malam ini dalam cuaca hujan gerimis pada jam 12.15 malam, saya masih gagah untuk terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman pokok pandan sebagai sejenis herba yang amat dikenali dan ditanam disekeliling rumah. Artikel ini diharap memberikan kefahaman lebih mengenai kehebatan pokok pandan.
Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang (Sila lihat foto disebelah). Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga. Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu pandan wangi besar dan pandan wangi keci!. Kebanyakan tanaman pandan wangi di negara ini adalah dari jenis pandan wangi keci!. Ketinggian pertumbuhannya lebih kurang 0.75 - 1.50 m. Ukuran panjang daun antara 55 - 75 cm dan lebar di bahagian tengah antara 4 - 5 cm. Manakala ketinggian pandan wangi besar pula ialah sekitar 3.7 - 4.3 m, panjang daun lebih kurang 2.3 m dan lebar 9.0 cm. Apa yang penting dalam industri penanaman dan pemprosesan daun pandan adalah mengenai kehebatan khasiat dan juga penggunaannya. Pandan wangi mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan. Di samping itu, terdapat juga produk seperti minuman kacang soya dan santan kelapa yang berperisa pandan di pasaran. Pandan wangi juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Bagi kegunaan perubatan pula, antaranya adalah untuk merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifilis, denggi dan anemia. Tanaman ini boleh diusahakan di berbagai-bagai jenis tanah. Ini termasuklah tanah jenis gambut yang dikatakan tanah bermasalah dan tanah pasir yang memerlukan tambahan baja organik. la sesuai di tanah yang lembap. Walaupun demikian tanaman ini boleh tahan kepada keadaan kemarau panjang (1 - 2 bulan). Jumlah curahan hujan sebanyak 2,000 -3,000 mm setahun dan iklim tropika dengan suhu 18 °C - 28 °C adalah sesuai.
Bagi penanaman di kawasan yang baru diterokai, tanah perlulah dibersihkan daripada sampah sarap. Tunggul dan akar kayu perlu dieabut dan dibuang bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan penyakit akar dan sebagainya. Parit juga perlu digali bagi mengadakan tempat yang bersesuaian demi mengalirkan air yang berlebihan keluar. Pembajakan kawasan tanaman pandan perlu dilakukan bagi tujuan menggemburkan tanah dan mengawal rumpai. Semburan dengan racun rumpai jenis sistematik seperti glifosat dilakukan lebih kurang dua minggu kemudian supaya pertumbuhan awal tanaman tidak begitu bersaing dengan rumpai. Bagi penanaman di kawasan tanah yang mempunyai kemasaman tanah antara pH 4 – 5, pengapuran dengan kapur magnesium berkisar atau GML dilakukan secara tabur terus pada kadar 5 t/ha sebelum pembajakan kawasan. bagi tujuan penyediaan bahan tanaman yang digunakan ialah anak sulur berukuran 15 - 20 cm. Setiap sulur mempunyai akar sekurang-kurangnya 1 - 2 cm panjang atau sedikit tisu batang pokok induk di bahagian pangkal sulur. Bagi kita hendap mendapatkan sulur yang banyak pada sesuatu masa, pokok induk dicantas ke aras 20 - 30 cm dan dibiarkan tumbuh semula selama lebih kurang dua bulan. Semasa mengambil dan mengangkut sulur ke tapak semaian untuk tujuan pembiakan, pastikan bahagian umbut sulur tidak tereedera. Kerosakan ini boleh mengurangkan peratus pokok yang hidup. Beberapa helai daun di bahagian pangkal sulur sebaiknya dieantas bagi memudahkan penanaman. Manakala lebih kurang 25% daun dieantas di bahagian hujung bagi mengurangkan kehilangan air melalui proses transpirasi.
Biasanya amalan biasa adalah dimana anak benih dari sulur boleh terus ditanam ke ladang. Walau bagaimanapun eara ini tidak digalakkan kerana berkemungkinan tahap kehidupan adalah rendah (20-50%). Disyorkan sulur ditanam ke dalam polibeg terlebih dahulu. Cara ini menggalakkan pertumbuhan akar yang lebih baik. Campuran medium pengakaran yang boleh digunakan bagi kawasan penanaman di tanah gambut ialah tanah gambut, kapur (kapur magnesium berkisar atau GML) dan tahi ayam terproses pada nisbah iaitu 20:1 :1. Manakala di kawasan tanah mineral memadai dengan nisbah eampuran 50% tanah dan 50% pasir. Pembajaan bagi tujuan pemuliharaan adalah dengan baja sebatian N:P:K (15:15:15) pada kadar 5 - 8 butir/beg sekerap satu bulan sekali. Penyiraman dilakukan setiap hari jika perlu. Rumpai yang tumbuh dibuang dari semasa ke semasa bagi mengurangkan persaingan dengan anak pokok. Anak pokok dipelihara di bawah tapak semaian bernaung 50% selama lebih kurang tiga bulan sebelum ditanam di ladang. Artikel ini bersambung dalam Part 2 untuk dibaca. Wasallam!...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.