Support My Blog

Friday, May 1, 2020

BICARA TENTANG MADU DENGAN PAKAR

MADU LEBAH (Honey Bee) merupakan adalah sejenis manisan semula jadi dihasilkan oleh lebah daripada lebah madu (genus Apis) hasil pengambilan nektar bunga ketika spesies-spesies ini menjalankan pendebungaan. Madu yang terhasil berbeza-beza dimana ia bergantung kepada kepelbagaian bunga tumbuhan disekitarnya. Madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang dihasilkan boleh membeza bukan sahaja dari pada jenis serangga yang dihasilkan malah juga sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran. Madu juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Daripada kajian debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut.  Disebabkan lebah membawa cas elektrostatik, dan boleh menarik zarah-zarah halus maka teknik untuk melissopalinologi yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas. Dalam pada itu saya ada menulis banyak artikel mengenai madu yang anda boleh membuat pautan (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila Klik DIsini) dan beberapa lagi. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan pendapat saintis daripada MARDI mengenai madu lebah dalam soaljawab untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Sebenarnya apakah yang anda perlu tahu mengenai madu? . Seorang saintis MARDI bergelar pakar iaitu Dr. Suri Roowi ada menulis dalam Berita Teknologi MARDI sebagai satu bahan rujukan penulis blog kali ini. Penulis blog mengikuti akan penjelasan Dr. Suri Roowi, Saintis MARDI mengenai apakah yang anda PERLU TAHU MENGENAI MADU. Soalan pertama adalah seperti adakah madu sesuai diambil bersama garam?.  lJawapan Saintis iaitu penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein. Kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan kepekatan madu beserta penggambilan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim. Secara tidak langsung penggambilan madu bersama garam yang tinggi akan mengurangkan khasiat madu tersebut. Soalan Ke 2 adalah bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?. Jawapan Pakar : Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakkan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia. Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Sebaiknya, madu elok diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.


Bagi Soalan Ke 3 adalah bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain?. Jawapannya : Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini adalah disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (contohnya bahan asid fenolik) akan lebih mudah dan banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu. Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan” Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu. Barli juga tinggi beta-glukan dan beta-glukan; (a) merupakan fiber larut air (b) tidak dapat diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecil (c) terus dibawa ke usus besar dan difermentasi oleh mikroflora usus besar (d) bertindak sebagai prebiotic iaitu menggalakkan pertumbuhan bakterian baik seperti bifidobakteria, laktobasillus dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya seperti jenis Enterobacteriaceae (e) membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam madu dalam usus besar manusia. Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakkan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia.


Bagi Soalan Ke 4 iaitu bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?. Jawapan dimana menurut kaedah tradisional, keaslian madu dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah; (a) Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan memusing dalam semangkuk air. (b) Madu asli biasanya akan membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala walaupun madu masih ada di kepala mancis atau madu asli atau tiruan akan tetap menyala jika kandungan airnya rendah (c) Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun. Lazimnya  Madu lebah asli - air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama. Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya. Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69. “…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi mereka berfikir….”. Dalam pada itu (a) Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap cthnya perang (b) Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia (c) Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar (d) Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan `Food as Medicine’ dan (e) e. Bahan berkhasiat ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC. Kajian saya menunjukkan madu kelulut tinggi khasiat berbanding madu biasa. Dapatan kajian juga madu kelulut asli ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)


Seterusnya bagi Soalan ke 5 iaitu adakah madu boleh diletak dalam peti ais?. Jawapannya dimana madu sebaiknya disimpan dalam peti ais (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Ini adalah kerana madu mengandungi enzim dan akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Molekul madu contohnya karbohidrat akan berubah kepada hydroxymethylfurfural jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas. Dr Suri Roowi adalah Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan (Food Desigining), Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI. Beliau banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Madu Kelulut Malaysia. Beliau juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan berasaskan madu. Dr Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal (melibatkan kajian ke atas tikus) dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh. Sebelum ini beliau pernah bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIM. Slot ini banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MADU LEBAH ... PELBAGAI JENISNYA...
MADU ASLI... MADU TIRUAN PUN ADA...
PASTIKAN KUALIITI... PELBAGAI CARA....
BACA ARTIKEL... PANDUAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(13 RabiulAkhir 1441H).
Stay Home... Get away from covid19...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...