mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, May 19, 2020

BUAH BELULUK - APA DIA?

BUAH BELULUK (Arenga pinnata) atau pun sering juga disebut sebagai Buah Kabung merupakan sejenis buah nadir yang sangat popular di makan terutama pada bulan Ramadan dan Syawal di Malaysia. Pokok ini juga dipanggil sebagai Sugar Palm, Arenga Palm, Areng palm, Black-fiber palm, Gomuti Palm, Pokok Aren, Pokok Enau, Irok dan Pokok Kaong (Sila lihat pokok dan buah beluluk diatas). Penulis blog mengenali pokok belulok atau pokok kabong dimana ia juga amat ditakuti kerana menghasilkan cecair yang gatal apabila terkena pada kulit kita. Pokok belulok tidak ditanam sebaliknya ia tumbuh liar didalam hutan atau belukar atau sekitar kawasan perkampungan. Pokok ini sebenarnya daripada keluarga Arecaceae (Dulu ia dipanggil keluarga Palmae) ini boleh menghasilkan air nira (Cecair Manisan) seperti juga tumbuhan yang sama dalam keluarga ini seperto pokok Nipah, Kelapa dan sebagainya. Lazimnya tumbuhan ini tumbuh liar semulajadii dikawasan yang agak lembab dan ianya berumpun. Dalam membuat beberapa tinjauan dan rujukkan, penulis blog mendapati Pokok Kabung adalah satu spesis tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara dimana ia juga telah ada di Australia Utara dan juga India Timur. Selain air nira, pokok beluluk ini atau kabong akan menghasilkan buah beluluk yang diproses untuk dijadikan isi buah yang sangat popular untuk dijadikan ramuan dalam minuman. Dalam satu tinjauan yang dilakukan di Perak dimana penulis blog mendapati purata panjang tandan buah beluluk sekitar 1.5 meter dan mempunyai buah yang berangkaian. Buah beluluk ini memerlukan masa selama 15 jam dari proses bahan mentah sehingga sira gula dimana lazimnya memerlukan 3 kali rebus serta dimasuk sira gula. Buah belukuk atau kabung ini mempunyai isi putih didalamnya bagi setiap biji. Apa yang penulis blog tinjau lazimnya harga isi buah kabung belum sira gula sekitar RM10.00 sekilogram atau sekitar RM2 sebekas isi buah kabung disira. Artikel pada subuh Isnin ini saya terus menulis dalam blog popular "Anim Agro Technology" mengenai pokok beluluk dan kegunaannya serta nmembuat paparan laporan media tempatan mengenai tanaman ini untuk dijadikan bahan rujukkan semua


Dalam akhbar Berita Harian ada satu artikel mengenai Buah Beluluk bertajuk ''Buah 'beracun' laris sepanjang Ramadan'' yang sesuai dibuat rujukan. Berita dari Parit, Perak ini menyatakan dimana buah beluluk atau buah kabung sira yang turut dikenali sebagai 'buah kanto' atau 'buah kantau' di Perak biasanya menjadi pencuci mulut popular sepanjang Ramadan. Ini kerana disebalik tekstur isi dan rasanya seakan nata de coco masih ada usaha memproses buah kanto bukan kerja mudah kerana memerlukan kesabaran dan kepakaran, mengambil buahnya dari pohonnya yang hidup tinggi dalam semak tepi sungai. Seorang pengusaha buah kanto dari Kampung Tua Belanja Kiri dikenali dengan Affendi Abdullah yang berumur 51 tahu mendakwa dia bersama seorang rakan bersedia meneruskan usaha memproses buah beluluk atau buah kabung setiap hari sepanjang Ramadan. Beliau yang juga generasi terakhir dalam keluarganya yang mempunyai kemahiran itu, berkata usaha memproses buah kabung bukanlah sesuatu yang mudah kerana mengambil masa kira-kira 15 jam (Sila lihat foto disebelah). Buah ini mempunyai sifat semula jadi menyebabkan rasa gatal dan miang dimana tidak semua orang mampu bertahan. Sifat itu membuatkan ada menggelarnya 'buah racun' kerana jika getahnya terkena kulit maka ia menyebabkan rasa amat gatal. Memang dakwanya hanya orang tertentu yang mahir sahaja mampu dan sanggup memanjat pokok kabung bagi memotong tandan buahnya. Dia ia bersama rakannya memulakan usaha mengambil buah kabung selepas jam 3 petang berbanding waktu pagi bagi mengelakkan embun buah yang turut mengakibatkan rasa gatal. Pokok yang rendah biasanya merekai panjat sendiri. Namun bagi yang mempunyai ketinggian lebih sembilan meter biasanya mereka upah pemanjat berkemahiran. Kesan calar dan rasa gatal pada tubuh badan ketika memanjat pokok kabung adalah perkara biasa. LAzimnya buah beluluk yang diambil perlu direbus sehingga dua jam bagi melembutkan kulit sebelum boleh dikeluarkan isinya. Sebelum ini ada ramai pengusaha menggunakan kaedah membakar buahnya kerana menghasilkan aroma yang lebih wangi akan tetapi itu ia mengambil masa yang lebih lama serta remeh. Selepas direbus maka buah iyu mudah untuk dibelah bertujuan bagi mengeluarkan sekurang-kurang tiga isi di dalamnya. Isinya berwarna putih dan tawar itu kemudian direndam beberapa jam lagi bagi mengeluarkan 'mata gatal' iaitu biji kecil yang berwarna putih yang boleh mengakibatkan lidah rasa gatal dan kebas jika termakan.


Lazimnya bahagian isi buah beluluk atau buah kabung yang sudah lembut disira dengan air gula dan diletakkan pewarna merah sebelum dijual kepada pelanggan. Apa pun isi buah ini perlu direbus untuk melembutkannya sebelum disira air gula dicampur dengan bahan pewarna sama ada ia warna merah, hijau dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah)Isi kabung yang dibersihkan biji kecil itu kemudian direbus lagi untuk melembutkannya sebelum akhir sekali dimasak dengan air gula selama beberapa jam dan ditambah pewarna. Biasanya isi buah beluluk atau kanto yang siap disira dan dibungkus dihantar kepada peniaga kecil kira-kira jam 9 pagi manakala pemborong dari Sabak Bernam, Selangor akan datang meraih kira-kira satu tan isi buah kabung seminggu sekali. Dalam pada itu juga seorang pengusaha buah kabung dikenali dengan nama Zainuddin Pandak Kamaruddin telah berusia 70 tahun berkata dimana kerumitan memproses buah berkenaan telah menyebabkan tidak ramai golongan muda berminat didalam meneruskan perusahaan tradisi itu. Pada dia walaupun bermusim, namun perusahaan ini mampu menjana pendapatan yang baik sepanjang Ramadan dan  ia seterusnya dapat meringankan beban persediaan meraikan Aidilfitri setiap tahun. Pada masa ini dilaporkan kekurangan mereka yang berminat untuk memproses buah ini menyebabkan ia semakin sukar bagi diperoleh dalam pasaran termasuk ketika Ramadan. Apa pun dakwanya ia dipercayai dapat merawat masalah darah tinggi serta menyejukkan badan.


Dalam akhbar Harian Metro pula ada artikel 'Buah beluluk cetus rezeki' dimana berita dari Kuala Pilah seduai dirujuk. Siapa kata pokok liar tumbuh di hutan atau belukar tidak mampu memberikan apa-apa hasil dan dianggap tidak mempunyai nilai komersial. Perkara ini bagaimana pun dibuktikan oleh sepasang suami isteri dari Kampung Bemban, Senaling yang menceburi peniagaan buah beluluk sejak lebih 40 tahun lalu dan masih kekal bertahan sehingga sekarang (Sila lihat foto disebelah). Raini Maulud yang kini berusia 58 tahun nyatakan dimana buah beluluk diperoleh daripada pokok enau dan ia juga lebih dikenali dengan nama pokok kabung. Dakwanya kini masyarakat di luar hanya tahu dimana pokok enau boleh menghasilkan gula enau. Buah beluluk hanya popular dalam kalangan masyarakat tempatan dan mendapat sambutan agak menggalakkan orang ramai setiap kali Ramadan. Buah ini spesies tumbuhan hutan dan berbentuk bulat seperti biji getah dan boleh mencapai saiz sebesar bola golf. Isinya mengandungi tiga hingga empat ulas dan berwarna putih. Dakwanya beberapa proses perlu dilakukan sebelum buah beluluk dihidangkan sebagai bahan tambahan untuk dicampurkan dalam minuman. Peringkat awal pemprosesan, buah ini direbus selama satu jam bertujuan untuk tujuan menghilangkan getah dan memudahkannya dibelah. Selepas itu biasanya buah beluluk yang berwarna putih seakan-akan laici dibersihkan dan direndam dalam air bagi tujuan penyimpanan. Buah beluluk yang direndam dalam air boleh disimpan sehingga lima bulan, namun airnya hendaklah diganti setiap tiga hari. Sementara itu suaminya dikenali sebagai Abd Ghani dakwa buah beluluk enak dihidangkan ketika berbuka. Beluluk sesuai dicampur dalam minuman seperti air batu campur, sirap dan ditambah dengan air kelapa atau soda. Selain itu, ia sesuai sebagai bahan tambahan untuk dimakan bersama pengat pisang, ubi atau bubur jagung. Disebabkan mereka menjual buah beluluk sejak lebih 40 tahun lalu dan sememangnya telah dikenali masyarakat di daerah ini maka dia hanya menjual buah berkenaan di hadapan rumah setiap petang sepanjang Ramadan. Buah beluluk yang dibersihkan dijual dengan harga RM2.50 sebungkus manakala yang dicampur dengan manisan dan pewarna selalunya dijual dengan harga RM3.50 sebungkus. Lazimnya dalam sehari dia mampu menjual antara 50 hingga 60 bungkus disamping ada pemborong yang mengambil terus dari rumah saya untuk dijual. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH BEULUK... BUAH KABUNG SAMA...
POKOK BERGETAH... AMAT GATAL KENA...
DIREBUS LAMA... DAN DIAMBIL ISINYA...
SANGAT POPULAR... DIBULAN PUASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(25 Ramadan 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...