mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, May 24, 2020

SELAMAT HARI RAYA 2020!

SELAMAT HARI RAYA TAHUN 2020 (1441 HIJRAH) kepada semua pembaca blog Anim Agro Technology kali ini yang jatuh pada 24 Mei 2020. Penulis blog dan keluarga sama dengan muslimin di Malaysia merayakan sambutan Aidilfitri didalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat wabak pandemik Covid19 terpaksa duduk rumah sahaja iaitu serajah didalam kehidupan kita. Lebih baik mematuhi arahan kerajaan ini demi menjaga nyawa dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Semasa PKPB sepanjang hari raya aidilfitri ini semua diminta 'Duduk Rumah' atau 'Stay Home' dan sentiasa bersihkan diri dengan memakai penuutup mulut dan hidung, basuh tangan dengan patuhi  arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Terdapat kelainan pada Syawal kali ini apabila kelengkapan penjagaan kebersihan seperti cecair pembasmi kuman, pelitup muka dan alat pengesan suhu badan menjadi asas dan keutamaan dalam senarai pembelian. Dalam kita menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu ini, penyelia tapak keselamatan penggunaan cecair pembasmi kuman dan pelitup muka menjadi satu kepentingan dalam cara melakukan rutin harian. Cecair pembasmi kuman dan pelitup muka kena ada dan bagi petugad mereka menggunakan sarung tangan getah jika melakukan kerja-kerja luar sebab rasa lebih selamat selain dapat mengurangkan risiko jangkitan. Persiapan sambutan Hari Raya tahun 2020 ini perlu dilakukan secara ala kadar sahaja kerana mengakui bimbang akan situasi COVID-19 yang masih belum lenyap sepenuhnya. Ia juga perlu dilakukan secara sederhana dan  semua keluarga dimestikan untuk tidak menerima tetamu luar datang ke rumah selain daripada ahli keluarga terdekat sahaja. Sebaiknya jika tuan rumah tidak izinkan tetamu datang bertandang sebaiknya usahlah berkecil hati dan sebaliknya berasa lega kerana secara tidak langsung kita dapat membantu menghentikan rantaian wabak tersebut.  Sebenarnya wabak COVID-19 memberi impak besar dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia khususnya didalam penjagaan kesihatan dan keselamatan diri. Kalau dulu dalam sambutan Hari Raya biasanya masyarakat kurang peka akan cara penggunaan alatan keselamatan ini, namun sekarang mereka lebih bertanggungjawab dalam kita mengamalkan langkah keselamatan ketika menghadapi situasi normal baharu ini. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai sambutan hari raya didalam suasana 'Norma Baru' didalam mempastikan kita tidak mendapat masaalah penyakit merbahaya ini.


Sehingga hari raya ini seramai 23.07 juta pengunjung telah datang membuat view dengan jumlah bulanan seramai 13,000 - 22,000 orang. Pada bulan April 2020 semasa PKP Fasa 1 dan PKP Fasa 2 dilaksanakan seramai 442,625 orang membuat kunjungan dimana berkemungkinan ramai yang duduk rumah sering membuka internet akibat mencari maklumat (Sila lihat rajah diatas). Walau pun hanya seramai 2,122 yang ada mengikuti blog ini sebagai followers akan tetapi angka ini bertambah dengan kadar perlahan. Lebih ramai yang membaca melalui facebook saya setiap minggu yang mana saya akan membuat sedikit paparan daripada blog ini dengan beberapa tajuk-tajuk khusus untuk mereka mendapatkan maklumat. Apabila mereka membaca info khusus ini dalam facebook maka mereka ada yang terus membuka blog anim agro technology.



Sehingga pada hari raya tahun ini saya telah berjaya menulis sebanyak 5,830 artikel mengenai pertanian dan perkara yang ada bersangkutan dengan makanan dan agronomi. Daripada jumlah tersebut saya telah buat posting (upload) sebanyak 3,831 artikel semenjak 5 Julai 2009 iaitu telah menghampiri 11 tahun. Posting dilakukan sebanyak 1 artikel setiap hari tanpa tertinggal walau sehari pun dan sesekali ada yang membuat posting sehingga 2 artikel dalam satu hari. Blog hasil penulisan saya juga telah di 'cpoy paste' atau di ciplak oleh banyak bloggers-bloggers lain di Malaysia dan Indonesia selain yang terkini diambil oleh team pinterest untuk membukanya. Ramai cerdikiawan yang menulis jurnal, thesis, buku yang menjadikan blog Anim Agro Technology sebagai bahan rujukkan terutama di universiti dimana ada yang pohon kebenaran tetapi lebih ramai yang menyatakan didalam bibliography sahaja dan lebih ramai tidak nyatakan apa-apa remarks.

Apabila membuat rujukkan dalam internet saya dapati blog animhosnan.blogspot ini kini mendapat analisa pada kedudukan nombor ranking 259,109 didunia yang mana ia berpengkalan di United States (Alexa ranking). Kebanyakan pembaca blog ini daripada Malaysia iaitu seramai 19.868 juta (86.1%) diikuti oleh pembaca dari USA, Indonesia, Singapura, Brunei, India, Rusia, Ukraine, Spain dan Germany. Menulis blog dalam teknologi pertanian merupakan satu usaha yang akan saya teruskan jika terus sihat dan diberikan izin oleh Allah swt. Sempena hari raya ini saya mohon ampun dan maaf zahir batin jika ada kesilapan sepanjang semua membaca penulisan saya ini. Sekian...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
1 SYAWAL 1441 HIJRAH...
SALAM AIDILFITRI...SELAMAT HARI RAYA....
DUDUK RUMAH... SEBULAN BERPUASA...
PANDEMIK COVID19...MERUBAH SEGALA..
SEMUGA BAHAGIA... MAAF JUA DIPINTA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(1 Syawal 1441 Hijrah)
Bersamaan 24 Mei 2020.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...